August 3, 2011

Memori Aku 1992 - Fenomena Artis

Assalamualaikum..

Nak cerita pasal fenomena artis, fenomena artis ni adalah unik sebab ia melibatkan gelombang sokongan peminat yang ultimate, menggila, fanatik, dan menyeluruh.

Tak banyak artis yang beruntung dapat mengalami fenomena kipas susah mati nih. mesti kalau aku ni jenis negatif aku akan ckp macam ni...

" kat Malaysia ni tak ramai artis yang dapat merasa menjadi fenomena diminati"

Tapi kenyataannya, bukan Malaysia je, seluruh dunia hiburan pun macam tu, bukan semua artis-artis hebat dapat merasa fenomena macam Nirvana, Sudirman, P.Ramlee, Mawi, Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Search, Wings, The Beatles , Raihan dan Sharifah Aini.

Sepatutnya banyak lagi nama-nama yang patut aku taipkan seperti Britney Spears, spice girl, Backstreet boys, Justin Bieber, Gambit Saifullah....hah siapa Gambit Saifullah ni? siapa..puiiihhh... bla bla bla bla bla, tapi kalau aku terus-terusan nak sebut nama artis yang meletop dengan fenomena, bila masanya pulak aku nak start bercerita?

Korang rasa aku terkena tempias jadi peminat fenomena artis yang mana? sejujurnya aku memang la boleh hafal 8/10 dari semua lagu-lagu siti dalam album cindai dan lagu jerat percintaan pada tahun 1996 -97, tapi takda la sampai aku fanatik nak pakai sanggul emas kat rambut mcm siti dalam video klip cindai tu. So aku taklah jadi die-hard Fans Siti Nurhaliza.

*************************

Aku lahir pada Tahun 1984, dan golongan yang lahir pada tahun 1984 ni ada keistimewaan sikit, mungkin kawan-kawan yang sebaya dengan aku tak perasan, tapi mungkin ada yang perasan. Golongan 1984 ni senang mengingat tahun, memori dan darjah sekolah rendah, sebabnya tahun kami start tadika tu selari dengan tahun-tahun masihi sehingga habis sekolah rendah.

So setiap kali bercerita, aku jarang tersilap refer tahun sekolah, contohnya, 1990 - tadika, 1991-darjah 1, 1992 darjah 2, 1993 darjah 3, 94 darjah 4 dan 95 darjah 5...  keadaan kebetulan ni membuatkan aku senang nak mengingat memori dan peristiwa yang berlaku tanpa pikir panjang bila tarikh tu berlaku.

Jadi pada tahun hujung 1991 iaitu masa aku penghujung darjah 1 dan masuk sepenuhnya tahun 1992 iaitu aku darjah 2, aku telah terperangkap dalam zaman kebangkitan dan fenomena EXIST. Exist adalah band boy terhebat pada zaman aku mula meminati hiburan dan memahami maksud 'peminat'.

Cover album Exist, apsal bila dah besar aku tengok mamat dah tak  hensem? apsal baju diorang banyak sangat warna? credit gambar  http://melayurock.blogspot.com


Biarpun pada tahun 1994 kurt cobain mati bunuh diri, biarpun pada tahun 1992 itu Sudirman juga meninggal dunia, dan biarpun 1992 tu makcik aku makteh kahwin, tapi bagi aku memori paling kuat terpahat adalah exist! selain dari exist meletop, zaman tu aku dah start dengar hotel california dari The Eagels dah.

Berbalik kepada cerita fenomena exist, jangan cakap la macam mana kitorang gila dengan exist masa tu, satu kampung budak-budak nak pakai topi macam Mamat. Ye! pada masa dulu yang meletup adalah mamat sebagai vokalis, bukanlah Ezad Exist.

