March 25, 2011

Lemon Tree Vs Teratai Layu di Tasik Madu...

Assalamualaikum....

Aku bila dengar je lagu lemon tree mesti teringat peristiwa masa aku darjah 6, peristiwa ni aku gelar sebagai peristiwa musibatul al harami....nak dijadikan cerita, aku ni dari kecik suka bermacam-macam hobi dan aktiviti, dari lasak, adventure, masuk longkang, panjat pokok, basikal, acara-acara seni dan sukan...Bab acara seni tu, seawal ingatan aku la, masa tadika aku dah masuk pertunjukan tarian kipas... semangat aku belajar menari semata-mata nak buktikan pada Cikgu Zawiyyah yang aku ni comel dan tak gentar dengan cabaran.. haha...

Okey, berbalik pada peristiwa Lemon Tree, dulu masa sekolah rendah, sekolah aku selalu buat Hari Kantin setiap tahun, jadi bila je hari kantin..Cikgu-cikgu akan bertungkus lumus buat macam2 aktiviti contohnya jual burger, buat peraduan teka kacang, treasure hunt, kuiz, convert kelas jadi kota sesat dan rumah hantu... *senang macam ni la, esok lusa aku buat entry khas pasal hari kantin ye.. hari ni kita fokus cerita lemon tree dulu.

Nak dijadikan cerita, masa hari kantin yang terakhir bagi aku, sebab aku darjah enam... aku telah dicabar dan diJEK oleh kawan2 sekolah supaya participate dalam pertandingan menyanyi yang dianjurkan oleh kelab muzik... pertandingan menyanyi ni aku selalu tengok je, takde pulak aku beriya2 nak join kan... tapi disebabkan aku nak mengekalkan status quo sebagai orang yg tak tahu malu @ berani menyahut cabaran.. aku pun pergi la daftar diri...

Tapi sebenar-benarnya aku rasa bukan kena cabar sangat pun, tapi disebabkan aku termakan jek Cikgu Hapis... Cikgu Hapis ni cikgu muzik aku, dia ni pernah masuk Sinaran Pasport Kegemilangan zaman hujung 90 -an dulu... dia dapat masuk round ke suku akhir kalau tak salah aku la.. sebab dia terer nyanyi sambil men keyboard.. sebabkan aku kamceng dengan dia, maka.. aku pun termakan la jek si Cikgu Hapis nih .....

" Eh Zulfikar, awak ni saya tengok berbakat la, pandai nyanyi, suara awak pun sedap, apa kata awak participate pertandingan menyanyi masa hari kantin nanti..nak?"

" Pertandingan menyanyi??? ala cikgu saya segan la cikgu, memang la saya suka nyanyi, tapi saya ni jenis susah hapal lirik la cikgu, taknak la...."

" Ala Zul... Camon.. i know u can do it... lagipun tahun ni kan last year awak kat sekolah ni kan? lepas ni awak dah masuk sekolah menengah, camonnnn... awak taknak ke tinggalkan kenangan manis kat sekolah rendah awak?"

" Heeeeee :D .... ye la ye la cikgu, saya cuba la.. tapi cikgu tolong cari minus-one boleh?"

"boleh je" (sengih menyeringai menampakkan kejayaan beliau menge'JEK' aku)

aaahhhhh sudahhhh..aku terjebakkkkk......

"Awak nak nyanyi lagu apa zul?"

"Saya nak nyanyi lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud boleh tak cikgu?"

"Ish awak ni, semua budak yang masuk mesti nak nyanyi lagu BM.. apa kata awak buat kelainan sikit, nyanyi lagu omputih nak? saya suggest awak nyanyi lagu Lemon Tree..saya buat spesel punya.. nanti awak sorang je nyanyi saya main keyboard..orang lain pakai minus one..amacam? set?"

"Hah.. ok gak tu cikgu..okey2. kira jadi la.. nanti balik saya pektis ye cikgu..." (sambil senyum2 membayangkan aku nyanyi Lemon Tree mcm masuk Sinaran pasport kegemilangan)

Jadi dalam tempoh 2 minggu sebelum pertandingan nyanyi tu, aku pun jenuh la dengar radio setiap malam sebelum tidur..zaman dulu paling Femes Radio Muzik la kan,(stesen muzik andaaaaa) Isma Halil Hamzah.. segmen lagu pilihan... aku tak berapa ingat, tapi yang aku ingat, sebelum dengar radio.. kami akan selak2 surat khabar, dekat area hiburan, ada kolum kecik kat bawah sebelah komik... dia letak list lagu2 pilihan untuk dimainkan pada malam/petang hari...

