May 2, 2011

Fitnah Dalam Industri Makanan dan Halal

Assalamualaikum....

Zaman sekarang ni banyak betul fitnah yang bertaburan dalam alam maya, aku rasa faktor utama fitnah ni tersebar sebab ada Facebook, Twitter dan Blog. Aku masih ingat zaman dulu orang hantar fitnah dan surat berantai guna email je. paling terer pun hantar fitnah guna sms, tukang hantar fitnah dapat dosa, yang kaya owner maxis..

" Buat masa ini, Mekah dan Madinah dalam keadaan bahaya, jet-jet pejuang dan pengebom dari Amerika sedang mara ke tanah suci muqarramah. sila fowardkan sms ini kepada semua saudara semuslim kita, dan mari kita solat hajat dan berdoa agar 2 kota suci umat islam ini selamat amin.Takbir!" <----- contoh sms berantai....

Korang bayangkan, tak ke panic mak bapak kita yang percaya bulat-bulat bahawasanya segala maklumat dari sumber elektronik ni benar belaka, takda penipuan...jenuhlah mak bapak kita di ceruk-ceruk kampung tekan foward sms ke semua kawan-kawan dalam contact phone dia..yang kaya celcom, maxis, digi...yang sakit jari kita dan keluarga kita...**tiba2 teringat ringgit kasorga**

Bila zaman berinjak moden, makin menjadi-jadi fitnah dalam Facebook dan blog. ada pulak fitnah dipecah-pecahkan mengikut segmen..Fitnah artis? korang takyah heran, korang taip je kat google, bersepah keluar..

Fitnah dalam industri makanan tak kurang hebat, baru-baru ni aku seolah-olah tak dapat mempercayai mata bila baca beberapa teori konspirasi / fitnah terhadap sektor makanan. Diantaranya :

1. Jangan Makan Sardin Cap ayam, didapati ada menggunakan daging katak sebagai pemekat.

A) Aku belajar foodservice management, takda pulak selama aku belajar thickening agent guna daging katak, yang selalu guna tepung jagung, tepung gandum, kuning telur dan industrial emulsifier.

B)Daging katak itu mahal, 3 kali ganda dari harga sardin tu, jadi apakah relevannya menggunakan agent pemekat yang lebih mahal dari bahan makanan utama yang nak dijual tu. orang yg menyebarkan fitnah ni dan orang yang mempercayainya aku rasa ada masalah jiwa..egocentric, rebellious, ada penyakit cemburu dengan aliran mainstream..

Kalau boleh dia nak orang semua makan Sardin cap bonggol unta. atau makan sardin cap pelangi senja..sakit betul hati dia kalau apa2 saja di dunia ni menjadi Femes dan pilihan utama. dia anggap semua makanan branded adalah senjata kapitalis untuk kuasai dunia.

"kapitalis hangguk ko.. makan nasik beras cap rambutan jugak..pergi tuai padi sana nuuu!!!"

C) Perniagaan sardin cap ayam adalah perniagaan serius..diorang dah bertapak beratus tahun. modal pusingan ratus-ratus juta, produk top-selling adalah sardin, korang bayangkan takkan board of director begitu bodoh, berani nak merisikokan keuntungan syarikat dengan hanya kerana daging katak dalam sardin dia? apa hilang akal ke chairman dan BOD semua? korang ingat BOD semua ni kerja nak menyebarkan dakyah kafir 24jam?takda nak cari makan?

2. Bahan kandungan MILO ada menggunakan Cacing sebagai pemekat dan bahan lemak.

A) Astaghfirullah, astaghfar panjang aku masa baca entry ni, Takkan sampai mcam ni sekali korang boleh buat fitnah, dan takkan sampai macam ni sekali tahap pemikiran korang tak boleh nak berfikir, terima bulat-bulat.

Berapa tan pulak staff kilang nestle nak korek tanah cari cacing? berapa ekar pulak nak kena ternak cacing nak guna buat MILO?

