Assalamualaikum....
Kali ni aku nak cerita edisi muslihat lagi, sebelum ni aku ada ceritakan pasal muslihat peniaga di lowyat kat SINI...dan Muslihat Kaunter Perfume kat SINI.....jadi apa pulak isu yang nak aku ketengahkan kali ni? isu tikus dalam kfc? isu doh pizza basi? muslihat cas bil lebih? tak tak.... aku nak kongsi pengalaman dari aku sendiri tentang majikan Fast food yang membuli pekerja2 mereka....sebelum aku masuk ke isu utama, aku akan ceritakan sikit pendahuluan..
Aku kerja Partime kat sini masa musim cuti semester Uitm..standard cuti sem dalam 3 bulan, masa tu aku dah bosan nak kerja dekat Mersing, so aku balik ke rumah sewa aku di Shah Alam dan kerja sebagai pelayan/bartender/steward dekat Pizza Hut bersama2 dengan Chewe dan Sobri. Kerja okeyla seronok, kawan2 kerja pun seronok, dapat makan pizza staff's meal hari2... Manager dan Assistant manager pun baik dengan aku....tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari....
Tak sempat aku habis kerja 3 bulan, aku dapat panggilan kerja sebagai Pegawai pengiring atau Liaison Officer untuk Pemuzik2 dari seluruh dunia yang berkampung dekat KL dalam ISME KL.....tapi sebabkan aku nak berhenti cara baik aku pun served notis berhenti kerja seawal 2 minggu, walaupun sebagai partime aku tak perlu buat macam tu pun. tapi sebabkan aku nak berlaku baik, taknak manager terkejut dan terkial2..aku buat jugak atas dasar Good-willing... masa proses nak berhenti ini lah mulanya muslihat2 ni terbongkar....
Caruman di dalam KWSP atau EPF telah digazetkan di dalam akta Buruh oleh Kerjaaan, jadi hak anda mempertahankan Caruman itu tidak boleh dipertikaikan oleh Majikan anda.
1.Gaji aku dalam Payslip menunjukkan telah dipotong untuk KWSP / EPF tapi bila check tiada caruman dilakukan...
-Disebabkan bapak aku pernah jadi majikan, jadi bapak aku selalu sangat dengan urusan KWSP staff dia, so dia selalu advice aku pasal hak-hak pekerja..bila dia tengok Payslip aku, dia tanya ada tak cek kat kwsp? ada carum tak... bila aku cek, rupa2nya tak pernah ada akaun pun, borang KWSP yang aku isi masa mula2 awal kerja, manager tu tak pernah submit pun dekat KWSP.. sebaliknya hanya diperam dalam office... kenapa jadi macam ni?
Sebabnya, kemungkinan manager ni taknak susah2 uruskan KWSP..sebab dia beranggapan bahawa Partimer ni selalu berhenti kerja cepat, Partimer jugak selalunya orang yang tak berpelajaran tinggi, tak terdedah dengan pengalaman kerja & hak-hak pekerja dan tiada pengetahuan dalam mempertahankan hak mereka...Part timer jugak selalunya budak2 baru lepas SPM...kerja suka2 isi masa lapang... dia fikir budak2 ni takda la amik berat pun pasal KWSP... jadi diorang ingat diorang takkan tertangkap dan tak pernah menjangka benda ni boleh jadi besar.
Bila aku dapat tau pasal gaji aku dipotong tanpa dicarum, aku pergi bersemuka dengan Restaurant manager tu...
"Kakcik, saya nak tanya sikit boleh tak kak? kenapa dalam payslip saya ni ada tulis gaji saya dipotong untuk KWSP, tapi saya cek kwsp.... jangan cakap carum...akaun saya pun akak tak bukak?
