Assalamualaikum...
Ada satu garisan sempadan halus yang membezakan diantara Innocent dan comel, eh mcam tak kena je ayat aku ni... kita cuba lagi.
Ada satu garisan sempadan halus yang membezakan di antara suci dan comel. Dan ramai orang yang mahu dirinya untuk kelihatan innocent bagi kelihatan comel.
Namun berpura-pura naif tidak akan menjadikan anda comel dan innocent sebaliknya akan menjadikan anda semua kelihatan menjengkelkan, kekok, bodoh, dan hipokrit..
Kecomelan dan innocent itu tidak datang dengan lakonan dan usaha keras, ia datang sendiri hasil dari body language yang semulajadi dan pemikiran yang suci. Dengan berlakon naif sama sekali tidak akan membuatkan kawan-kawan anda menganggap bahawa korang comel dan manja macam anak kucing parsi buat muka kesian mintak friskies.
Biarpun anda berusaha memakai satu persalinan pink dari shawl hingga ke stokin sambil menari-nari menyanyikan lagu wonderpet.
Usaha anda yang bersungguh-sungguh untuk kelihatan manja dan comel akan membuatkan pasangan yang dating dengan korang akan mengalami satu sindrom penolakan yang ketara dimana tekaknya akan terasa kembang mahu muntah, dan bibirnya mencebik tanpa dapat dikawal.
Situasi di mana anda bertanya soalan lumrah yang semua orang tahu (benda general) tapi anda pura-pura buat taktau akhirnya akan membuatkan kawan-kawan melabelkan anda gedik!
##########################
situasi 1.
"Sila tekan butang biru untuk token parking" (bukan cakap, tapi tulisan terpampang kat gate)
"Baby, token parking tu apa baby?"
"token parking tu macam tiket parking la, cuma Cineplex ni tak guna tiket, dia guna token"
"Wow, kreatifnya, tapi takpe ke baby? macam mana nanti nak bayar? ayang tak pernah tengok token parking seumur hidup ayang, agak-agak mcm mana ye nak bayar nanti? eeee ayang tak reti la nak bayar token ni....eeeee baby, kenapa token ni plastik eh? baby baby... kenapa token ni kaler kuning eh?
Boifren pasrah dan redha, dia tau blind datenya kali ni sedang berpura-pura naif untuk kelihatan comel, camon lah beb!... logik ke soalan-soalan yang ditanya? lantas Boifrennye mengambil langkah drastik yang di luar kawalan. ** autopilot**
" Token parking ni dulu sebenarnya cicak tokek, tapi dia jahat sangat, suka makan kucing peliharaan owner cineplax ni, so owner cineplax ni sumpah cicak tokek tu jadi token parking. Jadi baik - baik tau u pegang token tu, orang cakap kalau dia jatuh cinta kat perempuan, dia boleh bebas dari sumpahan dan berubah semula menjadi cicak tokek gergasi"
" Ala baby ni, mengada tau!!!, ada pulak cicak tokek..macam la orang tak tau token parking ni apa!!!.. menci tau!!!"
" HaAAaAAaAAaaaaaaaa.. taaaauuuuu puuunnnnnnn"
ini ialah cicak tokek atau org putih panggil tockey gecko, cicak tokek baru2 ini mendapat permintaan yg tinggi kerana dipercayaai boleh mengubat AIDS dan HIV, tapi aku tak tau benda ni betul ke dak, sampai ratus ribu, juta2 harga dia tu... aku dulu pernah tangkap cicak ni kat kabinet dapur, tapi dah lama mati dah, mungkin juga ia telah disumpah menjadi token parking.
############################
Situasi 2.
"Honey...honey, i lapar la honey...jom singgah makan jap.."
" Okey ucuk, hari ni kita makan satay paling sedap di dunia nak? eheheh..."
"eh betul ke satay ni paling sedap di dunia? sapa cakap honey? masuk Guiness book of record ye?"
" takda la sampai mcm tu sekali, maksud i kita gi makan satay yg bagi i sedap la..kan kita tengah lapar, so i bawak la u tempat makan satay feveret i" ** sigh**
" Okey, honey honey, i nak tanya la, kenapa kita makan satay mesti dengan kuah kacang ha honey? tak boleh ke kita makan dengan kuah kicap ke, rendang ke, kari ke..."
" Sebab satay makan ngan kuah kacang baru la sedap, mesra rasa dia, tapi kalau ucuk nak, makan ngan kuah rojak buah pun boleh" ** jantung berdegup laju**
" Hoooneeeyyyy.. (sambil buat muka jebik dan hentak-hentak kaki) macam mana nak makan satay nih?? ucuk tak reti arr..."
