Nota : entry kali ini pendek, ringkas dan padat.
Entry post ini adalah bagi memberikan penerangan terhadap Isu " tak pakai tudung masuk neraka".
Sebenarnya aku dah lama menulis pasal isu salah faham ni dalam entry lepas iaitu bertajuk Salah Faham dalam Hidup Beragama yang bertarikh 7 May 2011.
Tiba-tiba, berlakulah Hype dan kekecohon 'Mohon Share Note' Facebook dan blog berkenaan hujah dan alasan orang yang tidak mahu bertudung dengan muslimah yang bertudung.
Dalam jawapan rangkap no 1 itu berbunyi begini :
Xbertudung : semua yang pakai tudung itu kompom masuk syurga ke?
Muslimah : Yang pasti, tak tutup aurat/tak pakai tudung kompom masuk neraka.
okey perbualan yang lain is history, aku yakin online junkies dan pembaca blog dan fb dah tau tentang dialog perbualan tersebut.
***********************
Dalam kaedah nak memahami bagaimana aku ingin berkongsi pendapat adalah perlu faham bahawa aku berpendapat iaitu :-1) Pakai tudung adalah wajib dan tiada argument lagi.
2) Siapa yang tidak pakai Tudung Berdosa.
3) Pakai tudung adalah syariat dan perintah Allah kepada Muslimah seluruh Alam.
4) Orang yang pakai tudung dan menutup aurat mengikut Syarak adalah cerminan muslimah beriman.
5) Aku suka perempuan bertudung litup.
6) lelaki, suami, abang, adik lelaki, penjaga sah, mahram menanggung dosa jika anak perempuan dalam tanggungan mereka tidak menutup aurat selaras dengan tuntutan agama.
7) tiada sesiapa yang memudahkan Islam dan Hukum Islam.
itu adalah pendapat yang solid, firm, tidak goyah dan tidak ditoleransi dan di kompromi lagi.
**********************
Apa yang aku ingin tegaskan di sini adalah kenyataan penulis note/blog bahawa dia mengatakan :
"Yang Pasti tak pakai tudung KOMPOM masuk Neraka"
Dalil dan Nas yang mana menyatakan manusia kalau buat satu dosa sahaja terus masuk neraka? kecuali 7 dosa besar dalam Hidup seorang Insan. 7 dosa besar ini jikalau mati tidak sempat bertaubat maka ia akan mati dalam keadaan berdosa besar. Apakah 7 dosa besar tersebut?
1.Syirik/ menyekutukan Allah.
2.Sihir
3.Bunuh nyawa yg bukan hak
4.Makan Riba
5.Makan Harta anak yatim
6.Fitnah perempuan baik berzina
7.Lari dari medan perang (jihad)
Ada kalangan pembaca aku yang tidak faham dengan pendapat aku, di sini aku nak bagi pencerahan, aku sama sekali tidak memberikan justifikasi atau alasan kepada perempuan untuk tidak mahu bertudung. perempuan yang baligh, berakal dan muslim wajib bertudung. Itu adalah Syariat Islam. Period..cease fire.
Tetapi Perempuan yang tak pakai tudung mana mungkin CONFIRM masuk neraka. mungkin dia masuk neraka, mungkin dia masuk Syurga. Mungkin sebelum mati dia bersungguh-sungguh bertaubat, Allah ampuni dosa dia, Allah sayangkan dia, beri Rahman dan Rahmat, Allah Redha dia masuk Syurga.
Mungkin perempuan yang tidak bertudung itu banyak jasanya kepada Umat Islam, Mungkin Dia Infak separuh dari harta-harta dia ke jalan Allah, mungkin dia menanggung 10 buah rumah anak yatim dan menghantar 1000 orang islam mengerjakan haji setiap tahun.
Mungkin Allah Swt redha dia masuk Syurga dengan meredhai dia atas sifat kasih dia kepada ibu bapanya dan anak-anaknya. Mungkin pada satu masa dia pernah menyelamatkan satu jiwa dari mati. Mungkin Dia seorang Doktor Muslimah yang banyak berjasa dan mungkin dia doktor yang berbakti tanpa mintak upah.
Mungkin dia tentera wanita yang pernah menyertai tentera Islam dalam misi pengaman di Bosnia yang berjihad ke Jalan Allah yang menyelamatkan Umat Islam Bosnia dari dibunuh Serb dan mungkin dia Jihad pada perang itu. mungkin juga dia diredhai kerana jasa dan pahala dia menjadi doktor gigi tentera di sempadan palestin.
Dengan mengatakan Perempuan yang tidak pakai tudung itu CONFIRM masuk neraka adalah satu statement yang amat tidak adil dan tidak selaras dengan apa yang Islam sarankan. Islam bukanlah Agama menghukum, Islam adalah agama mendidik dan agama menyayangi, sejahtera.
Mungkin kita semangat sangat dalam memperjuangkan gerakan bertudung sehingga kita tidak dapat berkompromi lagi dengan konsep pembalasan dalam Islam. Agama tidak menghukum manusia secara pukal/pakej.
Ini sesuai dengan Firman Allah dalam surah Al-Qariah seperti maksudnya di bawah..
Firman Allah dalam surah al-Qariah dari ayat 1 - 11 yang
bermaksud:
1. Hari yang
menggemparkan.
2. Apakah dia
hari yang menggemparkan itu?
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
4. (Hari itu ialah hari kiamat) hari manusia menjadi seperti kelekatu yang terbang berkeliaran.
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
4. (Hari itu ialah hari kiamat) hari manusia menjadi seperti kelekatu yang terbang berkeliaran.
5. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar
berterbangan
6.Setelah berlaku
demikian, maka..
(manusia akan diberikan tempatnya menurut amal
masing-masing) adapun orang yang berat timbangan amal
baiknya.
