August 27, 2011

Baju Raya Tahun 1998

Assalamualaikum...

Dulu bapak kita selalau beli baju raya Ultraman taro kat kita, kadang-kadang beli baju kesatria baja hitam, ninja turtle, kiko, kiki lala, john master, snail, camel, jeans GA blue dan macam-macam lagi.

Tapi bila kita ni anak-anak dah besar tua bangka ni, dah kerja gaji ribu-riban, takda teringat pun nak belikan baju raya kat mak bapak kita. Jangankan nak campak baju melayu RM50 sepasang kat bapak, kadang-kadang tu tshirt parkson diskaun 70% tu pun haram.

Bila kawan-kawan tanya, adik beradik tanya kenapa tak belikan baju raya kat mak bapak kita, kita jawab balik...

" aku takde duit la angah, gaji belum dapat lagi, ni pun ciput-ciput je duit buat tambang balik raya, dapat balik pun mujur"

Pada hal, zaman kita kecik-kecik dulu, bapak helah daya takda duit pun pergi cari jugak semata-mata taknak anak kecewa takda baju raya.

**************************

Pada satu zaman masa bapak aku tengah berduit sebagai division manager regional level, kami duduk dekat batu caves. masa tu duit boleh tahan banyak, kereta company bagi dan bla bla bla bla. Jadi kami shopping raya masa tu dekat Sogo, Metrojaya BB plaza, Metrojaya Kotaraya yang sekarang dah jadi mydin dan  sudah pasti the ultimate favourite shopping mall adalah Yaohan.

Pada masa tu, kekonon taknak beli baju kat mydin. tak kelas katanya, tapi aku rasa mydin pun takda masa tu. Masa tu taknak jejak kaki kat Warta Superstore beli baju raya, Warta hanya tempat untuk beli barang dapur dan beli baju hari-harian.

Pada masa tu, bapak aku akan buat sistem anak-anak pergi pilih baju raya sendiri...

  • Kasut sepasang
  • Baju tshirt kolar dan roundneck 2 pasang
  • Khakis atau Jeans sepasang
  • Baju melayu / baju kurung untuk adik perempuan aku.
  • Kasut raya 
itu adalah pengagihan yang adil dan sangat ketat, takleh mintak lebih dari tu, siapa yang nak beli lebih dari tu, samada potong allocations duit raya atau pakai duit poket sendiri. masa tu kami adik beradik bersepah la dalam metrojaya pilih baju-baju raya.. 

Lepas dah pilih, masing-masing peluk baju raya dan bawak ke kaunter beratur untuk sesi bayar, masa bayar ni bapak aku akan buli kami, dia suruh beratur panjang-panjang, dia pulak tunggu dekat kerusi dalam metrojaya tu. bila sampai giliran, bayar dan bungkus baju ikut plastik masing-masing, bila dah selesai balik rumah jalan megah je, muka senyum mcm joker, sengih je manjang..umpama takda hari esok lagi dah.

Tapi bapak aku didik kami adik beradik dari kecik, masa nak shopping baju raya pilih baju yang ada diskaun 50%-70%, baru la hak pengguna terjaga, dan takde lah jadi bodoh nak beli baju yang takde sale kan.

" Tapi Baju yang ada diskaun tu trend lama la zul, tak updated, beli baju takde sale la baru latest, newcoming, lain dari orang lain"

" kami bukan keluarga kaya mcam kau, kami keluarga biasa-biasa je, cuba kau belajar berjimat sikit, kalau taknak jimat, tolong hormati perasaan orang yang nak berjimat boleh?"

Abang aku pelik sikit, dia Diva sikit bab-bab baju raya, beli baju taknak sale 50% ke atas, nak beli yang 30-20% kebawah je, dia selalu kena marah ngan mak bapak aku. dan akhirnya dia setuju nak topup guna duit dia sendiri atau dia kurangkan budget untuk second pair baju raya dia.

***********************

Pada tahun 1997 -1998, bapak aku berhenti kerja dari Cold storage akibat dari masalah kegawatan ekonomi Malaysia hadapi masa tu, terima VSS dapat la pampasan imbuhan sebanyak RM 170,000 rasanya tak salah aku, aku ada tengok cek dia masa tu. 

Bila dah takde kerja, macam mana nak bagi anak bini makan? nak duduk KL sampai tua dengan 170k tu tak cukup, masa tu bapak aku baru 40-an. 

Jadi dia terima tawaran dari cold storage yang nak jual Kilang air batu di Mersing kepada bapak aku. Dengan Kaedah kontra dengan pampasan itu  campur kongsi dengan 4 orang kawan dia untuk cukupkan nilai kilang air batu tu yang berharga lebih kurang RM500k kalau tak salah aku.

Kilang tu murah sebab dijual pada harga scrap value, book value kalau dalam istilah akauntan.

*******************

Bila Family aku pindah sana pada tahun tersebut, hidup kami terpaksa berjimat cermat, duit simpanan bapak aku habis sebab buat modal beli kilang, kami masa tu duduk rumah kilang, ada dua bilik kuartes yang sebelum tu dijadikan store barang-barang sparepart enjin kilang ais.

