Assalamualaikum...
Semua manusia ada hobi, sape2 yang takde hobi, aku tak dapat bayangkan bertapa boringnya hidup dia. samada dia adalah orang yang murung, bersemangat negatif, anti sosial atau kedekut... sebab apa? sebab hobi ni memerlukan perbelanjaan yang besar, dan melibatkan hubungan sesama manusia...
"hek eleh, Zulfikar poyo, hobi aku tulis blog, mana ada hubungan dengan manusia?"
"habis tu reader kau sapa? monyet?"
" Hobi aku main sudoku, aku tak kacau orang"
" kau beli buku sudoku tu kat sapa? siput sedut?"
Okey, majoriti hobi mesti melibatkan duit, kawan-kawan / ahli dan idea, okey fine..kalau korang nak cakap hobi korang tenung bucu katil lama-lama, memang tak libatkan kawan-kawan... jadi aku salah di situ....
*Oh sekali lagi Zulfikar terperangkap dalam monolog syok sendirinya lagi.. sehingga membuatkan blognya berjela-jela panjang secara otometik... abaikan pendahuluan yang tidak significant...
Jom kita tengok apa hobi yang aku pernah try selama ni, dan mana yang kekal dan yang mana hangat-hangat taik ayam je...
Duit RM20.00 yang aku belanjakan ini adalah penyesalan aku seumur hidup, tapi nak buat macam mana, dah keadaan terdesak, bak kata orang tua-tua..duit simpanan tu digunakan masa terdesak.
1. Kumpul duit lama, RM1, RM5, RM10 dan RM20Aku minat dengan idea untuk menyimpan sesuatu yang akan menjadi Harta Karun dalam kotak, yang pada satu hari nanti akan dibuka oleh generasi aku, lalu kagum dengan atuknya yg penuh dengan nilai estetika dan sentimental meninggalkan peninggalan harta karun untuk cucu-cucunya....
Tapi hobi ni tak bertahan lama, sebab bila aku sesak dan lapar, aku akan belanja duit yang aku simpan dan lipat kecik-kecik letak dalam wallet aku tu....
Benda yang paling tragis aku masih ingat ;- aku nak balik Mersing naik Bus Transnasional dekat Puduraya, tiket dah beli seminggu awal, barang semua dah siap packing, kawan-kawan 95% semua dah balik kampung, tinggal aku je kat Kolej...selak2 wallet ada 40sen.. Naik Bas Rapid KL no 222 dari seksyen 2 Shah Alam ke Central Market harga tiket RM 2.00....Pada siapa aku perlu bermohon? aku nak pinjam kat siapa? pinjam kat Makcik jual Kopok tepi kolej? kang dia goreng aku dalam kuali tu kang...
Jadi dengan semangat Tekad Raya dan penuh penyesalan, aku pun selak-selak la wallet aku, korek-korek area belakang IC tu.. ada la duit RM20.00 lama, gambar parlimen kaler coklat... aku dah simpan duit tu 6 tahun tak salah aku, last2 dapat kat Kedai runcit mamak seksyen 2.. dia senyum panjang je tengok duit RM20 cekelat aku tu... aku pulak dapat la belen RM18.00 dengan air cincau dan roti bun kacang merah.. cisssssss.... terus aku takda mood nak teruskan hobi simpan duit lama.....
Zaman kegemilangan Snooker tu.. semua orang nak jadi Jimmy White, semua orang nak buat bola placing skru tarik balik duduk belakang bola hitam.. tapi karpet yg koyak.. hampeh
2. Main Snooker Macam orang Gila...Hobi ni aku mula dapat masa duduk rumah bujang dekat seksyen 8, rumah bujang tu tinggal kami bertujuh tak salahnya.. aku, Shahril Husin, Zikry, Chewe, Yus, Karnain dan Saiful... yang penghasut tegarnya tak lain tak bukan si Yus la.. sebab dia paling tua dan paling otai... yang terer dan memang minat main snooker tu si Chewe... dia siap ada cue (kayu snooker) personal tu...boleh patah2 boleh cabut2.. kalau nak main pasang skru balik... hebat ahh!!!!!....
