January 3, 2011

Stesen Radio pilihan anda?




Assalamualaikum...
Hari ni aku nak kongsikan pasal stesen radio..aku tergerak nak menulis pasal ni, sebab esok dah start balik kerja selepas bercuti panjang, jadi aku akan mulakan semula rutin harian sebagai pekerja berkaliber dan berdedikasi.. untuk pengetahuan semua.. aku berulang agak jauh dari tempat kerja, aku tinggal di Shah alam dan bekerja di Batu caves, jarak perjalanan adalah 80 km pergi balik setiap hari, dan di tambah dengan jemnya boleh dikatakan aku menghabiskan banyak masa dalam kereta. Peneman aku yang paling setia adalah Radio dan juga sahabat merangkap rakan sekerja dan merangkap teman borak iaitu Sobrie.(kadang2 kami melalak karoke dalam kereta bila stuck jem)

Secara teknikalnya aku akan susun stesen/cenel radio seperti yang berikut.
1. FM1 = 92.9 Hitz.fm
2. FM2 = 96.7 Sinar fm
3. FM3 = 97.6 Hot fm
4. FM4 = 105.3 suria fm
5. FM5 = 103.3 Era.fm
6. FM6 = 104.5 mix fm ke hape tah aku lupa..(aku tulis cenel kat atas tu atas dasar ingat, bukan google pun)

Aku menyusun stesen radio bukan berdasarkan favorite mengikut kedudukan nombor, sebaliknya mengiku kedudukan button yang paling hampir dengan steering dan dekat dengan button on/off radio....jadi pilihan radio utama aku untuk dengar adalah...

1. HOT FM
2. SURIA FM

Analisis
Dulu aku minat gila dengan stesen radio HOT fm, sebabnya bagi aku, aku minat celoteh Fara Fauzana dengan Faizal Ismail (FBI) setiap pagi duk kenakan orang dengan panggilan hangit, dan jua sembang pagi2 tu... lepas tu bila balik kerja, ada segmen Jam.. dengar lak Kiran dengan AG...tapi sekarang aku dah tak minat Hot FM sangat sebab2nya banyak jugak la...jadi aku menulis ni dengan harapan Seelan Paul merangkap Bos@pengurus station terklik pasal keywords hot fm kat google terbukak pulak blog aku ni dapat la baca luahan hati bekas peminat hot fm...

1. lagu-lagu yang tidak variety mcm dahulukala.. sikit2 lagu indon..indon dan indon lagi.. indon dan terus indon.. hujan, hiphop tah pape.. senyum.. kacak sana kacak sini..kalau berpacaran, ana rafali, indon balik, pastu diorang ubah agak-agak klien dah bosan dengar, diorang main la lagu lama-lama untuk refresh telinga, ingatkan menjadi tapi tetap tak menjadi.. sebab lagu lama ni mcm rotation MP3 winamp kat komputer aku... boleh hafal... Amy search fantasia bulan madu,isabela.. cinta bandar tasik selatan, Olan..cinta melankolia, awie lagu di penjara janji...iklim suci dalam debu..pastu pusing lagi dan pusing mcm shuffle and replay dalam winamp kita tu.. sampai aku rasa samada DJ tak kreatif atau malas nak masukkan lagu-lagu baru, atau bos Seelan Paul tak bagi usik file-file lagu dalam pc diorang, atau diorang pilih lagu mengikut rate favorite pendengar.

2. Kedudukan DJ yang aku sendiri dah tak faham..kalau zaman dulu (3-6 bulan lepas) aku dah boleh hafal la, pagi-pagi si fara fauzana dengan FBI, tengahari sikit Tini dengan Lia.. petang2 hot jam tu Kiran dengan Wak Agy.. jawa rangers.... dan gandingan diorang semua ni mantap dan seronok...isu pun best. lawak pun ikhlas.. tapi sekarang ni aku dah naik jemu, lawak tak ikhlas pun ada... segment panggilan hangit pun dah menjemukan sebab kualiti mangsa dah mcam kuah dal lasu roti canai mamak. coreh je.. mungkin ramai yang mengharap dapat jadi mangsa panggilan hangit dan jadi famous, sampaikan kadang2 aku dengar dialog yg terkena panggilan hangit tu dah ada bau-bau mcam dia dah sedar tu panggilan hangit dan berlakon mcam terkena..ia menjurus kepada BOOOooring dan anti klimaks..

