Rumah keluarga aku ni memang suka minum nescafe dan teh, takhta nombor satu minuman panas rumah ni adalah nescafe. 5 tahun lepas, semua orang suka minum nescafe susu kaw sambil tengok TV.
Lepas bapak aku kena sakit jantung dan jalani angiogram stenting, iaitu dengan bahasa mudahnya pembedahan jantung mengikut prosedur 'tiup belon dan topang' maka seluruh keluarga terkena enlightenment penjagaan kesihatan.
Bermula daripada kes saluran darah di jantung yang tersumbat bapak aku tu, semua orang dah mula kurangkan minum susu pekat manis, makan kulit ayam, organ-organ ayam, santan, lemak dan sebagainya. Hasil dari itu dapur rumah ini beralih kepada budaya makan yang sihat secara kolektif.
'By products' dari kes ini juga menyebabkan kami semua dah taknak minum nescafe tarik kaw sambil tengok tv, sebaliknya kami minum nescafe O kurang manis atau Teh O panas, dan kadang-kadang bila datang angin poyo kami akan bancuh Teh Cina, siap bancuh dalam teko nyonya, konon-konon macam tengah minum teh cina sambil tengok tembok besar cina la tu.
Bila sebut pasal teh, rumah ni dari zaman aku kecik memang suka minum Teh Boh, sebab semua terpengaruh dengan tagline marketing yang famous....
" Boh, Ada Umph!"
Tapi bila makin meningkat tua, semua dah start rasa kelat ngan Teh Boh, jadi kami beralih ke Teh lipton. Aku ingat lagi, siap buat undian tu, sapa setuju nak tukar brand teh boh kepada lipton. Tinggal takda undi Sms je kan, kalau ada undi Sms, sudah tentulah Teh Mawi yang menang.
Hasil dari mesyuarat keluarga agenda pemilihan Teh tersebut, maka resolusi yang telah disepakati adalah menggunakan teh Lipton, dan sejak itu tak pernah rumah ni ada teh jenama lain selain dari teh lipton.
Dua, tiga bulan yang lepas, bapak aku telah mengkhianati perjanjian dan resolusi mesyuarat tersebut, dengan selambanya memasukkan Teh Ahmad ke dalam Troli shopping Tesco.
Walaupun telah nyata dan terang berlakunya salahguna kuasa dan pencemaran perjanjian teh lipton, namun kami tidak mampu mengadakan sidang tergempar parlimen akibat bapak aku mempunyai Kuasa Veto G 8 klausa 3 dalam kurungan (B) kuasa-kuasa eksekutif seorang bapa.
Jadi usul tidak percaya terhadap kepimpinan hanyalah menjadi satu dongengan yang tidak bertepian. Walaupun begitu, satu gerakan piket secara aman telah berlangsung dan dihadiri oleh semua ahli keluarga termasuk mak aku,
"Bagaimanakah Piket aman itu berlangsung?"
"Dengan menggunakan kuasa demonstrasi tidak mahu meminum Teh Ahmad, mengada - ngadakan kami? "
"kami mahu teh lipton! kami mahu teh lipton. kembalikan teh lipton kami, jika tidak kami akan membuat parti teh boston! hidup hidup, hidup lipton.. musnah.. musnah musnah..Teh Ahmad" dah macam lagak demonstrasi Bersih 2.0 plak gayanya. ( ini hanya unsur dramatik yang ditambah bagi menyedapkan lagi cerita melodrama yang sebenarnya tak penting ni)
Akhirnya, demonstrasi aman ni berakhir dengan jayanya, setelah stock baru barang dapur dibeli, akhirnya Lipton kembali ke dalam Kabinet Parlimen, eh bukan parlimen, Kabinet Dapur.
Nampaknya kuasa Veto bapak aku tunduk dengan desakan suara rakyat marhaen. begitulah berkuasanya kuasa demokrasi, seakan-akan perjuangan mogok lapar Mahatma Gandhi. Tapi Bersih 2.0 hampeh, tak berjaya sebab rakyat marhaen tak sokong.
**********************
Namun setelah beberapa bulan, stok Teh di rumah kami bertambah secara drastik, dan berbagai jenama mula masuk ke dalam kabinet. Iaitu, Teh Lipton, Teh Sabah, Teh cap masjid dan juga Teh Ahmad yang teperosok sepi di ceruk kabinet kerana telah diboikot seperti cerita di atas.
kenapa tiba-tiba macam-macam jenama teh boleh ada ni? kenapa? kenapa? adakah ini salah satu pemberontakan ala revolusi perancis?
Tidak, ini semua kerana kesan berantai dari beberapa event yang berlaku iaitu kepulangan aku dari Sabah dalam Ekspedisi menawan Gunung Kinabalu yang aku cerita kan di Sini dan Juga di Sini.
