January 10, 2011

Sembang2 teh tarik AJL 25


Assalamualaikum

hehehe, bagi mengelakkan diri aku menjadi blogger stereotype, aku mencuba sedaya upaya supaya tidak ada rupa seperti orang yang ketagihan traffic dari reader, tapi memandangkan aku blogger yang ada conflict of interest (heheheh) aku tetap juga nak bersembang pasal Anugerah Juara Lagu 25 yang keputusannya telah diketahui bahawa Ana Rafali dengan lagunya Tolong ingatkan aku... yang mana di compose dan dicipta lirik oleh ana rafali sendiri menjadi johan. apakah yang belum disentuh lagi oleh blog2 yg seperti ikan piranna menyambar daging apabila mendapat isu AJL ni?(kwn2 blogger jangan la terasa, aku pun masuk sekali hahaha)??? meh aku sembang light2 je... sembang2 depan Tv bak kata org moden...sembang2 pak pandir bak kata org2 tua...

1) Baju/constume

Arggghhh, apsal setiap kali AJL apabila ada baju yang melibatkan satin dan sutera, ia akan nampak kualiti murah? kualiti sama macam costume wayang cina kat pandamaran?tak caya korang tengok baju Black masa lagu Drama king.. nampak kesan2 jahitan kedut2 kat baju satin dia... cuba korang bezakan dengan baju Siti Nurhaliza...whoaaaa nampak mahal... tak nampak mcm baju funfair pun



2)Faizal Tahir

Kenapa perlu pakai speck mata hitam tengah malam buta, dalam dewan yang gelap..sepanjang masa?? ini ada aku terangkan dalam entry aku bertajuk perkara yang menjelikkan dan tak praktikal.

3)Props..

malam ni prop yang memenagi anugerah terglamer jatuh kepada Prrrrrop sangkar!!!!!.... Faizal tahir pakai prop sangkar masa lagu Hanyut, Ana Rafali pun duduk dalam sangkar masa lagu tolong ingatkan aku.

4)lighting

saban tahun, acapkali, bila time klimaks, nak tengok artis2 pompuan terkinja2, mula la lighting crew gelapkan stage, pastu buh sinar2 lampu laser2 sikit...asap2 sikit.. dey.. kami bukan nak tengok pertunjukan lampu...kami nak tengok Stacey joget masa ending lagu Jahat tu laaa.... pengarah bahagian lighting gi amik kursus tambahan lagi masa cuti nanti... amik cuti sebatikal...

5) Lawak pengacara..

aku akui ada jugak lawak2 terselit masa FBI ckp org putih tak reti...tapi rasa tertipu dan rasa tak jujur, sebab semua org tau yg FBI terer ckp omputih, dan kepura-puraannya tak pandai org putih membuatkan aku tarik muka sikit (tapi aku tarik muka ke sorong muka ke..ade ke TV3 kisah????) hahahahahhaha... lain la kalau MR OS ke buat lawak tak pandai BI, kumpulan SEpah ke...ada la nampak mcm logik sikit...

6) sound...

aku bukan sound engineer yg terer nak komplen, tapi nama pun sembang2 teh tarik kan... hantam sajalah...kenapa kebanyakan penyanyi bunyi muzik lagi kuat dari bunyi vokal? ke aku tak korek telinga? atau speaker TV aku rosak? atau penyanyi tak lontarkan suara? atau sound crew tak adjust button level vokal dengan treble.. ehh betul ke aku ckp ni? ke aku memperbodohkan diri?

7) keputusan akhir

hahahaha.. ramai org mengamuk dan memberontak tak puas hati, termasuk la mak aku...dia ckp "tak patut betul ana rafali tu menang, bukan sedap pun lagu dia, tak puasnye hati mama"

Abang aku pulak cuba mengulas seperti pengkritik AF " Karnain dah agak dah yang dia juara, sebab lagu dia tu lagu puitis, M.Nasir lak ketua juri, M.nasir kan suka lagu2 puisi ni, so dia dah ckp kat juri2 semua bagi ana rafali menang"hehehe

Aku jawab balik "bukan M.nasir buat keputusan sorang2, ada pacai, ada andy flop poppy, ada amy search, habsah hasan bla bla bla bla... jaga suara, jaga lirik, melodi.. so hasil campur tolak semua, dapat la pemenang, M.nasir tu sebagai synchronizer atau pun pemudah cara".. ehh betul ke aku ckp ni? ke aku sekali lagi memperbodohkan diri???