"Erm...ala biasa la tu Zul, ko dah cek betul2 ke dengan KWSP? tah tah ko salah cek kot"
"Apa pulak salah, saya dah cek dah, takkan la saya bodoh sangat sampai IC ngan nama sendiri pun taktau kot kak"
"Takpe ar, nanti akak cek balik, tapi setahu akak, budak partime mana ada carum KWSP.. budak permanent je potong EPF"
"Oh macam tu. akak betul2 yakin ke ni taknak setelkan masalah saya ni? saya dah bincang elok2 dengan akak ni, jangan nyesal lak nanti kalau saya bawak isu ni ketengah"
"Kau nak report mana? gi ar report..suka hati ko la zul"
Esoknya, pukul 8 pagi aku pegi HQ dia dekat Jalan Sultan Ismail, aku naik kat HR department, aku jumpa dengan Manager HR region...mula2 dia hantar assistant dia je, tapi aku tak peduli, aku nak cakap dengan manager dia jugak..last2 dia mengalah, manager dia keluar jugak jumpa aku...
"Ye dik, ada apa masalah?"
"Takda ni ha, saya nak buat aduan dekat Puan ni, pasal masalah penyelewengan gaji saya oleh salah satu branch awak, dalam Payslip saya tunjuk saya punya gaji kena potong EPF, tapi saya cek EPF, jangan kata carum...akaun pun takda"
"ermm...entah2 adik ni Partime kot, kalau partime mana ada kena potong Epf dik"
"Takyah la akak nak pusing sana, pusing sini lagi, akak tau, saya pun tau... akak ni manager HR, janganlah cakap benda yang buat akak nampak mcm tak pandai...bukan ke semua pekerja wajib dibayar EPF? tak peduli la dia kerja sebulan ke seminggu ke"
"ermmm ermmm..ermm....err..ngaaa..err.."
"Lagipun, kalau betul akak cakap saya tak layak dapat caruman EPF, yang company ni potong gaji saya dalam payslip ni pulak buat apa? yang tulis potong KWSP dalam ni apa pulak? nak masuk tabung khairat kematian? bukan sikit, RM25.00 tu... tu tak kira sumbangan majikan lagi...ni baru saya sorang yang tau pasal ni dan buat aduan...tah berapa ribu partimer yang korang dah tipu kan??? berapa juta pulak korang songlap dari carum duit EPF ni kan?"
"sabar dik, sabar dik... er..er.. kami bukan tipu EPF, duit adik ada dalam tabung kami, adik dah bukak akaun KWSP? ada no ahli tak? meh akak wat caruman...."
" NO ahli apa? saya dah isi borang epf masa mula2 masuk kerja, tapi last2 tak submit jugak, bila tanya, takda no ahli mcm mana nak carum? habis tu mana nya no majikan? meh saya boleh bukak akaun sendiri, bukan susah pun....tabung konon..tabung apa? dah la tak carum duit orang satu hal, korang makan lagi duit staff korang... tanggung la korang kat akhirat nanti"
Lepas tu dia terus call Akak manager Branch tu...membebel 15minit dekat dia, ngamuk2 marah Kak Chik depan aku....pastu dia suruh aku balik ke restaurant sekarang untuk selesaikan hal bukak akaun kwsp...
"Okey akak, saya bagi masa 2 minggu je dekat company ni, kalau 2 minggu saya check takde caruman dalam KWSP saya, saya akan lapor dekat Labor Office dan KWSP"
Lepas aku dah bagi copy payslip dekat Manager HR tu..aku balik dan confront pulak manager Rest. Lepas dah bertekak semua, selesai la masalah aku... seminggu lepas insiden tu, aku check kat KWSP..dapat la caruman aku sebanyak RM74.59 ... :) tapi masa aku confront dengan manager restaurant tu..memang merah padam la muka dia, sampai mengamuk2..cakap kenapa pergi HQ.. haaa kan aku dah warning awal2... tapi dia yang degil..nasib la... dengar cerita..sebulan 2 lepas kes tu.. dia berhenti...kesian.
Jadi pengajarannya, korang yang kerja partime dekat mana2 fastfood tu kena alert, jangan senang2 kena buli dengan majikan, jangan diperbodohkan, hak-hak sebagai pekerja kena tahu, dan jangan sambil lewa.. jangan ambil mudah...menjaga hak sendiri adalah salah satu kualiti untuk menjadi lebih matang dan berpengetahuan...tapi yang aku sedihkan ada pulak kawan2 aku yang memperlekehkan hal-hal macam ni....
