March 4, 2011

Anda Kekasih Jenis Yang Mana Part 3

Assalamualaikum...

Sambungan dari Part 1 dan Part 2...

Jenis-jenis kekasih ni banyak ye tuan-tuan, adik-adik semua...(eh termasuk mood ustaz ngajar Fekah pulak) mari kita sambung pengajian kita yang lepas, agar kita sama2 mendapat manfaat darinya..hehe...

7) Kekasih Eksperimental

Anda seorang perempuan yang sukakan cabaran, dan suka membuktikan sesuatu, sedang anda berjalan-jalan di Fakulti anda terserempak dengan mamat stylo, rambut cacang2, seluar sendat takda flip, kasut kulit bertali.. jongkit depan, pakai kemeja topman dengan vest, kadang2 tak pakai gel rambut dia pakai Straw hats (topi jerami)...



Dia Hensem bergaya cek! Kasut jongkit cek!, seluar fit takde flip cek! kulit muka halus mcm punggung bayi cek!, bibir kilat cek! kuku kilat manicure cek... peratusan dia gay adalah lebih tinggi dari metrosexual.anda ragu? sila dail 1-800-adakahpakwesayagay-07 (ricky martin dlm pict).

Turun kereta pakai spec mata hitam, kulit pipi halus gebu, bibir sentiasa bersinar dan moist kesan dari lip ice, kuku plak berkilat hasil spa manicure, mamat ni punya hensem, kadang2 anda sampai lupa yang anda telah mengalamun 1minit tanpa mengedipkan mata...tapi sayang seribu kali sayang mamat tu adalah Gay..dah sah sah spesifikasi aku tulis tu menjurus kepada Gay...tapi anda tak puas hati..akan berlaku lah drama begini :

Zaitoooonnnnnnnn.... tengok la Zaiton, cutenye Amir tuuu.. smart, stylo henseeemm..eee tergodanya aku ton...tolong lah, aku dah berdebar dada dah ni, suke suke sukeeee... :>

Hey Kasmah, ko ni bawak2 mengucap Kasmah.. ko ni apa kemaruk sangat ni, Ya Allah teruk betul ko ni...astaghfar banyak2 Kasmah....

Eton...ko ni perempuan tak bernafsu ke? ko tak tengok ke style dia? pakai shirt fit, butang dada bukak, macho nampak bulu dada, macam Ricky Martin, Oh aku tergoda Ton...stylo milo..i like!

La Hau la wala.... Kasmah, dia tu Gay kau tau tak??? ko ni buta ke? ko tak perasan ke masa hari jadi dia yg Bf dia hantar kat fakulti naik Myvi putih tu? tak pasan? siap cium2 mulut lagi tau tak...

Zaiton, dia bukan Gay la, dia metro sexual okey.. i repeat.. M.E.T.R.O.S.E.X.U.A.L, very very the Anuar Zain you know! ko ni asyik dengki kat aku je, asal je aku suka lelaki, ko ckp dia gay, tak gay ko ckp mat ganja, tak mat ganja ko ckp mat rempit...aku mcam dapat hidu yang ko ni dengki kat aku la eton....

Astaghfirullah, aku bukan dengki kat kau, aku cuma bagitau je, kalau kau still nak tackel dia dipersilakan la, tapi nanti kalau dah kena reject. takpun bila kau dah nampak dia curi2 pakai legging ko, ko jgn nangis sedu sedan kat aku pulak!....

Arghhhhh, aku tak peduli, walaupun hati aku berbelah bagi samada dia gay or metrosexual, aku tetap nak challenge myself, aku nak tengok boleh tak aku ubah dia dari Gay jadi straight, aku yakin dengan aset aku yg bergetah ni, my looks, kehebatan aku masak, air tangan gf la katekannnn, aku boleh ubah dia jadi lelaki sejati, ko tengok la satu hari nanti eton..ko akan ternganga tengok Amir tu jadi My superman!

Lantak ko la Kasmah oOoooOooi... jangan nanti korang dua orang jadi Lessy sudah..hik hik hik.. :-D

Jika anda begini, anda sudah jatuh dalam ketagori kekasih experimental (DEGIL), bila anda bereksperimen, anda bakal menemui banyak kegagalan, tapi anda tidak mudah putus asa, semangat anda itu aku sanjung, dan usaha yang tidak berbelah bagi itu mungkin akan membuahkan hasil..cuma kekasih eksperimental ni akan banyak habiskan masa, duit, tenaga dan air mata hanya untuk membuktikan kejaguhan diri.. yang akhirnya selalu akan kecewa di tengah jalan. Tapi mana tau kan, mungkin kadang2, apa yang anda pertaruhkan akan beri pulangan yang besar pada masa depan... jadi... "place your bet sir and lets play"..

8) Kekasih Anak Ikan...

Jangan ingat kekasih anak ikan ni jadi pada lelaki jambu dengan mak datin je, jangan ingat kekasih anak ikan ni bagi perempuan gedik dan sugar daddy ganyut je... kekasih anak ikan juga selalu jadi dekat pasangan yang sama baya...

Situasi....

Anda orang miskin, tak berharta, anda masuk universiti dengan matlamat untuk mengubah nasib keluarga, anda naif, tak pandai selok belok2 muslihat kota raya, anda mentah, tapi anda cuba jugak sorok akan kenaifan anda tu, ye lah malu masuk Universiti kawan2 panggil kampung, kadang2 anda lupa yang dalam universiti tu majoritinya ramai budak kampung dari budak bandar.. :)

Anda masuk Universiti, anda mula2 naik bas, bila dah dapat duit ptptn atau JPA anda akan angkat motor murah2 buat senang berjalan....suatu hari, anda telah dipikat oleh gadis cantik, anak orang kaya, pergi kelas bawak mini cooper.



