Sepatutnya, selepas bersahur, aku akan tunggu subuh sambil tengok Tv bersama keluarga, lepas solat subuh aku akan sambung tidur sampai ke tengahari, Nak nak pulak hari ni ahad, ahad adalah hari tidur sampai ke tengahari.
Tapi disebabkan perut aku sakit, aku asyik ke jamban berak-berak, dah berapa kali pun aku dah lose count, mula-mula kira jugak lah.
" owh ni dah 5 kali ni ke jamban, nanti nak kira betul-betul boleh tulis dalam blog berapa kali gi jamban"
Tapi makin lama, makin kerap dan aku dah jadi malas nak kira. bila dah sakit perut macam ni, takde gunanya aku mencuba untuk tidur, sebab akan kecewa akhirnya. So aku online untuk check blog, Fb, email dan mengarang post yang korang baca ni.
Bila sakit perut dan cirit birit, aku akan jadi lemah longlai dan sakit, cara untuk menyembuhkannya adalah makan ubat dan sapu minyak panas ke perut. Sapu minyak sudah, tapi makan ubat yang belum. Kalau aku makan ubat sekarang maka terbatallah puasa aku.
Jadi hari Ahad ini adalah hari gabungan yang sangat kompleks iaitu...
"Hari Dilema mempertahankan puasa atau makan ubat sakit perut sambil tulis blog pagi-pagi dan melupakan tidur ke tengah hari yang sangat best!"
******************************
Bila aku sakit perut, aku teringat zaman praktikal dulu bersama Shahril Husin dan Zikry. Bila cerita pasal praktikal Chewe selalu akan hilang dari gambaran sebab dia praktikal dekat penang. Masa aku praktikal first blok adalah di Intekma Resort.
Masa tu aku dan Shahril duduk menyewa di rumah bujang seksyen lapan, rumah flat 2 bilik. Zaman tu adalah zaman kegemilangan student belajar tak takut kena tahan park guard balik lambat. Akibat dari perasaan seronok tanpa curfew ni membuatkan ramai student yang hidup tak sedar diri yang diri itu study lagi.
Pada satu malam, kami semua duduk bersembang. Sembang punya sembang tak sedar diri hari dah nak terang. Kenapa aku sembang begitu istiqamah sekali? sebab melayan jiwa kawan yang tengah bercerita pasal putus cinta.
Konon-konon sebagai kawan yang menyokong dan menghulurkan simpati, aku nak la meminjamkan telinga untuk mendengar dan bahu untuk tumpang menangis, tapi awas kepada kawan aku tu, kalau dia peluk aku dan menangis di bahu, aku akan buat jurusan kunci gayong peringkat cindai semerah padi.
Akhirnya malam itu, terjebaklah Shahril Husin , Aku dan Mus (sumpah bukan nama sebenar) berborak sesi luahan perasaan sampai ke pagi. Bila dah lepas subuh aku mula panik sebab hari tu kerja shift pagi. kalau masa praktikal ponteng nanti result akan buruk. Bila result buruk musnah lah peluang nak dapat anugerah dekan, bila lagi nak dapat anugerah dekan kalau bukan pada masa praktikal kan?
" wei debe, hari dah pagi ni, macam mana aku nak pergi kerja, satu malam tak tidur"
" mana aku tau, aku cuti hari ni, ko tu pergi je lah kerja, dah pagi dah pun"
" gila kau nak pergi kerja macam ni? aku dah kena mabuk tak tidur dah ni, mau melayang-layang aku masak kat kitchen nanti kang"
korang tau apa tu 'mabuk tak tidur'? siapa je yang pernah jadi student pernah rasa mabuk macam ni, bila korang 18-24jam tak tidur langsung straight, nanti korang akan merasa melayang-layang, terawang-awang, ngantuk dah hilang tapi digantikan dengan rasa toya, air liur merembes banyak, kepala sakit, takde tenaga dan cakap sedikit merepek. sekali tu Mus datang mencelah borak kami..
" dah la Ikar, takyah gi kerja la, kau dah tak larat tu, apa kata ko gi amik MC je"
" aku rasa aku takleh kerja dah macam ni, kena ambik MC la Mus"
Jadi kami pun pergi la ke Poliklinik untuk mencuba mendapatkan MC dengan bersama-sama menaiki kancil 850 ex kaler kelabu. sampai di poliklinik, aku pun beratur amik no giliran. sampai no giliran, aku kenyit mata dekat kawan-kawan lambang akan memulakan strategy simpati mendapatkan MC.