Korang nak bandingkan Jesnita dengan Untukmu Ibu?? betul nak bandingkan? huh, jauh panggang dari api, korang tau tak, masa tahun 1992 tu, sampaikan tahap apek kutip surat khabar lama pun boleh timbang surat khabar depan rumah sambil humming lagu Untukmu ibu korang tau???

Kehebatan lagu Untukmu Ibu sampaikan tahap budak-budak boleh buat parody dengan ubah suai lagu jadi Oh bapak..

Oh bapak.....
kau disiram minyak kapak..
lala lalala la lalal lala..hapak...

Kalau golongan bapak dengar lagu tu, mesti diorang akan sugul kesedihan, sugul tu macam bunyi sugus kan? sugus sangat meletop zaman aku kecik-kecik. kalau kunyah melekat kat gigi, kalau kemam melekat kat lelangit.

Kehebatan lagu Untukmu Ibu juga sampai membuatkan kawan-kawan aku boleh buat side income, diorang tulis lirik tu atas kertas buku sekolah koyak kat tengah, dan jual salinan lirik tu dengan harga 20 sen.

Pada masa tu, Photostate sangat asing bagi kami, jangan ckp budak-budak, cikgu pun masa tu pakai kertas gelek! kertas periksa sekolah guna kertas gelek, yang kalau kita tulis pakai pensel tekan akan membuatkan kertas tu terkoyak, sebab mata pensel tajam sangat, kalau kita padam kuat-kuat, tenyeh selagi mahu kertas tu akan terkoyak jugak, punya la low kualiti kertas tu, dah la dakwat dia tu busuk, bau masam.

" betul ke kau ni cerita, sampai tahap beli lirik tulis tangan harga 20sen"

" betul sayang, aku jarang nak menipu masa cerita kat blog ni, sebab kalau menipu nanti cerita jadi tak selari"

Masa tu, internet mana ada, nak surf jiwang.org cari lirik kendian nak print... kim salam. Internet masa tu takda, komputer hanya digunakan untuk main lukis-lukis pokok guna Paint. kalau advance sikit boleh main game tetris kat komputer.

*************************

Aku ingat lagi zaman tu, aku punya kemaruk nak nyanyi lagu Untukmu Ibu, aku selalu selak surat khabar utusan bahagian hiburan kot kot diorang ada letak lirik, tapi tak pernah dapat, kawan-kawan aku ada dapat lirik lepas gunting kat majalah URTV ngan Hai. 

Rumah aku jangan harap nak beli URTV, kalau nak baca URTV hanya masa ikut mak aku gi saloon rambut kat Warta Supertore, sambil tunggu mak aku siap cuci rambut ngan blow bagi kembang macam sharifah aini, sambil tu lah aku selak-selak URTV ngan Hai cari lirik lagu Exist.

Tapi hampa, walaupun jumpa akhirnya, tapi takleh gunting ngan koyakkan, sebab aku tengok akak yang blow rambut mak aku tu macam bukak akak pun ada, semacam je gagah perkasanya, lagipun kalau mak aku tau aku curi-curi koyak majalah orang, mau balik nanti aku kena sebat ngan batang reket.

Disebabkan aku selalu tolong makteh aku gi kedai beli bedak sejuk dengan Sanita bungkus dalam surat khabar letak dalam plastik hitam, jadi makcik aku berjanji pada aku yang bila dia dapat gaji nak belikan aku Kaset album exist. pada masa tu , anak dara memang malu nak beli sanita, takpe ni cerita lain, nanti aku cerita kat entry lain.

Dulu makcik aku duduk ngan kami sekeluarga sampai dia kawen, lama jugak la, sampaikan dia dah rasa sebahagian rapat dari keluarga aku, banyak rahsia-rahsia perempuan aku dapat dari dia, sebab masa aku kecik lagi dia dah anak dara dalam 19-20 ++ tahun macam tu, jadi aku tahu macam mana menggelabahnya anak dara bila nak cover terkentut depan orang ramai. dan macam mana anak dara duk guling-guling sambil picit jerawat.

