January 4, 2011

Perkara Yang menjelikkan dan tak praktikal


Assalamualaikum...
Aku ada sikit masa lapang, aku nak menulis sikit pasal perkara yang menjelikkan.."apa ni? asal masuk blog Zulfikar Hazri asyik nak membebel je kerja dia" hehehe mungkin ada yang cakap mcm tu, tapi takpa la.. kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya kita perlu bergaduh(pinjam kata2 Dr Maza)
Sesiapa yang dah kenal aku mungkin faham tentang pendirian aku dan bagaimana aku berfikir. aku bukanlah orang yang 24jam suka mengkritik dan bukan juga Grumpy Old man yang suka merungut, cuma kadang-kadang tu aku rasa aku perlu menyuarakan pendapat aku sebab aku rasa benda tu tersangat mengjengkelkan dan menjelikkan..

1. Pakai sunglasses/spek mata hitam/shades/kaca mata hitam di tempat yang tak sepatutnya.
--> aku salah seorang penggemar spek mata hitam, aku terpengaruh dengan Bapak aku yang amat suka pakai cermin mata hitam semasa driving atau bersiar-siar di waktu panas terik, tapi apa yang aku nak bebel kat sini adalah pasal orang yang suka pakai sunglasses di tempat yang tak sepatunya, aku selalu jugak nampak mat-mat GQ atau mat model dan minah model yang dalam shopping complex pun gigih nak pakai spek mata hitam? perlu ke? kan dalam shoping complex tu redup, sangat tak praktikal dan tak rasional. kadang-kadang aku cuba jugak jadi orang yang bersangka baik, mungkin dia ada penyakit mata, tak boleh tengok lampu terang sangat dlm shopping complex kot, tapi aku masih jugak tak boleh terima.. tak kisah la spek mata tu just style sunglasses yang tak berapa nak hitam, atau sunglasses utk silau, tapi tetap nama dia sunglasses yang berfungsi untuk meredupkan mata dari panahan terik matahari.. apa yang diorang ni nak buktikan sebenarnya? nak tunjuk kat orang ramai yang dia pakai branded spek atau diorang syok sendiri rasa diorang bertambah hensem, cun atau lebih stylo dengan sunglasses?
cukuplah korang pakai sunglasses tu masa driving panas terik, pergi kenduri kawin tengah hari buta, jalan-jalan tengah panas kat KLCC park.. tapi bila masuk dalam tempat redup.. boleh agaknya sangkut kat kolar baju atau pun simpan je dalam handbag coach tu kan...

2. Salahguna Tandas duduk...
--> ni satu lagi Pak sebahuk yang tak reti bahasa, selalu kalau kita nak guna tandas dekat R&R, stesen petrol, selalu aku jumpa tandas duduk atau toilet seat yang ada kesan tapak kasut tercapak atas tu... majoriti orang Malaysia memang suka buang air mencangkung, jadi... korang pakai la tandas cangkung, kalau tandas duduk tu.. korang duduk je atas tu...

"eeeeeee mana boleh, geli la aku nak duduk atas tu kotor.. tah taik apek mana, kotor2 yekk.. tah tah ada kudis ke siplis ke.. leh berjangkit... aku rela cangkung atas tandas duduk tuu tak relaa!!"

Ok korang justify guna alasan mcam tu, tapi bila korang ramai-ramai cangkung atas tandas duduk, habislah pecah cover toilet seat tu, dah la pecah-pecah, kotor pulak dengan tanah lekat kat kasut korang tu..tang tu korang tak pikir pulak?? korang jahanamkan kemudahan awam tuk kegunaan orang lain.. lain kali kalau korang geli sangat nak duduk atas toilet tu.. korang buat mcm mat salleh, diorang guna tisu tandas, lilit dekat penutup alas tempat duduk tu.. takpun korang tenyeh la sabun atas toilet seat tu, basuh elok2 dan korang duduk...kalau susah sangat, korang tunggu je la turn tandas cangkung tu, jangan babitkan orang lain dengan masalah korang yang geli tak bertempat tu ok..

Aku bukan nak seksis, tapi majoriti yang selalu cangkung atas tandas duduk ni orang perempuan..opss bukan aku pernah curi2 masuk dalam tandas perempuan, tapi adik2 aku dan kawan-kawan pompuan yang mengesahkan..
Aku naik tension bila nak melunaskan hajat, bila punggung aku tersepit di celah toilet seat yang pecah dan retak!!!