B) Setahu aku selama aku study, takde pulak yang aku belajar, bahan protein iaitu daging cacing boleh dijadikan 'fat subsitute'. Kalau guna susu, cream, lemak sayuran dan campuran atau 'fat blend' itu aku tahu lah.

sebab tu sekarang Nestle guna minyak kelapa sawit sebagai fat subsitute bagi menampung penggunaan dairy creamer, sebabnye dairy creamer ni mahal...dia guna susu sebenar. Kalau pakai Non-dairy creamer jauh lagi murah. So boleh save cost dan menguntungkan..

Aku rasa kalau pakai cacing jenuh...bukan 100 tin nak buat setiap hari. Ber'tan-tan' milo nak produce. camon lah beb!!!!, korang semua dah besar kan? dah pandai pikirkan?

C) Kawan rapat aku yang main badminton dengan aku berapa ramai pulak yang kerje nestle, Ahtong, Amir, Epi, Pakcik Aziz ngan ramai lagi, aku taulah mana ada pakai cacing, diorang tak pernah cerita pun pasal cacing, Pakcik Aziz kerja 25 thun tu kat nestle. Rahsia paling besar aku pernah tau adalah Nestle guna Creamer Sawit gantikan Dairy creamer..sebab tu milo sekarang cepat mendap kat dasar gelas..

eeee...errrghhhhh **meluat** Aku ulas benda ni pun aku dah rasa bodoh, aku tak tau macam mana perasaan jadi orang yang percaya teori cacing dalam milo nih!!!

D) Nestle adalah sebuah syarikat bursa saham papan utama... perniagaan ratus-ratus juta.. MILO adalah produk jualan utama sebaris dengan nescafe dan sos cili. korang cuba tarik nafas panjang2...duduk tenang2, pikir elok2.. adakah syarikat yang totally depend on food product, kepercayaan pelanggan, syarat halal Malaysia, HACCP, Health certificate, Lab test, GMP, dan sebagainya ni sanggup memperjudikan business diorang dengan cacing?

- Bukan senang nak buat konspirasi nak sorok ingredient WwOOoOooo...Nak sorok dari Halal Jakim, HACCP, Kementerian kesihatan, pengeksport, laporan makmal swasta yang dihantar oleh pelanggan sendiri, dan macam-macam lagilah.

3. Pihak pengguna muslim kesal dengan penjualan siput babi dalam tin @ escargort yang dipamer di rak jualan produk halal. Ini dibimbangi akan mengelirukan muslim...

- sejak bila pulak siput itu haram? (malas nak ulas panjang..meluat)



Ini hanyalah gambar hiasan, produk dari Perancis. contoh produk siput babi dalam tin, penulis tidak mengetahui kandungan asalnya samada haram atau tidak.

- Kalau kerana nama dia siput babi maka ia haram, maka semua rakyat Malaysia berdosa terutama orang Kelantan kerana makan benda haram seperti Kuih Taik Itik, Taik Minyak, Lidah Buaya dan Lidah Jin. bla bla bla bla bla bla bla.....

4. Amalan Piawaian pengilangan makanan mengikut Lunas Islam dan syarak. Perempuan haid ditegah menguruskan production line.

" Kami amat menjaga etika dan garis panduan keislaman dalam pemprosesan dan pengeluaran produk, kami menjalankan khidmat konsultasi juga, contohnya dalam kilang kami, kami pastikan perempuan Haid tidak bekerja dalam bahagian proses makanan"

"Apa encik? maafkan saya...saya kurang jeles.. ulang sekali lagi...perempuan haid ditegah dari proses makanan? bila masa pulak makanan jadi haram bila perempuan datang haid sentuh makanan? bila masa pulak Islam cakap perempuan haid tak boleh masak? sumber hadis mana ni Tuan? boleh Tuan jelaskan isu mengarut dan bodoh ni?" (kata aku dalam bilik mesyuarat MARA tingkat 19 dalam taklimat khidmat konsultansi pengurusan makan secara islamik - tahun 2010)

Melenting betul aku kalau ada orang menangguk di air keruh, menggunakan agama untuk mengaut keuntungan, memperbodohkan orang hanya dengan berbekalkan segulung ijazah dari sekolah pondok di India..takpun dari Yaman. Professor Dr Haji Bakhil bin Kemut konon... ptuihh...

