September 4, 2012

Kalau Awak, Awak Makan Mayat Mana Dulu?

Assalamualaikum..

Dulu berlaku satu perbincangan fekah yang santai di antara Ustaz Nazmi dan  kami semua budak kelas tingkatan 3 Amanah. Persoalan fekah itu berbunyi begini..

" saya nak tanya kamu semua satu soalan yang menguji minda, siapa dapat jawab dia terer!"

" Ha, apa dia Ustaz?"

" Bayangkan kamu naik kapal terbang berempat dengan Samy Vellu, Lim Kit Siang dan Mahathir, pergi bercuti ke satu kawasan kepulauan antartik"

" Okey.... Ustaz..lagi...?"

" Apabila sampai di satu pulau aisbeg ni kapal terbang terhempas, Samy Vellu mati, Lim Kit Siang mati dan Mahathir pun mati, hanya kamu seorang saja yang hidup dalam pulau aisberg tu, takde barang makan langsung, kamu terpaksa makan mayat 3 orang kawan kamu itu, kalau kamu terpaksa makan mayat kawan-kawan kamu itu,siapa yang akan kamu makan dulu? samy vellu kah? lim kit siang kah, atau mahathir kah?"

Lantas kawan aku yang pro pembangkang walaupun baru tingkatan 3 cepat-cepat kelam kabut jawab..

" Hahahahaha, padan muka Mahathir dan Samy Vellu mati!"

Lantas Ustaz jawab dengan jawapan yang ikhlas..

" awak janganlah gelak pasal nama tu, nama tu takde kena mengena dengan politik,saya bagi contoh nama tu sebab Melayu paling femes mahathir, India paling femes Samy Vellu dan cina paling femes lim kit siang, anggap je semua tu contoh, persoalannya, antara mayat 3 orang ni,siapa yang kamu akan makan dulu?"

Lantas seorang kawan aku jawab.

" Kita makan mayat mahathir dulu la Ustaz, Lepas tu kita makan Lim kit siang dan akhirnya kita makan Samy vellu"

" kenapa awak jawab macam tu Saiful?"

" Sebab Mahathir tu orang islam, dia tak makan babi,jadi takde unsur-unsur babi dalam badan dia, kurang la sikit haramnya ustaz"

" Jawapan kamu tu salah, tapi bagus sebab mencuba"

" habis tu jawapan dia Ustaz?" (tanya kami semua tak sabar nak tau jawapan pada persoalan yang sangat epic dan tricky ini)

" Jawapannya, Kita makan dulu mayat bukan Islam, mula-mula kita makan dulu Samy Vellu, sebab dia india, india kurang makan babi, lepas dah habis mayat Samy Vellu, Kita makan pula mayat Lim Kit Siang, dah habis, barulah kita makan mayat Mahathir iaitu mayat orang islam"

" Kenapa pula ustaz?"

" Sebab kita ni umat Islam, Kita dituntut menghormati Jenazah orang Islam, Bukan saja jenazah orang Islam, Mayat orang Kafir pun kita kena hormat, tapi sudah tentulah kita akan utamakan menghormati mayat orang islam. Bila kita makan mayat orang kafir dalam keadaan darurat itu, maknanya kita berusaha menjaga mayat orang Islam dari diapa-apakan

Mana tahu,lepas awak dah habis makan mayat Ah Lim, ada bantuan datang selamatkan kamu, kan dah terpelihara mayat mahathir tanpa dimakan oleh kamu?"

" OOoOooo, macam tu ye ustaz!" panjang kami OoOooO kan jawapan ustaz tu lambang kekaguman kami pada jawapan yang penuh twist dan anjakan paradigma.




soalan beranalogi di atas bukanlah sekadar soalan retorik, tetapi kejadian yang hampir serupa pernah berlaku  kepada survivor kapal terbang terhempas di pergunungan Andes, survivor yg terselamat terpaksa makan mayat org tak kenal,akhirnya mereka makan mayat saudara mereka sendiri.  mereka menjadi Cannibalism kerana darurat.
*********************************

Kemudian datanglah tahun 2012...

Kelihatanlah anak muda yang membuka seluar dan menunjukkan bontot di khalayak ramai seperti kelakuan mahu berak ke atas muka Perdana Menteri Malaysia dan Isteri, dan berdekah-dekahlah anak-anak muda yang so called Muslim itu mentertawakan dan menyorak kelakuan anak muda itu menghina maruah muslim. Bukan sekadar muslim tapi pemimpin negara yang beragama Islam.