3. sekali lagi pilihan lagu aku nak bebelkan... mana perginya lagu-lagu hebat karya penulis dan artis malaysia? zamani slam, iklim, spring, M.nasir macam sentuhan listrikmu, mustika, ni tidak.. asyik-asyik tanya sama itu hud hud... raikan cinta.. puuusing lagu yang sama... mana pergi lagu2 hot dan terbaik celine dion, whitney houston, all 4 1, Mariah Carey, Francisca peter, Sudirman, rahim maarof, Syarifah aini, jon bonjovi.. eh penat la pulak nak menaip, berlambak2 lagi sampai melimpah-limpah idea aku nak menaip ni.

Tapi pasti bila aku bebel mcm ni, pihak pengurusan Hot fm mungkin perlekeh tulisan pencacai Blog mcm aku ni, diorang akan cakap, bebelan aku tidak significant... aku hanya pembebel yang tidak faham konsep stesen radio hot fm iaitu lebih hangat dari biasa, memaparkan lagu2 sensasi dan terkini sahaja... dan bukan lagu2 lama walaupun lagu-lagu itu terbaik sepanjang zaman.. contohnya... i swear, whitney houston's i'll always love you dan mariah Carey's My all....ishhh banyak la aku nak taip ni.. nanti2 la sembang....

Camon la Seelan Paul dan DJs.... sedar la dan refresh your idea.. hidangkan lagu-lagu yang terbaik, dan bukan hanya semata-mata sensasi sahaja.. aku dah naik muak dengan lagu kalau berpacaran, yang aku dengar 2 kali di waktu pagi masa sangkut dalam jam nak pegi kerja... dan sekali masa drive nak pegi lunch...dan 3 kali masa sangkut jam nak balik kerja..

kembalikan Hot fm yang dahulu.. aku rindukannya...!!

Dan buat masa sekarang, aku menukar stesen radio aku ke Suria fm.. yang lebih sensitif terhadap pilihan lagu yang variety dan top!.. walaupun lagu lama, tapi ia tetap evergreen dan masih menjadi pilihan kaki-kaki karaoke...siulan anak-anak muda. mak ayah..dan atuk atuk...meriah dan aku selalu tersenyum dengar lagu-lagu suria fm.. bila kuar lagu je terus, aku ngan kawan aku cakap.. "wahh ni lagu feveret ni... uiyyohh lagu bryan adam... wuuiyyoo lagu otai... uishhh Hetikus endang.. mak ai... Sentuhan listrikmuuuuuu......"

Tak diketepikan juga lagu2 sensasi dan terkini, yang disulam-sulam dengan lagu-lagu evergreen.. sesuai dengan motto suria fm.. Muzik Terbaik 90-an Dan Terbaru.
Cuma pesanan utk Suria Fm.. Cik linda onn tu kalau boleh jangan la selalu sentap dengan pendegar yang call.. mmg pendengar banyak yg poyo, tak profesional dan gedik. tapi nasihat saya awak buat tak reti je.. takut nanti orang meluat bila kita selalu sentap masa kerja.

Pesanan aku kepada HOT.fm .. jangan lakukan kesilapan yang pernah dilakukan Oleh Radio muzik dengan memberhentikan Isma Halil Hamzah...jangan buat kesilapan seperti Era.fm yang menukar hampir keseluruhan Dj dan konsep, bermegah2 dengan populariti dan lambakan iklan.. lagu-lagu lama yang berulang-ulang... dulu aku menukar arah dari Erra.fm ke Hot.fm... dan kini aku beralih arah ke Suria.fm... tapi masih juga 97.6 tetap aku tekan bila suria banyak iklan... :)

p/s aku kalau follow kereta bapak aku masa pergi main badminton.. selalu dengar Klasik nasional.. sampai dah boleh hafal lagu montaj/jingle dia.... sebab tu kat wall fb aku banyak lagu2 evergreen.. :)

4 comments:

  1. he3, btol tue. Sb nk kejar byk iklan last lingkup dh..

    Jom join bloglist Bdk Botak ye...

    Bloglist

    ReplyDelete
  2. kalau diorang tak sedar.. hanyut dengan kelekaan.. alamatnya punah jugak la....

    ReplyDelete
  3. Nak Degar Lagu nasser Wahab -memori cinta luka dan judika -setengah mati merindu .

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...