August 11, 2011

Lawak Basi Sepanjang Zaman


Assalamualaikum...


Aku kadang-kadang risau jugak, bila aku sorang-sorang tengah tengok Tv, pastu aku tergelak sensorang. aku takut yang aku ada sindrom sakit jiwa ke, skizo ke apa ke. Tapi kalau ikutkan pengkelasan sindrom yang berkaitan tu takde yang bersesuaian pulak.


Aku tergelak sensorang masa aku tengok tv bila ada ayat atau situasi yang sama macam aku pernah rasa, pastu aku terkenang balik, aku tergelak atau tersengih sorang-sorang. 


Korang tertanya-tanya ke apa yang lawak sangat?


Takde la misteri sangat, kebanyakan lawak tu aku dah cerita dalam Blog ni macam kisah Bahana GuliApa abang aku pernah tipu aku, kentut dalam khemah ngan macam-macam lagi.


Kiranya kalau korang baca blog aku, korang sengih sorang-sorang atau gelak dalam gelap tu maknanya korang sama la macam aku, tergelak sebab peristiwa yang aku cerita tu ada sikit sebanyak sama macam yang korang pernah alami.


Jadi hipoterikalnya, jika korang pun pernah tergelak sensorang, maka aku pun takdelah jadi pelik sangat tergelak sorang-sorang. Mungkin normal la tu kalau gelak bila teringat kisah lawak kan, tapi kalau aku sorang je, tu bahaya..Harus kena check doctor.


*********************

Cerita pasal lawak ni, bukan semua orang dilahirkan boleh membuat lawak best, lawak perlukan kespontanan, baca betul-betul, bukan kesopanan tapi kespontanan. Lawak juga perlukan kejujuran. Selain itu lawak perlu fresh. jika lawak itu tidak ada aspek fresh, apa akan jadi?


" Lawak Basi Cikgu!!!!"


" betul sayang-sayang cikgu sekalian, cikgu sayang awak semua lebih lah, balik nanti amik asam boi sorang satu kat makcik kantin ya! cakap cikgu hensem belanja"


" bukan sorang satu cikgu, tapi seorang sebiji asam boi cikgu"


" hah, yang melawan tu takda asam boi untuk awak, amboi nak dewan bahasa sangat! biasa dia!"


Aku yakin sangat, bila sebut pasal lawak basi, semua orang pernah dengar kan? meh sini aku bagi contoh lawak basi paling legend dalam Masyarakat Malaysia.


***********************


Lawak Basi 1


"Murid-murid, okey, semua dah dapatkan kertas manila kad yang saya bagi tu? saya mahu awak semua gunting dalam bentuk empat segi macam biskut hup seng tu ye"


" alamak, macam mana ni, aku lupa bawak gunting la, adoi.... mana nak cekau gunting ni"


" kau cari apa Suzaidin?"


" Gunting, ko ada gunting tak Haikal?"


" ada...ada...ada..."


" Meh pinjam"


" Kat Kedai!! wakakakakakakakkakakakaka"


" Huh Tak Lawak punnnn, bengong la kau haikal, kat kedai nak buat ape"


Amacam? bengang tak bila dapat lawak basi macam ni? rasa macam nak hempuk muka kawan kita tu dengan basikal mountain bike kan? skil lawak basi ni susah nak counter, cuma aku boleh jawab macam ni je la....tapi selalunya pasrah...


" ala kau tipu, hari tu aku tanya kat kedai tu, ada tak gunting Haikal, Pakcik tu cakap takde pun, dia cakap gunting dia banyak la"


" amik la gunting pakcik tu.. wakakakakakak"


" huh...."


*****************


Lawak Basi 2


" Wooi Sarkawi, uisshhh Sarkawi, lama nya tak jumpa kau, dapat jugak kita jumpa kat sini kan"


" ehhh ehhh Zulfikar, wahhh jumpa gak kau, aku ingat kau dah fly dah oversea, kau buat apa kat uitm ni?"


" aku study sini la, Kos Foodservice Management, kau study sini jugak ke Sarkawi?"


" A'ah, aku study kat sini, final year, tak lama lagi habis la"


" kau amik kos apa?"


" KOSMETIK"


Amacam best tak lawak ni? rasa macam nak tolak je kawan baik yang lama tak jumpa tu masuk dalam longkang besar belakang dia tu kan? ataupun kita rasa bengang tapi pada masa yang sama rasa nak senyum tapi kita tahan senyum sebab kita bengang terkena lawak kosmetik basi ni.