7. Maka dia berada dalam kehidupan yang senang-lenang
8. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal kebaikannya.
9. Maka tempat kembalinya ialah "hawiyah".
10. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "hawiyah" itu?
9. Maka tempat kembalinya ialah "hawiyah".
10. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "hawiyah" itu?
11. (Hawiyah itu ialah) api yang panas membakar.
Jika kita menghukum Manusia dengan satu dosa maka dia masuk neraka maknanya kita seakan-akan berfahaman Khawarij...Dan Khawarij ni nabi dah pesan supaya elakkan, kalau jumpa orang Khawarij ni bunuh supaya Umat Islam tidak berpecah.
Khawarij menghukum manusia yang berbuat dosa walau satu pun sebagai Kufur dan terkeluar dari islam kerana mereka menggunakan formula tolak tambah ikut syok sendiri iaitu (contoh je) :
Kau tak pakai tudung - Pakai tudung adalah Perintah Allah - kau ingkar tak pakai tudung -umpama kau ingkar perintah Allah - kau ingkar perintah Allah umpama kau melawan Allah-kau mencabar Tuhan - kau Kafir - bunuh Kafir! - Kafir mati masuk neraka.
Adakah kita mahu menghukum manusia lebih berat dan keras dari cara Nabi saw dan Para sahabat mendidik dan berdakwah kepada Umat manusia?
*********************
Samalah juga dengan sebilangan BESAR antara kita, yang tidak segan-segan memakan dan memberi riba, kita bayar ansuran kereta bulan-bulan pakai finance yang ada riba, riba itu salah satu 7 dosa besar. tapi kita tak pernah rasa nak berhenti dari melakukan dosa itu terus menerus. tapi ada tak korang cakap depan cermin yang makan riba itu nanti tak taubat boleh masuk neraka?
sebaliknya kita cemuh orang tidak bertudung dengan kenyataan " kau tak pakai tudung PASTI KOMPOM masuk neraka"
seolah-olah dosanya tidak pakai tudung itu menjadi pakej/pukal menyimpul segala-galanya pada diri dia yang dia KOMPOM MASUK NERAKA...
Agak-agaklah, cukuplah sekadar cakap orang tak pakai tudung ni berdosa.
p/s ini dicedok dari status FB aku : dlm kita nak berdakwah, sampaikanlah berita yg gembira, baru la insan ada harapan dlm mencari syurga, mencari redha Tuhan.
Ini tidak! "hah kau sexy kau masuk neraka!!"
cuba, " kau sexy, aku syg kau, tapi Tuhan lagi syg kau kalau kau tutup aurat tu, meh sini syg kita pilih tudung ariyani meh"
Pendek ko kata?
ReplyDeleteaku ingat satu perenggan je..
salam, betul lah apa yg zulfikar cakap kan tuh...kita sebagai org islam,yg teguh prinsipnya,xada hak pun nak memutuskan seseorang itu masuk syurga ataupun neraka....bukan kita yang meletakkan hukuman...kerana itu adalah sikap org munafik...
ReplyDeletedan,untuk jadi org yg sentiasa tawadhu' hatinya,sentiasa beranggapan bahawa,orang lain itu,lebih mulia dari kita,xkira mcm mana pun org tuh,sebab kita tak tawu apa kebaikan dia di sisi Allah..
inshaallah,bila semua org ada rasa mcm tuh,Allah pun sayang...kan? :)
p/s:saya budak baru belajar.kalau ada salah,mintk tunjuk ajar
tulisan putih tue silau lah nak baca.
ReplyDeletetapi betul lah apa yg awak nak cakap,org xbtl2 fhm bila terus ckp xpakai tudung trs msk neraka.
kita memang tak boleh mengubah hukum & kita juga tidak boleh menghukum..
ReplyDeletegua pon ada pikir pasal isu ni..tapi gua pon x pasti..mungkin dia cakap macam tu supaya perempuan yg x pakai tudung tu takut dan cepat insaf..sebab kalau setakat cakap pakai tudung berdosa, mungkin diorang akan cakap "macamla ko x buat dosa..nanti2 aq taubatla"..gua hanya husnuzon..sebab belum ada alim ulama' yang cakp apa2 pasal isu ni.. :)
ReplyDeleteAgree..
Delete"supaya perempuan yg x pakai tudung tu takut dan cepat insaf"
Deleteaku bagi contoh kat kau...
kau lalu depan gua,, kau nak masuk dalam tu... tapi kau takut sbb ade banyak binatang berbisa dalam tu..kau akan masuk ke ?? tak kan..
sama jugak dengan agama... kalau kau bagitau sesuatu yg menakutkan dkat mereka.. dorang takkan terima punye,.. kalau kau bagitau keindahan dekat dorang.. dengan hati terbuka dorang terima
a'ah setuju..kiter takboleh terus hukum seseorg...mmg dah meluas betol komen muslimah tuu kat fb dan blog..perlu perbetulkan tuu :)
ReplyDeleteBetul tue en. Zulfikar..
ReplyDeleteYang bertudung pun rajin mengumpat memfitnah, ape plak hukum nye?
Bertaubat pada saat2 kematian pun akan diterima taubat nye.
so xde hukum, xbertudung masuk neraka..
Bulls**T!!!!
betul tue nizam..
Deletesaya setuju apa yang awak cakapkan ..
orang yang bertudung lebih teruk daripada orang yang tak bertudung ..
so , jangan lah anggap orang yang bertudung akan dapat masuk syurga ..
kena faham, dosa tutup aurat dosa lain, kalu dosa mulut jahat dosa lain. Kalu pakai tudung mulutnya jahat, org tu dpt dosa mulut jahat jer lah, bab dosa buka aurat dia terselamat.. Allah x pernah zalim. Manusia je yg menzalimi dirinya sendiri. :) *Maaf Kalau Salah :)
Deletebertudung pun tapi kalau wat dosa lain macam memfitnah, mengumpat, derhaka kat ibu bapa dsb sama jugak boleh masuk neraka..