3.Pakai Cap/topi tak kena tempat.
Cap tu ada shade tuk halang silau matahari kan??? kegunaan dia tuk redupkan mata korang dari silau matahari, tapi.. ade pulak mamat mamat yang 24jam nak pakai cap.. siang, tengahari(baguslah) malam, subuh, senja, kedai mamak, dalam shoping complex, masjid, dalam wayang..wayang ada matahari ke? panas ke? ahh tak praktikalnya!

Ada pulak Budak-budak Malaysia ni pakai snowcap, kenapa bro? sejuk sangat ke Malaysia ni sampai kena pakai snowcap? nak panaskan kepala? nak halang kesejukan kat cuping telinga ke?aku akui ada snowcap yang betul2 cute dan style, but k0rang beli kat UK ke Newyork ke, korang simpan bila nak pakai pergi genting ngan cameron highland okey la, takpun korang simpan pakai masa pergi tengok wayang yang terkenal dengan kesejukan melampau aircond (tapi aku still rasa jengkel jugak)
*dulu zaman snowcap alien workshop tengah femes, budak-budak ada rembat anak tudung mak dia buat pakai mcam 50cent.. hahahahahaha ni betul2, tak tipu nih.. budak sekolah masa aku sekolah kat rawang yang buat. nak beli snowcap ori mahal pulak kan. rembat je la anak tudung, janji stylo milo...

4.Suruh Boyfriend /suami bawak handbag masa pergi shopping..
"Owhh annoyingnyeee... ohh jengkelnye... oh menyampahnya.. owhh tak boleh terima.. owhh sakit mata!!"
Perempuan memang tak boleh dipisahkan dengan handbag, zaman sekarang ni Femes betul dengan Handbag besar-besar gedabak, menggelebeh2... kadang-kadang aku perli adik aku..sampai kadang2 bawak Tot Bag (betul ke aku eje? ke tote bag? or beach beg)

"apa yang korang bawak dalam beg besar-besar ni ha? kami lelaki semua muat je dalam poket"...pastu dia jawab la sambil keluarkan khazanah-khazanah dalam beg, ada mekap, tisu muka, compact powder, lip ice, purse yang dah nak besar organizer, roti(hehe)..Handphone, gula gula mentos...Fuhhhh bukan main banyak Kahazanah yah diorang bawak.. takpe2.. tu bukan issue.. aku pun kadang2 suka jugak pinjam tisu gf, ngan tumpang letak tiket parking...

isunya kat sini, korang dah komited nak bawak beg besar mcam tu, dan ia adalah trend dan jugak fashion statement yang korang embraced, dan korang mengaku bahawa ia satu kemudahan bagi korang yang mmg memerlukan beg yg besar utk bawak segala macam barang

TETAPI...

Kenapa korang pas beg tu suruh bf korang bawak masa kat shoping complex? kononya berkongsi beban dan kesusahan la ye? dahh sudah aku tengok muka-muka lelaki toya je sangkut handbag kat bahu, dah mcm Nyah pun ada, pakai jeans bundel rock2, pecah lutut. baju megadeth, metalicca, sekali sangkut Handbag guess kat bahu.. takpun jinjing mcm babu teman datin shopping!!! deyyy camon la...

Ini bukan masalah taknak menolong, aku kalau teman Gf atau kawan pompuan shoping, aku rileks je tolong bawakkan beg2 shoping, plastik kasut, pegangkan bantal, pasu ngan ranting2 ikea.. itu bukan masalahnya nak tolong angkat...tapi dalam aku nak tolong bawakkan handbag gf... sorry, itu prinsip aku, sebelum aku couple dan pergi dating aku dah bagitau awal2... "awak jangan nak start2 suruh saya bawak handbag awak kehulu kehilir ye.. awak yang suka handbag besar2 kan? awak bawak ye, kalau nak suruh saya bawak plastik shoping barang dapur dengan baju-baju tu cerita lain, i am willing to do that! but, carry your handbag.. sorry.."

Yang perempuan, tolong la jaga maruah Bf awak tu, masa bercinta, mmg la sanggup buat apa saja, suruh pegangkan handbag sambil menari hawai pun bf sanggup, tapi ada batasnya, jagalah air muka.. dah mcam lelaki dayus pun ada aku tengokkan..alasan yg dibagi:

"ala suruh tolong bawak handbag je pun. tu pun nak berkira, belum suruh dukungkaan anak lagi, kalau dah kawen mcm mana la kan"

wei... dukung anak tanggungjawab Ibu dan juga ayah, itu bukan isu, suami pun mmg suka dan rela hati nak dukung anak kesayangan..tapi ap hal pulak handbag?