Yang terpengaruh dan tukang ikut sapa lagi kalau tak aku dengan Debe (Shahril)...maka kami pun masa tu macam orang gurun ketagih todi... main snooker tiap-tiap hari, kami duduk dekat Shah Alam, gigih naik kereta pergi Kampung Melayu Subang ni, sebab kat sana bayar Table murah.. satu frem tak samapi 2 ringgit rasanya... Main la kami mcm orang tak pernah jumpa snooker..'galak' bak kata orang kampung..sampai la satu tahap, bila kami semua ngantuk sangat, ada la hamba Allah yang sampai tidur atas meja snooker, duit nak makan habis kering sebab kena pow kalah bayar table... masa tu aku ngan Shahril Husin dah rasa mcam bodoh je buang duit main snooker... last last.. hobi tu berkubur mcam tu je..mana taknya, sampai tahap makan tengahri pun balun roti canai je.. uishh tak sanggup tak makan nasik beb, boleh hilang kestabilan mental!
Gitar karen di atas hanya sekadar lakonan, sebab takda wayar yg bersambung, gitar tu gitar sobrie, dia menang pertandingan cipta slogan Metalica.. gitar tu ada signature Metalica WOoOOoooOOo... dia cakap nak jual, sapa minat, tinggalkan komen anda ye :)
3. Main Gitar...Masa ni aku ingat lagi, aku kat Kolej Meranti Shah Alam, masa tu semua orang tengah kecoh pasal 'Ada apa dengan cinta' ... apa lagi kalau tak Rangga berlakon jiwang2 dengan Cinta.. hek eleh... kecoh la wei, kawan aku sorang tu sampai 12 kali ulang tengok cerita tu... 2 kali tengok kat wayang, 1o kali tengok VCD.. dah la VCD cetak rompak lak tu...
Dek kerana masa tu, macam rusa masuk kampung, semua teringin nak jadi Rangga...nak jadi hero pandai nyanyi pandai puisi diiringi plucking gitar Clasical kan... semua beriya-iya la nak belajar main gitar...termasuk la aku, memang diakui belajar main gitar tu susah bagi yang dah tua2 baru tau nak pegang gitar kan, maklumla rumah aku takda orang seni yang yang petang2 lepak beranda petik gitar....maka aku pun memulakan pendidikan gitar aku selewat usia 21 tahun....
Kord Gitar pertama yang aku belajar adalah Kord G... lepas tu E.. then 2 hari lepas tu aku dah pandai main lagu pontianak... lebih kurang mcm ni kalau tak salah aku
Pontianak.....Jibam..Jibam...Jangan menangis... dengar sayang dengar lah lagu...ku pinta supaya kamu....gembira...selaluuuuu....
wooowooowooo....
jibam jibam jibam jibam...(ulang selama 4 jam tanpa henti)
wooowooowooo....
jibam jibam jibam jibam...(ulang selama 4 jam tanpa henti)
Macam tu la lebih kurangnya.. tapi aku dapat banyak exposure dan pengalaman dari hobi main gitar ni... dari sinilah aku mula masuk pertandingan nyanyi antara kolej..aku jadi penyanyi je, sebab aku boleh menyanyi..nak harap aku main gitar? hampeh.. nak suruh aku nyanyi sambil main gitar? hampeh kuasa dua......so kawan-kawan aku yang lain main gitar aku pun menyanyi la... dapat la no 2... lepas tu aku dapat pengalaman masuk malam puisi Riong.. aku mempersembahkan nyanyian atas pentas malam tu sekali dengan A.Samad Said, Ramli Sarip, Ning Baizura dan banyak lagi, masa tu puisi utk simpati pada Iraq anjuran Berita Harian, kami dapat peluang ni sebab ahli geng gitar kami iaitu Doyok @ Durani yang ajak, sebab bapak dia kerja kat sana..yang aku syok sangat malam tu... bila gambar aku dengan geng2 kami masuk surat khabar.. haha excited gila.. boleh jatuh taraf jakun la kalau tak bendung.. hehe
Pengalaman yang lain adalah, aku ngan kawan2 geng gitar pergi Busking dekat Dataran Shah Alam...tak pernah dibuat orang, selalunya buskers akan main gitar kat Doraisamy ke, Uptown Damansara ke, Central Market atau Bintang Walk je.. ni kami busking dekat Dataran Shah Alam.. Sekali Busking sampai 6-7 orang.. tukang nyanyi aku ngan Kasim... dapat la malam tu tak salah aku RM 30 ++ la... kami tak bahagi2 pun duit tu... sebaliknya kami pergi makan nasik kandar kat restoren Hakim Seksyen 7.. kenyang kami dengan hasil duit seni :) hehehehe... tapi aku duk pikir2 jugak, kalau malam tu nasib kami tak baik, mau kami kena hangkut dengan trak MBSA....