ReplyDeletesemua orang tak terlepas dari buat dosa..jangan lupa yang tu..kita bukan maksum..
yang aku faham la kan dan ustaz aku sekolah rendah agama dulu pernah cakap, bukan semua manusia akan terus2 je masuk syurga..akan ada yang merasa jugak duduk dalam neraka atas dosa-dosa yang kita dah buat kalau tak bertaubat dan mohon keampunan..pastu baru masuk syurga..cuma tak tahu berapa lama je kena siksa kat dalam neraka tu..kalau banyak amal sekejap je la kena siksa kat neraka..kalau dosa yg berlambak memang lama la duduk kat neraka..
kita takda hak nak menghukum..hanya Allah aje yg tahu segalanya..
apa-apa pun, MENUTUP AURAT DAN BERTUDUNG itu WAJIB bagi seorang wanita Muslim..kalau masih belum, berusaha lah ke arah itu..
aku sendiri yang bertudung ni pun belum cukup sempurna amalan..masih perlu banyak berusaha..T_T
ini bukan entry pendek.. :P
ReplyDeleteKita doa dia berubah dan menutup aurat.. bertudung belom tentu "menutup aurat" bukan? :P
Missenget : aku mula dnegan semangat nak pendek2 je.. sekali nafsu tak dapat dikawal.. pastu aku malas nak delete dah NOTA tu..hahaha
ReplyDeleteShu : org semangat nak ceramah ramai... tapi org yg tawadhuk masa berpesan2 tu yg susah nak cari tu kan T__T
Elyana : ok dah edit, maceh...
Lekat Lekit : betul betul betul.. raya ni jgn lupa buat laksa!!!
Budakampung : niat tidak menghalalkan cara. kita buat mcm tu umpama kita nak tambah2 hukum yang Nabi saw tak ajar.. Nabi pun tak ckp masuk neraka, kita pulak nak ckp masuk neraka dengan niat nak gertak...
ramai dah ulamak yang cakap pasal ini contohnya Dr MAZA dan Abdullah Yasin.
peachippo : kena ada pembetulan kan? share penulisan saya ni.. :)
Nizam : heppp tak baik ckp shit shit nihhhh ..haha
Cik Sha : hukum wajib bertudung takda selisih pendapat... masalahnya statement "tak pakai tudung pasti KOMPOM masuk syurga tu yang susah nak setuju tu.
Salam, nak tanya pendapat.perasan x ada segelintir artis wanita yg bertudung lepas cerai buka tudung. Saya x nak ckp apa2 pasal tu Sbb kita x Tahu Knp mereka berubah. Tp yg nyata perkara ini berlaku pada Saya juga ;( selepas bercerai ada 1 rasa keinginan utk sentiasa nampak cantik. Sumpah Mmg tahu berdosa n kadang2 Mmg rasa bersalah. Pergi kerja masih pakai tudung mmg xnak bukak Sbb sbnry mmg suka pakai tudung. Tp entah lah bila keluar hujung minggu or beriadah mmg selalu rasa x nak bertudung.sbnrya susah nak gambarkan perasaan ni mcmana.dulu sy seorang yg sexy lepas berkahwin sy nekad pakai tudung sbb saya syg suami. Tp bila ditinggalkan n dicerai ada 1 perasaan ingin mencari kebehagiaan dgn cara sendiri utk menghilangkan rasa sedih dan mungkin cara ni dpt meningkatkan keyakinan diri :( hanya Allah sahaja yg tahu betapa bersalahnya diri ini :(
DeleteSalam. Sebenarnya saya ni lelaki tapi saya faham perasaan akak. Apa yang boleh saya cakap cuma kita sebagai manusia ni kalau boleh jangan expect tinggi sangat. Contoh, macam akak cakap start akak kahwin dengan suami akak, akak dah start tak pakai sexy2 semua tu. Tu sangat bagus. Tapi lepas cerai, tiba2 akak terasa nak jadi macam dulu ( tak pakai tudung masa weekend ). So, apa yang saya cuba nak sampaikan kita kalau nak berubah 1st mesti sebab Allah. Yang bahayanya kalau kita menaruh harapan dekat manusia,takut orang tu tinggalkan kita. Pastu kita jadi stress, and mula tinggal solat sebab orang yang kita sayang/percaya dah tak de. So, iman kita kena sentiasa kuat, lebihkan hubungan kita dengan Allah. InsyaAllah Allah bagi kita lebih dari yang kita minta ( ketenangan ).
Deletekonsep ini sudah salah dipandang. yang pastinya, memang pengaturan syurga atau neraka itu adalah di tangan Allah. dan alasan ini seringkali kita dengar,
ReplyDelete"Aku tak tutup aurat, belum tentu kau yang tutup aurat akan syurga, dan belum tentu aku akan ke neraka"
tapi konsep ini jika dipegang terlalu lama, maka akan timbul pula
"aku tak tutup aurat, tapi aku masih beriman, belum tentu aku akan ke neraka. jadi buat apa aku tutup aurat?"
apapun menutup aurat itu tetap wajib hukumnya. jadi bagaimana konsep beriman itu? sedangkan perintah itu masih lagi dilanggar. bukan nak mendiskriminasi, cuma kita tak boleh terlalu lembut dalam isu tudung. maksudnya bukan nak tegur secara ganas, atau maki hamun, tidak. cuma kena tegas tentang hukum bertudung. dan ya, mari berdoa supaya kenalan kita itu akan menerima hidayah dalam menutup aurat.
tapi aku tetap sokong bahawa tidak boleh menghukum orang itu akan syurga atau neraka. itu tidak dinafikan. ada satu hadis nabi yang berbunyi lebih kurang begini:
ada seorang dari kalangan bani israel sedang menegur seorang lagi bangsanya dengan berkata, kamu akan masuk ke neraka.