5. Jangan makan kat kedai tu, pekerja dia bukan Islam, semua dia masak Haram

-- Sejak bila Islam cakap makanan dimasak orang kafir itu menjadi haram walaupun ingredient dia halal? korang ponteng sekolah agama ye masa kecik2?

--Kalau korang degil jugak cakap jatuh haram...korang semua berdosa, sebab korang makan biskut, roti, air tin, susu, sos, Macd, KFC, nandos, kenny rogers, white coffee..biskut cap pingpong..megi.. teh boh, aiskrim, coklat cadbury pakwe korang bagi...bla bla bla bla bla (sila sebut semua makanan yang ada kat dapur korang)....sebab bukan semua orang Islam yang kerja dalam kilang2 itu..

6. Berhati-hati makan dan minum di hotel 5 star, gelas arak tu tak samak, Haram!

---Bila masa pulak bekas arak itu haram? ilmu feqah mana korang pakai yang cakap semua bekas arak kena samak? korang tidur ye masa belajar bab feqah? ke korang sengaja tambah-tambah hukum agama??? bidaah ni.....

---Basuh bersih-bersih, hilang bau, rupa dan rasa, then pakai la tanpa was-was... jangan Ghulluw dalam beragama...*maafkan aku, Ghulluw itu maknanya berlebih-lebih/menyusah2kan dalam agama.

################

Ada banyak lagi isu dan salah faham dalam industri makanan, ini aku baru sentuh dalam hal halal je, kalau nak sentuh dalam hal keseluruhan, mau korang close blog aku, terus point tak sampai.

baca sikit2 dulu, nanti korang hilang fokus. Kesimpulan aku, terdapat majoriti pengguna internet yang terlalu asyik dengan teori konspirasi merepek dan fitnah. Terlalu ramai pembaca yang suka terima bulat-bulat apa yang blogger kata tanpa selidik..sebab malas nak cari second opinion.

Ramai jugak blogger yang takda sifat tanggungjawab menyebar-nyebarkan fitnah tanpa usul periksa. (sapa pulak yang nak usul periksa bila nak sebar fitnah kan?)

Terlalu ramai juga blogger yang cetek ilmu tidak dapat membezakan di antara penulisan fakta dan penulisan Parody/sarcasm/Troll/perli.. kadang2 ada orang buat lawak, tapi blogger dan kaki 'LIKE' FB amik serious dan salah faham. Mula lah share2 kat wall fb tu...siap ada group

Korang pernah dengar kes pasal tuala wanita yang ada telur tikus? korang pernah baca dan tengok kes orang kampung kat china yang berpesta makan daging anak dara? *** menghela nafas panjang sambil menundukkan muka, pasrah dengan teori bodoh***

Korang nak lebih memahami pasal Halal VS Haram..korang boleh klik kat SINI.

Siap ada Group Kat FB anti milo dan sardin tu......ampunnnnnn.....






p/s jika setuju dengan pendapat ini, sila tekan Button 'LIKE' Fb di bawah entry ini.

penulis menulis menggunakan pendapat sendiri, jika mahu membaca dengan tepat akan kes teori yang disebutkan di atas, boleh google.


36 comments:

  1. yes!aku setuju yg amat dgn semua hujah ko ni..aku pun pelik kenapa la ada orang yg jenis tak fikir dulu sebelum pandai2 nak buat kesimpulan dan percaya bulat2 setiap perkara yg mereka tidak tahu kesahihannya..one word je aku boleh cakap untuk orang2 jenis ni, "ba wau dal wau ha"..tak sanggup nak sebut sebab nanti orang cakap aku kurang ajar pulak kan?;p

    ReplyDelete
  2. hakikat sebenar yang perlu di telan. kebanyakkan sekarang ni menerima semuanya bulat-bulat. sama ada melalui akhbar, internet ataupun cerita turun temurun. malas mengkaji sendiri. apa yang di beri itulah yang di terima.

    tak di nafikan kebanyakkan ni banyak fakta-fakta terpesong, fakta-fakta yang salah yang di sengajakan di sebar untuk kepentingan diri sendiri atau pihak tertentu.

    sebab itulah sumber rujukan dan berguru itu perlu dalam proses belajar. tapi sebaliknya berlaku.

    tengok blog ini popular sikit, tengok akhbar itu laris sikit, tengok pemimpin itu petah berbicara, tengok pendekatan agama dalam berhujah, tengok istilah saintifik di gunakan. ok fine. i accepted it. damn!

