January 8, 2011

cinta jarak jauh....

Kenapa hatiku kerap jatuh cinta dengan orang jauh?
cinta jarak jauh mengontangkan batinku
menyeksakan fitrahku
dan menjemukan sabarku
tapi aku tetap longlai dengan penangan cinta jarak jauh...
Ahhhhhh mengarut!

"hai awak, tengah wat pe tu? lama tak dengar khabar? sihat ke? saya teringat kat awak la, sorry tiba-tiba je rindukan awak" (sending) ------- teett (msg sent)

" Hi B... eh mcm tau2 pulak, i pun teringatkan b, b sihat ke?tadi kemas-kemas almari, jumpa tshirt yang B bg, terus teringat kat b, alih-alih dapat sms b :) "

sms diatas bukan lakonan atau dakyah freemason, ia adalah pembongkaran berani kisah idup aku yang tak berapa nak penting...dalam banyak2 kawan yang aku kenal dan bemesra, kenapa selalu lentok dengan penangan cinta jarak jauh?
Penang,kedah,kuantan,sabah dan JB....

mungkin beberapa faktor seperti dibawah, takkan aku sendiri nak analisa diri aku.. pandai2 korang la kan...
1. Intim tetapi tidak rumit
2.tidak perlu komitmen dan pengorbanan gila-gila...contohnya hantar meggi goreng kat awek duduk kat Pj semata-mata taknak awek kene gastrik
3.mungkin aku menghargai orang yang jauh lebih kot
4.aku dah imune dengan komunikasi sms, dan aku rasa lebih fun sms romantika (ngarut) hehehe

"bila u balik smnanjung?"
"insyallah bulan3 ni B"
"nanti kita jumpa ye"
"ok, lama tak jumpa kan.. rindu betul..miss u so much"

lamanya tunggu bulan 3.....
*capai handphone kembali dan sms...

"hai u... esok jom tengok wyg jom!"
"B...Ok, jumpa esok kat cineleisure eh daaaa.."

hahahahahahah selesai masalah... :P

13 comments:

  1. Nyah.. mak pn penah jugak cinta jarak jauh tp mak susah la nk setia sbb tu mak pilih cinta jarak sejengkal.. So, mak tau kalau curang senang kantoi. Tp skang mak dah ada laki.. Tu semua kisah zaman bujang

    ReplyDelete
  2. long distance love memang menyeksakan..

    ReplyDelete
  3. huh? jarak jauh eh...halaaaa....rilek ar bro.saya 5 tahun bercinta ni pn meeeeemaaanggg jarak jauh seyhh..lebih jauh dan jauh agi. kalau dekat pun still jauh gaks. sini terengganu. sana keluang. huh...tapi cinta tetap teguh dan utuh(cheeewah!)
    Ada kebaikan cinta jarak jauh ni (positive thinking):
    1) rindu makin mendalam. bila rindu mendalam, cinta pn turut sama mendalam2.
    2) tak payah kuar jumpa slalu. bila tak payah kuar jumpa slalu, maksiat pon kurang, perbelanjaan pon kurang, masa utk wat aktiviti lain pun byk (tak terikat sgt sbb asyik kna kuar dgn dia).
    3) tak kna kongkong sgt. kira nak wat jahat pun orait sbb dia tak tau (hihihihih...hahahah..huhuhuhuhu)

    ReplyDelete
  4. cinta jarak jauh ke jarak dekat ke yg penting SETIA!! tu jer :P

    im following u :P

    Tutorial: Tinggalkan Link kat Komen!

    ReplyDelete
  5. takleh nak rilek la... kurang kasih sayang..hak hak hak hak :)

    ReplyDelete
  6. lekat lekit: nyah takde kawan2 ke adik ke nak kenal kat i ke? leh gak wat gf.. nanti leh kawen.. :)

    ReplyDelete
  7. sbb tu diri inik nakal kot....heheheee....(cuba pasang skandal)

    ReplyDelete
  8. bagi student elok gak kalo cinta jarak jauh.xyah serabut2 nak jumpe la hape la.wakaka...couple tu,wat ready nnti pas abes blaja sng nak kawen.hak3x.amacam?ok x?

    ReplyDelete
  9. Aya: betul3... bak kate upin dan ipin.. :)

    ReplyDelete
  10. Fadheela: ehehe mcm kenal je kan :)

    ReplyDelete
  11. cinte jarak jauh ke.. jarak dekat ke... semua kalau kene yang tak boleh blah.. make tak boleh blah jadiknye.... hampeh... mencari cinta sempurna...

    ReplyDelete
  12. cinta jarak jauh lg best rsenye..
    boleh feeling2 rindu lebih2..:)

    ReplyDelete
  13. Setuju ngan Nadia
    saya PJJ gak,saya kat sarawak,bakal roommate kat JB
    dok jauh2 kena positif thinking je..kalo dok dekat gerenti tetiap minggu nak date,jimat skit fulus bila dah PJJ ni =)

    ReplyDelete

Hidup Dalam Kepalsuan

Assalamualaikum Kisah ni aku yakin berlaku pada tahun 1990, sebab kejadian ni berlaku semasa aku tadika, aku tadika umur 6 tahun. Masa aku...