"Ala, tak sporting, i nak pergi toilet, takkan nak mintak pegangkan kejap pun tak boleh"

hisshh... itu la guna bawak handbag pun. dalam tu ada mekap korang, yang nak guna tacap2 muka kan? ada sanitary pad, ada mcam2 la, apa point korang masuk toilet tak bawak handbag tu? masa korang duk single mingle boleh pulak bawak handbeg sendiri ke hulu ke hilir masuk toilet keluar toilet, dah couple pulak datang mengada-ngada nak lelaki pegang? dulu masa study kat kelas kat Universiti, korang letak beg atas meja, budak-budak lelaki pegang sikit korang dah melompat2, menjerit2 "jangannnnnnn please respect my privacy K!" aik... tau pulak malu dan nak jaga privacy, tapi bila dah ada bf, takda pulak korang kisah kalau-kalau dia geledah Handbag korang?
Ke perempuan type passing handbag ni ada agenda tersembunyi kot! maybe tanggapan aku:
*nak test kejujuran bf samada jujur atau tak, geledah beg ke tak, curi duit singgit dua ke tak
*Nak sampaikan Message subliminal...bahawa.. "Bf tu dah jadi hak aku, dan aku nak tengok boleh tak aku suruh sarah dia.. dan bagi msg bawah sedar bahawa dalam perhubungan ni aku lah yg berkuasa!"
*nak letak tanda, bahawa "bila aku masuk toilet atau bz shopping, bf aku pegang handbag, menandakan dia dah ada gf atau isteri, so dia tak boleh nak gatal2 dengan minah2 salesgirl dan main2 mata dengan girl lain"

pssst: Aku bukan seksis dan suka membebel, cuma itu apa rasa hati aku... kita mungkin berbeza pendapat, tapi tak semestinya kita perlu bergaduh.

p/s lain kali kalau korang tak mempunyai kekuatan nak tegur Gf korang pasal pass handbag.. korang pakai skirt, tak pun beli satu lagi handbag, masing2 ada handbag, baru sehati sejiwa kan :)

15 comments:

  1. setuju2!! 33 benda tu sgt annoy yer...
    spek itam tu... tgk jela.. tp tu la.. style punya pasal kan...

    geli konon nk duduk kt tandas.. siap letak tisu byk2 atas tu.. tolonglah...

    lelaki bwk handbag.. kalo just pegang blh terima lg.. yg x tahan, siap pakai letak kt lengan.. da macam apa... x pahammmmmmm

    ReplyDelete
  2. Nyah.. ko memang sependapat dengan laki mak la pasal handbag. dia cukup nyampah tgk jantan tlg galas handbag pompuan.. apalagi dia nak tolong sandang handbag mak ni Nyah.. Mak pun tak suka. Dah la laki mak comel, muka unisex kang org igt laki mak.. macam Nyah lak.. Auw.. kekekekekek

    ReplyDelete
  3. AD: yang tak tahan tu.. lelaki boleh bawak handbeg awek dia dari masuk pavillion sampai habis tengok wyg.. tengah malam.. dah mcm ape je kene buli.. nampak sangat!!!

    ReplyDelete
  4. Nyah suria... ko ni tetap melekit tau.. walaupun laki kau muka jambu bisex.. ehh bisex ke? silap2 unisex... unisex tu mcm mana nyah? mcm saloon rambut ke? jom teman mak gi setting rambut... dah leper dah siput mak ni..tak releee

    ReplyDelete
  5. GF? owh..melepas...hahahaha...
    1) pasal pakai spek itam tu...mybe fashion kot. zaman skrg kan org suka fesyen pelik2. lagi2 terpengaruh ngan Gaga. Tapi saya tak suka+menyampah bila org cakap ngan kita dia pakai spek itam. tak menepati komunikasi berkesan langsung.nak cakap dgn dia pun tak senang. ntahmata pandang ke mana. kita pun tak tau nak tgk mana. slalunya kalu cakap kita akan tgk mata. tp mata dah jadi mata alien yg besar. so, takde tmpt nak fokus.mcmnya org tu takde budi pekerti yg tinggi la bila berinteraksi dgn org. kalu terlupa tu lain cakap ar.