Maka dihadapkan mereka di hadapan Allah. yang menegur itu dimurkai Allah kerana dia merasakan bahawa pengadilan dia itu lebih benar daripada Allah dan yang ditegur itu diredhai kerana dia ingin berubah.
(maaf, aku tak ingat versi penuh hadis ini, jadi aku ringkaskan sahaja)
-aku juga tak sempurna-
Hanya Allah yang berhak menjatuhkan hukum.
ReplyDeleteeh apesal pendek no aku punya komen?sebabnya aku mamai baru bangun tido hehehe
Btol! xmenutup aurat mmg berdosa tapi blum kompom masuk neraka.maybe amalan2 kebaikan nya dapat mencover balik dosa x tutup aurat. tp klu tgk pada contoh2 owner blog bgth kt ats tu mampu ke?
ReplyDelete''Mungkin perempuan yang tidak bertudung itu banyak jasanya kepada Umat Islam, Mungkin Dia Infak separuh dari harta-harta dia ke jalan Allah, mungkin dia menanggung 10 buah rumah anak yatim dan menghantar 1000 orang islam mengerjakan haji setiap tahun''. Wallahualam.. yg bertudung & menutup aurat tp mengumpat sume tu atlest die dh buat satu tuntutan agama. yg lain2 tu antara die dgn Allah. doakn jela sume berubah nnt termsukla diri sy. amin. sbb sy sndri pon kdg2 xtutup aurat sepenuhnye tp bila org ckp psl ni xde bantahan sbb dh tahu kn tutup aurat tu wajib.
kita tau tutup aurat wajib. hukumnya dah ada dlm al quran.Allah dah turunkan hukum 2 pada rasulullah.bukan manusia sj2 nak menghukum.kl pompuan yang tak tutup aurat 2 buat jasa dengan infaq hartanya ke jalan Islam. awak kata MUNGKIN.kl betul pun hanya Allah yang tentukan blsannya. kita tak ada hak juga nak kata ia akan mengcover dosa2 dia tak tutup aurat. isu sekarang ialah ttup aurat.satu lagi orang yang tutup aurat yang lengkap tp suka mengumpat. mengumpat juga berdosa. dalam al quran pun ada kata mengumpat 2 hukumnya makan daging mentah ms di akhirat. dipendekkan kata buat yang disuruh tinggal yang dilarang. kedua2 isu ini tidak perlu dibahaskan kerana terang2 tak boleh diamalkan.soal pahala amalan cover dosa itu sume urusan Allah. perempuan kalau degil juga tak nak pakai tudung...tak payah jd perempuan.jd lelaki tak yah pakai tudung.
DeleteAssalamualaikum..Saya cukup suka dgn artikel ni..Bg pendapat sy,siapalah kita utk menjthkan hukuman sesama manusia..Kita xde hak..Yg ada hak itu cuma Allah swt...
ReplyDeleteapa yg i paham...syurga n neraka ni urusan Allah yg kita sendiri xtau camne...so takde sorang manusia pon yg layak nk cop org tu masuk syurga ke, org tu masuk neraka ke...
ReplyDeletewallahualam~
agreed wih this entry...i mean come on, sape kte nk judge org smpi mcm tuh...x be so harsh on other ppl...
ReplyDeletemarvellous...hasil penulisan ko mmg tak pernah mengeciwakan aku...ko dah pesan entri padat dan ringkas...tp mcm pnjg gak aku baca...hehehe.tp aku peduli hape...tetap best..ko pn bukan peduli gak kan...huhu.
ReplyDeleteringkas kata dari entri ko ni, aku pinjam la bait lagu dari Butterfingers...
'dosa dan pahala ku, Tuhan saja, Tuhan saja yang tahu...Geylang, si paku geylang...'
wallahulam...entri ko y lepas2 aku tak sempat nak baca lagi...jiwa kacau sekarang...hehehe...baru nak pulih...
GR : erm, Nabi saw dulu larang sahabat RA melaknat sahabat yg telah kantoi minum arak...
ReplyDelete" semoga laknatlah kau peminum arak!"
" jangan kau bantu syaitan merosakkan saudara mu"-- balas Nabi saw
niat kita muslim semua bagus nak cari redha Allah, tapi kita selalu silap dengan Cara.. itu saja.. :) thanks untuk kongsi Hadis..
noi : bangun tdo gi gosok gigi dulu la teacher.. ape ni terus lompat bukak laptop!!
Anon 4.22 : sila lihat list pendapat di atas.. pakai tudung adalah wajib! no arguments.. :) thanks untuk reply..
Penulis sepi : entry ini untuk membetulkan salah faham..thanks
Nana : betul...jangan hukum melampaui dalil hadis dan nas Alquran :)
Anon 7:06 : yess!!! dont be harsh tepat.
tamlegend : tu lah lama betul tak nampak kau.. selalu ada je..
jiwa kacau? semoga jumpa kedamaian.. tu tanda2 nak ada space utk mendekati Tuhan tu kot.. :)
huhuhu, sori ar klu komen aku lain skit.... aku x brapa kisah pon kata pasal "prempuan x menutup aurat kompom masuk neraka" kerana ada hadis nabi selepas beliau balik dari perjalanan israk n mikraj, nabi ada kata penghuni neraka banyak pompuan.. kalau kompom tu maksud statistik percent yg tinggi, jd aku stuju skit....