Kuarters tu tak layak pun dipanggil rumah, sebab hanya ada 2 bilik tidur, satu dapur, satu bilik mandi dan satu jamban, semua ini bukan dalam satu bangunan, tapi berpisah-pisah. Masa tu kami tak kisah pun, kami seronok duduk sana sebab kebahagian satu keluarga tu buatkan kami tak rasa susah.

Dulu kami duduk rumah lot besar dan teres satu tingkat bertukar kepada kuarters kilang, tapi apalah yang nak disedihkan kalau nak bandingkan dengan permulaan hidup yang tinggal di setinggan Lim Garden.

Pada masa itu walaupun kami gah dengan title bapak aku sebagai Managing director dan tokey kilang, tapi hanya kami yang tau strugglenya bapak aku mempertahankan maruah seorang bapak menyara keluarga dia makan dan gembira setiap hari.

Sampai tahap aku sebak tengok bapak aku tukar syiling tabung jadi duit kertas, tapi bapak aku memang banyak duit syiling, dia suka simpan syiling lepas beli barang ngan bayar tol parking. almost dekat nak setengah stor, tukar dapat la dekat nak RM700.

***********************
Dan Hari raya pada tahun itu melihatkan musim tersusah bapak aku, pada masa yang sama kereta pulak eksiden dekat Felda serting on the way nak balik Ipoh. Jadi bapak aku bawak anak-anak dan mak aku pergi pekan mersing beli baju raya naik Suzuki Best...

Pergi beli sorang demi sorang, nasib baik rumah aku dalam bandar mersing masa tu, jadi dekat je lah, pada masa itu, kami shopping baju raya di pasaraya local, masa tu tak salah aku Parkson kot, tak pun Giant, pasaraya bangunan dua tingkat, jadilah aku beli seluar slek cap arrow, pastu aku beli kasut raya cap apa tah aku lupa, beli baju lak baju Cap Kangoo.

" Ye, ia bukan typo salah eja Kangaroo, tapi memang baju tu cap Kangoo. tapi brand dia memang ada lambang kanggaroo"

Pada masa tu aku merasakan sangat terharu sambil duduk bonceng belakang bapak aku atas suzuki best tu, aku pegang bahu bapak aku sambil mata aku panas tahan air mata.

sedih dengan pengorbanan bapak aku, yang helah daya cari jugak duit nak belikan baju raya untuk anak-anak dia walaupun beban menimpa mampu buat jiwa tak tabah jadi gila.

Masa tu, terbayang kemewahan sogo, yaohan dan metrojaya terpaksa dilupakan sebentar bagi  memberikan sokongan kepada ketua keluarga menstabilkan kembali ekonomi rumah tangga.

Pada masa tu aku semat jauh-jauh dalam hati.....

" satu hari nanti bila aku dah besar, dah kerja gaji ribu-ribu, aku nak belikan baju raya branded mahal-mahal gila untuk mak bapak aku"

Sungguhpun lepas fasa kesusahan gawat 1997-1999 berlalu, sungguhpun bapak aku kembali stabil ekonominya, aku masih tidak melupakan tekad hati aku pada tahun 1998 tersebut.

Biarpun dengan baju kurung 'PKNS-bukan sutera china'  untuk mak aku, dan baju John Master Messerize 50% diskaun untuk bapak aku, tapi sekurang-kurangnya ia dapat sentiasa menghidupkan kembali ingatan aku pada Aidilfitri paling struggle di Mersing pada tahun 1998.
*************
Bersyukurlah kita kalau kita dapat lagi beli baju raya, walaupun baju raya yang kita nak size dah takde, atau baju raya kita nak tu dah habis kena rembat. sekurang-kurangnya merasa jugak kita baju raya baru.





p/s Entry ini ditulis selepas dimohon oleh Missenget aka Shila...

p/s II  sedutan dari status FB : Dulu masa kita kecik2, bapak kita belikan baju Ultraman Taro 

buat baju raya. Tapi bila dah besar, kita dah kerja, gaji ribu2, nak belikan bapak tshirt 

pagoda pun kita lupa.. apsal rasa nak nangis bila taip status ni?

23 comments:

  1. sebaknya..

    aku ade kenangan, beli baju gaun untuk raya..

    tapi bila raya, aku tak pakai pun..

    sebab malu..

    ReplyDelete
  2. serius respect kat zulfikar. betul, zaman sekarang jrg ank2 ingt parents yg dah bertungkus lumus bagi yang terbaik utk mereka. :)

    ReplyDelete
  3. aku.. alhmdulillah.. bole dikatekan tiap2 tahun belikan something tuk mak dan mak-mak sedara aku, even ms aku masih study.. sanggup abes duit beli kerongsang ngan tudung tuk mak-mak aku, klu aku tak beli pape aku bg duit je, sukati derang la nk beli apepun :)..

    tahun ni belum lagik, maybe esok br bawak mak aku, mak2 sedara aku bg duit je kot.. thn ni aku tak sempat ar.. utk diri sendiri pun xde pape.. huwaa...