Tapi aku pernah layan lawak ni sampai melarat-larat, alang-alang dah terkena kan...


" Owwhhh KOS Kosmetik, ada lagi ke Dr Ainon Marjah tu Sarkawi? dengar cerita tahun ni dia last jadi dekan"


" Dr Ainon? Dr Ainon mana Hah Zul?"


" laaahh kau ni teruk betul, dekan fakulti sendiri pun tak kenal, Dr Ainon Marjah la, dekan fakulti Masscom, lecturer kosmetik, dulu dia pernah ajar aku subjek ko-ko, Kosmetik advance bagi pelajar jurusan hotel"


" AAA...ngaaaa..nguuu...urrrmmhhh.. ngaaaaa... ade eh?"


" mana ada kos kosmetik dalam uitm ni sarkawi, ape ke bengap sangat ko ni..hahahahah padan muka!"


***************
Lawak Basi 3


Lawak Basi yang no 3 ni bukan setakat budak-budak je buat, mak bapak aku pun buat. aku pun selalu buat.


walaupun aku adalah Skuad Pejuang Pembasmi Lawak basi, tapi kadang-kadang aku tak dapat nak tahan nafsu nak kenakan adik-adik, sepupu aku yang kecik-kecik atau kawan-kawan yang lurus mcm pembaris macam Cik Sha selalu cakap tu.


Tapi hari tu mak aku selamba je kenakan aku dengan lawak basi dia.


" Ikar, kamu nak ikut mama tak?"


" Hah? Gi mana ma?"


" Jamban!"


Amacam? Terang, ringkas dan padat kan? pantas, gaya mutu keunggulan. Kadang-kadang Bapak aku pun buat trick lawak basi ni jugak. Bapak aku lagi skillfull, macam james bond. Siap kelam kabut buat-buat pakai jam tangan, cari kunci kereta kat rak buku ruang tamu.


" Ayin, kamu nak ikut?? jom ikut abah jom"


" Gi mana Abah?"


" Gi Jamban..hahahahhahahahha" (sambil gelak, sambil goyang-goyang bontot kat tangga)


Tapi kalau Zikry ngan Shahril Husin buat lawak gi jamban ni, atau aku yang buat lawak gi jamban ni kat zikry ngan Shahril, kami selalu ikut sampai masuk jamban, sampai nak duduk atas toilet seat.


" woi woi woi ikar, ape ni woi tolak-tolak pintu ni?"


" laaahh, tadi ajak sesama gi jamban, dah ikut taknak bagi masuk pulak"


*********************************


 Aku kongsikan dulu 3 contoh lawak basi yang common sangat, aku ada banyak lagi contoh-contoh lawak basi, tapi tak best la kalau asyik aku je yang cerita, asyik asyik aku cerita, tak bagi chance lansung kawan-kawan cerita.


Apa kata, kalau korang ada lawak basi yang legend, korang kongsikan kat ruang komen kat bawah, aku tunggu nak layan gelak sambil tahan lapar dan dahaga di siang hari, at least ada hiburan masa rehat lunch hour, nak makan tak boleh... kang makan kang mau kena naik van mayat pusing kampung.


"Hai, Nama saya Gayboy, Tuan saya bagi nama Gayboy sebab masa mula-mula jumpa, tuan saya tengok saya tengah memadu asmara dengan kucing jantan lain depan rumah, Rupanya saya keliru masa tu, saya ingat saya betina. lama-lama baru saya menerima hakikat saya jantan dan dengan aktifnya mengawan dengan betina lain"


P/s kepada yang dapat jawap soalan aku dalam entry Misteri Teh Lipton tu, nanti aku pos hadiah korang ye Cik Misssenget dan Nadia Rani Rai, aku terlalu busy sangat 2, 3 minggu ni dengan hal kerja dan masalah nak repair kereta ni, nanti dah tenang-tenang aku gi pos ye.. kepada Ann enhan, kalau nak hadiah, sila bagi alamat pos kat Inbox PM


p/s II Hahhh?? apa?? Zulfikar bagi hadiah? blog dia ada buat segmen ke? eeeee tak malunya, dulu punya kecoh anti sangat segmen2, skrg dia pulak nak bagi hadiah.....booooooooo~~~~



25 comments:

  1. macam takde je lawak yang aku pernah buat,agaknya sebab aku ni serius kot..=p


    p/s:Ikar,mintak tolong doakan tempat aku ni hujan ye.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.yang lawak kat kedai dengan kosmetik memang dah basi sgt2.menyampah btl kalau tny membe amek kos ape 90% akan jawab kosmetik.dah jadi common answer ke ape.hahaha


    er er perut kenyang dah takleh nk pikir pasal lawak.hahaha

    ReplyDelete
  3. Noi : laaa, takkan takde lawak basi?

    mesti teruk kan kemarau kat sana? insyallah aku doakan semoga tempat ko skrg hujan...

    dengan berkat Ramadhan, dan berkat jasa kau mendidik anak bangsa.. semoga hujan turun membasahi bumi yang kontang

    ReplyDelete
  4. aku xsuka lawak gunting tu...

    benci kot..

    da laa mcm terdesak je kan nk guna..

    aish...

    ReplyDelete
  5. ahmad sudah bersiap-siap untuk keluar berbuka puasa bersama rakan serumahnya, ali.

    mereka bercadang untuk berbuka puasa di luar bersama-sama.

    Ahmad: weh, nak makan kat mana? aku tak tahu ni.

    ali: em...

    ahmad: weh, cepatlah. kalau tak kang lambat kita sampai, lambatlah kita nak dapat makanan. orang dah tentu ramai bulan2 puasa ni. nak makan kat mana?

    ali: makan kat mulut! hahahaha

    ahmad menumbuk dinding dengan kuat untuk meluahkan rasa marahnya. nak tumbuk ali, tak sampai hati. akhirnya tangan dia berdarah.

    benci gila bila jadi situasi macam ni! =_=

    ReplyDelete
  6. yang kat kedai tu memang aku nyampah..tapi yg kosmestik dengan jamban tu aku pernah buat jugak..wahaha..

    ReplyDelete
  7. kalau sekali dua kena lawak nie kelalakr lar kan.. tp dah lama2 mmg basi buat perot den ceri-ceri lar jugak! mula lar rasa nak jentik jek dahi pelawak basi tuh.. -.-'

    ReplyDelete
  8. selalu masa belajar dulu,ramai buat lawak basi sebut kos LAW dengan coslow..hehehe

    masa belajar banyak idea kot nak wat lawak2 basi...haha

    ReplyDelete
  9. 'ee.. baju ko bertanda!!'

    'mana.. mana...'

    'tuuu.. thundercat'

    menyampah aku ngan lawak bodoh niee!

    ReplyDelete
  10. lawak paling sempoi...

    "..mat boleh tolong sikit tak...?

    apa?


    "...tolong diam"!

    keh3!

    ReplyDelete
  11. masa tu dgn member tgh drive keta waktu malam, berselisih ngan sebuah keta lain yang x on lampu. cakap kat member

    'keta tadi tak bukak lampu kan?'

    'apsal plak? ada je lampu dia?'

    'eh, kan gelap je td? ko tak perasan ke keta tadi xde lampu?'

    'lah, lampu dia ada la, yg gelap tu sbb dia tak on jek..'

    hahahaha...

    ReplyDelete
  12. kalau tengah serius, orang buat lawak camni, mau naik kaki tangan,haha

    ReplyDelete
  13. ...makan kat mulut..
    ..duduk kat punggung..

    A: ko tau tak?
    B: tak tau! ko tak cakap mane nak tau..

    ReplyDelete
  14. apapun lawak laki aku tiap2 hari rasanya tak penah basi lg takat ni.. kiranya dia celik mata mesti buat aku gelak dulu.. tp lawak kitorang ni kalau org lain rasa kdg2 x blh terima.. nickname pun x manja2.. ada panggil laki sendiri ayam, kan?? padan la dgn dia sejak aku sarat ni dia panggil aku gemuk & penguin.. kalau bini org lain byk yg makan hati.. tp aku dah biasa Nyah.. aku x kesah pun.

    ReplyDelete
  15. bile baca pasal kentut dalam khemah, aku teringat masa aku gi kem, kena duty jaga kul 2 pagi, sekali dgr bunyi kentut dari khemah kiri dan kanan khemah aku. gler ah! dah macam kena serang. perh~ nasib baik tak ada bau.....

    ReplyDelete
  16. lepas bukak posa ni baru teringat satu lawak basi..

    cikgu:ada sapa dalam kelas ni anak yatim?

    A pon angkat tangan,:saya cikgu?

    cikgu:betul kamu anak yatim?bukan ayah kamu masih ada lagi ke?