    ReplyDelete
  3. oh pleaselah..memang sakit hati dengan isu ini..lepas tu dapat pulak reader yang kurang bijak+cepat sentap+kerjanya nak share..

    malas nak layan fitnah makanan n produk ni,kalau was was jangan makan habis cerita..kan?

    ReplyDelete
  4. maka di sini lah pentingnya mengaji dan mengkaju... rata-rata pengguna di malaysia ni, mudah terpedaya dengan khabar-khabar mcm ni... pengguna harus bijak dalam membezakan khabar yang benar atau palsu... jangan membabi buta mengikut dan terus percaya dengan khabar-khabar ni... kadang-kadang, saingan dlm industri makanan ni membuatkan segelintir pihak menjadi buta hati dalam menyebarkan khabar fitnah palsu ni... hmmm bertanggungjawab lah...

    ReplyDelete
  5. Iv been saying dis to people. but no response=_=

    Nak share boleh?

    ReplyDelete
  6. terbaik laahh bro..~ den pn tak brapa percaya sgt sebnauyer bdende2 tu sume.. lg2 pasal milo n sardin tu.. perhh den da la duk bujang... sllu bende ala nie la ngadap utk sajian harian pn... skali ada lak org entry cmtu.. :P p mkn ttp mkn... jgn ada perasaan was2.. klw tak xleh mkn tak gitu .. :)

    ReplyDelete
  7. escargot tu siput babi ke? setahu aku siput underwater.....

    “Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Maksud Surah al- Hujurat (49):6).

    ReplyDelete
  8. 1st pasal beras cam rambutan. mak suka beras ni Nyah.. thanks promot sbb beras ni bagus, tak cepat basi tahan 3 hari. tp xde la mak makan nasi asyik panaskan 3 hr jer..

    Pasal sardin dgn Milo. menangis laki mak Nyah kalau betul fitnah tu sbb kedua2nya peberet laki mak.. maybe ada org yg anggap mak x pandai masak sbb laki mak suka makan sardin.

    Mak pun dok dgr pasal fitnah tp sbb terlampau byk fitnah pasal makanan dlm tin ni mak pun malas nak amik pot.Sebab dah semakin hilang logik fitnah2 mcm ni... lepas tu dh lama sikit senyap.

    ReplyDelete
  9. sepatutnya, dapatkan bukti yang betul-betul sahih, baru keluarkan statement halal haram, atau tentang isi2 dalam makanan tu...hurmm..

    baru2 ni pun saya ada buat jugak entri sal mentega golden churn..

    yang ni boleh rujuk Status Kopi & Roti Kluang Railway Station, Juga Mentega Golden Churn | Sunah Suka Sakura dot com

    ReplyDelete
  10. CIK SHA : mungkin org yang suka percaya teori fitnah ni orang yang suka memberontak, atau fanatik melawan kapitalis kot.. atau simple.. diorg kurg kasih sayang dan perhatian....

    Sam Posmen: setuju dengan kau pasal belajar sambil berguru.. kalau taknak berguru... leh gi bertapa kat air terjun..bior kene patuk ngan ular sendukkk

    Norinaomar: kalau was2 jangan makan...tapi jangan fitnah.. cukup was2 sorang2..jangan buat kelab was2 antrabangsa.. :)

    SM banjamin : yg buat fitnah dosa, sebar pun dosa...iyekan pun dosa...anyway komen kau kat atas tak HALAL..sebab ada DNA babi.. dana babi buta.. hahaha

    ReplyDelete
  11. Raihana izzati : tolong share dengan kawan2 dan sedara mara.. moga kita dapat manfaat dr nya... ehh kepiah aku mana.. rasa jd imam muda jap :)

    Zacky : takyah was2 kalau benda dah terbukti halal...ada lagi satu ilmu aku nak kongsikan...