    ReplyDelete
  4. perghhh.....real lah, aku kontek tukang skrip drama eks macam ni, serius menarik...apa2 pun guaa tabik lah kat abg tak brapa botak nihh...salute!!!..nice entry..

    ReplyDelete
  5. Nadia : alhamdulillah.. baguih2 anak abah ngan mak ni... mlm ni mimpi saya lagi tau

    Missenget : hantar somalia nak??? amboi...

    Huda : tenkiu.. bapak bukan nak sangat duit kita, dia nak rasa sonok je anak ingat depa...

    Jue : Alhamdulillah, bagus.. siap mak mak sedara pun sponsor.. hebat nih....

    tahun ni try belikan gaun kat mak.. tengok comel tak? :)

    ReplyDelete
  6. Mat Gebu : terima kasih Mat, kalau aku dapat buat drama, nanti aku masukkan nama kau sebagai watk dapur-dapur ye.. heheheheh interframe sikit masak gulai kawah.. hehehe

    ReplyDelete
  7. sebak aku bila baca entry nih. banyak tul pengorbanan mak bapak kita terhadap kita nih.

    ReplyDelete
  8. Nak beli tp xdak duit g, kehkeh
    tersedak baca ni "tshirt parkson diskaun 70%" baru je g parkson ptg tdi rembat baju 70% wahahaha >.<

    ReplyDelete
  9. Lama tak singgah sini. Maaf Inche Zulfikar. Hewhew

    ReplyDelete
  10. hanya org yg pernah hidup susah akan menghrgai pengorbanan ibu bapa mereka semasa mereka kecil bila sudah senang dan dewasa..kebanyakannye la..tak semua..ade gak yg jadi lupa diri terlupa kat mak bapa yg pernah bersusah payah tu..

    ReplyDelete
  11. i've been trough worse situation, jadi bila baca entri ni, rasa macam sebak je :')

    ReplyDelete
  12. sedih lak aku.. walau bkn baju raya tp bila pandang baju melayu hijau yg laki aku beli utk ayah pakai ms majlis kawen aku tu buat aku sebak sbb arwah x sempat pun melaram sedondon dgn tema ijau yg mak aku pilih tu

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah, setakat ni blom penah lupe lagi.

    ReplyDelete
  14. kadang2 mak ayah ni bukan nak sgt kita balas penat lelah diaorg dgn wang ringgit...ckup la sekadar kita hidup bahagia...




    mak pak aku pun susah gak fikar...aku mmg tak pernah la nak merasa shopping mcm ko...selalunya mak pak aku la y g beli.ukur siap2 kat umah..apa y mak pak aku bawak balik itu la y kitaorg pakai...Alhamduillah...apepn..nice entri

    ReplyDelete
  15. aiseh.. tacing lak bc story nie pepagi hari.. huhuhu

    oh sbutan yaohan mcm tu eh?

    ReplyDelete
  16. nak menitis air mata ni. huhuhu.

    :(

    ReplyDelete
  17. kita ni selalu sangat berkira dgn mak bapak itu pasal rezeki yang kita terima agak berkira juga untuk di terima darinya....keh3..

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah masih ramai yg ingat tanggungjawba pada orang tua..

    tqs for sharing & saling mengingati..

    walopon zaman makin canggih, nilai2 murni dalam diri sepatutnya lebih canggih.. moral, tanggungjawab, hormat sesama sendiri, ikhlas, jujur, sayang menyayangi dan banyak lagi..

    love this entry..

    ReplyDelete
  19. sejuk perut ibu mengandung bro nih. huhuu

    ReplyDelete
  20. Anakanda Hainiey : tu la kan. kalau dah ada gaji jgn lupa beli baju raya kat mak bapak tau...

    Cik Heroin : kalau belajar lagi takyah beli...tumpu perhatian belajar je.. dah kaya nanti jgn lupa mak bapak.

    Cik sha : memang ada pun yg lupa diri..mcm cerita pondok buruk kan.

    AAINA : ce citer sikit pengalaman sendiri. nak baca!

    Suria Lekat lekit : sedih citer ko. tak sempat nak tengok ko kawen kan.. dah dekat dah rtarikh :(

    Dale : bagus dale bagus...anak contoh :)

    tamlegend : cerita kau lagi best patut buat entry bagi aku baca tam

    Ad : pas ni takmau nakal2 lagi.. ha'ah sebut dia YAO han...

    Syazana : nangis je, takde sape nampak... :)

    Republic aku : betul la ckp kau.. kalau pemurah.. mesti tuhan bagi lagi kan

    Mulan : terima kasih Kak.. itu lah dia dunia, selalu manusia cepat lupa pada budi.. tapi bagi yg ingat.. semoga Tuhan sentiasa rahmat.

    Syazwan : Insyallah.. moga kau pun sejuk gak perut mak ngandung hehehe

    ReplyDelete
  21. SEDIH GAK BACA ...AKKPON PERNAH LALUI SAAT GITU...TAPI BKN DGN MAK N BAPAK...TP KEHIDUPAN SENDIRI...KESUSAHAN SENDIRI...TAPI X ADA SIAPA YG TAHU...KECUALI ANAK2...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...