January 13, 2011

Halal Vs Haram Part 1

Assalamualaikum
Sebagai pembuka kata, aku akui bahawa tengok tajuk je,korang dah boleh agak aku nak bebel apa, mesti bab ayam tak sembelih, mesti bab Mcd halal tak halal..mesti pasal gelatin babi dan daging katak...takde2..secara kebiasaannya aku akan cuba buat Twist sikit penulisan aku ni, supaya tak kelihatan Cliche/klise atau senang sebut bahasa melayu Basi la....meh sini aku nak cerita pengalaman aku...

Suatu petang nak merangkap senja, aku berjalan2 dengan kawan sekelas zaman study, aku bawak jalan2 kat bukit bintang, bila lapar, semua org suggest nak makan kat mana, aku pun suggest la restoren feveret family aku, iaitu Nasi Ayam Hainan Chee Meng...bagi yg taktau, boleh google. tapi bagi food hunter, mesti tau yang kedai nasi ayam ni adalah antara yang terbaik dalam Malaysia, sultan dengan menteri pun ada makan kat sini..

Aku: woi korang nak makan kat mana? lapar dah ni.
Nur: Mana2 la damak, asalkan sedap, tak mahey...
AKu: jom makan kat kedai ni, kedai ni best, nasi ayam paling sedap aku pernah makan...
Nur: ikut ko la damak, aku follow je..

bawak jalan2 sambil aku jenguk2 belakang tengok budak pompuan lintas, takut pulak diorang kena langgar ngan mat rempit ke, kene ragut beg tengah2 jalan tu ke...

Aku: hah jom la gi makan, tunggu apa lagi?
Nur dan kawan2: kedai ni ke damak??? ni kedai cina ni wei, halal ke??? eee takmau la aku...tah2 ayam tak sembelih
AKu: laaahhh, dah terpampang Logo Halal Jakim sikit punya besar depan tu, apsal lak tak halalnye?
Nur: Ishkk, aku tak boleh la damak, tak lalu...bukan masalah Halal tu betul ke tak, tapi org cina tokeynye.. mana tau dia ikut betul2 ke tak sembelih ayam tu,... eee taknak taknak...takper la kalau korang nak makan, korang makan la, aku temankan je eh, minum air...aku kenyang lagi ni.aku makan roti dah tadi (la pulak)

Aku tak sampai hati, takkan nak buat benda mcm tu kan kat diorang, so aku mengalah dalam keadaan yang tak paham dan sedikit anoyying dan kami pun pegi makan kat kedai lain...aku pun tak ingat dah kami gi makan kat mana lepas tu.....apa yang aku nak berdiskusi kat sini???

1) Kedai tersebut disahkan Halal oleh Jakim..Badan yang bertanggungjawab memeriksa dan menjaga tatusila halal di negara kita, kalau kita sendiri was-was dan syak pada jabatan yg kita harapkan dan menjadi benchmark kehalalan...dimana lagi harus kita sandarkan keyakinan kita?camon la, negara Islam,majoriti penduduk islam, yg inspect tiap2 tahun atau tiap setengah tahun tu pegawai yg kita akui buat kerja untuk islam, tapi sijil halal dah keluar, korang boleh main syak wasangka pulak.

2) Double standard :- Cina bukak kedai nasik ayam, pekerja muslim majoritinya (dr indon)..ayam digantung di depan kedai korang persoalkan, tapi korang makan cikedis, jeruk, coklat, daging burger, megi, biskut butter, biskut Hup seng Cap pingpong, biskut Tiger,munchys, jajan2 dalam balang, hatta segala mcm produk dekat rak supermarket dan kedai runcit tu korang tak pernah persoalkan dan bubuh syak wasangka pulak??? majoriti tu kilang Cina, pekerja campur2, nepal, Melayu, Bangla, cina, India.. semua ada la senang citer.bila berhujah, korang cakap takper, sebab dah ada logo Halal kat packaging.... aikkk pulak dahhhhh..... boleh pulak korang tak persoalkan diorang ikut procedure secara jujur ke tak?