    "anggapan tidak akan menukar kebenaran..nanti aku try buat entry yeee"

    OsamaBinladen: Escagort tu siput babi...boleh google..atau tengok dlm chanel 707 TLC...France culinary art.. tenkiu untuk Firman itu.. nice :)

    Nyah lekit : ko ade saham ke dalam company beras cap rambutan? hahaha

    cian laki ko nyah, pas ni ko kene masak gulai lemak la bagi dia makan...ahahahahaha

    Sunah : setuju.. bila buat tuduhan mesti datang dengan bukti.. takde bukti dan saksi.. itu dinamakan fitnah...

    ReplyDelete
  12. Apa yang posting bagus. Saya sangat suka membaca jenis atau artikel. Saya tidak sabar untuk melihat apa yang orang lain katakan.

    ReplyDelete
  13. siput babi haram woo sbb ada perkataan babi tuu.. ~ heheehee..

    kesian itu siput babi.. beliau kiut apee.. idung xde la penyek.. erk.. siput babi ada idung ker??

    ReplyDelete
  14. saya pon keliru gak masa baca kes2 tuh kat fb yg org duk tag2 ..maceh ye cheff buat en3 nih..hoho :)

    kalau semua nak syubhah susah juga jadinya:)

    ReplyDelete
  15. thanks encik zulfikar.kesian mak sy tak makan milo sebab ada org cakap ade cacing dalam milo.kdg2 org tua dia cepat terpengaruh.huhu

    ReplyDelete
  16. anonymous: terimakasih kerana menyokong :)

    udacun : siput dalam citer cpongebob ade idung kot.. ehh ade siput ke dlm citer tu? :)

    Alexa : sama2, ingat satu perkara, nabi tak ajar muslim jd ghulluw... tujuan agama islam turun bukan utk menjdikan idup itu susah.

    Elyana : itulah guna anak2 dan org muda, utk bantu educate generasi emas utk memahami isu semasa.. :)

    ReplyDelete
  17. tapi orang muda jugak cepat percaya.kakak yg bagitahu mak.erk ! macam mana tue,haha

    ReplyDelete
  18. kalau mcm tu...kene suh kakak baca entry ni kot :)

    ReplyDelete
  19. terbaik~~! :)

    tunggu next entry pasal ni...

    masalahnye orang2 yg dpt emel pasal2 benda2 mcm ni terlalu mudah utk sebarkan..

    macam nk muntah pn ada kadang2..

    ReplyDelete
  20. terbaik bro... macam prime minister kt nie tiada educated plak... klu la benda nie ada.. mesti la da kena sita...

    ReplyDelete
  21. Miss senget : aku pun mmg nak muntah bila baca kebodohan org yang menyampai2kan fitnah nih... mcm tak skolah je gayanyaa...

    Anonymous : tepat sekali! diorang cakap2 mcm negara ni takde undang2 pulak, ape diorg ingat senang2 ke nak tipu jabatan berkuasa.

    ReplyDelete
  22. yer,,, saya sangat setuju dengan semua hujah anda!!!
    saya pernah merasa betapa sangapnya otak masa keje kat kilang buttercup dulu sebab nak kena handle fitnah mcm ni..

    especially bila ramai org menelefon bertanya fitnah2 yg tak berapa cerdik seperti di atas...

    nak dapat sijil jakim cukup2 susah, lepas tuh diaorg selalu buat inspection mengejut, bukan sekadar production line, surau, rumah pekerja seluruh kilang and longkang pun dia intai...

    ReplyDelete
  23. that's great. saya pun baru sahaja terfikir ttg hal ni, bila saya jumpa blog encik, ternyata sungguh jelas penerangannya. good job. thumbs up :)

    http://mdphm.blogspot.com/2011/09/hukum-minuman-yang-menggunakan-bekas.html

    ReplyDelete
  24. akhirnya baru ada orang berani dan berpengetahuan seperti anda bersuara...syabas kerana BERANI KERANA BENAR!gara-gara ikan sardin cap ayam ada katak, sampai sekarang saya tak beli sardin cap ayam tu...dan kerana milo ada daging cacing, sebulan lebih saya tak minum milo kerana geli...(skrang dah minum...)Pada pendapat saya,bila ada seorang yang tulis blog fitnah tu...sebnarnya diorang ni ada agenda lain(iaitu menjual produk beliau)

    ReplyDelete
  25. heee..x bleh lupa time study dlu.sardin la lauk asas.tiba2 sorg housemate mati2 boikot tak mau dah lauk sardin.pasal kes ni ah.

    milo tu lg tak bleh blah la.org yg dok share info tu pun telan milo semacam ja..cacing la sgt..