Aku ingat lagi, masa tu shopping barang dapur dekat Warta superstore, dekat tingkat dua, ada bahagian kaset-kaset lagu, bila makteh ngan mak aku lalu situ dua tiga kali, tapi macam taknak belikan kaset yang dijanjikan aku mula rasa sedih kekecewaan. 

Bila dah nampak macam betul-betul makteh aku dah nak balik, aku boleh nangis sambil pegang kaset exist, tapi taklah menangis menjerit-jerit hentak hentak kaki, cuma menangis kesedihan yg teramat sangat sambil menyorokkan muka dia sudut dinding, tangan pulak tersemat di dada memeluk kaset exist! tragis dan sungguh dramatik kan aku masa kecik-kecik dulu? 

Last-last, mak ngan makteh aku kesian, makteh aku tak cukup duit nak beli kaset, jadi advance guna duit mak aku, balik tu makteh aku ambik duit dalam tabung dia bayar balik kat mak aku. aku tak berapa ingat harga Kaset Exist original masa tu, pudar-pudar memori aku, samada RM12.90 atau RM14.90.

Bila dah dapat kaset Exist original tu, apa dikenangkan lagi, punyalah seronok oi, kalau boleh nak peluk kaset tu masa tido, masa gi sekolah, masa gi main kejar-kejar. ishk semuanyalah. 

Masa tu, lepas je aku dapat kaset tu, keesokkan harinya, aku gi rumah Shamin. Shamin ni kawan baik aku masa darjah dua, selain daripada rumah dia ada kaset exist jugak, rumah dia ada radio kaset player, selain tu rumah dia selalu line clear sebab mak dia kerja KL, bapak dia kerja Cameron highland. faktor lain adalah, rumah Shamin sebelah rumah Marliana Mohsin, nanti senang la nak tengok-tengok kot kot marliana keluar rumah angkat baju dah kering.

Punya seronok masa tu woiiii, Pasang Radio Kaset player buh bateri besar kat tembok luar rumah, pakai baju hitam, seluar Kiki Lala, pakai Topi baseball (cap) tu. kat atas bahagian depan cap tu ade Plat besi berkilat chrome kena skru, wahhhhh memang exist habis lah... 

Nyanyi sambil pegang batang penyapu roman, nyanyi lagu Untukmu ibu sambil perasan habis. Kadang-kadang rasa insaf dengar lirik lagu tu, terus rasa taknak melawan cakap mama lagi dah. tapi kejap je, bila balik rumah kena suh mandi gi ngaji mula tarik muka, melawan mak balik. degil betul Budak Ikar ni tau..


***********************

Uish, kenangan masa tu, cover album kertas berlipat-lipat yang selit kat kaset tu kan dah naik lunyai, sampaikan kat sendi-sendi kesan lipatan tu dah nak terlerai koyak, sebab selalu sangat bukak tutup bukak tutup. 

Letak lirik dalam poket. Konon-konon peminat tegar, hafal lirik lagu semua lah, tapi lupa lirik je kelam kabut cepat-cepat bukak kertas tu baca lirik laju-laju, takut terlepas lagu kat radio.

Pastu ada kawan aku, nama dia Zainudin, kepala botak, idung berhingus, duduk kat selayang rasanya, gigih datang rumah Shamin kat Taman Jasa nak lompat-lompat nyanyi sama-sama lagu Exist, pastu masing-masing bawak keluar kaset exist, tapi kesian kat Zainudin sebab bapak dia terbeli kaset tak original.

" Zainudin, apsal kaset kau lain je ngan kaset kami ha?"

" apa lainnya? sama je kaler dia semua"

" lain la Zainudin, kaset ko local, tak ori wei!"

" apa pulak tak ori, ori la, bapak aku yang belikan!"

" sumpah tak ori wei, ko tengok kat kaset, kaset kami ada tulis exist,  apsal kaset ko kaler hitam je takde tulis apa-apa?"