Masa tu zaman kanak2 seingat aku... lepas je Malaysia meletup dengan lagu 'i swear' dari band all 4 1.... datang pulak lagu Lemon Tree..masa tu budak2 kalau naik basikal kayuh keliling kampung memang nyanyi Lemon Tree je la kerje nye...so aku pun dengan semangat Curt Cobain nya....menyelak kolum list lagu2 pilihan... mengharap akan terpacul tajuk lagu Lemon Tree.. nak dijadikan cerita, penantian membuahkan hasil... pruuuppp... hah..malam ni ada lagu Lemon Tree.....jadi aku pun dah sediakan kaset nak record...hahahahaha.. zaman dulu dah ada Pirate.. :)

Ok lagu dah dapat record kat Radio Muzik... lirik pulak mcm mana???? jangan risau kawan2... cari kat majalah URTV.. dalam ruangan lirik lagu, mesti ada punya lah... kalau takda?? dont worry baibehhh... esok pegi sekolah ngecek kat budak2 perempuan.. diorang selalu gunting lirik lagu, tampal dalam buku nota sekolah...aku dah salin banyak lirik dari diorang, nanti balik sekolah aku belanja la budak2 pompuan tu aispop ungu (boleh patah duaaa)... :P

Di hari kejadian... Bangunan Blok 2 tingkat, kaler oren, 3 buah kelas dibukak penghadang tengah ditukar menjadi dewan mini, kelas hujung dipasang platform kayu pentas...budak-budak sekolah semua duduk di atas kerusi plastik manakala, guru besar, cikgu Hapis dan barisan2 exco kanan sekolah duduk di atas kerusi Kusyen Rotan kaler perang bercorak bunga2 besar kaler hijau... aku pun dengan semangat yang tidak kenal erti malu dan penuh perasan...menyanyikan lagu Lemon Tree..sedaya upaya membuat aksi comel dan menghiburkan...sambil cikgu Hapis berwajah riang memainkan keyboard lagu tu... aku kenal senyum itu.. aku kenal!!. itu adalah senyum kepuasan berjaya mengenakan aku..

Dengan penuh keriangan dan ambiance yang penuh dengan kenangan aku pun menyanyikan lagu ini....

Bila habis je nyanyi, aku pun turun pentas dengan penuh rasa puas dan lega walaupun tangan dan lutut aku masih belum berhenti menggeletar...semuanya berjalan lancar..elok dan tiada peristiwa yang memalukan terjadi.. kecuali ada satu musibat ni.. musibat ni la yang mencalarkan kredibiliti dan nama baik aku buat berpuluh tahun yang akan mendatang...

Datang si Hafiz (hafiz jugak nama dia..dia ni jadi MC masa hari tu)

" weeeihhh Zul... best la kau nyanyi...nyanyi lagu lemon Tree tuuuu.. best best best...."

"ehehehe best ke Pis? agak-agak ko aku leh menang tak?"

" Confirm kau menanglah, aku tadi dah tengok cikgu Saiful ngan hakim lain2 bagi markah, setakat ni aku tengok markah ko paling tinggi la.. tinggal Musfirah je belum nyanyi..kalau mcm tu...tak No 1.. No 2 la kau"

" Eh ye ke Pis? ko ni saje je kan, nak bagi aku syok kan kan kan.... mandai2 je la ko...."

"betul Zuuuul.......aku tengok tadi, dah tentu lah kertas markah tu aku yang susun kann..tak caya ko tengok la esok..masa bagi hadiah, tak no 1, no 2.. tengok lah....."

"okey2.. kita tengok esok, caya la pis, balik ti aku banje jambu depan pagar sekolah"

Aku pun dengan penuh keriangan, kayuh basikal mountain bike balik rumah, sambil kayuh basikal sambil senyum. Sampai2 rumah je...parking basikal.. belum sempat bukak kasut mak aku dah tunggu depan pintu.....

