Selamat Menyambut Aidulfitri kepada semua pembaca Blog Rasa Hati, Kawan-kawan tercinta dan keluarga yang turut sama membaca blog aku ini..
Berdasarkan keadaan dan situasi aku sendiri, aku dapat menyimpulkan bahawa, pada musim perayaan iaitu start dari 'hari penampan' iaitu 3 hari sebelum raya ramai orang akan mula meninggalkan laptop dan bersibuk-sibuk mengemas rumah, pasang langsir, tukar sarung kusyen, mop lantai, balas-balas sms dan sibuk-sibuk kat dapur bakar lemang
Ada jugak yang busy atas jalan raya balik kampung, bagi yang guna highway mereka akan habiskan banyak jam sangkut dalam jem terutamanya di highway Karak - Kelantan dan highway plus Sungai Besi - Seremban. R&R yang sibuk pulak dah tentunya R&R Seremban, Tapah, Ayer Keroh dan Rawang.
Jadi disini, sebagai menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat, aku ingin berpesan, tinggalkanlah laptop, simpan kemas-kemas dalam almari, tak payah online sepanjang musim raya, paling koman 7 hari raya.
Ambil peluang beraya dengan sebaik-baiknya, berkunjung sahabat handai sanak saudara, yang dah ada anak, bawak anak-anak melawat atuk, nenek, opah sedara, makcik, makcik sepupu, dua pupu, 3 pupu, kupu-kupu dan segala pu yang ada.
Lawatlah mereka yang masih hidup dengan penuh semangat muhibbah dan penuh kegembiraan, Rayakan Hari Raya Fitri dengan kemegahan, kegembiraan dan kemenangan.
Ubah persepsi raya tahun ini, jangan sambut dengan melodrama dan tangisan airmata sedih, sebaliknya senyum dan gembira lompat-lompat dan makan-makan dengan hebat... Jangan melampau sudah.
Di Bawah ini aku kongsikan perkara Sunnah dalam menyambut Hari Raya Fitri :
- Mandi Pagi.
- Pakai pakaian yang terbaik dalam simpanan, tak semestinya baru dan wangi-wangian
- Makan/jamah makanan sebelum keluar rumah
- Takbir dan Tahmid pagi raya
- solat sunat hari raya
- bawak anak-anak, Isteri, ibu, saudara mara semua ke Musolla/masjid untuk sembahyang raya
- ** tidak makruh dan tidak berdosa jika prempuan haid keluar ke musolla dan menyambut raya, cuma jangan masuk ke ruang solat (malah ia sunnah)
- Sunat sembahyang di tanah lapang aka musolla.
- balik dari masjid ikut jalan lain supaya dapat berjumpa dengan berbagai kawan dan saudara mara
- bergembira dan berhibur
Di Bawah ini pula beberapa Mitos dan salah faham semasa menyambut Aidulfitri :
- Menziarah kubur, adapun menziarah kubur pada pagi raya tidak sunnah wahima dibuat sebelum atau selepas sembahyang raya.
- membaca Yassin dikuburan
- membuat kenduri Tahlil dan Arwah pada hari raya pertama, kedua dan ketiga
- Bertakbir dan bertahmid selepas sembahyang raya.
- bersedih-sedih dan layan perasaan masa sesi melutut mohon ampun maaf sambil airmata merambu-rambu dan hingus-hingus meleleh-leleh.
- Kelam kabut kejar-kejar ke masjid sampai tak sempat jamah makanan.
*** Untuk memahami Dalil dan Huraian tentang ziarah kubur pada hari raya boleh membacanya di SINI (klik perkataan SINI itu dan anda akan ke web yg berkaitan)
Hari Raya adalah hari kemenangan Umat Islam, dan Hari raya adalah hari untuk kita pamerkan kekuatan agama dan perpaduan Muslim kepada seluruh dunia.
Saya Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri, Penulis Blog Rasa Hati mengucapkan selamat menyambut Hari raya Fitri kepada Seluruh Keluarga, saudara mara, sahabat, Pembaca blog yang saya kenal rapat dan yang kenal di cyberspace dan seluruh Umat Muslim Amnya.. semoga bahagia disamping keluarga dan teman tercinta.
Hati-hati memandu, kalau penat tidur dulu.
jemput tonton video ceramah Dr Asri Zainul Abidin tentang etika dan sunnah menyambut raya.
jemput tonton video ceramah Dr Asri Zainul Abidin tentang etika dan sunnah menyambut raya.
