Assalamualaikum...
Kebelakangan ini aku melihat Trend manusia yang suka prejudis.. minat dengan hal-hal keburukan sanak saudara selebriti atau ahli politik..bukan apa, aku baru habis blogwalking ke blog-blog pasal isu-isu panas Artis. Aku tengok blog yang serupa mcm ni begitu meriah dan berpesta membuka keaiban orang islam yang lain, membuka keaiban anak-anak, anak saudara, kakak, abang, adik, sepupu kepada artis atau ahli politik, perlu ke?
Yang menjadi Artis Mak diorang, yang menjadi terkenal kakak-kakak diorang, yang berpolitik mak bapak diorang, tapi kenapa korang semua pegi bongkar keaiban anak beranak pulak? korang merasa puas dengan dapat menyiarkan keaiban itu??? dan yang turut membaca pun sama-sama merasa puas ibarat orang haus lepas jogging dapat minum 100 plus...
Ada kisah anak Datok ni bogel la, berdisko la...ada cerita anak pembaca berita cium mulut dengan awek la, korang tayang gambar kakak si Heliza seksi.. korang tayang anak menteri ni bercumbu, berdisko..yang sinis dan ironiknya, masa korang duk berdakwah dalam entry tu cakap pasal ingatla Islam...Ingat Tuhan, korang sendiri tak ingat Tuhan, tak ingat islam... Allah SWT melarang Umat manusia membongkar keaiban saudaranya...sesiapa yang menutup keaiban insan lain, Nescaya Allah akan tutup keaiban mereka semasa di dunia dan akhirat nanti.
Dalam pasal korang melaknat, menyumpah tak kira lah si Pengomen atau si penulis....sedap je korang maki, sumpah seranah bagai... korang taktau yang korang bantu Syaitan menjahanamkan umat islam yang lain...
Tapi cubalah kita nak nasihat si 'pencacai umpat ni'... dialog yang korang bakal dengar mesti mcm ni..
"aku bukan apa, aku nak sampai-sampaikan benda mcm ni sebagai peringatan untuk orang lain"
----->wei sebahuk!!!...Islam tak ajar korang nak mengingatkan orang lain dengan cara korang bersukaria dan berpesta memaparkan keaiban orang lain seumpama buaya meratah bangkai.
"aku bukan nak mengumpat, tapi benda dah sahih, dah berlaku depan mata, lagipun aku bukan cakap belakang dia, aku cakap depan-depan"
----> deyyy.... itu kira mengumpat la dey! ko ckp belakang ke, depan ke, benda sahih ke ade bukti ke tidak, selagi korang menceritakan keaiban orang lain kepada orang lain itulah dia MENGUMPAT....
"Biar padan muka dia, sapa suruh jadi artis, kan anak-anak ko jugak yang dapat malu. skrang rasakan, nak sangat jadi artis, belum akhirat lagi kau kat dunia dah rasa azab"
-----> Korang ni konon nak jadi wartawan dunia internet, nak jadi penyebar media..oh la... eh la, ape la... tapi korang sendiri takda etika kewartawanan.. apa kene mengena anak dia shoping peluk awek dengan mak dia berlakon jadi makcik jual nasik lemak??? apa significantnya??? entahlah, aku tak minat nak lebel2 orang mcm ni.. meluat.
Korang tu confirm ke tak kena azab???
Bak kata dialog dalam cerita p.Ramlee.. seniman bujang lapok...
p/s dakwah tak perlu kita nak bongkar keaiban orang lain..
Mak pun macam wartawan interneyt jugak.. tp bagus bila mak terasa buat mak sedar salah mak Nyah..
ReplyDeleteBoring lama dah pasal ni. sebab tu saya tak suka tgk melodi atau yg seangkatan dengannya. Diorg ni kalau nak bg pengajaran pn tak payah la nak mention org ni org tu. just bgtau cntoh tnpa mengaitkan benda tu dgn sesiapa dah cukup.
ReplyDeleteWartawan skrg plak mcm...nak bg ayat apa ar? kuno? bodoh? busy body? pendek akal? Sebab hal2 dalam umah tangga artis pn nak tau. sibuk2 canag hal rumah tangga artis. Sampai dalam beg pun nak selongkar. Kurang bijak betul diorg ni nak cari glamer ikut cara barat yg dh tentu tak bertamadun tuh. Kita sendiri diajar dlm agama jgn mengaibkan umah tangga sendiri dengan mencanangkan kepada org walau ada masalah apa pun. Tapi wartawan ni sedap2 je sibuk pi selak kain artis2 ni. Artis2 yg kureng ni plak respon la pada wartawan nih. Tak perlu la respon. Biar wartawan kata sombong. Asalkan aib terjaga.
Amat rendah pemikiran wartawan2 sekarang ni sebab tak ada bahan sampai beg tangan artis pun nak di beleknya. Apakah?
jangan aibkan org.. nanti kita kena aib.. kita sendiri tak suka kan...
ReplyDelete