" Hah Ikar, mcm mana pertandingan nyanyi tadi? dapat nombor berapa?"

"Hish mama ni, (salam cium tangan..sambung sembang) belum dapat keputusan lagi la ma, keputusan esok baru tau, sekali dengan bagi hadiah ngan majlis penutup"

" agak-agak kamu ikar, kamu dapat nombor berapa?"

" ehehehe...ihik ihik (gelak2 gedik) hehe.. ikar bukan perasan tau Ma... tapi Hafiz cakap tadi, dia ada tengok kertas markah tu.. dia cakap tak No 1... No 2... sebab masa ikar perform ikar nombor 2nd last, masa tu markah dah paling tinggi dahh"

" ye ke ikar? ye ye je kamu ni, jangan esok dapat saguhati sudah"

" ish mama ni, macam mana la Melayu nak maju..kita mesti ada sifat keyakinan diri yang tinggi mama.. baru la kita boleh berjaya... mama tengok la nanti, ikar bawak balik hadiah...baru mama tau... kompem punyalah... dah la ikar sorang je nyanyi lagu omputih kan... uisshhh ishhh huh(bunyi dengusan nafas lambang semangat bekobar-kobar)

Esoknya...Mendung awan akan berlabuh dalam hati ku..... masa majlis penutup dan menyampaikan hadiah... para pemenang diumumkan...

"Diumumkan pemenang-pemenang pertandingan menyanyi hari kantin..Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tua Baharu....Tempat ke-3... Musfirah.. dengan lagunyaaaa UNTUKMU dari kumpulan Feminin....

"dah agak dah, no 3 dia punya.. hehe lepas ni mesti nama aku, tak no 2.. johan...hehehe" (aku bermonolog dalam hati sambil cover2 senyum sambil buat muka tak mengharap)

"Naib JOooohaaann... dengan membawa lagu Aishah..Janji Manismu...Siti Sarah Abd Razak!!!"

"haaahhh.. sah dah aku Johan.. sah dahhh ...Yeeehuuuuuu.."*wink wink....(aku menggeletis dalam hati dan melonjak2 keriangan..sambil tetap kontrol macho taknak nampak over-excited)

"Dannnnnnn Johaaannnn adalaaaaahhhhhhhh..........( bunyi drum beat pasang pakai kaset)

^

^

^


" Nurul Hana.....Teratai Layu Di Tasik Madu.......!!!!!!!"



"Demmmmm, tak guna punya Hafiz... kenakan aku.. ko mainkan perasaan aku ye hafiz.. jaga ko.. jaga ko"

Dari jauh aku tengok Hafiz berdiri di sebalik daun pintu kaler oren, pandang muka aku sambil sengih....dengan tangan dirapatkan ke muka macam gaya sembah sultan..lambang mohon ampun dari jauh.....aku dapat baca dalam hati dia ngekek-ngekek gelakkan aku tu.. tapi nak buat mcm mana, aku yang syok sendiri, kalau aku cool je mesti aku tak bengang mcm ni.. hahaha

Balik rumah..korang pun boleh agak apa nak jadi kan???

"hah Ikar.. wahh bawak balik hadiah la... mesti dapat johan nih!.. meh mama tengok hadiah apa ni!!!!??"

Sambil aku menghempapkan badan jatuh ke sofa.. aku menghulurkan Hadiah berbalut dengan pembalut hadiah 50sen.."nah Mama" sambil mama belek2 hadiah..mama tanya...

"Dapat no berapa ikar???...."

"HuuUuUUhHHhhhh..SAGUHATI jeeeeeeeeeeeee"

"OOOooOooOooOOooOOoOOoooOo00.........."

Mama berlalu pergi ke dapur sambil sambung masak gulai lemak ikan rebus belimbing buluh....

