August 17, 2011

soksek-soksek kapcai

Assalamualaikum....


Sepatutnya aku menulis pasal Rasa Hati aku berkenaan isu Gereja memurtadkan Muslim tapi sebagai manusia yang rasional dan menghormati sensitiviti pelbagai pihak, biarlah aku tangguhkan dulu hajat hati aku nak mengutarakan pendapat aku.


Selang 2, 3 minggu ni banyak perkara yang berlaku pada aku, yang membuatkan kehidupan aku padat. Rutin sibuk-sibuk manja sebelum ini berubah menjadi sibuk-sibuk tension.


Bermula dari hal kerja iaitu proses mendapatkan Sijil Kesihatan bagi urusan Export ke China, membuatkan aku tak dapat tidur lena selama sebulan lebih bermula dari pertengahan bulan 6. Urusan export ke China tidaklah semudah macam urusan aku dengan buyer dari Ghana, India, Singapore, Mauritius dan lain-lain. 


Kita import barang China senang je, China nak import barang kita banyak pulak songelnya.


Ironinya adalah masalah ini timbul dengan value jualan hanya 300 karton sahaja, sedangkan aku selamba je jual 1-2 kontena sebulan ke India, elok je hantar 3 keping dokumen. Bukan  macam China yang mahu dokumen setebal buku yellowpages, okeyyyy aku tipu, takda la tebal mcm tu, tapi banyak la benda-benda rumit nak buat.


Hasil dari kelam-kabut ini membuatkan aku tak tidur lena, asyik fikir macam mana nak jawab bila buyer China telefon pagi-pagi esoknya bila aku bangun pagi. aku terpaksa ulang jawapan yang sama 4-5 kali sehari semata-mata nak puaskan hati buyer.


Tapi nak buat macam mana, dah nama pun kerja, kalau taknak susah, jangan kerja, pergi sungai Ganges bertapa. 


Bermula dari masalah Sijil Kesihatan ini, membawa pula aku kepada masalah Eksiden kereta macam aku cerita dekat dalam entry Kemalangan dan Kemenangan. Eskidennya kecik je, ade lah kemik sikit kat depan belah kiri, tapi kerjanya teruk jugak sebab kereta aku kereta murah, kereta tua jadi insurannya 3rd party.


Bila 3rd party, aku tak boleh senang-senang nak claim dengan insuran sendiri, jadi aku kena claim dengan pihak yang bersalah mengikut penghukuman Sarjan penyiasat. jadi Motor itu salah, aku nak claim insuran dia, bila nak claim insuran dia, aku kena cari bengkel yang sanggup ambik kes claim insuran 3rd party...


Majoriti bengkel taknak buat sebab nak claim kena kejar insuran budak motor tu, selalunya diorang nak amik advance dulu dari aku baru diorang repair dan claim balik dan pulangkan duit aku. banyak cantik muka diorang... senang-senang je nak amik duit orang dulu baru buat kerja. Repair dulu baru la bayar wei.


" Aiyaa bos... u punya kereta 3rd party la, mau bayar advance dulu la RM1000, nanti sudah repair saya kasi claim sama itu insuran, nanti wang u angkat balik la"


" Banyak cantik muka kau Ahseng, nanti u sudah dapat duit, sudah siap kerja, u mana mau lagi claim wang, u lepas tangan ma.. eh Ah seng, kalau kita mau ketuk body sembur cat kereta takda eksiden pun kita kasi masuk kereta dulu, sudah siap baru bayar laaa"


Lepas seminggu lebih, baru aku dapat cari bengkel yang gentelman, sanggup amik kes 3rd party claim, bengkel kat Klang Jaya.


Pada masa yang sama, Kereta bapak aku pulak rosak gear box masa aku nak pergi KL, acara bukak puasa  bersama rakan-rakan iaitu Shahril Husin dan isteri, Chewe, Ijam, Zikry dan Isteri, dan aku pulak? aku bawak kawan FB aku iaitu Puteri Ika berbuka sama. 


Event berbuka puasa itu berlangsung di Restauran De Templer dekat MRR2 dan ditaja sepenuhnya oleh Mohd Zikry dan Isteri.Terima kasih ye Zikry, semoga Allah limpahkan rezeki kau berlipat kali ganda lagi.


Bila kereta bapak aku pun rosak gear box, jadi rumah aku kehabisan kereta, adik aku yang baru kahwin pulak dah pindah setiawangsa, rumah husband dia, kalau tidak boleh aku pinjam Satria Neo dia.


Tapi aku bukanlah mat mengada-ngada, rumah aku ada motor kriss, tapi elok je aku nak pakai Kris untuk meronggeng seminggu-dua sampai kereta siap, tuil gear dia pulak rosak... tapi bukan masalah besar, masuk workshop kena bayar Rm15 je, sekali dengan tukar minyak hitam semua tak sampai RM30.


Jadi minggu ini, aku kembali menjadi Mat Motor. Sweater dikeluarkan dari almari baju terlipat. Spek mata rayban murah bawak keluar jugak. Rayban Mahal tak boleh bawak, nanti gelepor-gelepor terjatuh atas jalan, sayang. helmet lama pun aku kibas-kibas dari habuk dan bulu kucing.


Yelah, selama ni jadi tempat tidur Doobidoo kucing aku tu je.