" HAH!!! apa? tak reti makan satay?" ** mata terbeliak, jantung makin kencang, telinga terasa panas..
"mana ucuk reti, ucuk kan orang town..my grandparents orang Singapore okey, orang Singapore mana makan satay..ucuk tak tauuu ..pweaseeee..(sambil bibir dimuncungkan, hidung dipenyekkan dan mata disepetkan dalam sekala besar)
" Satay ni nak makan senang je ucuk, dont worry darling, meh honey ajar ye, mula-mula ucuk amik satay ayam tu, ok dah? ok.. pegang bahagian daging dia dengan tangan, genggam macam genggam bara api ye ucuk...ok dah??
ok.. ucuk gigit lidi satay tu.. kunyah lidi satay tu sampai lumat pastu telan, daging ayam yg tinggal tu ucuk buang kat piring tu... ala sayang sayang ucuk abang ni...cian dia tak tau makan satay yeee......"
" Honey... jangan la main-main, ucuk tak suka tau honey buat ucuk mcm ni, macam la ucuk bodoh sangat tak tau makan satay..ni yg rasa nak clash ni"
"HaaaAaAAaAAa.. taaauuuu punnnnnnnnn" (masa ni clash adalah pilihan terbaik bagiku)
##################
Situasi 3
"Ibu..., angah bawak Sara balik ni Ibu"
"haa Sara, jemputla masuk, ehhh takyah peluk-peluk makcik.. Sara, makcik tengah busuk bau ikan, tengah masak kat dapur, salam je la ye..korang nak pergi mana ni?"
" Sara nak gi Icity ngan angah ni makcik, tapi angah ni pulak mengada suruh Sara makan lunch dulu kat rumah makcik, nyusahkan makcik je"
" eh tak susahla Sara, ok jugak tu makan sekali, buat apa membazir-bazir makan kat luar tu, makcik pun dah siap dah gulai tu, tinggal nak buat sambal mempelam ikan bilis je"
" meh Sara tolong makcik ye" (terus menderu ke dapur tanpa di pelawa)
" eeeee Sara, malu la rumah dapur makcik ni kotor, takpa2 Sara duduk depan, Sara tolong makcik siang ikan bilis ye.. nah bawak ikan bilis ni letak kat depan TV"
Maka Sara pun bawak la ikan bilis, letak kat surat khabar atas meja kopi depan TV, sambil duduk tegak atas sofa dan muka bibir jebik, jari telunjuk dikepitkan dengan ibu jari sambil pegang hujung ekor ikan bilis..tayang2 kat Angah....
"Bie.. bie, errr... macam mana nak siang ikan bilis ha bie? tolong amik pisau bie"
"Errrrr..ERrrr...Errr... aaaaaaa..ngommmm..errmmphh.. errrrrr... nak buat apa pisau yayang?"
" Yayang nak siang ikan bilis la bie, nak buat ape lagi? nak tikam bie?"
"errrr.. aaa..errr tak pernah dibuat orang kat dunia ni, bie x pernah tengok orang siang ikan bilis pakai pisau, yayang ni betul2 ke main2? yayang takkan tak pernah kopek ikan bilis?"
" Bieee niiieeeeyhhhh ( sambil buat mata terbeliak, mulut muncung perasan comel) memang la yayang tak pernah kopek ikan bilis, bie ingat yayang ni bibik ke? semua kerja rumah maid yg buat kowt... bie ni tak memahami hati naluri yayang la"
" Owhhh Jap...."
Angah pergi ke dapur, dan bisikkan madah keramat kat telinga mak dia....
"Ibu, angah rasa nak clash la ngan Sara tu..ibu takyah cakap apa2, ibu sambung je tumbuk sambal belacan..takyah ikan bilis, ikan bilis dah hidup balik, berenang ke laut china selatan.."
Angah kembali ke ruang tamu, ke pangkuan sarah dengan parang panjang abah dia...
"Nah Yayang, U amik parang ni, u kerat 14 ikan bilis tu. pastu buang semua badan, amik kepala ngan taik dia je ye.."
" Mulai hari ni kita putus Ramlan Sukiman! i benci dengan u!!!"
"ok bye Sarakinah Jamil" [^^]
################
Situasi 4
"Abang, abang nak tau tak satu perkara yang baby tak pernah cerita kat abang"
" apa dia Baby? baby anak George Clooney ke?"
"abg ni main-main pulak, baby series ni bang"
"ok kalau series, apa dia?"
" abang tau tak, baby tak boleh makan ikan, tak reti makan ikan dan tak pernah makan ikan seumur hidup baby"
"aik, kenapa pulak sampai macam tu baby? peliknya abg"
" entah, baby rasa geli la nak makan ikan, hanyir, ngeri, loya tekak baby, jangan katakan makan, baby kalau bau je ikan kat meja makan tu kan, baby can throw up u know!"