##################

P/s JEK itu adalah puji-pujian yang tak ikhlas yang berniat untuk mengampu si mangsa sambil mengharapkan mangsa memakan pancing...... dan akibat Lemon Tree ni lah aku di ejek oleh family aku especially mama, abah dan abang aku sampai la sekarang..setiap kali dengar lagu Lemon Tree kat radio dalam kereta...hahahahahahha


21 comments:

  1. hahhaha... kalo kene ejek dr zaman sekolah dlu mmg kekal smpai skg nie.. xleh nk lupa...
    heh...

    ingt lg zaman2 dlu2 kalo2 suka satu2 lagu tu.. sgup bgn pg2 dgr carta semata2 nk rakam..
    then da rakam main beberapa kali tuk tulis lirik die.. hahaha
    gigih x gigih tu???

    dlu kan tenet xde sangat.. gunakan kreativiti sndri jelah.. :P

    ReplyDelete
  2. hahahaha... memang pun zaman dulu mcm tu.. tapi apis pun tetap dengar radio salin lirik ke? haha... ingatkan dah ada internet dah...

    p/s hamjadah tak budak Hafiz kat dlm citer tu????

    ReplyDelete
  3. ha..ha..ha... teratai layu diasik madu... sayunya... memang kelakar.. tapi bila ikar cerita bab mama masuk tu.. memang melilih air liur kak ekin.... rindunya masakan mak yang....

    ReplyDelete
  4. wahahahaha.. .sampai la ni kene ejek.. =p

    ReplyDelete
  5. hahaha... mmg gigih dlu.. rakam n play stop play stop semata2 nk salin lirik.. time tu mmg da ada tenet.. tp x sign up lg.. org kg jah..:P

    hehe. budak2 nama hafiz mmg nakal sweet dan comel.. miahahahahah :P

    ReplyDelete
  6. hehehe. kak ekin yang taknak datang shah alam.. datang la sini, bawak ikan rebus.. boleh suh mak yang masak kan kan :)

    ReplyDelete
  7. along usop : ko bayangkan la penderitaan dia ucop?? so setakat kawan2 ejek.. takdehal la aku nak tacing2.. kekekekekeke

    ReplyDelete
  8. eh bro ko...sama skolah dgn aku ke..
    (aku xbace abes lg ni...abes test kang aku bace)

    ReplyDelete
  9. ARC : SKSTB... ko sekolah situ gak ke?

    ok2.. utamakan mana yg lebih penting.. gi test..study semua.. dah setel nanti sambung blogging.. go..go..

    ReplyDelete
  10. pika!!!!!!!!!

    lawak gileee.... nak gelak nak gelak!!! hahahahaaha....

    best!!! cayalah!!!

    wahahaahha...

    .kesian

    ReplyDelete
  11. hahah Katek...

    amboiihhh sukenya dia gelakan org ye.. :P ni kalau dia ada zaman kecik2 ni.. mesti dia join gelak ngan buli aku niii haha

    ReplyDelete
  12. ni aku bayangkan ko jadi pakcik nanti kene ejek depan anak2 buah mase raye reramai kat kampung nanti.. muahahahahah.. =p

    ReplyDelete
  13. hahahaha... aku harap..citer ni diorg dah lupa dah masa aku jd pakcik nanti ucop!! :P

    ReplyDelete
  14. ok da bace. aku kenal kot cikgu apis tu. de lg time aku blaje ngan die dlu.
    ko abes darjah 6 taun bile?

    ReplyDelete
  15. aku hbis darjah 6 1996....dia ade lagi masa ko sekolah sana? ingatkan dia dah jadi artis ke.. live band ke.... ke..

    ReplyDelete
  16. haha buduh. 1996 aku baru la darjah 1 lol

    ReplyDelete
  17. abeslaa anak2 buah awk pon gelakkan nanti sbb nenek sama atuk die duk cite:P

    radioo muzikk andaa tu sgt klasik kan..suke gak dgr sbb kakak layann radio smpai adik die nih terikut2..
    1996?saya darjah bape ek..hihi

    ReplyDelete
  18. hahahaha... family saya kuat nyakat tak???? habis la nanti ..lemon tree punya pasal.. ni si Hafiz punya pasal la ni....

    hurmmmphhhh awak darjah 2 kot kan kan kan kan????

    ReplyDelete
  19. ngahahahaha...
    kelaka la ika ni..
    cepat sgt kene termakan jek..

    tapi memang best la entry ni...:)

    hahahahaha..

    ReplyDelete
  20. mak terlepas entri ni Nyah.. bleh mak turut serta gelakkan ko Nyah... kekekekekekeke.

    ReplyDelete
  21. Suria melekat : hahaha... ko mmg suka buli kan nyah kan.. :P

    Fayad : budak kecik memang senang makan jek :P

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...