P/s nanti kalau aku ada buat Open House, aku insyallah jemput korang semua datang ye... :) tahun ni aku raya balik Ipoh rumah opah aku, insyallah 4/5 raya aku balik Raya kat Shah Alam. kalau aku tak update entry tu paham2 la ye, aku tak bawak laptop balik kampung.
p/s Yeay, aku dah dapat Kasut Raya,wee witt... salam sayang raya pada kawan2 blogger, aku takut nak taip nama korang semua, takut nanti ada tertinggal terasa hati.. jadi aku pukul rata ye, sayang korang semua..
selamat hari raya abang cheppppp! maaf zahir batin!
ReplyDeleteselamat hari raya buat ko jugak!!
ReplyDelete:) selamat hari raya Kaksunah katakhijaulover...hehehehehe
ReplyDeleteselamat hari raya Cik Sha... meh la Header satu!.. weeeee :)
sayang ko jugak..
ReplyDeletebai..!
eh..lupa..
slmt hari raya..
duit raya nanti aku tuntut
Selamat hari raya,, :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya shila... duit raya untuk budak2 yang masih ada gigi susu.. ko ade tak?
ReplyDeleteselamat hari raya Missina.. :)
selamat hari raya bro
ReplyDeleteselamat hari raya :) untunglah orang ada kampung, boleh balik raya.. orang bandar beraya di bandar jelaa :(
ReplyDeletetak abes2 ngan kasut baru.. nyampah haku! <--- ayat jeles!
ReplyDeleteselamat ari raya.. maaf klu ade salah & silap :D
hati2 blk kg..
Selamat hari raya SAM posto.. hehehe
ReplyDeleteHUDA : ala, maknanya kampung kau dah moden, maju.. tu yg jadi bandar tuuu
Jue : yea yea.. kita ada kasut Puuumaaaaa!!!... weee witt...
selamat hari gak... nanti datang ipoh tau!
jauh la ipoh tuh.. okbai.
ReplyDeleteselamat hari raya jugak geng.heeeee
ReplyDeleteSelamat hari raya maaf zahir batin..balik ipoh nnt datang raya umah kte ok..:)
ReplyDeleteselamat hari raya aidil fitri..
ReplyDeleteseb bek family aku bukan pattern nangis2 pagi raya..hehehe
selamat hari raya
ReplyDeleteberhati2 di jalan raya
selamat hari merdeka
:-)
ooOOO.. baru tahu..
ReplyDeletetak payah online sepnjg musim raya mcm tak praktikal je..hari raya ke-3 pun dah ramai star kerja
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri !
ReplyDeleteaduahi.. sedih lak aku org dok pong pang wish raya bagai.. aku ni raya dlm pantang, tak dpt balik kampung, tak dapat makan sedap2.. nangis mak Nyah.. Apapun slmt hr raya buat ko nyah. Jgn pagi raya ko pakai kebaya lak.. pengsan 1 family ko nnti. :D
ReplyDeleteslamat ari raya ikar!!!!jemput datang rumah ye raya ni..hahahahahha
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri. walaupun aku tahu kau takkan datang, tapi aku tetap jemput kau datang rumah aku makan ketupat lemak. hahaha
ReplyDeletesalam aidilfitri :)
ReplyDeleteSalam Aidilfitri...
ReplyDeleteAlhamdulillah..banyak perkara seperti di atas dapat dilaksanakan..
menyentuh soal mitos saudara nyatakan..hanya satu baru jelas kemusykilan yang terlintas pagi tadi..
++ Bertakbir dan bertahmid selepas sembahyang raya.++
adakah aku tersilap atau terkhayal disebabkan rendang yang dijamah sebelum ke masjid...selepas selesai solat sunat..pihak masjid tidak bertakbir seperti sebelumnya...fikirku mereka terlupa akan SUNNAH..rupa-rupanya ada penjelasan di sini..ia sekadar mitos..
berbalik kepada mitos yang lain...ya ada betulnya itu mitos..tapi aku lebih suka menggunakan term budaya/culture..menziarahi kubur selepas solat..bermaafan-maafan dan etc..tidak salah dilaksanakan keran a itu ada kebaikan juga...tapi kita sering salah ertikan antara Sunnah/tuntutan dan budaya..
maaf dan silap..harap diampunkan~
wey slamat hari raya... harini baru free nak melawat blog orang...
ReplyDeletejuge salam merdeka... :D
jujur aku cakap kau ni sudah masuk zon senang lenang....perut tak hengat....keh3!
ReplyDeletejoging2lah....rupa ada cuma badan tak cukup sexy....:)
hahaha...aku harap belom terlambat lagi nak wish kat ko...
ReplyDeleteselamat hari raya bro...
ko jangan asyik makan je ....badan dah cam tong dram je aku tengok... sadis...sian la kat perut ko tu...