ReplyDeletetapi aku bukan nk sembang sangat pasai tu, aku trtarik ngan kenyataan seseorang yg buat dosa dan menarik sekali semua org skeliling berdosa skali, rasa mcam dosa direct selling lh plak... org yg buka aurat akan buat dosa personal, org yg x menegur akan buat dosa umum, kot2 org yg x tutup aurat tu pon dapat dosa lagi pasal menyusahkan org skeliling dia sampai pakat ramai2 berdosa... dosa ngan org susah skit nk mintak ampun cam dosa personal ngan tuhan.... padahal setiap pahala atau dosa akan dihisab.... huhuhuhu... jd pakat2 merasa masuk neraka la dlu melalui skim piramid dosa tu....
bagi beredakan hati, aku pk bek kita ada skit benci pada org yg buat dosa, kerana selemah2 iman adalh menegur atau membenci maksiat tu dalam hati....
bila pk sirius cam nie rasa cam diri nie banyak dosa... huhuhu
Anon 9:54 : betul, pendapat atas dah cover semua..
ReplyDeletetanggungjawab menyampaikan dan berdakwah adalah wajib dan fardhu.
tapi jangan melampau dalam dakwah sampai buat lebih dari Yang Allah Friman dan Nabi saw sabda. itu saja.
pendapat aku, aku tak redha pun dengan org yang buat dosa..
cuma aku nak betulkan fahaman Perempuan tak pakai tudung KOMPOM masuk neraka..
aku jawab guna dalil dan nas
suke this entry . penuh maksud yg tersendiri .
ReplyDeletesalam saudara..
ReplyDeleteperbincangan yg hangat dan agak panjang..
bagi saya, kenakan saja tudung itu.. itu hukum.. tak perlu dolak dalik.. cuma saya agak bimbang jika perbahasan ini nanti seolah2 membela mereka yg tidak bertudung..saya tegaskan lg.. saya agak bimbang..
nak komen lebih2, saya bukan ahli..wassalam..
a.samad jaafar : terima kasih utk pandangan...
ReplyDeletetelah di nyatakan dalam banyak perenggan di atas, LIST pendapat saya dan pendirian saya pasal kewajipan bertudung..
entry ini bukan justifikasi, alasan atau pembelaan utk yang takmahu bertudung, tapi ia adalah membetulkan salah faham Umat tentang cara menyatakan statement.
org tak bertudung tidak confirm masuk neraka.. mungkin dia taubat, mungkin di dirahmat macam pelacur beri minum pada anjing...
kewajipan bertudung itu takda arguments.
Cuma bidaah dan mengada-adakan hukum yang Nabi sendiri tidak lakukan adalah perkara yg mungkar.
komen GR paling terbaik sekali
ReplyDeleteFormula tambah tolak tu memang menakutkan dan menjengkelkan. berlagak seperti tuhan.
ReplyDeletejangan menghukum, tetapi perlunya menasihat. kalau tak mampu guna kuasa, guna lidah, guna hati pun boleh. tapi selemah lemah imanlah.
fuuhh, rahmatNYA itu hanya DIA yang tahu. segalagalanya untuk mendapat rahmatnya dan pahala itu medium mencari rahmatNYA. layak ke manusia nak memberi rahmat atau tidak kerana aurat orang lain?
sapa laa buat dialog tuh... bersepah jugak la manusia share2 dekat fb...
ReplyDeleteada tag2 nama tu paling tak tahan tu...
memang hebat gler ah kan bajet boleh judge orang masuk syurga, masuk neraka....
tetibe aku teringat sesuatu...
pangkah PAS masuk syurga...pfftt...
sumpah aku tak tau knapa aku teringat pasal tuh walaupon aku ngan politik takde lah kamceng mana sangat... kikikiki...
ARC : ko nasihatkan Kak Fenny pakai tudung elok2 tau... :B
ReplyDeleteHaikal : semua sebab semangat lebih... semangat lebih bagus tapi kena dengan 'kaedah' la kan...
Aslina : entah, aku taktau, aku pun terbaca sebab ada org share kat wall kot.. aku baca 90% benda tu dakwah tu bagus la...tapi bab dia taip KOMPOM masuk neraka tu.. sentap gak la aku baca..
pahala & dosa tu berbeza...
ReplyDeletebuat pahala ganjaran syurga
buat dosa(selain dari murtad) neraka la jawabnya...
namun kalau dah bertaubat boleh masuk syurga setelah dihumbam ke dlm neraka melainkn mati syahid terus masuk syurga tanpa ditimbang amalannya...
"yg pasti x bertudung masok neraka"..pd aku btol la dye ckp... sbb Sehelai rambut wanita yg nmpk.. 80 tahun seksaan di NERAKA.. huhu..
ReplyDeletesy setuju.
ReplyDeletebukan hak kita nak tentukan sesiapa masuk syurga/neraka.
satu jwpn yg panjang dan cerah. Hehe~
Anon 4.53 : sila bagi sumber rujukan hadis, dan semua dosa adalah balasan nya neraka..
ReplyDeletetapi seksaan neraka itu berlaku selepas ditimbang amal baik dan buruk..
kaizen : terima kasih, untuk hal neraka syurga, sila baca semula tafsiran surah Alqariah.. itu Allah Firman, bukan Ustaz ajar.
ReplyDeletesetahu aku dlm quran xde ayat PAHALA, yg ada disebut adalah ajrun maknanya ganjaran...bila kata ganjaran bley jadi berbagai...yg melakukan kejahatan atau melanggar hukum akan diazab...jd berkait ngan isu ini, yg x bertudung bersamaan melanggar hukum yakni perintah allah akan menerima azab tp x bermakna dia akan ke neraka krn azab allah itu bermacam2 xyah tunggu pas mati pun bley diazab sama gak ngan ganjaran yg diberi allah
ReplyDeletewassalam
good job bro.
ReplyDeletecuma kalau boleh disamping highlightkan bahawa teguran ni untuk yang mengatakan konfirm masuk neraka, perlu juga dihilightkan bahawa membuka aurat memang berdosa..