"ala damak, tu lain...tu kilang, ni Restoren, ko pernah tengok ke diorang sembelih ayam tu betul ke tidak? diorang beli ayam tu kat org islam ke apek?..ckp mcm bagus je ko ni damak, poyo la kau"

Hah sudah......la kuar hujah mcm ni pulak dah, habis tu aku nak tanya, selama korang hidup ni, makan Mcdonald, KFC, Nandos, SteakHouse, Foodcourt KLCC, ayam goreng pasar malam korang pernah pergi cek ke diorang beli ayam tu kat mana? korang pernah tengok kat dapur diorang sembelih ayam tu ikut procedure ke tak? double standard betul...

"Ala damak, tu lain...restoren2 tu ada logo Halal Jakim...kerajaan dah jamin" lah pulakkkk
Pusing lagi, dah macam main cawan gergasi pusing2 kat genting la pulak....
La...restoren2 mcm ni pun kan ada logo Halal Jakim...apa yg bezanya?

"Ah damak, ko ni macam bagus je, ikut suka hati kau lah, nak makan ko makan, aku taknak makan. aku was was...aku taknak sekongkol dengan benda Syubhah" (ayat standard bila dah takda hujah, ayat standard konon2 wakil sekolah Nasyid dah nak main keluar hukum)

Syubhah dengan sentimen adalah dua benda yang berbeza... syubhah adalah apabila kau tak tau akan status halal atau haramnya dan kau hindarkannya kerana tak yakin..sentimen adalah, ko dah tau benda tu halal dan dijamin halal oleh Tokey kedai, Jakim dan kerajaan negara Malaysia. tapi kau masih persoalkan berdasarkan Prejudis, subjudis dan anggapan kau sahaja. Jadi jangan Jatuh hukum pada sesuatu benda dengan dasar sentimen. dan jangan ko hukum pulak org yang tak sependapat dengan kau adalah tak Islamik dan tak jaga halal dan haram.. masalah bukan pada org yg yakin..masalah adalah pada kau yang ada penyakit was2.

Cuba korang tengok betapa Lunak dan Rasionalnya Rasulullah saw dan para sahabat dahulu kala dalam hal halal haram dan menghindarkan was-was ini....

Satu Hari, Rasulullah saw dan sahabat2 di beri makanan daging oleh orang yang baru masuk islam, Para sahabat merasa was-was dan ragu2..tertanya-tanya pandai ke org baru muslim ni sembelih..tah betul ke tidak... Rasulullah saw bersabda pada sahabat, "kamu bacalah bismillah dan kamu makan" takyah was-was (hadis ni sahih dalam Bukhari)

ada banyak lagi aku nak mengomel, tapi nanti org scroll entry ni tengok terlalu panjang terus taknak baca.. jadi aku buat part by part... lepas ni aku masukkan isu starbuck,coffee bean, dan haagen daz pulak...


Psstttt.... damak tu pun nama aku jugak, ada kawan panggil aku Zul, ada panggil Ikar, ada panggil damak :)

P/s cuba korang terbalikkan tulisan halal tu, apa yang korang nampak?

2 comments:

  1. bukan mak nak pertikaikan.. tp takut sijil halal tu beli jer Nyah.. tak nafikan apa nyah ckp betul tp kalau was2 better la tak makan nyah jd haram pulak.. terlanjur singgah ni mak ada masak itik gantung tak mati.. meh ler makan

    ReplyDelete
  2. susah kalau org terlalu open mcm kau..kedai tu kalau betul halal memang halal la sbb kalau dia p mintak kt jakim tp jakim check semua ok apa plak alasan jakim xnk bg tanda halal..itu pun kalau betul diorg apply n bukan halal beli lah sbb skng halal bole beli dr tgn2 yg xbrtggjwb...tp soalnya skang kau g ngaji sampai abis dulu tentang keharusan mkn di kedai bukan islam..perbahasan yg sgt pnjg dan pelbagai hujah ulama'..jgn main hentam je

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...