Salam kepada semua kawan-kawan, maaf 2 hari off dari berblogging dan berinternet, sebab menguruskan isu tuntutan insuran yg melibatkan terpaksa bergerak ke banyak tempat dan agak meletihkan, namun hari ni kembali untuk bersama korang semua untuk berkongsi pendapat dan luahan Rasa Hati. Entry kali ni aku terpanggil untuk berbicara tentang Perhubungan awam, atau english di sebut Public Relationship (PR).. nak berkongsi pasal ni bukan apa, hari ni aku tersentuh dengan keramahan Makcik Kaunter JPJ Padang Jawa yang sangat mesra membantu dengan Ikhlas dan juga keramahan staf-staf AMbank Hq jalan Yap Kwan Seng, Tahniah aku ucapkan pada mereka yang ikhlas dan tawadhuk semasa membantu pelanggan dalam menyiapkan urusan-urusan yang terlibat. Namun di sini aku nak kongsikan bagaimana caranya untuk kita sama-sama memperbaiki lagi skill perhubungan kita dengan ahli masyarakat.
Mesti ramai antara korang yang terjumpa dengan sesetengah kawan yg begitu peramah, rasa seronok bersembang dengan dia, seronok bila dengar dia bercerita..dia selalu dapat menarik perhatian orang ramai, dan rasa begitu mesra dan seperti dah kenal lama.. tetapi sebaliknya ada jugak watak hitam yang apabila kita dekat dgn dia, bersembang dengan dia, kita akan panas Bontot dan rasa nak cepat-cepat blah, malas nak layan, sakit telinga, hati sakit, meluat, menyampah, bosan dan segalanya lah... disini aku kongsikan sedikit sebanyak apa yang aku tau lah..
Di bawah ini adalah senarai perkataan/ayat/eksperisi/tatacara/perlakuan yang sebolehnya di elakkan semasa bergaul dengan kawan-kawan dan juga kenalan profesional.
1. Suka hati aku lah!!!
Elakkan penggunaan ayat 'suka hati aku lah' semasa melawan hujah kawan-kawan, ayat 'suka hati aku lah' ini amat tidak sesuai di mana-mana keadaan dan situasi sekalipun kerana ia melambangkan sikap tidak matang, tidak sensitif dengan perasaan orang lain, anda pentingkan diri, dan anda bodoh semasa ingin mempertahankan hak anda. Guna kan perkataan lain, atau gurau senda yang agak pedas jika mahu, sindir menyindir lebih bermakna jika menyampah dengan orang lain, tapi elakkan 'suka hati aku lah'... sebab anda bukan monyet yang duduk dalam hutan, anda manusia, bermasyarakat, anda tak boleh nak ikut suka hati anda je, hati orang lain kalau tak suka macm mana? kalau kesukaan hati orang lain ialah menampor muka anda bertubi-tubi..boleh tak? kalau anda marah, sekali dia jawab balik "suka hati aku lah!!!" mcm mana? kan dah jadi gaduh maha hebat......
2.Aku...Aku..kalau aku... aku ada... aku.. aku dan aku...
Dalam skill komunikasi yang bagus, elakkan menggunakan perkataan yang banyak merujuk aku/diri sendiri, mengikut pakar komunikasi dan perhubungan awam, sesiapa yang apabila suka bersembang selalu menyebut "AKU" adalah seorang yang hakikatnya lemah dan Tin kosong, selalu merujuk diri sendiri dengan harapan dapat menyorok kelemahan diri dan merendahkan keupayaan orang lain walhal kebenarannya kemampuan takdelah sehebat mana pun...
contoh: "AKU korang tanya AKU????.. huh kalau AKU la yang jadi manager, dah lama AKU buang semua benda mengarut ni, AKU bukan nak ckp apa la, masa AKU kerja dengan Presiden negara pasir dua butir dulu, AKU hebat, AKU tak mcm korang semua. AKU lah yg paling power masa uruskan kilang projek juta-juta dulu..AKU setakat urus kilang mcam reban ayam ni..apa ada hal!!! (kebenarannya, P/0 dengan Invoice pun xtau nak baca dan bezakan.. :)
3. Bodoh, bengong, siot, doh, dowh, sial, syiot, ngong di setiap pengakhiran ayat.
Ha kesilapan ni selalu berlaku pada remaja-remaja dan juga tak terlepas juga orang dewasa yang masih belum meninggalkan zaman kebodohan remajanya. ramai jugak la kawan-kawan aku yang masa belajar dekat Universiti dulu suka sangat kalau bersembang ke, bercakap ke, mesti wajib nak habiskan hujung ayat dengan bodoh, bengong, siot, sial.. aku pun taktau mana syoknya cakap nak finishing ayat mcm ni... aku tak berapa nak fahamlah, tapi keluarga aku, kami adik beradik mak bapak ajar, jangan sebut-sebut bodoh2 bengong2 sial2 hujung2 ayat. sampaila kami dah tua bangka ni pun, kalau bersembang dengan adik beradik dan kawan mmg tak pernah, jarang nak sebut benda-benda ni semua, rasa janggal dan takda adab...masa belajar dulu, bukan lelaki je. tapi perempuan pun tak terlepas. sikit2 cakap nak finishing bodoh.., dohhhh... bengong...dah macam trend hape kebenda la pulak. elok la kita sama-sama muhasabah diri, aku bukan nak jadi ustaz, bergurau tu gurau jugak, kelakar tu kelakar, tapi apa kata bab menghabiskan hujung ayat dengan perkataan-perkataan yang tak elok tu kita sama-sama tinggalkan dan komited utk berubah.