Mungkin patut dinyatakan begini. Yang pakai tudung pun susah giler nak masuk syurga, apatah lagi yang tak bertudung, takkan senang pula? :) Bertudung pun muhasabah diri, moga niat tak terpesong kerana Ilahi. Aku sebagai lelaki, berjuang hari-hari, merendahkan pandangan, mohon Allah ampuni diri.
ReplyDeletehttp://sufri82.wordpress.com/2011/05/27/balasan-azab-untuk-perempuan-tidak-menutup-aurat/
ReplyDeleteermm, nak tanya kalo tak masuk neraka even dia tak bertudung sampai ajal macam mana dgn janji allah iaitu hukuman org tak bertudung...Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)...hermm rasanya dia still akan masuk nerakalah, kan dah ada hukum bagi org islam yg berdosa mereka akan ke neraka dulu bagi mendapat balasan atas dosa mereka barulah ke syurga apabila balasan yg diberi setimpal dgn dosa mereka, lainlah kalo mereka sempat bertaubat nasuha sebelum hembusan nafas terakhir, jadi kat sini betullah yg comment perempuan bertudung tu tadi, mmg conpom masuk neraka bagi mendapat balasan atas pelanggaran hukum ALLAH, jadi pengajaran yg tuan punya blog sampaikan pon betul jugak iaitu jgn komen dgn emosi kalo tak cukup ilmu......diharap update gak post ini supaya jadi pengajaran dan ingatan bagi mereka yg melanggar suruhan dan membuat perkara dilarang, dan demi maruah perempuan yg memberi komen COMPOM tu beberbesar hatilah dalam menerima kesilapan wasalam.....
ReplyDeleteAnon 2.55am
ReplyDeleteSila rujuk tulisan aku balik sedalam-dalamnya...
sila rujuk Tafsir Alquran tentang konsep pembalasan dan neraca hari akhirat...
sila rujuk kisah Pelacur dalam Hadis sohih nabi..
sila rujuk list kefahaman aku di atas pasal tudung dan dosa..
Aku tiada satu pun perlu Update dal betulkan..Insyallah.. aku rasa dah lengkap aku tuliskan..
dan semoga Allah Rahmati pembaca, tulisan ini dan aku.. dan semoga allah pelihara akud ari menyampaikan kekeliruan.. aku mohon Pada Allah... amin Ya rabb..
Terima kasih dengan pendapat anda.. aku hargainya.
Bila banyak bercakap dan meluahkan isi hati..mula mencarut tak tentu pasal..kan dah berdosa.Tak payah bincang tentang pahala dan neraka kalau ilmu cetek di dada.Tapi sebgai manusia biasa..berubahlah ke arah kebaikan...memang tak semestinya yang pakai tudung masuk syurga atau neraka.Tapi lebih elok kita ikut perintah dan tuntutanNya supaya kita semua masuk syurga..Amin.
ReplyDeleteTeringat tentang ustaz yang pernah bercerita..benda yang kita dah tahu(hukum hakam) kita tak payah tanya atau persoalkan kenapa dan mengapa sebab semua tu akan menunjukkan kebodohan kita..
Kalau rasa ilmu di dada kurang..jangan cuba menegakkan benang yang basah..
ada benarnya...
ReplyDeleteSebagai hamba Allah kita buat je apa yang disuruhnya.. Kalo dia kata bertudung, bertudung je la.. Kita pun tak boleh nak kata perempuan yang tak pakai tudung akan masuk syurga coz ada nilai2 kebaikan dia coz itu namanya kita mempersendakan apa yang Allah suruh.. lagipun apa hak kita sebagai orang Islam nak pertahankan orang tak pakai tudung yang terang2 mempersendakan suruhan Allah supaya bertudung?? Syafaat Allah adalah hak milik Allah jadi amalkan amar makruf nahi mungkar.. Jangan kerana ulasan anda yang mempertahankan perempuan tak bertudung makin ramai perempuan berani tak bertudung.. tahukah kita apa balasan perempuan tak bertudung diakhirat kelak??? baca link nie http://faizaltahir.proboards.com/index.cgi?board=is&action=print&thread=689. Jadi kesimpulannya mmg confirm perempuan tak bertudung akan masuk neraka kalo tak dapat syafaat. kerana mmg dah ada hukumannya diakhirat. Jadi jangan yakin sangat perempuan tak bertudung akan dapat syafaat tue.. bertudung je kalo itu yang Allah nak..