Teringat balik kenangan zaman start kerja dulu, aku bawak motor dari Shah Alam ke KL tiap-tiap hari berulang. Sampai kadang-kadang aku naik risau pulak, aku rasa kalau 20 tahun aku bawak motor tiap-tiap hari jauh macam ni, mau semua ligamen dan tendon aku haus sebab vibrate engine dengan lusuh kene angin jalan raya.


Erm, sebenarnya takde apa aku nak keluh kesahkan pun, semuanya hal-hal biasa je, aku saja tulis ni sebab nak jawab sesetengah kawan aku tanya...


" apa bikin lama tak nampak boshh?"


" takda bikin apa, banyak kerja"


" ala.. orang lain pun kerja jugak"


" iye la, okey-okey, nanti aku free aku datang lepak dengan korang"


Jadi begitulah soksek soksek dari penulis Rasa Hati yang kali ini tidak menulis pasal pendapatnya dan cerita-cerita nostalgianya. 


Nanti esok aku tulis cerita Nostalgia ye, takpun aku bagi pendapat pasal Isu Gereja. Hari ni baca je cerita Jurnal aktiviti yang tak berapa nak significant ni.


Eh korang tau tak pasal pendapat aku bertajuk So Called Beer Halal dan Kaedah Hujah tu? Kan aku ada bagi pendapat aku pasal air barbican dan seangkatan dengannya.. Alhamdulillah, tulisan aku tu tak menyumbang ke arah mengelirukan pengguna bilamana Majlis Fatwa menetapkan bahawa 'beer halal' itu halal di minum dan tidak Syubhah.


Okey, Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal. Jumpa lagi di tulisan yang lain.


motor ni ada lagi kat rumah, tapi bateri kong dengan brek jem, jadi dia direhatkan dari beraksi.


p/s naik motor kris lama-lama boleh kebas bontot. huh dasar lupa diri!

18 comments:

  1. patut laa ko bengang2 kete rosak balik berbuka aritu..

    kakakakkaa...

    ReplyDelete
  2. samalah aku bawak kriss gak. hehehe. dari melaka shah alam, itulah kenderaan yang banyak berkhidmat selama ni. nasib baik bukan tiap2 hari balik melaka. kalau tak, tinggal rangka! haha :P

    ReplyDelete
  3. Missenget : haa tau pun kau, padat tak aktiviti aku tu? padat tak?

    Fitri Karim : hahaha, jauh beb, kalau bawak lama2.. nanti rasa kelakian kebas..jebuh raba-raba nak cari.. haha

    ReplyDelete
  4. mengada...

    aku hari2 naik moto ok jeee...

    ReplyDelete
  5. Aslina : nek motor dari Shah ALam -KL jauh wei.. pegi balik 80km...

    Shah ALam -Klang pun jauh.. pegi balik 40km... T__T ko tak sian kat aku ke???

    ReplyDelete
  6. tapi jadi penumpang a.k.a pembonceng lagi kematu punggung weh.Pernah dari Seremban ke kampung aku kat Muar.seminggu aku duduk atas bantal.terasa seperti Ziana Zain seketika..

    ReplyDelete
  7. Noi : wahahahah, duduk atas bantal..tapi betul ckp ko.. pembonceng lagi kebas bontot.. T__T

    ReplyDelete
  8. ape kate motor last tu dihadiahkan kat aku? lawa dohhh

    ReplyDelete
  9. i sempat tido tgu u ari tuh.

    ujian bln puasa..motor pon saving.

    ReplyDelete
  10. cerita pasal motor ni Nyah.. laki mak pun sejak 2 menjak ni sibuk dgn enjin scooter dia.. aduhai, ntah bila bila dia nak meronggeng dgn scooter dia pn x tau..

    ReplyDelete
  11. aku ari2 p kerja berulang naek moto..40 minit sekali perjalanan..pergi balik dah 80 minit..40 minit tu pun lenguh jugak bontot kot..ahaha..

    ReplyDelete
  12. hahaha.asal ek naik kriss lenguh bontot.kehkeh.naik kete yg org bawak jugak best boleh tidur.hahaha

    ReplyDelete
  13. pinjam buat g motocross buleh? :P

    ReplyDelete
  14. ko naik bas je la.. takpun ko beli lagi sebiji keta, viva pun jadik lerr.. ko kan kaye :p

    ReplyDelete
  15. antara kris ko ngan wolveine biru aku tu mne lagi hardcore?hahahahahaha

    ReplyDelete
  16. ARC : tambang kargo nak courier ke NZ agak2 sama tak ngan tambang hantar kad raya?

    Puteri : sib bek tak rosak masa bawak u kan? kalau tak habis mekap cair.. :P

    Lekat Lekit : dia saje buat lambat2... dia nak tunggu ko setel down beranak selama semua dulu.. pastu baru dia start idup scooter dia.. skrg darah manis...

    Elyana : entah la, maybe sebab dah lama tak bawak motor kot...

    Adfeez: tak boleh.. gi bawak basikal roda tiga nuuu

    Jue : aku taknak membazir la..biar dulu pakai keter ni, tak sampai setahun lagi.

    Ijam : ahahaha, kris ni lagi smooth wooo.. full trotel sampai 135km/h woooooo

    ReplyDelete
  17. hahaha naikla kriss spoket dulang tu. tapi aku tahu kau mungkin dah masukkan spoket lain. hehe

    tak apa, sekali sekala rasa angin menghadap muka enjoy gak.

    err...walau kebas bontot. hehek

    ReplyDelete
  18. aku rasa kau tumpang dgn kapal laut jer hantar motor tu ke NZ...keh3

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...