"Hek Eleh Zul.... Kecoh arr... benda kecik macam ni pun nak kecoh2...setakat kena potong 20 ringgit tu.. bukan banyak pun...Bodoh siot... rilek ar...chill.. Kakchik tu baik ar.. dia selalu belanja makan ciken wing.. hal kecik mcam ni pun nak kecoh" (kutuk2 aku sambil sengih2 gelak dengan kawan2)
Ataupun ada juga orang yang macam ni
" ErrRrRrrr.... ko nak pergi report kat HQ ke? ala.. aku segan la.. takpe laaa... benda kecik je ni..kira halal je la.. aku segan arr Zul"
Ini bukan hal kecik tau, kalau sorang partimer dia boleh swindle RM40.00 sebulan, kalau 10 staff dah RM400.00 sebulan, kalau 100 branch? darab dengan 12 bulan? berapa dah dia burn duit staff? tak ke RM 480,000 setahun??? 10 tahun...RM 4.8 juta, ingat.. tu bukan duit diorang atau duit EPF tau.. itu duit gaji kita.. dia potong dari duit titik peluh kita susun dan lap meja, setting pinggan mangkuk atas meja.. layan customer, basuh pinggan.. lap gelas, basuh water dispenser ngan angkut sampah berguni2 tiap2 malam masa closing.... bukan allocation dari duit diorang...
Allocation dari diorang pulak lain, sumbangan majikan pulak 12% dari gaji korang.. kalau gaji korang RM 400.00 maknanya dia dah save RM48.00.... (the rest korang leh buat calculation sendiri berapa banyak dia dah save) Ni hal kecik lagi ke? jangan jadi malu tak bertempat dan segan masa mempertahankan hak sendiri...ini yang membezakan samada kita ni jenis manusia yang berprinsip atau tak, matang atau tak & bermaruah atau tak.....
So kesimpulan?
1.Setiap pekerja Chain Restaurant dan Fast food contohnya Pizza Hut, KFC, Macdonald, Kenny rogers, Nandos, TGI fridays dan macam2 lagi la...mempunyai allocation dalam memberi potongan EPF / KWSP tidak kira lah partime ke, partime permanent ke, Fulltime, Manager, waiter atau sapa saja la.. sesiapa yang berstatus pekerja adalah wajib mendapat hak caruman KWSP...
2. Jika gaji anda didalam payslip menunjukkan terdapatnya potongan, anda secara automatiknya telah diperakui sebagai pekerja yang telah dicarum oleh majikan.
3. Jika anda dianiaya macam ni, anda boleh buat aduan di Ibu Pejabat syarikat berkenaan, jika tiada apa2 tindakan..panjangkan laporan ke Pejabat Buruh dan KWSP... cc kan laporan anda ke HQ berkenaan juga.
4. Sentiasa simpan salinan original payslip / penyata gaji anda, jika majikan meminta payslip yang telah sah sama dengan gaji yang anda terima, jangan bagi...anda mempunyai hak untuk bagi photostat copy sahaja.
5. Cek KWSP anda setiap bulan dan pastikan terdapat caruman daripada gaji anda iaitu 11% dan sumbangan majikan sebanyak 12%.... jika tidak ada, anda boleh bagi peluang selama 2 bulan kepada majikan anda, jika tiada tindakan...anda berhak membuat laporan kepada pejabat buruh.
6. Jangan malu tak bertempat dan terikut2 kawan anda yang suka memperlekeh anda.. tak untung pun ikut diorang..anda tidak akan nampak poyo jika mempertahankan hak sendiri... sebaliknya orang yang membiarkan Hak sendiri dipermainkan adalah orang yang bodoh.
Sampai sini saja untuk kali ni... nanti aku sambung lagi kat PART 2 pulak.
P/S Pizza Hut, Nandos, Kenny rogers, TGI friday dan seumpanya bukanlah Fast Food Restaurant, sebaliknya adalah di dalam category Waited Table/ table served & Theme Restaurant...sebab diorang tak terima order di kaunter dan serve makanan dengan cepat.
uih.. siyes aku respek kat ko pikar..