Hahahahaha... aku lak. rilek je.tak amik port, lantak la sapa pun nak menang, bukan esok pagi kita dapat kupon makan roti canai free dengan nescafe tarik pun sebagai bayaran penonton dan pengkritik...rilek sudah..nanti elok2 nama AJL anugerah Juara Lagu jadi pulak Anugerah Juara Laga...


Ana Rafali "tolong ingatkan aku"


pssssttt: secara peribadinya, aku suka persembahan Black dalam lagu sofea jane.. nak nak adengan masa dia tarik panjang tu....

P/s (sambil menepuk2 dahi dan menggeleng kepala) "aku ni penulis blog picisan je la, bukan penulis blog gosip hiburan, dah rasa mcm hape je ulas benda ni panjang2... nak tau lanjut gi la Oh media ke....beutiful nara ke... ape2 je lah... "

Assalamualaikum.

8 comments:

  1. mak jeling2 je juara lagu td pastu msk bilik bujang mak... layan online. LAst dgr akak bgtau ana raffali menang.. sbb tu mak x kopek isu AJL sbb mak x minat nyah.. x kira la dia isu kontrovesi yg blh buat polis traffic kena stanby kt blog mak pun.. Nyah mak kat kg ni.. layan nyamuk mlm2

    ReplyDelete
  2. tergelak dengan statement " layan nyamuk malam2" hahahahahaha

    la kenapa ko tak kupas kupis bende ni nyah... trafic datang melanda nanti.. bak lampu trafic di sondol gajah... eh ade kene mengena ke?

    ReplyDelete
  3. hehe.. sekali sekala tukar prosepession apa slhnya ikar.. ekekeke :P

    ReplyDelete
  4. aku suka stetment AD aka Belalang... :)

    ye tak ye sekali sekale ye dak....

    ReplyDelete
  5. Perkara (2) Faizal Tahir. Duk atas pentas kna spotlight byk. Mata silau kena suluh. Lagipun time dia nyanyi byk pejam mata. takut audience rasa tak senang. sbb tu kot dia mengunakan cermin mata itam.

    Perkara (5) lawak pengacara. FBI nak wat lawak je tu..saja dier.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...
    Biar kawan terangkan pasal diri kawan terlebih dahulu...kawan kerja bahagian AV-specialize dalam Lighting and special Lighting effects...memang ramai orang yang komplen kenapa faizal tahir suke pakai spek time buat persembahan, jawapannya (buat mereka yg belum tahulah) adelah faizal tahir is a bit sensitive with bright lighting...buat mereka yang tak tahu macamana terangnye lighting kat atas stage tuh, try lah korang berdiri kat depan parcan 64par 1000watts...baru sebijik jarak 30 meter pon korang mate dah sakit lah, berani cakap, (aku orang bahagian lighting, aku taulah)...nikan pulak ade dekat 36 bijik parcan 64par 1000watts dekat first line yg mengadap ke arah stage...yg parcan menghadap ke penonton level brightness maximum is only 60%...tapi yang menghadap stage full blast untuk nampak effects lighting...bayangkan nak kene ngadap untuk 5 minutes...kene plak yg jenis mata sensitive macam FT...boleh sakit kepala wooo...ada orang boleh tahan, ade orang tak...kawan tau pasal nih masa handle lighting untuk konsert faizal Tahir in Persada Johor last year (in collaboration with MUBARI)...kawan bukanlah peminat fanatik FT, but just nak menegakkan fakta yang orang kita nih suke sangat putar belitkan sebab nak lakukan blog...


    p/s: lampu kete biase jek baru 150-300 watts...tu pon korg dah complaint silau time malam...

    ReplyDelete
  7. fakta lighting system AJL25

    Par64 parcan = 120 units
    Moving Head = 36 units
    flood/flush light = 12 units
    laser machine = 6 units
    Profile Light = 24 units
    Moving Flush Light= 12 units
    Strobe system = 16 units

    Digital LED Screen

    unknown number of unit (estimated around 36 panels used)
    sole supplier = Dino

    ReplyDelete
  8. Mohd Iskandar - owhhh mcm tu, baru paham, Tq ye... :)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...