Selesai medical checkup semua, maka akhirnya aku dapat MC, sungguh teruk benar aku pagi tu, sambil jalan sambil pegang dinding, tinggal sikit lagi je nak kena papah, punya macam filem hidustan kan?
kalau letak Aishwarya Rai, mesti ada adengan nari-nari guling-guling kat klinik tu sambil semua pesakit kat ruangan menunggu berubah menjadi penari latar yang terlompat-lompat menaburkan tepung warna hari hol. pastu ada pulak orang pukul-pukul gendang sambil penari perempuan melaga-lagakan gelang di tangan mengikut rentak lagu...
" Chooriii choriii yaaaaa, kali kangganaaa... meeera ho gayaaa.. kare kangganaaa.. me ra ho gaya lalala lalala lalaaaa.. chaiya chaiyaaa... chori yaa chaiya chaiyaa.....chaiya chaiyaaa wowowowowooo..."
lepas dah berjaya dengan adengan babak-babak drama semusim, aku pun balik rumah dan sambung qada' tidur malam yang dihabiskan dengan sesi luahan perasaan putus cinta si kawan. Bila sedar-sedar dah petang, aku rasa tak sedap hati, sebab hari tu hari isnin, sebenarnya aku tak tau jadual kerja aku yang baru lagi sebab jadual kerja baru akan dikeluarkan setiap hari isnin.
Alang-alang dah Mc dan cukup tidur, petang tu aku pergi ke Intekma resort, bukannya jauh pun, 5 minit je dari rumah flat seksyen 8 tu. kali ni pergi dengan niat nak tengok jadual kerja esoknya sambil tu nak submit Mc aku pada bos.
Sampai je main kitchen, aku bergegas pergi tengok jadual bertampal kat dinding mozek. pastu aku jumpa Chef Bob.
" Chef Bob, esok saya kerja pagi eh, start dekat staff cafe kan?"
" Ha'ah. esok ko kerja pukul 7 pagi, tapi datang kul 6.30 nak goreng nasik breakfast staff"
" Okey abang bob, Abang, sorry la hari ni saya tak dapat datang, saya Mc la sakit perut"
" Kenapa kau rajin sangat pulak nak datang hari ni? kau kan OFF DAY"
" eh saya off day ye hari ni?"
" ye la, ko off hari ni, hari ni isnin, ko cuti, cuba ko tengok duty roster tu elok-elok"
" Ha' ah., ye la bang bob, saya cuti la hari ni..hehehehehe"
Pelan-pelan masa tu aku lipat Mc aku elok-elok, aku seluk simpan dalam poket seluar belakang. Nasib baik aku tak sempat bagi lagi Mc tu, kalau tak malu gila aku.
Malu sebab jadual sendiri pun tak tau.
Malu sebab kantoi gi amik mc masa hari cuti. punye bengap!
Kalau aku tau hari tu aku cuti takda la aku buat adengan drama terbaik sepanjang zaman pagi tu, takda la aku jalan pegang dinding klinik. baik aku sambung je tidur tanpa rasa bersalah.
" ciss Mc sakit perut cirit birit konon"
p/s "kau dapat sambung belajar mana zul?".... "aku dapat masuk Uitm, kau pulak dapat masuk mana Jep?" " aku dapat masuk poli je.." " Poli mana?".... "poliklinik"
hahaha.nakal jugak eh berlakon sakit g amek MC.wakakaka.
ReplyDeletehahaha, hebatnya berlakon. ada effect hindustan sekali, malangnya lakonan itu sia2.
ReplyDeletemabuk tak tidur. aah, pelajar memang dah biasa dengan sindrom ni. rasa melayang dan terawang2, macam kaki tak jejak ke bumi. :P
pernah mabuk tak tido tu..pergh dia punya efek memang kaw2 lah..
ReplyDeletelepas ni jangan tipu MC lagi tau,babap baru tauhu!
aku tertanya..
ReplyDeleteda kalo tgk jadual ari isnin..
camne nk tau isnin tu keje ke off day??
weyh..yg baju merah tgh2 tu ensem..!