    ReplyDelete
  26. Sgt setuju dgn penulisan anda...manusia terlalu paranoid dgn mende2 dlm FB ni...tapi mmg tuntutan agama Islam utk mencari kesucian dlm permakanan...bukan sekadar kebersihan...sbb tu la 'Halalan Toyyiban"...

    ReplyDelete
  27. Ya Allah...korang yg terlalu bgantung pd logik konon yg konon2 pandai sgt..cuba baca pasal GMO...dna recombination untuk hasilkan benih..sumber dna tu mcm2..bkn setakat siput babi, cacing..malah tikus dan favourite nya bA...
    Org Amerika dok buat tunjuk perasaan korang mcm kena pukau still x sedar 2...
    Nanti dah sakit..baru nk sedar kut

    ReplyDelete
  28. Maaf ya..fakta awak banyak yang betul tapi ada juga yang salah...contohnya MILO..secara saintifiknya MILO memang tidak sihat dan memudaratkan...juga dipenuhi bahan GMO(genetically modified organism)..maka mungkin DNA cacing yang ada digunakan daalm produk itu...mungkin orang awam x faham sangat how genetic modification done...so guna bahasa mudah yang misleading..apa2pun..mmg tak thoiyyibah la MILO dan tak sihat malah mudarat.....kalau nak bahas secara fiqh, mungkin boleh jatuh haram...

    ReplyDelete
  29. Saya harap kalian boikotlah produk Nestle...sebab Nestle syarikat Yahudi...diasaskan oleh seorang pharmacist...lalu memasukkan pelbagai vitamin dan mineral sintetik ke dalam makanan manusia dengan menipu manusia mengatakan makanannya berkhasiat...sedih melihat begitu ramai yang sakit di hospital...tamadun terdahulu tiada bangunan bernama hospital pun..

    ReplyDelete
  30. UK tidak jual jenama milo atau seumpamanya. Yang ada adalah minuman coklat yang dirasakan lebih selamat. Kalau nak milo boleh beli di kedai asia yang diimport daripada belanda. Tak tau apa sebab produk ini tidak dijual secara umum di UK.

    ReplyDelete
  31. Kenapa org kelantan dikaitkan dalam entri ni..

    ReplyDelete
  32. nak taip blog kata org bodoh fikir dulu..pasal escargot tu mmg haram ikut sebahagian pndpt,jgn main redah je..suruh org ngaji agama bagai,kata ghulluw bagai tp hakikatnya ko yg trlebih open..lg 1,makan di kedai yg org bukan islam pun ade perbahasan yg pnjg oleh ulama',jgn main redah je..ia x sma dgn kilang pembuatan makanan yg campur2 pekerjanya..tu pun halal jakim ade tentukan brpa org pkerja islam dlm sesebuah kilang mknn yg prlu ada utk dpt sijil halal..soal disini bukan halal atau haram je tp soal aula' soal mana jdi harus atau makruh..kene fhm..dan 1 lg,ko boleh ckp xkn la korg xleh terfikir syarikat besar xkn nk jatuhkan syarikat diorg dgn benda2 mngarut mcm ni..skng aku nk tnya ko boleh trfikir x xkn la anak pemimpin islam sgt laburkan saham dlm kilang arak tp hakikatnya berlaku!!! kalau ko xsuka org sibuk dgn konspirasi itu ini ko pun jgn nk berfikiran 'xkn la', 'xlogik la' itu la ini la..benda ni kalau ade gossip harus siasat bukn sekadar penafian kata2 je dan sekadar berstatuskn org yg bljr ilmu pemakanan.thing twice before speak louder,wlupun ni blog ko tp isu yg ko bangkitkan ni isu besar n publish kt umum..

    ReplyDelete
  33. Ada betui...ada tak betui...mcm ko tu pandai semua...phuiiii

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...