June 2, 2012

Kompilasi Bebelan Saya Volume 4

Assalamualaikum..

Kompilasi Bebelan Saya sudah masuk ke Volume 4, semangat menulis kembali datang selepas bulan 5 menyaksikan aku sungguh malas menulis kerana kesibukan berulang dari Shah Alam, Port Klang, KL atas urusan kerja membuka kilang baru.

Malas sembang panjang, mari baca Kompilasi Bebelan ini.

*************************************

1. Asal Bukan Umno

Masalah Politik orang melayu sekarang ini adalah konsep ABU iaitu "Asal Bukan UMNO"

Katalah kita bersetuju bahawa UMNO itu banyak kesilapan dan kelemahan. Katalah kita bersetuju yang UMNO itu korupsi dan kita mahukan pembaharuan. Tapi adakah kita boleh menerima semua konsep dan Idealism asalkan bukan UMNO?

Asalkan bukan umno jadi korang akan bersetuju dan berpakat, Kita puas hati dengan kemusnahan yang berlaku asalkan bukan UMNO..

Interfaith Comm yang memperjuangkan murtad, peguam yang menyokong Murtad, peguam yang menyokong LBGT, asalkan mereka ini semua musuh UMNO maka kita akan sokong mereka.

Ini adalah bencana.

Inilah yang dinamakan Idea perang zaman roman yang berbunyi " jika kau musuh kepada musuh aku, maka kau adalah kawan aku"

Konsep musuh kepada musuh inilah yang banyak menyaksikan kejatuhan tamadun hebat di dunia.

sepatutnya Politik kita ni, kalau benar2 nak melawan UMNO pun janganlah sampai menyokong kebatilan dan musuh kafir yg nyata! sepatutnya adalah sedikit prinsip mengangkat Islam itu. jangan tamakkan kuasa, sokong saja semua, Gay, Lesbian, Murtad, Perusuh, Punk pukul polis, samseng, Syiah, Yahudi.. asalkan mereka ini semua BUKAN UMNO maka kita kena sokong mereka.

Inilah yang Nabi pesan dari awal dulu tentang Assobiyah, inilah dia.
Dan Inilah yang dipesan oleh Nabi tentang zaman akhir2. iaitu Umat Islam akan mengikuti yahudi nasrani sedikit demi sedikit, makin rapat hatta hingga masuk lubang biawak pun Umat Islam akhir zaman akan ikut.

p/s sepatutnya PAS didalam Pakatan Rakyat menasihat Parti Keadilan Rakyat dahulu dalam Pakatan Rakyat, yang mana parti itu dipimpin oleh Orang islam supaya menerima Islam dan asas hudud sebelum menasihati parti yang di luar pakatan. Kaedahnya Nasihat anak dalam rumah, sebelum sibuk mengajar anak orang lain.

****************************************

2. Nombor Plate WWW

Berkehendakkan nombor plate WWW itu adalah keinginan, keinginan datang dgn kemampuan, selagi orang itu mampu dan tanpa menggunakan hak orang lain maka dia tidak menjadi salah.

Kau mengamuk hanya kerana orang itu mampu dan berkeinginan, padahal kau bila mampu kau mahu juga tukar Smartphone lebih canggih dari handphone kau guna sekarang, walhal hp yg kau guna skrg pun bukannya rosak.

adalah lebih baik duit yang kau bazirkan untuk hp canggih yang mahal itu kau sedekah kepada orang susah yang rumahnya bocor dan dapurnya tak berasap.

kau kata aku silap? jadi kaedahnya samalah macam kau mengherdik orang mampu beli plate WWW ratus ribu kenapa tak sedekah kepada orang susah.

Practice what u preach, jangan jadi telunjuk lurus dan kelingking berkait.

*****************************************

3. Hero di Alam Maya

Kadang-kadang kita selalu merasa tewas di dunia nyata, kadang-kadang kita menjadi sunyi di dunia nyata, selalu kita rasa kita bukan sesiapa di dunia nyata. Hanya pelajar sepenuh masa atau pekerja sembilan sampai lima.

Disebabkan itu kita selalu alihkan kekecewaan dunia nyata kita kepada idea alter ego adiwira di alam maya.