4. Cakap English yang tak sepatutnya dicakapkan pun sebagai penyedap ayat konon..
Well... urmmm aaaaa.. urmmm huuuu.. haaapp.. hup hap hup hap well... bla bla bla.. bek bek bek bek well.. u know.. u know.. well.. ekceli ekceli i is like the brand very very the much..actually.. i think.. well.. pavillion blaa blaa gucci.. petaling? euuuwwww.. errmm eerrr aaaa beeekk bebebe be bebbeekk.. well actually, regarding.. u know.. i see i see well well .. well...
Anda tak nampak org putih pun banyak well well ni.... anda tak nampak high class pun... tetap jugak tangan bau sambal belacan..bermaruah lah..jika nak cakap english, cakap yang berkualiti seluruhnya, dan jika mahu ckp melayu cakap melayu dengan bermaruah.. anda tak akan nampak kampung kalau bertutur bagus dalam bahasa melayu. Percayalah, org menyampah kalau anda dok ekceli ekceli (actually) banyak-banyak.. eeee meluat.
5. Lupa nak ucap Tolong, dan Terima Kasih.
Anda tak jadi kuli pun kalau sebut tolong masa nak mintak pertolongan orang, dan anda tak nampak jutawan pun jika tak sebut Terima kasih... anda mintak tolong orang... sebut la tolong meskipun anda bos... atau anda senior atau anda lecturer... apa salahnya sebut perkataan TOLONG tu? dan selepas menerima apa-apa bantuan dan pemberian..biasakan sebut terima kasih.. sejuk hati orang yang menolong kita. baru lah orang suka berkawan dengan kita. takda la org cakap kita ni manusia takda adab, menyombong....
" Kak siti... tolong saya boleh tak? tolong buatkan nescafe O kurang manis Kaw ye kak Siti... buh gula jangan kacau mcam biasa ye.. terima kasih kak Siti"
ATAU
" Siti, nescafe O satu, cepat sikit... "
mana lebih sedap dan beradap???
anda mahu orang lain menghargai dan menghormati anda, anda hargai dan hormati orang lain juga...
anda tak suka orang kurang ajar dengan anda, anda jangan kurang ajar dengan orang.
sekian... nanti saya sambung di lain entry.. terima kasih...
:)
Pssssstt : saya suka minum nescafe sangat2 :) hehehehe
Dlm byk2 contoth di atas saya lebih suka yg nombor satu. hishh...kalu dapat ayat mcm tu mmg rasa nak debik2 je org tu kat muka dia. apa dia ingat dia sorg je hidup di muka bumi ni. kalu nak ikut suka hati sgt pi masuk kubur duk diam sorg2. heh...(tetiba rasa geram plak bila teringat mmber yg suka ckp mcm tu bila ditegur). satu lagi dia nak tunjukkan xpresi ego dia terhadap teguran. dan bila dia mengeluarkan ayat "suke ati aku lah!" tu menunjukkan betapa jaaaahilnya dia sbb dia lupa yg menetapkan hukum bukannya saya tapi Allah s.w.t. Bukan nak jadi ustazah ke ape. tapi kalu dah tau rasa bersalah tu diam sajalah. ni siap nak menjawab mcm tu. secara automatiknya telah menunjukkan diri di tu seorang yg budus...
ReplyDeleteHuh..abih bebel dah..nah nescafe.. (sambil menghulurkan nescafe dalam mug hitam yg comel)
"mantop siot..gile ke apa otak die ni..kopi sate..ehhh satu"...awk dah makin byk pggalaman hidup...baguih..tuan aji suka...bdk muda tp akai jenuh..mcm2 ada batu geliga kat dlm otak..mai sebijik nk wat batu cincin..tuan aji pn nk bling..bling jgk kat jari ni...nanti bleh join gan bdk siot..
ReplyDeletenadia:- srrrupppp... sruupppp.. hirup nescafe panas dari mug comel Nadia.. wahhh sedapnya... terima kasih ye nadia... :)
ReplyDeleteOrang yang suka berhujah suka hati akulah ni adalah org yg tidak matang dan sellfish.. elok org ni kerje kat zoo.. boleh kawan ngan monyet... hahaha :)
sobrie:
ReplyDeleteMasha Allah, alhamdulillah, Allah bagi kelebihan akal nak pikir kreatif sikit kot.. dengan cepat belajar dr kehidupan.. mcm awak jugak... awak pun banyak ngajar saya erti kehidupan apa...
p/s saya rasa nak bukak kedai itik panggang la.. awak tolong buat reban itik... :P
Ciao, mi fa piacere leggere tutti i tuoi post. Volevo scrivere un piccolo commento per supportarti.
ReplyDelete