Huhu... aku pon penah jadi mcm ni... ending dia aku tdo sambil bwk moto lepas presentation. Last2 tgolek dalam semak, sikit lagi nak terhantuk kepala kat besi jambatan kat situ. Aku trasa time aku jatuh tu mmg sempat ah aku tido 30 saat sebelum org dtg jenguk ingat aku pengsan. Haha... bahaya wehhh...
ReplyDeleteElyana : nakal masa study. skrg tak buat dah hehehee
ReplyDeleteGR : mabuk tak tidur bahaya, sama ngan mabuk todi, pernah tgk kat mythbuster...
norinaomar : efek tu sebab low blood presure rasanya..
tak tipu dahhh saya budak baik teacher! hehehe
Miss senget : selalunya, staff akan tanya chef sebelum hari isnin, isnin tu kerje ke offday...
cuma aku masa tu pektikal taktau prosedure..ko saja buat aku pasan kan? baju merah diri ke duduk? janganla buat aku pasannnn
Aslina : hari tu aku eksiden yang dalam entry tu masa tu aku tak tido gak tu... tapi sib bek bukan salah aku...
tapi tidur lepas jatuh eksiden best kan? layan penat... best je.. haha
sengal! haha.. menipu lagik..
ReplyDeletehahahaha...xleh blaaaa...letih jee menipu...hehe...dah sakit perut tak lagi ni?hehe..jgan terkicik dpn kompter sudah :P:P:P:P
ReplyDeleteya Allah..
ReplyDeleteaku tak perasan pn kau pakai baju kaler merah jugak..
sorry laa ikar..
wakakakakakakaka... tgh gelak guling2..
lakonan biasa tu Nyah.. tp memang malatop la sampai jln pegang dinding. Aku pun sejak semalam sakit perut tp xde la cirit birit. Sampai la hr ni.. tido pun x blh. Sahur pn tak pg td.. akibatnya tak blh puasa sbb awal2 lg aku dh muntah2. sakit perut + peruk kosong. So, kena makan ubat tahan muntah sbb aku tgh pregnant & blm ckp bulan. muntah2 x elok bak kata cik misi takut terkeluar awal lak. Pun camtu takde makna tak puasa pun sbb aku ttp xde selera makan. Minum susu Anmum jer. Walaupun camtu semalam dlm sakit2 sempat jugak bershopping barang2 baby.. Brg mak baby pun ada skit2.Bapak baby pun x nak ketinggalan amik kesempatan.
ReplyDeletehaha..memang agree sungguh bab hari ahad hari tidur sampai tengahari..hihi..dah rasa dah mabuk tidur tu,masalahnya bila dh pagi nak kena gi kelas baru la rase mcm tu. mase pukul2,3 pg beron9 sambil dgr lagu takpulak ngantuk.haha
ReplyDeletehahahaha..berlakon yg tak menahan tu..ko memang pelakon terbaek la ikar..siap pegang2 dinding tuh..ish3..;p
ReplyDeletetapi sbg seorang student..aku pun pernah rasa mabuk tak tidur tu..memang terawang-awang la..
g klinik skrg mahal la..
ReplyDeleteJue : teknikalnya tak tipu, sebab aku off ri tuee. buweeekkk :P
ReplyDeletepeachippo : dah baik dahhh :) kalau terkincit... adoii.. haha
Lekat Lekit : takpe nyah. ko ngandung, boleh berbuka kalau tak larat.. sian ko muntah2.. food poisoning kot...awal beli baju raya? kang pas raya beranak, dah takleh pakai baju ibu ngandung.. cmne?
Huda_no : itulah namanya dilema tidur tak tidur.. :)
Cik Sha : aku student yg jujur.. wakakakakakakaka
Puteri : poliklinik kerajaan singgit je :) hehehehe
mana ada aku beli baju raya Nyah.. aku beli baju pakai gi klinik jer... Nak beli baju raya menda perut boyot
ReplyDeletewaahhh..time stdy dulu penah hampir 48jam x tdoo..sekali bile dpt tdo dr pg membawa ke esoknye....sadisssssss gile time tu....
ReplyDeletehahaha.. sadis gile.. :D
ReplyDeletemenipu berdosa masuk api nurake
ReplyDeletenasib baik Tuhan bagi kaedah taubat dan istighfar. moga2 selamat.
Delete