    2)cap tu maybe fesyen gak. fesyen pelik2.....

    3) saya pn pelik gak ngan laki yg tolong pegang handbeg awek dia time bershopping. kalu kat tandas tu boleh la ampun lagi. ni time shopping pn pegang handbeg awek. awek plak jln2 lenggang2 kangung. wahahahaaa.....mcm pak turut plak daku melihatnya. kesian pun ader. kadang terbisik sesorang "amboi...sayangnye dia kat awek dia...kihkihkihkih"..kadang tu tersenyum juga. nak gelak tak mampu. kang tak pasal kena jeling.tapi ada je laki yg gf dia tak suruh pun dia nak pegang jugak. ni "terlebih sayang" + "prihatin" ni. hahahahaa...awek cun la katakan..kna ar jaga lebey. tp tak macho ar bila pandang. nampak mcm dia jd hamba awek dia plak....

    ReplyDelete
  6. ex nina suka peganf beg,,. kadang2 sje gedik2 konon2 nk buat sportcheck... cehhh

    ReplyDelete
  7. Nadia: pendapat kita sama dalam hal ni.. Fesyen ni sebenarnya yg paling elok adalah yag praktikal.. kebanyakan fesyen semuanya bermula kerana fungsi.. kan lebih baik pakai dengan fungsinya...

    pasal awek pass handbeg tu.. saya setuju dengan nadia!!! gip me pai!!!.. pap!!!

    ReplyDelete
  8. Nina: exbf tu nak tunjukkkan keperihatinan tahap gaban la tu kan...

    ReplyDelete
  9. Satu lagi lupa nak komen mgenai tandas duduk. ha... ni paling pantang. walaupn daku bukan pengemar tandas duduk..tpi..bila terpaksa guna..memang penuh bekas tapak kaki org kat atas tu. Bencinya8x.... Knapa lepas diaorg pijak atas tu diorg tak mau basuh balik atau lap balik ar?? Bencinya3x... Yang tu yang kesan lama. kalu kesan yang baru plak, i mean org yg sebelum giliran kita guna tandas tu kuar ngan muka takde rasa bersalah and takde rasa malu yang dia baru jah menepelkan tapak kaki dia yang basah2 tu atas seat tu. hissshhh...sungguh menjengkelkan. Ditambah pula ada jenis org baru pas kuar tandas, , dia tak pam plak sebelum kuar.kita nak guna rasa kembang tekak. Sebab nmpak tisu, air keruh @ najis dlm tu. bencinya3x...... Kadang rasa nak sound ja org yg guna tandas tu "hei kakak, pleaseeeee pam tandas. saya tak sanggup tgk air kencing akak". Hishhhh!! (tetiba nak naik angin). Diaorg tak rasa malau ke bila org lain tgk najis diaorg tu. Teraniaya tau org selepas tu. Seperti yang daku ceritakan dlm blog ku mengenai tandas. Sungguh membencikan sikap kebanyakkan org yang tak reti menjaga adab dlm tandas ni. Apatah lagi dlm tandas masjid2. Sungguh membencikan dan amat kurang bertamadun.Sedangkan dalam Islam sendiri telah mengajar kita bab kebersihan. ERRgggHh....(takleh cakap panjang bab ni sbb rasa nak pelempang org)

    ReplyDelete
  10. huahuahua....walaupun daku prempuan...tp ak stuju sgt pasal bwk handbag nei...
    kadang2 tgk lelaki bawak mmg geli...gaya nyah kurang hormon. nampak macam kena queenn control. so lelaki brtegasla ye...

    sstgh wanita mmg suka suruh nei..tp kadang2 saje nak uji..bukan nak uji sjauh mane dia sygkn kita...tp uji sejauh mane dia mampu mengawal, mndidik dan membentuk kita....

    ReplyDelete
  11. Predictor: wahhh ni point of view yang lain nih...

    kiranya ujian mcm reverse psikologi la nih.. nak tengok laki tu leh tegas tetapkan pendirian ke tak kan? hebat betulll :)

    ReplyDelete
  12. no.4 memang tak boleh blah...
    setuju sebab tak shuke pemandangan itu..sori kepada yang sering mengamalkannya jika terasa hati..huhu

    ReplyDelete
  13. yang no.4 tul betul..pelik benor kalau lihat lelaki bawa handbag pompuan.. bagi i..lelaki tak perlu tunjuk yang dia care kat pompuan tu ngan bawa handbag dia....cam pelik sngat

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...