Ohhh aku tak lupa kepada Guru-guru gitar aku iaitu Kasim, Pekan, Chewe, Doyok, dan Sobrie Said..Sobrie tu aku belajar kat dia masa dah habis diploma masa kerja jadi cashier kedai nasik campur kat seksyen 9 .. :) .... Kasim sekarang dah kerja dekat Australia, kerja kitchen jd chef tak salah aku... Pekan dah berjaya dengan Company Kontrak pasang Karpet kat Pekan ngan Kuantan.. Doyok kerja press rasanya...dan Chewe kerja Jusco bahagia kualiti dan Halal.
Aku pulak? aku pulak kerja kilang biskut..... dan bukanlah seperti tekaan korang semua iaitu menjadi penyanyi atau pemain gitar handalan... :)
---ok dah habis ..nanti sambung story lain lak.. banyak lagi kisah hobi aku yang aku nak kongsikan-----
P/s Busking adalah satu seni persembahan jalanan yang dipersembahkan secara free, dengan mengharapkan sumbangan ikhlas dari peminat seni....bukan sekadar main gitar dan nyanyi saja..busking juga melibatkan teater, lakonan, magic, miming, aksi badut dan macam2 lagi..
Keratan berita harian yang berjaya diselamatkan oleh Pekan dan diabadikan dalam Photo..pastu dia tag kat FB aku,, aku rasa terharu sangat, aku ingat takkan jumpa dah kenangan ni...dalam gambar tu yang pegang mic nyanyi adalah aku, yang main gitar tu PEKAN...pemain gitar lain terkeluar dari skop gambar..
Pengalaman yang lain adalah, aku ngan kawan2 geng gitar pergi Busking dekat Dataran Shah Alam...tak pernah dibuat orang, selalunya buskers akan main gitar kat Doraisamy ke, Uptown Damansara ke, Central Market atau Bintang Walk je.. ni kami busking dekat Dataran Shah Alam.. Sekali Busking sampai 6-7 orang.. tukang nyanyi aku ngan Kasim... dapat la malam tu tak salah aku RM 30 ++ la... kami tak bahagi2 pun duit tu... sebaliknya kami pergi makan nasik kandar kat restoren Hakim Seksyen 7.. kenyang kami dengan hasil duit seni :) hehehehe... tapi aku duk pikir2 jugak, kalau malam tu nasib kami tak baik, mau kami kena hangkut dengan trak MBSA....
Ohhh aku tak lupa kepada Guru-guru gitar aku iaitu Kasim, Pekan, Chewe, Doyok, dan Sobrie Said..Sobrie tu aku belajar kat dia masa dah habis diploma masa kerja jadi cashier kedai nasik campur kat seksyen 9 .. :) .... Kasim sekarang dah kerja dekat Australia, kerja kitchen jd chef tak salah aku... Pekan dah berjaya dengan Company Kontrak pasang Karpet kat Pekan ngan Kuantan.. Doyok kerja press rasanya...dan Chewe kerja Jusco bahagia kualiti dan Halal.
Aku pulak? aku pulak kerja kilang biskut..... dan bukanlah seperti tekaan korang semua iaitu menjadi penyanyi atau pemain gitar handalan... :)
---ok dah habis ..nanti sambung story lain lak.. banyak lagi kisah hobi aku yang aku nak kongsikan-----
P/s Busking adalah satu seni persembahan jalanan yang dipersembahkan secara free, dengan mengharapkan sumbangan ikhlas dari peminat seni....bukan sekadar main gitar dan nyanyi saja..busking juga melibatkan teater, lakonan, magic, miming, aksi badut dan macam2 lagi..
nice post bro...teringat zaman2 d shah alam dulu..neway,dh xminat men badminton lg ker?
ReplyDeleteBadminton tetap minat.. hobi No satu.. masih main sampai skrg.. :)
ReplyDeletedah dekat 1o tahun dah x lawan badminton ngan ko n abg ko...tp aku la nie dah pancit dah..nk jumping smash pon termengah2.hehehe..aku ade hobi baru la nie..buat amal jariah membasmi mlm/skim piramid...
ReplyDeleteUiiKkKkk... siapakah gerangan si treckers ni? huishhhh.. 10 tahun tak lawan badminton ngan aku ngan abg aku? errmmphh... ni era mersing ke? shah alam ke sungai Tua ni? sapa yeee...