Bila balik dari Sabah, dah tentulah aku akan beli barang dari Sabah sebagai cenderahati, takkan pulak aku nak beli tshirt dan gelang pearl? dah banyak kat rumah, nanti tak pakai membazir, disebabkan aku teringat keluarga yang suka minum kopi dan teh, jadi aku beli Teh Sabah dan Kopi Tenom.
" sebenarnya aku mengaku, aku dah takda duit bila turun Gunung Kinabalu tu, tu yang beli teh ngan kopi je"
Kemudian, ada pulak kenduri kahwin adik perempuan aku yang telah aku ceritakan kat sini, bila ada kenduri kahwin, maka Teh Cap Masjid adalah wajib, bukan kerana mahu mengawal kos, tetapi kerana permintaan makcik-makcik, dan opah-opah yang rindu pada bau teh wangi berserbuk tersebut.
akibat dari itu, maka berbondong-bondonglah lambakan berbagai jenama Teh, itu belum campur aku nak cerita pasal Slimming Tea dan Rubois Tea, tapi untuk menyahut cabaran membuat entry pendek sikit, maka aku cuba melupakan jenama tersebut.
********************
" apakah misterinya Zulfikar? nampaknya sudah berpuluh-puluh perenggan, tapi misterinya masih belum kelihatan"
" owh misterinya nak menyusul dah ni, mari sama-sama kita teruskan pembacaan"
Akibat dari orang ramai yang datang dan merewang kat rumah, maka tidak hairanlah jika teh Lipton itu habis, tidak hairanlah jugak jika Teh cap Masjid juga habis. sebab teh Masjid dan Teh Lipton sangat sedap diminum sambil bersembang sambil menggetel bunga telur pahar sambil mulut terkumat kamit bercerita hal anak-anak sedara yang belum kawin lagi termasuk si Zulfikar itu.
Bila semua sudah kembali aman dan tenang, kenduri pun dah habis, maka rutin keluarga kembali seperti biasa, apabila sampai satu saat bila mana adik aku nak bancuh Teh O dalam teko sambil nak menonton cerita Iron Man 2 di HBO bersama-sama keluarga.
" aik.... abah, mama, teh dah habis lah"
" Teh habis? Lipton dah habis?" (abah jawab)
" Lipton dah habis, tinggal Teh Cap Masjid je sikit, serdak-serdak"
" Bancuhlah Teh Ahmad tu, nanti esok-esok kita beli lipton lagi" (abah jawab secara rileks)
" Aik bah, teh Ahmad pun habis bah"
" hah??? Teh Ahmad pun habis? kan kamu semua tak suka Teh Ahmad, macam mana pulak boleh habis?"
" errrmmm.. ermmmm..ermmm..ntah" (adik aku tak dapat nak jawab)
" mestilah habis yeop, kan kenduri kahwin hari tu, dah habislah deme semua bancuh buat teh tarik dalam teko mekah tu!" ( mak aku jawab dengan jawapan agak-agak, bagi mengendurkan misteri yang berlaku)
"Iye-ye je kamu semua ni, takkan bancuh dalam teko tu boleh habis sekotak Teh ahmad tu"
" Betul lah Abah, sekali bancuh dalam teko mekah tu dekat nak sepuluh uncang tau bah"
" banyak la cengkerik korang, korang ni semua auta grek. tau tak abah dah buat magic?!"
" aikkkkk.. maaaaagic!... apa magicnya abah?"
" Abah tau korang semua pakat taknak minum Teh Ahmad kan? mengada-ngada kan? abah ada senjata rahsia"
" hohhh, senjata rahsia?"
" jeng jeng jeng jeng"
Sambil bapak aku sebut jeng jeng jeng jeng tu, sambil tu dia bukak laci kat meja makan keluarkan stapler, terus dia buat gaya picit-picit stapler tu laju-laju kat udara berserta muka penuh kebanggaan yang tiada tolok bandingannya seraya berkata....
" Sebenarnya, selama ni yang korang minum Teh Lipton tu semua Teh Ahmad"
Masa tu, seakan-akan guruh berdentum dentam, bayangkan bunyi sound effect cerita Kasim Selamat untuk menunjukkan suasana suspen. Muka mak aku, adik, abang dan aku semua terkejut dan mata bulat, mulut ternganga sambil tengok bapak aku dengan staplernya.
"Lepas korang dah minum semua, abah amik kertas Lipton tu, abah stapler balik kat uncang teh Ahmad, kertas tag Teh Ahmad tu abah buang....hahahahahaha....hahahahaha... padan muka korang semua"
Akibat dari merasa malu yang sangat mendalam secara tiba-tiba, maka kami semua dengan spontan hampir serentak menjawab...
