January 1, 2011

Sejauh mana Manusia sanggup menipu?

Assalamualaikum.
Kali ni aku nak bincang dengan korang semua, nak tanya sejauh mana tahap menipu yang korang pernah dengar dari kenalan korang..korang dengar dengan telinga korang sendiri yang dia tengah menipu korang, bukan dengar dari mulut orang lain atau khabar angin....

Kat sini aku nak berkongsi pengalaman aku melayan seorang perempuan yang hobinya suka menipu, dia menipu tahap petala langit..kalau nak di ukur dengan skala Richter mau cecah 9.9 skala. aku akan kongsikan secara point je la, kang karang berjela2 korang bukan nak baca gamaknya. :)

Aku kenal perempuan ni dekat internet..tahap mana dia menipu? meh aku listkan kegilaan cerita dia :

1) Dia ada penyakit paru-paru berair dan sakit saraf dalam otak, perlukan duit segera untuk beli ubat di Hospital Besar Ipoh, jika tidak beli ubat dalam masa hari itu juga, esok dia akan mati...tapi..esoknya tak mati jugak, esok lagi tak mati jugak, lusa, tulat kemudian dan kemudian tak mati-mati jugak dan terus berusaha untuk memujuk aku memberi dia pinjam rm3000.00 hehehe sampai la 7 bulan pun tak mati-mati jugak. :P

2)Bapak dia Bekerja di Australia, dalam masa 5 minit dia cakap pulak bapak dia ada di Toronto Canada, bila dah kantoi, dia cakap di Canada tu daddy dia, di Australia bapak angkat dia..

3) Datuk dia ada harta berkoyan-koyan, mewariskan harta pusaka berupa dusun lemon dan oren, kilang kaca dan saham- saham kontrak di Canada bernilai 3 trillion dollar kepada dia.... dengar tu kawan-kawan semua... 3triliion dollar... nak mengiranya pun aku tak pandai dah.. rasanya 3 ribu billion kot.. betul ke? hairan kenapa Forbes tak dapat jejak Atuk dia, dapat Jejak Bill gates je yang terkaya di dunia dengan harta USD 50 billion....

4) Dia sekarang tinggal dengan keluarga angkat, iaitu rumah teres setingkat kos murah, walaupun pada masa yang sama ada 4 banglo mewah.

5) Setelah kenal lama, tiba-tiba dia cakap dia ada kakak kembar yang kebetulan sedang nazak Kanser otak yang menunggu masa untuk mati. Dan telah mewasiatkan diri dia untuk bercouple dengan pakwe kakak dia, sebagai pengganti cinta.

6) Dia nak menghadiahkan kereta BMW 5series kepada aku beserta wang tunai RM 400,000.00
hehehe.. tak mintak puuuunnn... tapi 2 tahun pun tak nampak bayang.

7) Daddynya telah menganugerahkan saham-saham di dalam Celcom berhad dan Hotel Hilton kota kinabalu dan Jeddah kingdom of saudi arabia kepada dia.

8)Seringkali tinggal di suite perdana Hotel Istana jika datang melawat Kuala Lumpur. Tapi bila tanya concierge dengan bellboy apa pun tak boleh nak jawab.

9)Pernah tinggal di toronto Canada selama setahun untuk menjalani pembedahan otak dan paru-paru. hehehe musim sejuk 6 bulan. :).. dia cerita pasal salji ngan sejuk je selama duduk sana...dia lupa pasal 4musim kot.

10) Cakap pakar Komputer, selalu chating, tapi akaun YM dengan Fb tak pernah ada...

11) dia cakap mak angkat dia merangkap mak sedara yang dianggap mak sendiri yang sangat disayangi bekerja sebagai tukang masak rendang dan lauk pauk... buta huruf, tak pandai membaca dan x reti menggunakan ATM... tapi 2 bulan lepas tu, bila dia lupa, dia nyamar jadi mak dia sms aku, bila aku tanya dia, dia cakap mak dia kerje jabatan pendaftaran pulak, boleh membaca.. puuulak dahhh...hehehe....

Banyak lagi penipuan yang diutarakan tapi dalam topten list di atas adalah yang paling tak masuk akal. manusia mcm ni mmg wujud, sebab abang aku ada pernah cerita yang kawan dia masa UiTM segamat dulu ckp, bapak dia ada kapal selam tapi parking kat australia. :)

Pastu aku pernah terbaca dalam blog-blog pasal Prince Lukmanul Hakim Bolkiah...yang mengaku dia Putera Sultan brunei yang amat kaya, tapi dia sendiri duduk rumah Flat....