ReplyDeleteberani kerana benar!..
aku sdri tak tau bende2 nih.. =.=
jauh berjalan luas pandangan.. yg penting ucop.. kita kene berani mempertahankan hak kita sebagai manusia...jgn biar org perlekeh kita...
ReplyDeletejangan kita berani nak suit awek, tapi bila pasal hak sendiri kita segan2 rasa poyo..
tapi aku yakin org mcm ko ni selalu ke depan...tak malu2 nak pertahan hak sendiri kan.. lepas baca ni ko boleh kongsi2kan nanti :)
ade gak majikan buat cmtu eh. sumpah aku xtau
ReplyDeletehaaaa,...first day keja sy dah kena korek kerak kat buntut kuali pizza sampai 12 mlm..punya majalllll...badigol so'ot pnya kakcik..staff meal pn dia nk buat magic..bling..bling..hilang..bila tnya buat muka toya mat amin...
ReplyDeleteada..banyak.. majoriti majikan fastfood buat cm ni...
ReplyDeleteselalunya utk partimer memang xde potongan EPF..tapi kalau dalam slip mmg ade wat potongan memang sgt wajar fikar pegi HQ untuk mengadu..
ReplyDeleteinfo yg bgus utk semua..:)
Thanks Fyd... errmm tak salahnnya.. kalau ikut akta buruh.. partimer yg bekerja dengan payslip, gaji tetap.. berhak dapat EPF kecuali pekerja rencam (miscellaneous) kerja sendiri, freelance dan seni...
ReplyDeletetapi mmg padan muka dia pun sebab dia tulis potong kat payslip kan.. sohih2 la kan.. :)
bagus. macam ni la orang yang tau hak.
ReplyDeleteThanks.. Hayati ni Kak Yati aka Mak yang yati ke??
ReplyDeleteBanyak yang jadi mcm tu kat Malaysia nie... Saya pun dah bnyk kali cuba mempertahankan hak sebagai part time, tp selalu di buli balik.. dipandang serong malahan ada majikan and the team yg bertanggungjawab berani buat fitnah balik, menyebarkan hal yg memburuk2kan saya, menjatuhkan nama baik saya malahan ada yg berani membuang pekerja part time hanya kerana menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap penyelewengan dan pembulian yang terang jelas nyata.... Lagi masalah bila dapat rakan sekerja yang tak mahu sama2 berdepan dan menganggap jumlah tu kecik dan tak perlu kecoh2..... Susah saya nak jumpa geng2 mcm awak yang nak bersuara menegakkan hak pekerja nie...
ReplyDeleteberani kerana benar. =)
ReplyDeleteSyah : lain kali pergi terus ke HR department dekat HQ..buat aduan rasmi, sebab yg buatkan manager ni naik lemak sebab tak pernah ada pantauan dr HQ .. kadang2 area manager pun sekongkol sekali...
ReplyDeleteFitri Karim : Ye kita mesti berani...baru org tak buli..!! :)
teruk juga orang ni..x de keja lain ke?? hihih STRESS
ReplyDeletemari kita kongsikan ke'stress'an kita
http://akustressgiler.blogspot.com/
saya cukup puji awak zulfikar, memang bagus dan berani...
ReplyDeletekebiasaannya member2 saya yg keje part time ni bukan dari golongan yang nak cari pengalaman, tp sebab terdesak. jd diaorg terpaksa menurut jerlah...
kdg2 kesian jugak sebab diaorang ni betul2 amik kesempatan, mcm akhirat tu xwujud...
eh mcm da lambat je komen kat sini. haha. tempat aku keje skang ni dia bagi pilihan kat sorang budak yang dah confirm dia nak keja temporary. nak buat epf atau tak. siap kene sign hitam putih lagi.