" Laaaaaa, patutla selama ni Teh Lipton tu rasa tak sedap, kami ingatkan masuk angin"
Dan dan je tak sedap kan? nampak tak sikap prejudis mula menguasai ruang udara?
" Hahahahahahhahaha, padan muka korang semua, puas hati Abah! hahahahahahhaha"
Korang dapat bayangkan tak betapa puasnya hati abah aku dapat mengenakan kami semua dengan trick dia? hanya dengan menggunakan senjata rahsianya iaitu stapler...
Abah berjaya membalas dendam ibarat Pembalasan Seputum dan Datok Maharajalela terhadap JWW Birch..
dan Ibarat Operasi Lalang 1987 yang telah menumpaskan gerakan piket aman kami terhadap demonstrasi Teh Lipton.
Teh lipton, Teh Rubois, Teh Cap Masjid, Teh Sabah. |
Nampaknya Teh Lipton Telah Habis, Tinggal serdak teh masjid dan Teh Sabah yg belum dibuka |
kalau korang tertanya-tanya mcm mana rupa teko mekah? ni aku dah letak gambar, amacam besar kan? beeesar. |
**************************
p/s Amacam, mesti korang terpikir-pikir balik sejarah Parti Teh Boston kan kan kan?
p/s kalau korang terer, apakah pengajaran dari kisah ni? dan dari entry manakah dalam blog rasa hati ini ada sangkut paut dengan kes Misteri Teh Lipton ni? sapa dapat jawab aku bagi hadiah spesel. siyes nih. :)
hahahahahaha....
ReplyDeletekelakar~!
ermm..dari entry mana ek?
macam ingat2 lupa laa... isk.. >__<
wahhh 1st komen.. :) selamat pagi...
ReplyDeleteada entry aku ada tulis pasal ni.. jangan la lupa.. kretip sikit..
hahaha.. :)
http://zulfikarhazri.blogspot.com/2011/04/pelanggan-makan-dengan-mata-mereka.html
ReplyDeletelink ni...
hahahaha..
yeay~~!!
uiiiyyyohhhh,, terernya budak senget ni... ingatkan takde orang boleh jawab... ok nanti sms alamat.. dan nantikan hadiahnya...
ReplyDelete:)
alamakkk baru nak teka. huhuhuhuuuuuu
ReplyDeletetapi cayalah abah fikar yg sangat kreatif itu. dan sangat sporting!!
tp org tu tak jawab penuh soklan. nak jawab gak. pengajarannya ...kita membuat penilaian pertama dari apa yang dilihat oleh matanya seperti food presentation, decoration, ambience, jenama pinggan, set teko, warna makanan, portion dan berbagai-bagai lagi dan bukanlah membuat keputusan untuk memesan melalui faktor rasanya atau aromanya.
ReplyDeleteBoleh dapat di sini >>http://zulfikarhazri.blogspot.com/2011/04/pelanggan-makan-dengan-mata-mereka.html
haa...nak hadiah. nak hadiah.
hehehe..
ReplyDeleteweh ikar,kopi tenom sedap seyh..saya beli masa g KK tahun lepas..rasa nak lagi nak lagi..
betullah teori ko tu,padahal semua sama je,nak nak lagi susu pekat manis.
aku mmg hantu nescafe,sehari mesti minum secawan.. haha..
ReplyDeletekat rumah aku pakai teh boh, kdg2 teh lipton, tp aku lebih suka teh boh sbb pahit sket, teh sabah aku kureng..
pengajaran: don't judge a book by it's cover, lebih kurang la.. rasa dulu baru complain, so sedap ke teh ahmad tu??
hahahaha.padan dgn muka.kehkeh.sanggup tue abah awak stapler balik semua kertas teh lipton.Hahaha.
ReplyDeletesy pun hantu nescafe lepas minum dapat padah.hehe.
teh cap 888 pun wangi,teh lipton pun best tapi teh cap ahmad belum pernah minum.hahaha.
wei..lawak ah bapak ko ikar..saket perot aku gelak2..bijak betol bapak ko kan? ahaha..cayalah pakcik!
ReplyDeleteitulah metaliti manusia ni..makanan nak pilih dari jenama je..padahal same je kot..walaupun jenama lain2..teh sabah la, lipton la, boh la..basic dia buat guna daun teh jugak..kui3..
Ni lebih krg macm kisah Ovaltin & milo ko tu la Nyah.. Abah Ko memang kreatif. Teringat pula arwah ayah aku Nyah.. pegi keja, balik keja, balik masjid, balik je dari mana2 mesti nak minum nescafe.. Sekarang tak tau la kat umah tu sapa lg minum nescafe.. Mak aku confirm kacip kak timah 3 in 1 dia tu.. Akak aku lak milo & adik bongsu aku confirm air kosong sbb dia malas buat air.. Yg 2 lagi (aku & adik no 5) dah bina masjid.. Yg sulung dah tinggal umah sendiri.. Maka, kat kg tu byk minum 3 in 1 jer.. confirm gula lambat abis. Semua pakai paket segera
ReplyDeleteahahahahhaha! kelakar ABANG SULONGGGGGG pikar!!! pandaiiiinyeeee dia buat trickkk gituuu!