Di alam cyber kita mahu jadi ustaz pengeluar hukum, kita mahu jadi badan agama yang mengeluarkan halal dan haram makanan, kita mahu jadi doktor cinta menasihatkan kawan yang putus cinta.

kita mau jadi agent artis untuk ustaz mahu popular, dan menjadi ahli politik yang tiada kerusi parlimen, tetapi jika dirangkulkan semua, selepas habis online di dunia cyber, selepas menutup komputer riba, kita kembali menjadi manusia biasa. kita kembali menjadi pelajar sepenuh masa atau pekerja sembilan sampai lima.

Kadang-kadang alam cyber menawarkan khayalan seperti ganja dan pil kuda, dan ketagihan itu, Ya Ketagihan itu sama, membuatkan kita tak sedar hanyut di dalamnya.

***************************************

4. Kita dan Matrix

Kadang-kadang kita ambil serius sangat dengan kawan di alam maya ie; Twitter dan Facebook sedangkan kita abaikan masyarakat di dunia nyata.

Kita tak kenal pun jiran sebelah menyebelah dekat rumah taman atau flat, tapi kita lebih sibuk tentang hidup orang dalam timeline.

Kita lupa nak tegur kawan-kawan yang pernah menyentuh hati kita secara nyata, tapi kita sibuk nak jaga hati kawan dalam twitter.

kadang-kadang dunia moden ini menyaksikan manusia sudah keliru di mana nyata dan mana maya.

mungkin idea cerita matrix itu mula mengambil tempat nampaknya.

*****************************

p/s aku nak unfollow blog, tapi aku tak tau macam mana. siapa tahu boleh ajar tak?

p/s Bertabahlah kamu yang tidak gemar membaca ulasan politik di dalam blog ini, kadang-kadang aku perlu suarakan rasa hati aku yang berbuku, samada kita berbeza atau tidak, ia sama sekali tidak menjadi kayu pengukur kasih insani aku pada kamu semua.

p/s esok nak pergi minum Teh susu Hongkong Berbuih Mutiara.

9 comments:

  1. kalau tunggu sampai anak sendiri habis di ajar baru nak ajar orang lain..

    hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ajar anak orang lain tapi anak sendiri tidak di ajar? hmmm...

      Delete
  2. 1. Setuju ---> Kaedahnya Nasihat anak dalam rumah, sebelum sibuk mengajar anak orang lain.

    2. Pasal no. plate tu pun ada yang berbunyik.. dah dia mampu biarlah.. tapi kalau ai confirm duit tu ai langsaikan hutang yang ada.. hehehe..

    3. Apa yang hero-hero tu cari ntah..

    4. Tu dah kes teruk kalau apa yang berlaku di sekelilingnya tak dipedulikan, nak pulak kalau jiran kiri kanan depan belakang..


    psstt: takde ke button yang mudah untuk unfollow blog.. ? takkan nak wat tutorial oulak kan hehehe..

    last psstt: baru sampai dari kg mlm td..

    ReplyDelete
  3. manusia ni selalu nampak kuman seberang laut padahal gajah depan mata die tercongok sikit pun die tak heran..maksudnye, sibok nak pikio masalah yang takde kaitan dengan diri die, tapi masalah diri sendiri yang beso gedabak die biorkan je..samalah macam politik ni..politik dalam keluarga sendiri pun kucar kacir dan die tak mampu nak setel, sebok nak berbunyik pasal politik negara macam die mampu nak setelkan padahal cakap je berdegar-degar..takat bazir air liur memaki hamun mencarut je mampu..hmmmmmmmmm..

    #i don't like politic at all! tapi kadang2 serius rasa meluat dgn org2 yg suke menyumpah2 dan mencarut kerana terlalu taksub dgn parti politik yg disokong..jadi rasa nak menyuarakan rasa hati aku jugak la..serius tak faham kadang2..kata undi adalah rahsia..tapi kalau dah terang2 menunjukkan ke'obses'an kat satu-satu politik, itu bukan undi rahsia dah la kan?

    ReplyDelete
  4. kau clik je kat blog yg ko nak unfollow... lepas tu kat follower blog tu akan naik gambar ko kan.. ada option.. clik. lepas tu clik site setting. dalam tu ada add / remove. ko clik jer

    ReplyDelete
  5. silap ko clik stop following this site

    ReplyDelete
  6. Teh Susu Hong Kong Berbuih Mutiara??? Nak ikut....

    1 sampai 4 semuanya betul.. tidak ada yang tidak betul selain betul belaka..

    ReplyDelete
  7. oh yeah, ada rupanya orang berfikir sama macam aku!

    ReplyDelete
  8. spot on abang ikar oi.....hahaha!!...=D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...