Ada jugak kawan lelaki kat FB aku yang suka menipu, dia cakap dia kerja polis, tapi bila dia lupa dia cakap dia kerja tesco, lepas tu cakap dia eksiden kereta sampai patah tulang tangan tengkuk semua pastu bila dia lupa dia cakap dia tengah parking motor (boleh lak bawak motor).. pastu dia cakap dia menang judi betting worldcup RM 30,000.00 tapi bila lama-lama dia lupa, dia cakap nak pinjam duit aku RM 50.......bila cakap dia menipu pasal eksiden, dan dan la tunjuk gambar tah sapa2... tapi dia lupa nak delete tarikh yang diprint kat gambar tu.. gambar tu tahun 2007...hahaha... eksiden ckp lepas raya tahun ni...kuat betul mengencing....

tak dapek de jep!

Apakah kes yang anda pernah jumpa? sejauh mana korang pernah tengok dan dengar manusia menipu???

p/s ... aku kadang-kadang pikir, orang yang hidup suka menipu ni memang ada masalah otak dari sudut perubatan dan psikologi kot.

13 comments:

  1. Tgk dari segi dia menipu ni ternyata dia adalah pesakit psikiatri (psy) sebab pesakit psy kat cni mmg suka cakap menipu mcm tu. pas tu sronok plak layan penipuan diorg tu. ekceli diorang tak berniatpun menipu sbb diorg rasa diorg mmg berada di dalam dunia tu atau diaorg rasa diaorg mmg org yg digambarkan dalam situasi tu. memang best kalu layan org psy mcm ni. dia tak merbahaya. tapi bila layan rasa mcm kelakar. selalu gak tepon operator menyamar jadi datuk. operator and pngarah turut tertipu dgn beliau. cara diorg cakap sama ar mcm penipuan di atas. heheheee

    ReplyDelete
  2. org yg terlalu banyak menipu akan lupa apa yg di cakap.. ceritanya tu biasa la akan berubah2.. Nyah Mak sebenarnya Amy Mastura tapi Mak nak jadi blogger then Mak terpaksa menipu demi tak nak blog mak kena serbu mcm awek penjaga gol tu.. Mak nak org ikhlas Add mak, nyah. kekekekekeke.. Nyah mak nak pinjam gaun ropol2 untuk show malam ni bleh. Baju2 mak semua tertinggal kat kampung Mak dia Colombia.. skang mak sehelai sepinggang ni

    ReplyDelete
  3. Nadia:- a'ah betul la awak ckp... mmg saya pun pikir macm ni jugak.. diorg ni tak sedar antara dunia fantasi dan realiti... dia mmg ade masalah otak...

    AKAK suria:- hahahahaha..nyah... ko ni amy mastura ke nyah??? i betul2 tak sangka.. i ingat u ni wan maimunah...
    Gaun ropol2 dah hantar dobi... semalam bocor, tak perasannn. habis kotor... :P

    ReplyDelete
  4. mcm2 cara utk menipu skarang nie...

    hari tu ada Bdk Botak ada kongsikan 12 penipuan popular kat Malaysia

    ReplyDelete
  5. benar-benar berlaku pada hazri ke?
    tapi rasanya orang selalu tipu untuk menunjukan kehebatannya, jarang rakan kita menipu demi wang..rasanya..

    ReplyDelete
  6. orang yg menipu nie susah... sbb apa? sbb kita nk kene ingt setiap benda yg kita tipu tu.. jenuh la cmtu...

    ReplyDelete
  7. Areripe: yee.. semua diatas adalah kisah benar yg betul2 berlaku pada aku.. teruk tak penipuan minah tu?

    p/s panggil je aku zul.. Hazri tu nama bapak aku.. hehehe

    ReplyDelete
  8. AD: kadang2 diorg ni tak peduli pun bila dah kantoi.. mmg adventure sikit kalau dapat pusing2 citer gamaknya... :P

    ReplyDelete
  9. setuju dgn kak lekit...org yg selalu menipu akan lupa apa yg die penah menipu...haishhh..tp die tu mcm da teruk sgt menipunye...psyko betul la..:)

    ReplyDelete
  10. ni klu anto kat dak ARC bagos nih.. hakhak

    ko percaye ke ckp pompuan tu? hehe

    ReplyDelete
  11. org yg slalu n suke sgt menipu pd org lain, die x kan ingt ape yg die menipu..padahal mangse penipu itu boleh cerita ape yg die menipu......huhu..:)

    ReplyDelete
  12. ini epik punye penipuan nie... kah kah kah..

    ReplyDelete
  13. Aku tak biasa komen sini, tapi kali ni terpaksa, aku terpaksa. Sebab pengencingan pengencingan ini sangat hebat, macam tengah baca buku 1001 arabian nights.

    Zulfikar Hazri, aku rasa kau ni bertuah la weh.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...