ReplyDeletekat umah aku de teh masjid je...sedap wooo...wangi ajeee menusuk2 idong...
kat umah aku teh cap 888... dulu ah... arwah ayah aku suka beli. tu la last aku tengok teh siap blom bukak dalam stok kabinet dapo arwah ayah aku simpan.
ReplyDeleteskang?
ntah ape nama teh kat dalam balang tu aku pon tatau. yang aku tau rasa nak minum teh je, cedok separuh sudu, pastu bancuh je. cukup setengah jam aku tapis. rasa sekejap elok sekejap kelat.
tapi sumpah aku tatau apa jenama teh kat umah aku skang. sebab bukan keje aku topap stok makanan kat dapo tuh. hahahaha...
alaa.. damak.. nak adiah jugak laa damakk...
ReplyDeletehttp://zulfikarhazri.blogspot.com/2011/04/pelanggan-makan-dengan-mata-mereka.html
teruje bace teh liptn.. haha..peberet auuww
diana : gambar pun gambar laa... hehe
ReplyDeleteNadia : wah jawapan tepat siap dengan moral of the story...
norinaomar : kopi tenom sedap sangat, tapi bila bancuh sendiri jd tak sedap, taktau nape..
Jue : yeaayyy kita leh gang, aku pun hantu nescafe, moral tu betul.. ehehehe
Elyana : 888? uuuu pernah dengar teh cap kereta kebal?
minum je nescafe, sakit makan ubat.. weeeeee~~~
Cik Sha : ada banyak lagi trick dan startegy yg bapak aku guna nak didik anak2 supaya bepikir... bukan sekadar rotan. hehehe.. btw.. ko gelak2 sampai terkentut tak?
Suria lekat lekit : betul2, wah tak sangka ramai org ingat entry2 aku la..
pesan kat mak ko, jgn amalkan lebih2 nanti kena buah pinggang 3 in 1 ni tauuu
Sunah : aku pun suka teh masjid..wangiii
anyway, hari tu ko jumpa abang sulung aku tu, dia mmg lawak kan? :)
Aslina : wahhh kira rajin la ko ni cedok serbuk teh.. aku malas, sebab nanti nak kena tapis, sebab tu aku suke pakai uncang lipton je.. hehehe
udacun : wahhh betul gak la jawapan diaaaa... terer2.. nanti claim hadiah yee :)
pehhh pehhh rasa nak buat kenduri kesyukuran sebab baca dari awal sampai habes.. hahaha..
ReplyDeletepower lah abah lu..kem salam kat dia..memang berkaliber...
hahaha satu rumah kena cong...
oh, dah ada orang jawab nampaknya. haha. so aku sebut je la entry Ovaltine.
ReplyDeleteeh, Teh Ahmad sedap apa.. kalau kat rumah, aku selalu beli teh lipton/ahmad yang biasa (yang takde flavour), lepas tu letak daun pudina segar. terbaik lah!!
dah ada orang jawab, malas nak jawab pasal entri berkaitan, haha.
ReplyDeletemudah je nak tipu, cuma perlu tukar bekas. kita hanya memandang luaran saja kan. tak cam betul-betul rasanya, hehe
aku boleh igt entri lama ko Nyah buktinya aku baca & mentelaah.. kekekekeke.
ReplyDeletekelaka r,comey r bapak u....
ReplyDeletepanjangnya.. tp minum nescafe memang tak elok.. selalu ada gangguan emosi kalau minum nescafe..
ReplyDeletekesimpulannye ko kene tipu! hahahahahha
ReplyDeleteIrshadim : betul betul, entry ovaltine, teh ahmad memang sedap pun, tapi mak, adik ngan abg aku ngade2.. aku hentam je.. lagipun aku suke nescafe. :)
ReplyDeletep/s ko pernah gantikan daun pudina tu ngan daun ganja tak? ape rasa dia? hahahahahahaha
GR : betu betul betul... senang sangat.
Puteri : comey, ko tak tengok bila dia rotan aku, laaaagi comey. haha
Ikhram : Tapi Nescafe sedap!
ARC: cepat padat dan ringkas...malu gila masa tu, buta2 kena tipu.
Wei teko cina tu mane?
ReplyDeletehahahhaha....akak g cameron khamis lepas..cari teh lipton..xde huhu..last2 beli je boh...kat umah guna teh lipton
ReplyDelete