Pernah suatu ketika dulu, sewaktu insan tidak bersengkang mata, menahan punggung yang kebas melangut mengadap komputer utk mengupdate status FB dan upload picture, sebaliknya mereka bersuai kenal bersama kawan-kawan, menghirup secangkir kopi panas dan teh tarik dan bergelak tawa...
gelak tawa akan Hal-hal lucu tentang kehidupan yg sebenar, kehidupan dengan sentuhan,bauan, pandangan, hiruk pikuk yang nyata....
Bukanlah pandangan gambar yg diupload ke dlm Facebook picture album... bukanlah hiruk pikuk bunyi muzik dan video lawak di Youtube.
Suatu ketika dulu, sewaktu anak-anak tidak tertunduk mengadap laptop di meja makan, tidak duduk diam di depan Pc di dlm bilik terperap, sambil senyum simpul dgn lawak-lawak di blog beserta kebodohan status Fb kawan-kawan maya...
sebaliknya pada ketika itu anak-anak, duduk di batu-batu tembok di depan rumah mengadap jalan raya tar lorong kampung, melihat ibu membeli roti di motosikal babu roti, melihat adik kecil mengayuh basikal roda tiga. sambil menoleh melihat adik perempuan bermain masak-masak sambil menuang air arang dari teko mainan.
Suatu ketika dulu, ayah kerap bermanja dengan anak-anak, menyuruh anak membantu menegakkan tiang penyidai rumah yang hanya senget sedikit. Si ayah mahu anak jantannya tahu bagaimana menggunakan penukul...
Bagaimana mahu mengetuk paku, bagaimana menggunakan playar untuk memulas dawai kasar penyidai...
sewaktu itu... si bapa bermanja sambil mendidik anak-anak jantannya bagaimana mencangkul perdu serai untuk mak yg sedang menggulai... gulai yg resipi dapat dari turun temurun nenek dan onyang, bukan yg di download dari website chefwan..
sewaktu itu anak jantannya tidaklah tangan melekat dengan BlackBerry Bold dan Curve hanya utk bermain BBM....
bergelak tawa tentang gosip-gosip kawan terkentut didalam kelas, atau bagaimana mamat hensem ditolak cintanya oleh minah kampung.
Sewaktu masa dulu, ibu bangkit bingkas mengejutkan anak2 di dalam bilik utk bangun pagi dengan goncangan kasih sayang di bahu dan ibu jari kaki..
"sayang, bangkit nak, hari dah tinggi, siaplah mandi, mari kita bersama makan tengahari"
bukan lah seperti kini.. ibu mendail nombor telefon anak di Iphone hanya utk mengejutkan mereka dari tidur yang kerap terlajak akibat berchating di malam hari....
sewaktu tanpa misskol dari ibu..anak bangkit sambil tersenyum melihat ibunya yg manis di pagi hari walaupun mata melekat dan susah dibuka, bibir menyatakan mengantuk lagi, tetapi hati seperti bunga kembang pagi mengetahui ibu menyayangi setiap hari.
Suatu ketika dulu mak sering bergaduh manja dengan Ayah di dalam kereta kerana ayah enggan mahu bertanya jalan kerana sesat... lantas ibu menurunkan cermin tingkap bertanya pada makcik di kedai runcit arah jalan ke rumah kenduri kahwin tanpa GPS atau GARMIN...
masa itu, ukhwah terjalin, salam bersahutan dan persaudaraan insan terasa begitu nyata.. bukan suara rakaman si gadis pada mesin penunjuk arah yg sebenarnya tidak perlu pun dibayar khidmatnya.
Sewaktu ketika dulu, dunia berjalan lancar Tanpa Facebook atau FB dan twitter atau tweety...
Sewaktu ketika dulu, kawan yang kita kenal bertepuk tampar dan menghilai tawa tanpa chating dan ip ym
Sewaktu ketika dulu, anak mengetuk paku di tiang penyidai sambil merungut-rungut manja.
sewaktu ketika dulu, laptop hanya utk tugasan assigment...
sewaktu ketika dulu diari begitu personal dan bukan menjadi status update utk dinilai dan dihukum manusia...
Kenapakah semua ini perlu berlaku? sedangkan kita insan mampu mengawal apa yang kita mahu?kenapa kita perlu benda yang kita tidak perlu...ayuh.. buat masa sedetik waktu.. angkat punggungmu dari kerusi itu.. cuba tegur jiran sebelah, tengok anak dia umur dah berapa tahun?
P/s: aku sebak .....
rindunya kenangan itu..
ReplyDeletemmg xde life. spatutnya ada aktiviti yg menggerakkan badan, hirop udara segar di luar, bergaul bersama kawan dan jiran. tp disebabkan kuasa laman sosial ni, smua duk rumah...duk depan kmputer sampai seharian..aih...rosak2..rosak minda, rosak badan.
ReplyDeletepastu..semenjak ada laman sosial ni, suami isteri tidak saling melayani pasangan masing2 sepenuhnya. kalu dulu, tak tau nak wat apa sgt, ang tgk aku, aku tgk ang. la ni..ang tgk aku,bosan, tgk fb lg besttt...hermmm...sbb fb gak suami isteri leh gaduh. isteri leh jadi nusyuz, suami leh jadi curang..
pekerja2 plak lebih suka mengembangkan idea dlm laman sosial dr mengembangkan idea di pjbt. lebih suka berlaman sosial dr menghabiskan kerja pada masa yg tepat. bayangkan, jika lamn2 sosial ni takde, baanyak perkara yg manusia dapat capai atau buat kan? tp disebabkan terkurung dgn laman sosial ni, maka idea dan daya kreativiti itu hnya dapat di curahkan dalam laman sosial ja.aiihh....
Lana: betul kan .. teringat zaman kita yg tak dikongkong oleh internet,..... :(
ReplyDeleteNadia: haaa tepat sangat padangan cik nadia tu.. eloknye... sape yg ditangkap main Fb masa opis elok di hantar kursus dalam hutan selama dua bulan.. bior dia ketagih nak update status fb sampai meleleh air liorrr
ReplyDeletewahhhhhh....sunggguh menyeksakan...Tapi diri ku dapat menahan ketika pergi mengembara :)
ReplyDelete