" sampai hati korang ckp kaset aku local, bapak aku belikan ni tau!!!"

" bapak kau beli kat mana?"

" beli kat pasar malam Nakhoda!"

" Haaa betul la tu tak ori.. mana ada kaset ori jual kat pasal malam, tengok kaset aku ngan Zul, kami beli Kat Warta, ada stiker kilat-kilat lagi kau tau tak"

Ya Rabbi, sedihnya la aku teringatkkan muka Zainudin, semangat member tu datang jauh-jauh nak nyanyi lompat-lompat dengan kami, sekali dapat tau kaset exist kesayangan dia tu tak ori, cetak rompak.

Kalau lah aku dapat jumpa lagi Zainudin tu, aku nak mintak maaf la kat dia sebab buat dia sedih.  tapi betul ke nama dia Zainudin? aku pun dah ingat-ingat lupa, yang aku ingat depan nama dia Z belakang N. ntah zakarudin ke, zahrudin ke, zamhurin ke, so bagi playsafe aku sebut Zainudin je la sebab nama tu paling familiar.


**********************

Lagu-lagu yang aku minat sangat masa tu, Langkah seiringan, Rahsia Pohon Cemara dengan Untukmu Ibu, tapi disebabkan Untukmu Ibu tu apek old newspaper pun boleh humming, aku tekadkan dalam hati, aku minat lagu Langkah Seiringan dengan Rahsia Pohon Cemara.

Lama-lama, bila tahun berganti tahun, aku dah tak minat sangat kat Exist dah, aku tak tau sebab dia kenapa, tapi aku rasa mungkin hanya sebab peredaran waktu dan trend je, sebab masa tu mula budak-budak duk nyanyi lagu rap Niko ngan KRU. 

Cuma bagi aku, aku takkan melupakan kenangan Fenomena Exist, dari cara pemakaian, hafal lirik lagu, kenal penyanyi dan ahli band lain, pakai topi ada plat besi chrome, beli kaset original pertama dalam hidup, nangis tak dapat kaset, kutuk keset kawan tak ori, letak lirik kaset dalam poket, mau sayu hati aku ingat balik semua ni.

Last, aku masih mushkil sampai sekarang, kenapa  Ajai  exist dulu masa muda-muda dia ckap elok, tapi bila dah tua bangka ni mula mengada-ngada cakap pelat, sebut S pun dah tak reti.


" Syaya tak syuke ye awak melontarkan syuara macam tu, Syaya mahu awak jadi penyanyi yang outsyetanding dan syuperb macam Syiti Nurhaliza"






p/s apa kata korang cerita kat aku, artis apa yang korang terjebak jadi die-hard fans ? tak kira la zaman kecik ke besar ke, cerita kat atas nilah semata-mata memori aku jadi die hard fans, yang lain suka biasa-biasa je.

Credit Video Klip Youtube : xBadoMx

28 comments:

  1. hehe..kelakar je baca..
    Saya pn pernah alami zaman tu jugak walaupun sy lahir lewat sket 1988,tp sbb ade abg2 n kak yg dh besar masa tu,sy pn terpengaruh sama...

    Rasanya,zmn dulu lg best..sbb rapat..tak mcm skrg,teknologi sana sini membuatkan kita makin lupe pd kesusahan zmn dulu...

    ReplyDelete
  2. betul la wey.. dl nk beli sanita malu giler, skang siap ade iklan kluar kat tv, aku lak jadi malu.. tah pape jek..

    poyo je minat exist.. hakhak.. tp mmg betul.. lagu untukmu ibu mmg fenomena..

    kendian fenomena feminin ngan kru.. aku igt lg masa tu kru ngan 4u2c tak ngam.. benci betul aku ngan 4u2c sbb aku fanatik kru.. haha, aku rs smp skang xde lg group yg bole lawan keglemeran feminin..

    p/s: aku pun setuju bab ajai tu, tah pesal tetiba pelat lak.. gatal telinga aku mendengarnyer.. huhu

    ReplyDelete
  3. Best baca pengalaman saudara.