ReplyDeletesalam...kalau minah x bertudung tu konpom sempat bertaubat sebelum mati baguslah. kalau x tambah dosa hari2 utk cukupkan kiraan dosa ke neraka. wajib kita takut buat dosa walaupun sebesar zarah. jgn jd apologetic dan simpatizer kepada golongan mungkar kerana nabi pun pernah marah pada sahabat yg wat silap. tapi nabi muka merah sahaja menahan marah. kita mmg kena tegas. tapi tegas bukan bermaksud menjatuhkan air muka, dan maruah seseorg. mcm saranan en zul, kenalah tegur kena pada tempatnya. supaya maksudnye sampai. harus berhati2 jgn kita pula yg memandang ringan kewajipan ini dan balasannya kerana tidak menutup aurat semata2 kerana bersikap positif yg kita ni x semestinya masuk neraka/mungkin di azab sahaja di dunia dll. jika yg bertudung boleh masuk neraka juga, maka yg x bertudung apatah lagi. this is serious matter utk Allah menguji samada hambanya boleh ke x ikut suruhannya. as simple as that. ini baru suruh tutup aurat, belum lagi diuji dgn orientasi sex yg menyimpang. jika Allah jadikan anda, sebg contoh, sukakan kaum sejenis atau lebih teruk lagi binatang (bestiality), bagaimana pula kita nk handle? kebanyakannya murtad sbb menyalahkan tuhan menjadikannya begitu. Allah x kejam, tapi memberi peluang golongan td berjihad utk melawan nafsu dan akan dibalas sebesar2 nikmat. dari sini kita dpt tgk yg tutup aurat x susah pun berbanding contoh saya beri td. maka renung2kan lah...takutlah azab Allah dan jgn rasa kita ni baik sgt sampai x konpom masuk neraka. bile ade org tegur tu terima lah dgn hati terbuka, kata pun hati baik sampai x konpom masuk neraka. jika yg menegur tu kerek pulak, maka ia adalah ujian utk anda bersabar dgn teguran dia. dan jgn sombong pulak, dah kena tegur secara kerek, rebel x nak pki pulak sbb bengang dgn penegur tu. anda akan dpt pahala pki tudung, pahala sabar dll pahala lagi. Allah byk bg kite peluang di dunia ni. hidayah dtg berbagai mcm. ada lepas kena tampar, ada lepas eksiden dan ada lepas kena maki x pki tudung. kalau kena marah jgn la melatah atau ikut perangai org tu, tp kaji dulu, kalau dia betul, maka x salah ikut, pastu anda boleh tarbiyah dia balik suh dia tegur elok2. pastu ajak dia mkn aiskrim sama2 sbb td dia marah anda x pki tudung. skang anda dah pki anda tegur dia balik sedas. kalau benda baik buat je, x rugi pun tau... just my two cents - khal, KL :)
ReplyDeletesaya tak setuju, dengan statement gtu akan ada ramai wanita2 jadikan ini sebagai BUKTI yang mereka tak perlu bertudung... TAk bertuDuNG memang berdosa... satu helai rambut 1000 tahun... tu bukan neraka ke pakcik?... jangan support benda yang salah takut awak dapat saham neraka... takut woooo BRO
ReplyDeletekalau dia tutup aurat molek2 maknanya dia dah lepas dosa dengan undang2 bab aurat... kalau mulut dia tak reti jaga... mengumpat sana sini maknanya dia berdosa dengan manusia... tapi kalau tak tutup aurat maknanya dengan ALLAH pun tak lepas .... wowowo takut weiiiiiiiiiiiiiiiii
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletestatement anda bercanggah dengan apa yang ALLAH suruh... jangan memandai takut KO tempah NERAkA
ReplyDeletetengok list pendirian aku kat perenggan atas, jangan melatah.
Deletehalu BRO: awak tak tahu ke orang yang tak tutup AURAT solat dia ALLAH tak terima.
ReplyDeleteNas?
Deletesaya takut muflis je di akhirat nanti... pahala banyak. tetapi tidak boleh digunakan..tambah-tolak, tambah tolak..kosong jadinya.. tak pakai tudung, tak ikhlas, tak yakin dengan hukum Allah... kalu darurat boleh la tak pakai tudung... kalu saja nak tunjuk cantik dan sombong.... Allah Maha Mengetahui..
ReplyDeleteDengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yg Maha Mengetahui. Maha Berkuasa dan yg lebih penting, Dia Maha Pengampun. Semoga dibukakan hati kepada wanita yg belum atau sedang berusaha utk menutup aurat serta istiqamah. Tapi ingat, dugaan dan ujian sentiasa ada, semoga yang memang bertudung tu berusaha menjaga imej wanita islam. Bukan saja soal aurat, malah tutur kata,pergaulan, tingkah laku dsb. Bagi ingin terus menghukum tanpa memahami dan menasihati, teruskan kerana anda akan terus mengatakan sesiapa yg bercanggah pendapat dgn anda itu salah dan melanggar hukum. Sebelum kita menghukum, lihat dulu sesiapa yg rapat dengan kita, ibu, isteri, anak, adik, kakak..bukan tu saja, sepupu, adik saudara, anak saudara, biras, besan, adik ipar, kakak ipar, dua pupu. sudah sempurnakah? mereka sekadar bertudung atau menutup aurat??. Bagi yg masih hanyut, berusaha la utk mendekatkan diri dengan Allah. Jangan gusar kerana Dia Maha Pengampun. Dia Maha Pengasih. Dia Maha Adil. Berubah lah demi-Nya. Islam Agama yg indah dan tenang. Jangan Sesekali berputus asa pada Allah. Insyaallah, Dia sentiasa bersama kita.
ReplyDeleteassalamualaikum..sy amat tertarik dgn komen ini..komen sebegini akan membuka hati org2 yg ingin dinasihati..x perlu b'kasar dlm menegur sehingga boleh melukakan hati org yg ditegur..
Deleteas salam.saya ingin membetulkan kenyataan anda tentang kewajipan memakai tudung.tudung sebenarnya tidak wajib dipakai,kerana yg wajib ialah menutup aurat dgn sempurna.dan salah satu cara untuk menutup aurat ialah dgn memakai tudung.contohnya,apa gunanya seorang wanita islam memakai tudung jika dia memakai baju yg ketat sehingga menampakkan susuk tubuh kpd khalyak terutamanya kpd lelaki yg bukan mahramnya???kesimpulannya,perkara yg ingin ditegaskan seharusnya wanita islam menutup aurat dgn sempurna.
ReplyDeleteassalamualaikum,abg,saya mmg kagum dgn pendapat abg,kalau boleh saya nak petik kata-kata abg tu untuk dijadikan sebagai sebahagian dari penulisan skrip saya,harap abg tak keberatan..terima kasih
ReplyDeleteokey, silakan. skrip drama ke pentomen?
DeleteA very good entry. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAlamak, sorry ManaMungkin, aku terdelete komen kau, ingat nak reply tadi, tengah picit button terpicit button remove content, please komen balik, terima kasih.
Deletewanita yg membuka aurat dengan sengaja walaupun tidak menentang kewajipan menutup aurat, kompem masuk neraka atas dalil:
ReplyDelete"Rasulullah s.a.w bersabda: Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan? Baginda menjawab: Barangsiapa yang taat kepadaku, dia masuk syurga dan barangsiapa yang melanggar perintahku, dia telah enggan.