ReplyDeletep/s aku tau ko banteras MLM.. aku nampak ko follow aidid muadib .. aku pun anti MLM gak..
aku zulazfar la bro...era ko di mersing...kan kita wakil SMK Sri Mersing sama2:-)...aku bubuh nick trackers pasal slalu involve treking ngan hiking...
ReplyDeleteyup,aku mmg anti mlm pasal ramai melayu yg dh kna tipu bodo2 jer..nk duit cepat tp hukum agama diketepikan..
Owwwhhhh azfar... hahaha.. ko ade fb tak? meh aku nak add.. aku pun baru nak minat trekking ngan hiking..tapi banyak yg tak tau lagi...
ReplyDeleteJumaat ni kami nak ke gunung dato. rembau.. jom joinn jom....
la..aku kan dh add fb ko n ko dh accept dh...nie profile aku..https://www.facebook.com/profile.php?id=1524590402
ReplyDeleteaku slow down ckit la nie pasal keje..tp ati mmg membuak2 nak ikut klau org len ade xpdc..tp pasal ko nk arrange p kinabalu tue klau ko masih ader space aku akn cuba join pasal aku nak wat rekod 3 kali p kinabalu dlm 10 tahun...mencabar diri sendiri:-)
haha.. ok aku dah accept, sorry lupa la.sebab dah ramai sangat, lagipun muka ko lain cket bila dah tua2 ni :)
ReplyDeleteOk, pasal kinabalu tu nanti, aku tanya dulu chief, tengok ade kosong tak, kalau ade, aku inform ko k.. anak bape org dah?
hahaha...tue r dh tua2 nie mmg amik masa nak recall muka org..
ReplyDeleteaku blum kawen la bro,insya Allah ujung tahun nie,nant klau ader masa terluang time aku jenguk bakal org umah aku kat shah alam,kita sembang2 kat hakim sek 7..
dalam banyak2 hobi Mak ni kan Nyah mengarang la paling bertahan lama.. dulu suka mengarang puisi & cerpen tp akibat kekaratan otak sekarang ni mengarang blog jer.. tp tetap mengarang.
ReplyDeleteP/s : Sebab ko membangkitkan nostalgia lama zaman kegemilangan mak ber dj dulu tetiba rasa rindu pula nak ber dj balik. kekekekeke
TERKINI: KENA BELASAH DENGAN SUAMI SEBAB MENGIDAM
sebb minat sggup mkn roti canai je untuk lunch..
ReplyDeletehehehe..
ptut pipi kurus je dulu2:)
byk pngalaman abg zul ek...lawak la plak..hehe
ReplyDeleteLekat Lekit : kalau mmg itu dah kelebihan ko nyah oi... org putih ckp "NICHE"... kalau dah itu bidang kepakaran ko.. buat ape tinggalkan... teruskan lah... kalau tak pro pun.. utk suka2 ape salahnya...
ReplyDeleteFayad : pipi kruus dulu sebab kerje partime pizzahut laaa :P
Reena : ni baru sikit je cerita kat blog reena.. ada lagi 90% rasanye belum citer.. :)
hahahaha!! cinta n rangga.. aku ingat aku je layan.. tp memang giler time tu, yg pompuan nk jd cinta, yg laki nk jd rangga!! huahuahua :p
ReplyDeleteTerima kasih bro ats perkongsian ni. Mengembalikan kau ke zaman dulu-dulu. Aku pun byk hobi juga, tapi yg masih kekal smapai skrg ialah menulis cerpen.
ReplyDeleteShameel : berapa bnyak dah publish cerpen tu?
ReplyDeleteBro hobi simpan duit lae 2 memang aku ada gak terfikir ....Tapi simpan 100 tahun bru aku rase jd harta karun kakakaka ... Sebab bang negara still akan simpan collection tersebut . Kalu orang nak lelong pon lelong untuk penggemar koleksi barang2 lama huhuhu
ReplyDeleteMasa skolah rendah hobi saya kumpul setem. Ada 3 album, simpan lagi sampai skarang. Skarang dah susah nak kumpul sebab sume email/sms/facebook/twitter je :/
ReplyDeleteZaidi : aku pun pikir mcm tu jgak, sebab tu aku dah tak kumpul dah duit lama... hahaha
ReplyDeleteFatehah : agak2 ade tak setem yang rare? kalau jual leh jadi jutawan woooooooo
Zabella : mesti ko berangan dulu ko jd rangga.. ada pakwe mcm rangga kan noor kan kan kan...
ReplyDelete