    Sekarang ni, teknologi bertaburan. Orang ramai lebih mudah memuat turun lagu daripada internet sama ada yang berbayar mahu pun yang percuma. Cassette player pun susah nak cari.

    ReplyDelete
  4. ahahaha... 1992- aku darjah 1...

    aku dulu kaset tu je la yang kemain gigih abang aku beli

    ORI tu beb...

    tiap kali nak kuar jejalan mesti pasang walaupon tak sampai 5km dari umah... bapak aku walaupon dia tak senang hati, tapi layan je anak2 dier minat exist masa tuh...

    wakakakakkaa...

    dorang memang legend abes ah zaman tuh...

    pas album tu je seme pakat tunggu pilihan muzik tepi radio. record je lagu. muahahahaa...

    ReplyDelete
  5. aku leh buat suara kepit macam zena zain

    ReplyDelete
  6. teringat masa kaklong saya dulu fanatik dengan lagu2 meleleh,dia record guna kaset..nostalgia betul

    saya tak berapa minat exist,saya die hard fan KRU.siap beli kain hitam untuk pakai kat kepala,conteg dengan liquid tulis 'REKRUED' haahahaha

    sehinggakan masa masuk pertandingan karaoke kat sekolah pun nak nyanyi lagu "Mengerti' padahal suara langsung tak sesuai.Lalast cikgu suruh nyanyi lagu Enggan by Fauziah Latif

    ReplyDelete
  7. Cik Ila : 1988 pun masih lagi inagt semua kenangan ni.. kenangan sebelum myspace, frenster, Fb amik alih.. hehe

    Jue : aku pun kdg2 malu tengok iklan kotex..

    Exist best la weii.. aku suka femininnnnn, angin bayuuu membawa dirikuuu.. sepintas laluuu ku terkenangkan muuuu~~~

    Awan Biru : tenkiu, FB, FS, MYspace dah merampas silaturahim secara fizikal.. dan kita terikat dengan laptop 24jam.. :(

    Aslina : kira aku tua setahun la dari ko ehh, Exist mmg best gila ahh, tapi semenjak mamat pecah suara dah tak best dahh...sob sob sob...

    aku tak penah dapat main kaset dlm kereta.. haha

    Adybudika : aku pun boleh, ko nak dengar tak? kalau nak dengar jom organize karoke jom.. kekekeke

    ReplyDelete
  8. Noi : KRU pastu rampas takhta.. diorg memang hebat la masa tu, pukul habis semua..

    tapi tang REKRUED tu tak pernah buat lak saya.. kekekekeke.. semangat ...haha

    ReplyDelete
  9. xpernah berdie hard fan sume ni sebab dgr lagu camtu je...xde sampai minat nk beli kaset..

    ReplyDelete
  10. ko memang mudah terpengaruh laa ikar..
    aku dulu tak pun...

    dah laa aku sebut exist jadi ajis..

    cool kan budak 5tahun sebut mcm tu?

    hahahaha..

    ReplyDelete
  11. 1992 aku nyanyi exist dari dlm perut mak aku eh.

    ReplyDelete
  12. hahahaha.kehkeh.

    1990 dah msk tadika?sy baru keluar dr perut mak.hehe.

    pernah minat gila kat zahid,semua majalah yg ade cerita dia sy beli walaupun tak sampai suku muka surat.Hahahahahaha.