Kemudian datanglah tahun 2012...

Nyonya tua memijak-mijak muka Pemimpin Islam, dan anak-anak islam di situ diam membisu, malahan bersorak gembira melihat maruah saudara seagama mereka diinjak-injak. Pemimpin-pemimpin pebangkang dan NGO yang ada pada malam merdeka itu atas nama Janji demokrasi tiada seorang pun yang tampil ke depan menghalang perbuatan terkutuk itu.

Jika sekalipun membenci musuh politik, dan seronok melihat keterujaan penyokong dalam gerakan menawan putrajaya. Namun adalah batasnya sebagai seorang Muslimin. sekurang-kurangnya nasihatlah seperti begini lebih kurang..

" Eh kamu jangan pijak muka perdana menteri, dia orang islam, kamu jangan menghina maruah umat islam sebegini rupa, walaupun kita mahu menang pilihanraya tapi bukan begini caranya, ini perbuatan masyarakat tidak bertamadun, tiada adab,tiada akhlak"

************************************

Setiap parti politik ada pro dan kontranya, kita boleh nak pilih siapa saja, aku mengamalkan kebebasan hak memilih parti, kebebasan menyokong siapa saja. Tapi memijak gambar perdana menteri dengan niat menghina adalah melampau dan melebihi batas provokasi kempen politik.

Kita masa kat sekolah dulu pun kalau gaduh selalu ejek nama mak dan bapak. Tapi kita ada batasnya.

" Solihin tokey ayam, solihin tokey ayam, solihin tokey ayam!"

" kurang ajar kau ejek nama bapak aku! Ah Mariam meriam Mariam meriam! pom pom pom!"

" Lebih ah ni ejek mak aku meriam!!.. Mak kau Senah, Senah pelacur senah pelacur, makan babi!"

" celaka kau cakap mak aku pelacur! nah hambik.. kepokkkkk!!!"

Haaa tu lebih lah kan? masa zaman sekolah kita dulu, kita sebagai kanak-kanak pun tau limit, kalau dah sampai ejek emak pelacur makan babi, itu sudah lebih! memang bertumbuklah jawabnya, kalau dulunya boleh bergurau, lepas tu boleh putus kawan 7 keturunan.

*************************

Kalau dulu kadang-kadang aku melihat parti pembangkang ini di pihak underdog dan macam tertindas untuk berkempen, kadang-kadang timbul simpati sikit walaupun aku banyak tak bersetuju dengan mereka. Tapi makin lama aku tengok diorang dah semakin Anarki dan Antagonis.

Perwatakan mereka sudah semakin mencerminkan watak jahat,watak manusia gasar yang tidak bertamadun, tak gentleman dalam berkempen. Semua boleh asalkan bukan Umno. Jahanamkan harta awam, demo selang sebulan, kasar, maki hamun mainan mulut, carut marut, fitnah suka hati, sarkastic mengutuk orang tanpa batasan. Telanjang depan Public, pijak muka perdana menteri, semua boleh, semua pakatan rakyat redho asalkan menang ke Putrajaya.

Ha sorang bogel depan orang ramai tunjuk bontot atas muka PM, sorang tepuk tangan, sorang tunjuk jari fuck. Inilah  akhlak terpuji yang kita mahu semaikan dalam jati diri anak muka sebagai pemimpin negara masa depan. Inilah dia by -product perjuangan parti yg mengutamakan keadilan, mengutamakan Islam dan Mengutamakan demokrasi

Sorang pijak muka Pemimpin negara islam, yang lain  diam,tengok dengan bangga, ha macam ni lah harapan bangsa, Barulah Sejiwa Sebangsa dan Senegara!

Matlamat Menghalalkan cara ye tak?

Asalkan Bukan Umno ye tak?

 "The enemy of my enemy is my friend" ye tak?

Tak kisahlah kau Pro Syiah, kau kafirkan sahabat nabi dan kau tuduh Isteri Nabi berzina tapi kalau kau lawan Umno maka kau boleh masuk PAS ye tak?

Tak kisahlah kalau kau Aktivis Murtad dan Lesbian Bisexsual Gay Transeksual tapi kalau kau musuh UMNO maka PAS parti Ulung Islam di Malaysia akan support perjuangan kau ye tak?

Tak kisahlah,kawan Tahaluf As-siyasi kita cakap dia takkan setuju dengan hukum islam dan hudud dalam Malaysia maka kita masih bersama dengan mereka ye tak?

