December 3, 2010

Beruntunglah kamu........

Beruntunglah kamu jika kamu mempunyai sahabat
yg sama-sama mengharungi zaman senang dan susah.
Yang terkena tempias tapi tidak mengeluh dan menjerit payah
Yang masih tersenyum dan menemaniku dengan ketawa berdekah.

Aku melupakan kepayahan sementara
sebab dia selalu nasihat pasal hidup umpama roda.
Bunyi Memang Cliche, tapi memang itu yang aku rasa,
aku kembali ke tempat mula.
Mencari pecutan dan daya
untuk momentum seperti dahulukala
merasa diri seperti di puncak dunia.

Aku dulu ingat pernah dah jumpa sahabat.
tapi dia bukan sahabat, dia hanya teman berseronok menunjuk hebat.
Bila aku tidak mampu untuk menemani berbelanja
mulutnya juih dan bermasam muka.
mengeluarkan kata nista
"apa ni takkan itu pun tak mampu Manager"
"Gaji ribu riban, takkan nak seronok pun segan!"
cuba engkau hilang harta dalam sekelip mata!
Jangankan nak seronok, nak senyum pun derita.

Beruntunglah aku yang kini mempunyai sahabat
yang berkawan bukan kerana mencari keseronokan dan keuntungan.
Kerana aku bukan lagi kawan yg tebal dengan kad kredit bermacam cap dan brand.
Aku bukan lagi jejaka di puncak dengan kereta hebat nilai ratus ribuan,
bukan juga kawan yg kasut ditanah ratus-ratusan.
Bukan lagi yang membayar rm1o utk kopi secawan,
Malang sekali untuk Tag Heuer 5ribu di lengan.

Aku kini hanya pemuda yang lebih senang minum di warung dan mamak.
aku tidak lagi membayar rm100 ke karoke hanya untuk melalak.
bukan lagi yang membayar fresh oren rm24 hanya untuk berlagak
yang menabung duit hanya untuk kembali bertapak....

Orang pernah berlaung berulang-ulang.
Tentang dunia berputar ibarat roda dan roller coster,
aku kini telah merasa dan sedang merasa...
Tapi aku tidak pula rasa terseksa,
kerana aku merasa bebas dan terlepas...
Dari Beban menggalas dan kawan yang berpura-pura.

Baruntunglah kamu jika kamu mempunyai sahabat,
Yang dulunya melihat kamu hebat...
selang masa berlalu melihat kamu sedikit melarat.
tapi masih lagi sama-sama mengharung trafik dan berehat.
Sahabat yg dalam gurau menasihat
Tentang keringkasan hidup di dunia yang menjerat.
kini aku merasa beruntung mempunyai kamu sebagai sahabat.....

Beruntunglah kamu dan aku yg sering didampingi sahabat yang hebat

4 comments:

  1. Kata ku apa pun jenis perhubungan itu tidak bisa dijual beli... wang bukanlah segala-galanya walaupun tidak dinafi betapa setiap yang berakal itu berkehendakan wang bagi kelangsungan hidup. membeli makan dan pakai. menampung sewaan rumah. bayar api dan air...

    aku tidak punyai ramai kawan mahupun sahabat. kadang-kadang sendiri pun elok buat ku. bukan atas dasar kesombongan, cuma risau mencipta kesusahan kepada yang lain. Namun tak dinafi, aku manusia biasa. berkehendakan kawan mahupun sahabat. tapi untuk berjual beli dalam perhubungan, aku rela sendiri. hidup adalah indah jika bersama mereka yang tahu hormat dan bermaruah...

    ReplyDelete
  2. hormat dan bemaruah... tiadanya tuan tiada juga kuli antara kawan.. tiada yg megah, tiada yg caci... semua sama saja... ibarat kata aziz satar... "hye ladies2 dan gentlemen, yg makan di pinggan dan minum di cawan"

    ReplyDelete
  3. =D
    as salam..
    setiap kejadian ade hikmahnye...

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalm.....

    skrg banyak dah paham pasal hikmah yg melanda :)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...