(Kim Kardashian dlm gambar).....Kadang2 anda perlu bertenang, duduk di katil anda merenung, kalau dah beg dia je harga rm3000, jam rolex hadiah birthday rm25,000, kasut harga rm1200, dah sama harga dengan kos makan kat dining anda, adakah rasionalnya dia akan bertahan dengan anda? atau anda mampu bertahan dengan dia?


Anda taktahu apa yang dia suka pada anda, yang anda syok sendiri ialah anda rasa dia nak kapel dengan anda sebab dia nak seorang lelaki desa yang berilmu sikit untuk bimbing dia ke jalan yang benar..

Padahal minah ni nak kapel ngan anda untuk buat passport je..2 bulan sekali dia akan bawak anda balik rumah dia :

Dinggg donggg.....

Daaaady... muah muah sayang dady, dady dady, let me introduce u this is Hamzah Mahat. simply call him Hamzah. He is my bf dady... i love him so much...

Hye Hamzah, apa khabar? i am Dato' Jamaludin Kamaludin Baharudin..U can call me Dato' Jay atau senang panggil Pakcik dah la... :) wah, look like very good boy, u asal mana Hamzah?

ERrrmMmm, Pakcik, assalamualaikum, heee :) saya mai dari Kodiang pakcik, mak pak saya semua asai sana.. ni first time saya mai sini...(cakap sambil sengih2 gelak kecik walaupun tak lawak)

Owhhh Kodiang, teringat zaman pakcik dulu2...dulu pakcik dari kampung jugak, tapi dah 40 tahun pakcik duduk KL ni, sejak pakcik bisnes ni, jarang sungguh nak balik Jitra sana...buka apaa..Bizi sunguh hanbaq hang...Hamzah lama dah kenai dengan Syelly ni ka?

Saya kenai2 mcm tu jaaa, takdak lebih2 pakcik, tak mohong aihhhh....dia habaq dia suka kat saya, saya pun kawan2 mcm tu la pakcik...

Dadddyyy.... lama nye sembang dengan Hamzah, bagi la can shelly plak k...dady, shelly nak ikut Hamzah pergi rumah auntie dia, dia ckp auntie dia ada buat kenduri doa selamat. boleh tak dady? maybe balik lambat sikit, dady dont have to wait for me okey? dont worry Hamzah boleh jaga shelly k daddy ye.. saaaayang daddyy... nak duit..ihik ihik!!!

Orite Honey, ni amik duit ni...mlm ni i trust u k, u boleh bawak My Bentley, but careful tau..okey enjoy yourself Kids... nanti kirim salam Makcik ya Hamzah..

Dapat je Bentley,duit RM1000.00 dan permit 24jam... terus gf anda bawak anda pergi Rum Jungle, clubbing sampai siang, bila anda taknak ikut ckp dia, dia akan tinggalkan anda kat kolej sorang2, dan dia akan berfoya2 dengan bartender, one night stand tu dah mainan dia... anda punya naif taktau one night stand tu apa, anda ingat konsert One Night Only with Hafiz AF... (lagu awan nano bermain kat kepala)

Kalau anda rasa anda diperlakukan begini, atau seakan-akan begini, takpayah la bangga yang anda kapel dengan girl stylo dari Hartamas berbag tangan Gucci dan bermini cooper, sebenarnya anda bukan sekufu pun dengan dia, dan jauh dalam hati anda, anda tak suka pun lifestyle mcm tu..

Anda bukan jenis makan Creamy Carbonara untuk lunch... anda jenis makan Nasik dengan Gulai Nangka..ikan masin sepat, sambal belacan dan ulam raja...kalau anda masih tidak mahu mengaku dan suka hidup dalam kepura-puraan teruskanlah..cuma jangan sedih bila kawan2 gosip ckp anda anak ikan si Shelly ya!

bersambung........


6 comments:

  1. shelly tu mesti lg tua dr hamzah kan.???

    usually kalo yang sebaya nie.. mostly gurl nk cari someone yg bdn fit2 atau macho tahap dewa kelapan kalo mamat tu jenis yg miskin papa kedana...
    x pun mamat pun mmg menjadi rebutan..
    kalo mamat tu xde karakteristic tu sume.. xde maknanya si pempuan tu nk berkepit ajak p clubbing speedo bagai.. eventhough die leh je kaut sapa2 yg die suka.. bartender pun leh jadi one night stand.. ekekeke...

    oh.. mana nk carik sugar mom???
    can u find me one ikar? hahahaha
    :P

    ReplyDelete
  2. amboi apis... mentang2 ko pakai rayband kan... terus order mak datin ye... hehehe.....

    mak datin takde. mak kepada datin nak ke ad?? hehehehehehe

    ReplyDelete
  3. hahaha... x kisah lah.. janji leh speedo... kasi hentam sajalaaaaa
    hahah :P

    ReplyDelete
  4. okie..yang ni saya baca terus sampai habis ni...:p

    (zack zuhairi punya tak baca2 lagi sampai hari ni...:p)

    ReplyDelete
  5. wahhhh time kasih sunnah... zack zukhairi ada wat entry baru ke?

    ReplyDelete
  6. mak aihh..sanngup gurl tu berexperiment smpai cmtu skali..hihi

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...