Nabi bersabda, "Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak." Sahabat bertanya: "Siapakah mereka itu ya Rasulullah?" Nabi menjawab: "Yahudi dan Nasara, siapa lagi." (Riwayat Muslim)

Nampaknya kerana politik, semua insan tak kisahlah UMNO, PAS atau PKR tidak mampu bebas dari assobiyah iaitu perbuatan memihak kepada puak walaupun puak terang-terangan membuat perkara batil.

Mujurlah dengar berita buletin utama tadi, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyelar dan mengutuk perbuatan para pendemo yang memijak muka perdana menteri dan menunjukkan punggung di khalayang ramai. Syabas kepada Tuan Guru yang bersikap tegas dan adil dalam menilai mana yang makruf dan mana yang mungkar!

***************************

p/s Memilih parti pilihan adalah hak individu, tapi menghina maruah insan lain adalah perbuatan yang salah, sebagai insan yang masih ada iman, wajib kita menentang,walaupun dia kawan.

p/s Bila nampak perkara batil, kita mesti tentang! tak mampu dengan tangan, kita tentang dengan Lidah, tak mampu dengan Lidah kita tentang dengan hati,adapun itu adalah selemah-lemah iman.

p/s Benci kepada Individu tidak boleh menjadi lesen untuk menyebarkan fitnah.

p/s hari tu aku makan karipap hijau! aku ingat inti dia kari daging,rupanya kelapa bergula, kuih ketayap rupanya!



tak caya ni ha gambar dia...


Tamat



27 comments:

  1. Ok, aku baru bab makan mayat ni.

    kadang keliru dengan ayat 'tegakkan agama' atau 'tegakkan parti' sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. maksud aku baru TAHU. aduh, tertinggal tahu pulak. ayat dah jadi macam aku baru makan mayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadi aku dah paham dah komen atas tu, pastu kau terangkan balik, aku tergelak sebab bygkan kau mcm baru menceburi bidang makan mayat. haha

      Delete
  3. aku mcm terbekenan pulak nk komen psl kuih tu..
    comel..! bestnya kalo org sakit gigi dpt mkn kuih tu kan..

    aku pn br tahu psl mayat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau gigi sakit elok mkn nestum je shila, mcm anak buah kau tu..

      Delete
  4. first time aku tgk karipap hijau...:)

    hmmm..aku pun baru tahu pasal mayat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramainya yg baru tau pasal mayat tu.. soalan dia tricky kan?

      Delete
  5. sama arr ai pun baru tahu pasal mayat tu..
    pasal politik.. ai tengok je.. amik yang mana baik je.. ;)

    psstt: kreatif.. ;) nampak sedap pulak ---> sebab puasa.. ;)

    ReplyDelete
  6. teka -teki yg atas tu mmg btul2 ada moral value... tmbh satu lg ilmu hr nie.. alhamdulillah ;)

    sedih dgn perilaku anak muda yg mcm org x bertamadun buat kerja gila mcm bru2 nie.. memalukan.. memalukan!

    ReplyDelete
  7. aku rasa diorang ni bukan pro mana-mana pun Ikar, ni kena upah ni oleh orang tertentu

    entahlah
    Moga negara kita dilindungi dari bala bencana dan malapetaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang bukan kena upah,tapi diorang mmg pro pembangkang, takleh nak hidup dlm denial dah, sudah terang lagi bersuluh bilamana pembangkang pun defend kelakuan diorang noi..

      Delete
  8. Tak faham.. tak faham faham... dua perkataan yang sama tapi punyai maksud berbeza..

    Bab memilih, aku tetap punyai pendapat sendiri. Tapi, takkan sesekali menyokong mereka yang ingin menjadi pemimpin dengan gaya sebegitu.



    Asal Kuih Ketayap takkan menjadi karipap...... aku rasa, bila karipap dah tercabar dia akan bawa isu ini ke mahkamah antarabangsa dan saman kuih ketayap dengan tuntutan satu billion..



    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun sama,hak memilih parti adalah hak individu,aku tak pernah judge kwn2 aku nak side mana2.

      tapi pembawaan, cara berpolitik tu kena ada batasan lah kan.

      karipap saman ketayap? nasib baik dia tak menari oppa gangnam style ojin.