ReplyDeletetapi betul la epf tu penting. sebab masa aku keje kat kedai spek, actually consider part time la jugak sebab aku awal2 dah bagitau manager tu kalo aku dapat tawaran sambung blaja, aku berenti je nanti. so dia tarak hal. aku ingat tak payah la mende epf semua ni, tapi lepas sebulan keje aku asik dapat surat yang epf aku takleh carum, ada conflict IC.
aku just ignore je la sebab arwah ayah aku cakap aku bukan permanent, so takyah susah2 nak ber-epf semua. haha. aku punya ignore sampai skang bila aku nak start keje balik...
aku check ngan kwsp, aku terkejut sebab selama ni aku ingat dalam kwsp tu cuma ada dalam 70-80 lebih je...
sekali masa nak pi amik nombor caruman, check bape ada dalam tu... rupanya dah jadi 800 lebih.
so, aku rasa time aku keje part time dulu2 tu majikan aku semua baik2 potong untuk kwsp skali. bagus betul dorang. ye lah... takkan praktikal pon potong kwsp kan... takde pon dalam payslip praktikal ada pemotongan kwsp...
sumpah aku terkejut sampai skang. huhu.
awak kerja pizza seksyen 7 kt pintu blkg uitm tu ker? well, sy suker awak punya cara pemikiran.
ReplyDeletesaya kerja SACC mall dulu. thanks sebab suka dan hargai.. :)
Deleteseyes ke dpt epf..haaa..aku dulu keje part time buta2 kena tipu dengan pizza hut mid valley..takde pon epf..bukan setakat epf jek..slip gaji pon dia tak bagi..dia kata kerja part time tak dpt slip..haish..dh kena tipu la jawabnye tu
ReplyDeleteSalam, boleh tolong balas dlm e-mel sy, apakah hak sy sebagai pekerja Pizza Hut...adakah EPF dan KWSP perkara yg sama, adakah payslip wajib diberi walau part timer? Bagaimana pula dengan triple pay? emel sy, andrearthur94@gmail.com
ReplyDeleteSalam nak tanya gak nih..
ReplyDeletemasa awl keje saya pernah tanya pasal epf n majikan ckp diorang akan buatkan.saya ada gak tgk payslip saya sebelum berhenti , mmg ada ptg
pastu sy terus tanya kwsp ada x akaun saya.kwsp ckp takde rekod
seingat saya la..masa seblum keje tak pernah pun dia bg borang ke hape..
mintak copy ic jekk..boleh ke ade akaun camtu?
As Salam, tumpang tanya kalau kerja under kfc holdings sejam dibayar berapa eh?
ReplyDeleteaku keje pizzahut delivery 5 bulan tapi slip gaji pun tak dapat.. puihhh cam sial
ReplyDeleteSatu pkogsian yg trbaik...smoge ko sentiase bjaye la cmni sbb tolong org jgk sbna nye ni..hihi..tindakan yg btul..mnipu tu kn bdose..wa respek sama lu..ramai lg yg tatau sbna nye..tatau mcm ne care nk wt repot tu..haha.bese la org kg mcm aku ni la..bkn tau pe..tq bro for imformation..good luck.
ReplyDeleteaku sekarang baru dua bulan keje phd , duk rekod docket ngn hours aku tiap ari ahaha
ReplyDeleteCmne nak check epf
ReplyDeleteSangat puji dgn awak ats prkongsiAn ini... sngt berguna dan mmng byk masalah ini berlaku d malaysia dgn kes penyelewengan majikan. Thanks good job
ReplyDeletewaktu bekerja part time dekt pizza hut mcm mana eh ? satu hari 6 jam kan? pastu shift malam balik kol bapa ?
ReplyDeletenak tanya. aku kerja part time 3 hari jer seminggu. kalau nak berhenti perlukan notis ke?
ReplyDeleteTerima kasih beri info sy baru nak apply kerja kfc
ReplyDeleteJgn kerja
DeleteBefore u kerja kena check agreement u partime atau full time dgn company..klu full time ada potong epf..tpi lau partime tiada potongan epf..tpi 1 kesalahan majikan bila dia potong epf pekerja tpi x buat pembayaran kepada kwsp boleh kena saman...
ReplyDelete