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari & Muslim)
Melainkan jika dia sempat bertaubat.. dengan taubat nasuha..
ReplyDeleteboleh lihat jawapan ustaz azhar idrus di page www.facebook.com/Koleksi.Printscreen di bawah kelolaan saya. wallahu'alam
mungkin bertudung itu susah
ReplyDeletetak per la kalau macam tu
nk pakai tudung ker tak
tu hak masing2 la
kalau cakap panjang2 pon x guna
kita tegur dia sebab dia saudara kita
bukan sebab kita nk dia masuk neraka
apa kata kalau sesuatu nasihat tu kita ambik yang positif
bila orang nasihat kita suh pakai tudung, apa kata kita tak payah nk cari keburukan orang yang menegur kita tu.. kalau orang yang tegur tu ada keburukkan sekalipun dan dia tidak publishkan keburukan dia kepada public, kita tak payah la nak ambik tau sangat melainkan kalau keburukan dia tu nampak sangat, kita pon boleh tegur dia kalau dia pon ada salah silap.... kalau orang tegur kita untuk berbuat baik lepas tu kita pulak nk beria-ia cari keburukan dia plak, apa faedahnya Allah hantar dia untuk menegur kita.. Allah hantar dia untuk tegur kita sebab Allah sayangkan kita, dia tak nak kita ada dosa.. ok, mungkin kita cuma buat dosa tak pakai tudung jer, tapi tau kan macam mana dosa orang yang mendedahkan sehelai rambut dia..
so, tak nak cakap banyak...
saya cuma nk cakap pakai tudung tu wajib tapi terpulanglah pada korang nak ikut atau x...
Betul ke Allah mewajibkan pakai tudung... Atau Allah mengarahkan untuk tidak menunjukkan bahagian dada wanita... Dan melabuhkan pakaian agar tidak menjolok mata? tradisi org arab memang pakai tudung tapi ada yg membiarkan dada mereka terbuka. Bermakna kalau kaum tu tiada tradisi pakai tudung, mereka tetap patut menutup bhagian dada.... Pada pendapat saya, tudung tidak wajib tetapi tutup dada adalah wajib. Paling baik tutup sampai ke leher...
Deleteeerm blg tlong jlas kn brkennan dalil dn hadis yg sahih tntang wajib menutup aurat....
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=Z3BoseA1yQI
ReplyDeleteustaz azhar idrus
DeleteSerius bro..aku faham apa yg ko tulis dan cuba sampaikan..cuma ada juga komen2 kat atas ni x fhm apa bro tulis..aku x nampak pun bro ni nak backing org yg tak bertudung.,,baca betul2 la..tak tau
ReplyDeleteAku bm ko ni fail ke pas time spm..
Serius bro..aku faham apa yg ko tulis dan cuba sampaikan..cuma ada juga komen2 kat atas ni x fhm apa bro tulis..aku x nampak pun bro ni nak backing org yg tak bertudung.,,baca betul2 la..tak tau
ReplyDeleteAku bm ko ni fail ke pas time spm..
seorg perempuan pki tudung tp tak solat dah sorg lagi tak pakai tudung tp cukup solat nye.. jd mcm mana ngan kes2 yg mcm ni
ReplyDeleteaku harap sempat lah bertaubat...bukan apa ajal ne tak kira masa...ssaat je ajal datang.....masa ajal datang tu da nmpk hijab neraka atau syurga...agak2 kalau nampak neraka sempat lagi tak nak mengucap dan bertaubat....
ReplyDeleteCOPY DAN PASTE DARI BLOG USTAZ DR ZAHARUDIN DENGAN EDIT
ReplyDelete1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!
Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.
COPY DAN PASTE DARI BLOG USTAZ DR ZAHARUDIN DENGAN EDIT
ReplyDelete2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.
Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.
Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.
Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.
Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'
Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.
Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)
COPY DAN PASTE DARI BLOG USTAZ DR ZAHARUDIN DENGAN EDIT
ReplyDelete3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.
Solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.
Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.
Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.
Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :
Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.
Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.
Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.
Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.
Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.
ReplyDeleteCOPY DAN PASTE DARI BLOG USTAZ DR ZAHARUDIN DENGAN EDIT
4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.
Yang pasti itu hukum ALLAH. Siapa kite untuk pertikaikan hukum ALLAH?
ReplyDeleteSyurga & Neraka itu Hak ALLAH..Hanya DIA yang tahu siape masuk Neraka or Syurga. Yang penting kite ikut suruhanNYA & tinggalkan laranganNYA. Ape pun kite usaha baiki kelemahan diri kearah yang lebih baik & ke arah jalan yang diredhai oleh Maha Pencipta.
Amik je dari sumber yg sahih dan mashur...jgn bg pandangan sendiri sbb kita bukan ahli dlm ilmu agama..saya tak kata,alim ulama yg kata..contoh
ReplyDelete
ReplyDeleteSayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
Moga ALLAH memberkati kalian suma
ReplyDeleteSubhanallah.. dosa tetap dosa walaupun ianya bukan dosa besar.. dan jika kita dah tahu berdosa kita lakukan jua tidak pula dihuraikan.. waupun mungkin yg bertudung ada yg perangai tak elok sekurang kurangnya dia tidak memalitkan dosa kepada bapa adik beradik lelaki dll yg haram nikah dengan dirinya..
ReplyDeleteSubhanallah.. dosa tetap dosa walaupun ianya bukan dosa besar.. dan jika kita dah tahu berdosa kita lakukan jua tidak pula dihuraikan.. waupun mungkin yg bertudung ada yg perangai tak elok sekurang kurangnya dia tidak memalitkan dosa kepada bapa adik beradik lelaki dll yg haram nikah dengan dirinya..
ReplyDelete