"OooOOoooWwwWWHhHhhhHh.. sampai muntah baby?..ishk ishk ishkk.."
" ye la, muntah...blueek..haa muntah mcm tu...tapi ye la, nak buat mcam mana , tekak baby ni.....takleh nak salahkan sape2, parents baby dari kecik dah asuh baby makan ayam dengan daging je, mommy tu, hari-hari goreng drumstick special for me je tau, abg jgn jeles...ihik hik hik ^-^"
"Owhhh.... ikan langsung tak boleh baby? bau pun tak boleh? semua jenis ikan dalam dunia ni baby? habis la nanti abang nak makan patin masak tempoyak mcm mana, nanti baby nak siang ikan...blueeekk muntah atas ikan, haaa cannee?"
" Beeeeeeetul abang....baby tak boleh, baby bukan nak mengada-ngada, tapi tekak ni automatically reject, macam kes milk intolerant tu...bau je ikan muntah..takpe, nanti baby suh bibik kita masak patin untuk abang ye"
" Ishkk, habis tu, hari tu makan Sandwich Subway Tuna tu boleh pulak baby? habis seketul licin baby balun, Laksa penang kat KLCC tu pun abang tengok licin baby telan, fishball, fishcake steamboat kat ikano tu pun baby sental habis sampai abang makan kangkung je... celah manenye yang baby tak boleh makan ikan ni baby???????"
" errrr... baby... nguuuuu aaaaa baby...err... tuuu ikan tuu... errmmphh... gulpp... semua tu ikan ye bang? errrrrr... nguuuuu..nguuu..ermmm abang, tengok tu bulan terang.. wa wa wa wa tuuu bulan... wa wa wa wa tuuu bulan"
#############
Jadi, Moral of the story, anda tidak perlu berusaha gigih untuk kelihatan comel, anda tidak perlu pretend naive untuk kelihatan manja, anda tidak perlu perbodohkan diri untuk disayangi, anda tidak perlu hipokrit untuk dapatkan perhatian pasangan anda.
Sebab lakonan anda itu akan kelihatan teruk, dan lebih teruk jika anda terkantoi yang anda sedang berlakon naif untuk kelihatan comel. sesungguhnya berlakon naif tidak akan menjadikan anda comel.
taammaatt....
P/s situasi diatas diadaptasi dari kejadian sebenar, namun nama dan karakter sebenar diubah bagi menjaga maruah dan aib pelaku-pelaku, jangan kata manusia2 yang seperti diatas tidak wujud...percayalah...tiada pokok takkan angin bergoyang!
"woi Zulfikar, hangguk kau...tiada angin takkan pokok bergoyang la"
"hamba salah tuaannnnnn"
Mana perempuan tu? nak bakar.
ReplyDeleteBaca dialog tak habis(jujur). Terlampau geli.
whoaa....sampai nak bakar? alaaa Raihana.. baca la sampai habis.. comel tauuuuu
ReplyDeletePerempuan tu dah pegi mana tah.. tapi ada 3 orang rasanya watak dalam citer ni.. semua pretending naive...
hahaha~ ngengade naaa pmpn tu.. ayat nk sweet je.. honey laa.. ucuk la..
ReplyDeletesempoi bro.. tergelak2 gak bace.. jom2 solat subuh ;)
sapr budak pompuann tuu?? meh den cucuk2 ngn garpuu.. euwwww.. gedikss Okeyy.. grrrrrr...
ReplyDelete(Hope den xtermasuk lam goLongan ni laa... rase cam xpenah watt kot..hahahaa)
token parking kat IJN adeee tempt laen xjumpe lak.. bnyk kali g IJN n lawat anak buah.. hohoo..
memang boleh wat pkwe rse nk clash kalau mengade cmtu..:)
ReplyDeletecicak tokek jugak yg glamer..
ReplyDelete*nyampahnye klu jumpe org mcm tu! tak macho!!
hadoii laaaa... entry nih memang superb la bro :-)
ReplyDeleteekekekekekekekekekk... agak2 kalo JM wat cenggitu ngan mamat yang masuk minang tempohari, agak2 dia tinggalkan JM takkkk??? la la la
ReplyDeletesiang ikan bilis dgn pisau???? ngekkkkk.. nampak sgt tak penah masuk dapor... peh peh peh...