    ReplyDelete
  13. haha. sesiapa yang lahir sekitar tahun 80-an akan ada nostalgia dengan kaset, seperti mana mak bapak kita membesar dengan piring hitam.

    aku terjebak dengan kumpulan nirvana pada tahun 1997. pengaruh sepupu aku la ni. ye, agak lewat sebab masa pertengahan 90-an baru musik grunge meningkat popular di malaysia. by the way, kurt cobain mati 1994, bukan 1992. nanti edit lah, ye.

    lagi satu, masa sekolah menengah, aku terjebak dengan musik BritPop/rock macam Oasis, Blur, Radiohead. Ada lagi simpan kaset diorang kat rumah.

    ReplyDelete
  14. eh?ajai tu exist ke dulu?wakaka..baru aku tau weh..sian kat aku..

    ReplyDelete
  15. Aku pn giler Exist gak dulu..
    siap nanges2 ajak ayah aku tgk konsert Exist kt padang awam Hulu Langat..
    Siap amik gmbr ngan mamat gune camera filem lame tue..
    ntah mane gmbr tu skrg aku xtau..hahaha..

    Cube tanye, brape ramai minat tomok?
    mamat tu fenomena gak dulu..rambut belah tengah!!!!

    ReplyDelete
  16. hahahaha...tersenym aku bace

    detail kot ko punye citer..

    singgah2 la sini balik ye :)

    ReplyDelete
  17. Faiz : tu la, aku die hard fans masa exist tu je la.. hhehee

    Misssenget : ahhhh aku taknak ngaku aku cepat terpengaruh, aku kan jati diri yang kuat.. ckp sambil makan pedel pop...

    Azza : Ya Rabbi Azza.. mudanya ko nihhhhh p/s apsal blog ko takleh komen dah?

    Elyana : mesti ade beli kasut roda mcm zahid ni kn kan kan kan? hahaha

    Irshadim : thanks utk update, aku selalu keliru tahun Kurt cobain mati ngan Sudiman meninggal, anyway dah update.. thanks :)

    Ciksha : Ya Allah... kau ni duduk mana masa kecik2 dulu?

    Ijam : ramai jugak yg minat tomok.. ko pun mesti minat kan? dulu kau kan suka belah rambut tengah.. kakakaka

    Roq : Thanks, Insyallah Roq. :)

    ReplyDelete
  18. artis pertama yg aku suka seingat aku raja ema la.. tak penah ada kaset raja ema. dgr lagu kt tv & radio. kalau main mesti guna nama raja ema.. adik aku wajib kena paksa guna nama azlina aziz. memang sinonim sgt dua nama tu dlm watak permainan mak Nyah. Tp mak tetap raja ema..

    ReplyDelete
  19. aku kaset westlife 2,3 helaila gak..HAHA
    poster exist ada bawah meja aku masa darjah 2. hehe

    ReplyDelete
  20. alamak, kantoi umo aku kat sini....

    aku baru 18 lahh...

    aahahahahah...

    ReplyDelete
  21. hehehe..comel...:P

    ReplyDelete
  22. tak pernah jadi fanatik artis, sebab tak betul-betul terjebak dengan dunia artis. huhu.

    jarang dengar radio, tau main guli je, haha.

    kena minta maaf kat kawan zainudin tu, entah2 dia berdendam sampai sekarang kot? hahaha :P

    ReplyDelete
  23. bestnye zaman 80-an...rindu kot zaman tue...dulu ak fanatik ngan slam...ingat lagi darjah 3 thn 1994 lgu nur kasih pemes..tiap kali nk g skolah pkol 6 < ak g skolah awl sbb naek van hantu> ...msti lagu tu kuaq kat radio..pastu yg x boley blah msti time tu ak tngah pki stokin nk kjar van takot kne tggal ngan pcik van tu....so x dpt dngar full song....time thn tu gak la feminin pemessss....''angin bayuuuu mmbawa diriku''..cewahhhhhh

    ReplyDelete
  24. blog ni memang kena dgn jiwa saya !
    ayat skema huhuhu...

    ReplyDelete
  25. Trima kasih cos membuat sy mengimbas kenangan2 lma..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...