    A:cikgu tanya sapa anak yatim,saya anak yatimlah,bapak saya nama yatim.

    Kalau membe aku binti / bin Khamis @ Jumaat @ Isnin etc siaplah,siap wish happy birthday.sengal je

    ReplyDelete
  17. ada seorg kwn di ofis tny sy, smlm course apa yg ko kena pegi tu?

    dgn muka serius sy jawab, course INTERCOURSE dgn niat nak buat lawaklah, dgn harapan lagi kawan sy tadi akan ketawa.

    tapi, hampa je rasa di hati sy apabila dia langsung tak ketawa, malah dia tanya, course tu dia ajar ttg apa?

    huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  18. lawak basi yang tak berapa basi...

    A:jom kita g makan
    B:jom..
    A:nak makan ape ek?
    B:makan hati..
    A:makan hati??
    B:jantung pon bleh jugak..jantung pisang..
    lalala

    ReplyDelete
  19. HAHA aku adalah antara orang yang sentiasa tersenyum2 membaca artikel kau. Banyak gila yang terkena dengan kehidupan aku. :D

    lawak basi lain? Bila aku tengok senario kot. HAHA

    ReplyDelete
  20. aku jadi pelakon dalam cerita ni? nak royalti!

    ReplyDelete
  21. Sbg seorang pelawak, daku merasakan org yg wat lawak mcm tu mmg seorang yg menspoilkan keadaan dan seorang yg takde idea. terutama yg nak wat lawak time org tgh panas dengan berkata "kita bakor aje". statement itu sudah sangat klise dan membosankan

    Pasal hadiah tu..bereh aje...

    ReplyDelete
  22. misssenget : sama la, aku paling benci lawak gunting...

    GR : aku selalu jawab, ala makan guna mulut bukan makat kat mulut..pastu terus lawan ckp haha

    Cik sha : best kan lawak kosmetik tu.. tensen jee sape kene hahaha

    Bambam : kalau byk kali kene tu la dinamakan lawak basi.. :)

    Cik Tiniey : ahahaha, pes time dengar lawak coslow haha

    Jue : ahahah thundercat, hahahah bodoh gila lawak dia.. hahaha

    Republic aku : lawak awek benci org poyo kan..haha

    Muhas : hehe sama dengan lawak polis terapik saman org LANGGAR lampu merah la kan.. mana ade langgar elok je tepacak lagi...

    Penaberkala : paling best buat aksi tindih reramai kalau kat asrama ...hehe

    Blog tip kurus : yg tau tak tau tu selalu guna masa sembang ngan mak haha

    Lekat Lekit : tu lah namanya lawak manja-manja..sib bek laki ko tak balas balik ayam katik kan? ke dia ade pernah ckp dah?

    Huda_no : ahahahaha, perang kentut akan tamat bila salah sorang terkincit..kekekekkeke

    Noi : wish birthday tiap2 minggu.. hahahahahahah

    wanita tudung hijau : hahahahahahah lawak ko lawak best... tak basi... hahahaha niat mula nak buat lawak, sekali member tak paham.. hahahaha

    pjah : ni nama dia lawak rakyat.. hehehehe

    Haikal : royalti mintak dekat nuffnang, aku dah hantar nama ko dah kat sana... cakap zulfikar suruh tanya royalti ko ade tak..

    Nadia Rani Rai : bila dengar org ckp kita bako je, saya mula temper je tengok muka dia..

    " hek eleehhh"

    ReplyDelete
  23. Lawak nie aku selalu kene:

    Ayah aku balik dengan muka penat, sampai kat muka pintu dia tgk aku tgh syok baring tgk Astro (bukan Byond tau)..

    "Adoi tangan ayah nie sengal2 la, sbb bawak moto lame sgt kot..tolong rentap tangan ayah jap jam.."

    Aku dgn xfikir akan sebab musibat trus rentap tgn yang dihulurkan..

    "Preeeeeetttt Puuut!!"

    Skali bukan tgn yang berderap, tp bontot yg 'bercakap'..

    Aku kne lawak haramjadah nie sejak aku kecik sampai ke besar dewasa nie..nasib baik ayah aku..

    ReplyDelete
  24. kan. skg nie sapa2 yg pakai lawk basi tu mmg rasa mcm bodo sgt.. rasa nk hempuk ngan kuali jer time tu gak :P

    ReplyDelete
  25. aku panggil lawak2 macam ni "lawak 70an"

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...