Mak ni tak pernah melakonkan watak2 comel masa di alam percintaan.. kalau btl x tau.. maka mak ckp x tau.. kalau btl x makan mak ckp x makan. Mak jenis takde la cover2 sgt utk nampak comel sbb tu mak sentiasa nampak comot.. wakakakakaka.. Mak dgn hubby masa bercinta sampai skang still sama. kepala otak kita gila2 sikit.. bg kitorang tu la comel kot! Tp Nyah kalau kopek ikan bilis pun tak tau.. Mak tumpang rasa loya atas kecacatan di miliki gadis itu.
ReplyDeletehahahaha,nk trgelak baca. ta pernah g jumpa jenis ni. wahaha selamat2 -.-
ReplyDeleteada eh laki-laki yang suka pompuan macam ni..huuu
ReplyDeletealahai. bf kalau tak sabar, sound je elok2.
ReplyDeletekdg2 dgn kita dia ngade gitu, dgn org lain tak pun.
tpi klu da tak tahan, sendiri mau igt la~
:D
yang simpati,
FahmiMahat
kenangan ke bro?
ReplyDeletehaha
hehehe..layan la kisah benar ni..
ReplyDeletehahaha.. sumpah meyampah kalo orang mcm nie... berlakon comel utk menarik perhatian pasangan...
ReplyDelete(tangan di dada, mata ke atas)
xpe... ayang mmg comel... sgt geram ngan ayang...
* sesetengah orang dilahirkan semulajadi comel
hahahhaa kalau dgn nada dan gaya begitu mmg dah tahap mngada bukan innocent atau comel okay..
ReplyDeletetapi yg last tuh saya terasa jugak,keke sbb saya xleh makan kambing..uuuu...tapi x anti kambing hidup okay..hehe :)
zacky : mengada itu manja, its ok.. tapi pretending naif tu tak comel...:)
ReplyDeleteudacun : comel takpe, jangan pura2 naif,, sebab huduh upenye...
Fayad : haaaa tau pun... :)
blogtipkurus : pompuan jrg yg macho bro :)
Nazrul Azat : superb ke? malu la aku....anyway, thanks sudi baca entry aku :)
ReplyDeleteJM : percaya tak citer ikan blis tu?hahaha
Nyah lekit : kalau taktau pun nak kopek ikan bilis, takyah iklankan..senyap2 sudah. pastu belajar..jangan gi pretending yg ia adalah comel...
Cik Heroin : nanti kau makin tua, makin byk jumpa manusia mcm ni tau.
Norinaomar : lelaki tak suka pompuan mcm nih ye, harap maklum :)
Fahmi Mahat : kau belum dating lagi pompuan yg berlagak comel...uewww...rasa kembang tekak.
ReplyDeleteDale : ko punya soklan paling bernas sepanjang komen...ahahaha
Cma : yes kisah benar.. :)
AD : takperlu struggle utk comel..gip me pai! :)
Alexa : yg last tu, point dia bukan takleh makan sesuatu makanan, tapi cara dia exploitasi dan meraih simpati dgn penipuan takleh mkn ikan tu...
tak makan kambing? anda ok! kekekekeke
adehhh.. haha.. tergelak2 baca.. geli jekk.. wawawa tuu bulan.. cover baik punye.. hahaha
ReplyDeletesy tak tau la cane lelaki bila dpt awek camni, manja tu ok la, klu dh gedik camni, adehh.. sy yg pompuan ni pun geli.. huhu..
p/s: entry ni best la.. hihi
hahahahaha..kelakar...
ReplyDeletetapi yakin ke wanita-wanita itu dalam hati die berniat nak tunjuk comel + suci??
ko salah paham kot???
hahahah.. terbaekk.. :P
ReplyDeletehahahah.. terbaekk.. :P
ReplyDeleteJue: sebab ada lelaki jenis mmg suka pompuan comel dan play inesen mcm ni kot..
ReplyDeleteMiss senget : ye saya yakin.. :) hahahahaha
Along Usop : maceh maceh maceh :)
rase nk sepak2 jaa pmpuan mcm ni kn xD
ReplyDeletegedik-gedik manja... bajet kiut... prasan comel... menjengkelkan...
ReplyDeletemanja ke mengada - ngada tu? tp hakikat memang ramai ppuan yang lgsg xmasak kat umah skg ni, diaorg biasanya beli jer kat luar......
ReplyDeletecontoh paling dekat, cikgu sekolah saya, selama dia kawen hampir 17 tahun, xpernah sekali pun dia masak utk family dia, kedai banyak katanya...
bak kata umi saya:
kalau tak tau, kita boleh belajar, tapi kalau xmau tu yg susah tu...
hehehehe.. saya baru je berjinak2 bce blog abg ni.. seronok.. especially yg misteri teh..memg terbaek.. 6_6
ReplyDeleteselamat berjinak2 ye dik. haha... dah baca misteri teh eh? mana kenal blog abg ni?
Delete