      Delete
  9. berpolitik bagai semua dihalalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. matlamat menghalalkan cara ye dak... haihhhh

      Delete
  10. Entri kau ni sesuai aku suruh sorang cik adik yang fanatik sgt dgn parti dia sokong tu sampai tak tau beza yg mana betul & salah dah.. dia cakap UMNO HARAMJADAH aku ckp x elok ckp mcm tu x mencerminkan perjuangan parti yg dia sokong tu lepas tu dia blh pulak cakap PM yang ajar.. Last2 dia kata aku yg layak berdebat dgn dia. Aduhai.. pong pang pong pang konon memperjuangkan Islam Alih2.. dia sendiri pun tak pratikkan. Sebab bukan PAS bagi dia semua salah.. & kalau PAS semuanya jd betul apa yg penyokong dorang buat. kang aku ckp mcm ni org kata aku org UMNO lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia yg dinamakan assobiyah, org fanatik mcm tu, bagi dalil apa pun dia dah tak jalan dah suria, elok ignore je.

      Delete
  11. Aku pon baru tau pasal bab makan mayat nih... Tapi... Err... Rasanya aku rela redah laut tu utk cari ikan kot... Tak pon biar diri sendiri kne makan jaws dari kelaparan dan terpaksa makan orang... Huhu...

    Bab politik ni... Aku rasa kebanyakkan yang fanatik sangat ni mcm da tunjuk belang nak jadi mcm kat indonesia... Ntah apa fanatik sangat ntah la...

    Tak suka tu, simpan dlm hati je ke... Atau nnt pilihanraya, pangkah je la yg lain... Takyah aaa fanatik sampai nak kena menghina semua... Huhu...



    ReplyDelete
    Replies
    1. takde mampu kau nak redah laut tu aslina oi, lagi satu dosa tau kalau meredhakan diri mati kena mkn jaws, mcm bunuh diri, baik kau makan je mayat tu. haha

      yg fanatik ni patut biar hidup kat singapura. kan diorang kata singapura best, tgk mana tahap demokrasi kan..

      Delete
  12. Tulisan kau ini diberikan dengan ulasan juga kupasan dan di olah dgn baik....namun jika tulisan ini masih lagi mahu diadu domba ...aku rasa kau tulis jer pasal apa kuih tu kaler dia warna hijau bukan biru atau merah!


    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, aku tulis ni dah habis merdu dah, kalau ada org masih kata aku tak tulis tentang yg hak, aku rasa baik diorang terus hidup dalam denial.

      Delete
  13. Assalamualaikum & Salam perkenalan, saudara Fikar ....

    Gambar bawah sekali memang menjadi topik paling panas bulan ini dan saya ingin memohon izin saudara untuk timbulkan beberapa persoalan di sini ....

    1. Apa yang budak ni tidak puas hati dengan Perdana Menteri kita ? Akibatnya tak pasal-pasal diburu polis, lari balik kampung menyorok, ditangkap, akhir sekali dibuang kolej, hah ambik ubat .....
    2. Adakah mereka ( yang terlibat dengan benda melampau ni ) ni tak suka keamanan ? Adakah mereka berniat nak jadikan Malaysia ni macam Iraq, Mesir, Palestin, Libya & Syria sekarang ni ? Apa keuntungan yang mereka dapat ?
    3. Adakah mereka ini tidak ada akal ?

    Sekian, terima kasih, harap saudara dapat berikan maklum balas ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam saudara.

      1. dia kdg2 tak paham apa yg dia perjuangkan, dia hanya nak seronok ber'rebel' bak kata org , diorang ni golongan anti establishment.

      2. mereka mmg tak suka, kalau mereka suka,mereka tak buat hiruk pikuk.

      3. diorang takde dapat apa2 untung malah rugi, dan mereka ada akal cuma mereka tak gunakan. mari sama2 kita doakan mereka.

      Delete
  14. Hoi.. Bila masa aku jadi tokey ayam? Hahaha..

    btw, teka-teki pasal mayat tu mmg terbaik..

    thanx ikar sbb sedarkan aku.. aku pun malu la dgn mereka2 yg terlalu ekstrim tu.. malu dowh.. rasa nak join kau masuk umno ja.. lol. ;-p

    ReplyDelete
  15. menarik pulak kueh ketayap berupa karipap tu..kreatifnye..

    aku pun baru tahu weh pasal teka teki tu..memang mencabar minda..tapi aku pun terfikir macam yg ustaz tu punye jawapan..tak sanggup aku nak makan sedara seagama sendiri..uhuk..

    bab politik ni memang bukan bidang aku nak komen..lagipun aku memang tak suka..hmm..ekstrim tak kena gaya dan menampakkan betapa rendahnye akhlak dan akal mereka..SAYA PILIH KEAMANAN bukan HURA HARA..huhuhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...