December 20, 2010

Tips mengenali penipu di Chatroom dan cinta internet

Assalamualaikum.
Selamat membaca dan selamat berblogwalking kepada bloggers sekalian. Hari ni rasa nak menulis dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan tentang penipuan di dalam chatroom. Aku macm biasa apabila menulis hampir seluruhnya pakai pengalaman sendiri dan pendapat sendiri, jarang ambil copy paste dari orang sedaya aku, sebab itulah niat utama aku untuk ber'blog' iaitu berkongsi rasa hati. Matlamat yg lain itu kalau datang adalah bonus bagi aku. Sini aku nak kongsi tip bagaimana nak mengenali penipu dan mengelakkan diri ditipu di dalam Chat room.
Aku sudah bergelumang dalam dunia chatroom seperti Mirc, Ym, MSN dan yg terbaru adalah Chating di Fb sejak tahun 1999 iaitu hampir 11tahun, pada zaman awal perkembangan internet di Malaysia, web/ internet function yg paling mendapat sambutan adalah MIRC dan ia begitu menggiankan sehingga pelajar-pelajar sekolah sanggup ponteng hanya semata-mata utk bermain chating. Dlm dunia chating/maya ini ramai manusia yang mengambil kesempatan utk menyamar menjadi siapa yang dia fantasikan dan ada juga yang suka menipu dan mengambil kesempatan kepada mereka yang senang terpedaya. di bawah adalah beberapa cara yang aku sendiri perhatikan :

1. Telefon.
Jika kita minta no telefon, dia bagi, tapi bila kita nak call dia sering mengelak, dan alasan-alasan yang digunakan adalah, speaker telefon rosak, hanya boleh sms..tak boleh bersembang. alasan ini banyak dilakukan oleh lelaki yang menyamar menjadi perempuan semasa chating. Aku bukan nak diskriminasi tapi majoriti yang buat perkara ni adalah dari golongan Nyah dan Pondan. Namun terdapat juga lelaki sejati yang melakukan hal begini kerana mereka mempunyai sex orientation dari perhubungan chating dengan lelaki lain walaupun dia straight dan telah mempunyai keluarga bahagia. Ada juga wanita yang berusia yang menyamar menjadi gadis belasan tahun untuk saja seronok-seronok.

TIP: Jika anda dapat No Hp, try call terus secara mengejut selepas sms, dan jika dia engage/letak call anda, terus tak payah teruskan hubungan sebab ada sesuatu yg di sorok, atau anda boleh cuba buat video call secara tiba-tiba dan kalau dia terus matikan call. memang sah dia menyamar.Hentikan hubungan kerana ia tidak berbaloi utk diteruskan.

2. Webcam di Yahoo Messenger (YM)
Apabila sudah berkenalan di mana-mana Chatroom dan kemudian bertukar Id Ym, terdapat muslihat yang lebih ketara, apabila dia menceritakan susuk tubuh, rupa, dan bagaimana dressing dia. Orang begini akan berkongsi perkara yang paling detail dan paling rahsia tetapi apabila diminta utk berkongsi menonton Webcam, dia akan memberi berbagai alasan, dan alasan yang paling Femes adalah webcam dia rosak. Kepada desperado (kebanyakan lelaki akan memberi peluang dan masih berharap) akan bersabar dengan alasan begini sehingga bertahun-tahun hanya melayan chating tanpa peluang utk melihat muka yg sebenar.

TIP: jika korang buka Ym korang, korang perhatikan button webcam atau version terbaru ada button videocall di atas, jika ia enable maksudnya pihak disebelah sana berkemungkinan besar tidak mempunyai masalah Webcam. jika dia masih memberi beribu alasan dan sanggup bersumpah bahawa webcamnya rosak, amalkan petua begini, senang je.. anda klik je button videocall di atas atau ask to see webcam, kalau dia tak accept atau denied, maknanya dia sengaja taknak On webcam dia.. kalau betul-betul rosak kenapa dia takut nak accept kan? sebab kalau dia accept sedangkan mmg betul-betul rosak jadi tiada masalahlah, sebab memang orang tak boleh tengok webcam dia (gelap je). Jadi dia tak ikhlas dan memang sedang menipu. binggo.

3.MMS Gambar di Handphone.
Biasa lah, bila dah dapat no Phone, mesti mencari peluang utk bertukar-tukar gambar. ye lah nak cari pasangan nak jugak tau rupa mcm mana, sedap tak mata memandang, sesuai ke tak. alasan selalu diberikan oleh pasangan dalam bertukar gambar. bila nak mms je, alasan yang familiar adalah
"sorry la u, henpon i murah je, henpon cap ayam, tak boleh 3g, tak boleh mms"......"Ala awak, hepon saya rosak, tak boleh mms la awak" 
zaman sekarang ni susah nak jumpa orang yang masih pakai henpon takde mms, tapi takpe la kita bersangka baik.

TIP: anda try hantar mms kartun ke, teadybear ke, love2..upin ipin, atau anda hantar lagu2 kiut pada dia masa dia tak aware...kadang-kadang penipu ni akan terlupa apa yang dia tipu... lepas je send kalau dia tiba-tiba reply.. " awakkkk sweeeetnya mms awak bagi ni. comel la... saya suke sangat, terima kasih awak" haha masa tu dia dah tertangkap. Ohoooo nak suruh hantar MMS tak boleh pulak. bila hantar MMS kat dia, boleh pulak dia bukak tengok... kan dah kantoi.kalau terjadi perkara mcm ni, terus je melangkah pergi, tak berbaloi bagi peluang pada penipu mcm ni.benda paling ringkas dia boleh tak jujur, inikan pulak jika perkara yang lebih besar dan kompleks.

4.Gambar
Dalam zaman moden ni, 90% orang yang main chating, mesti ada FB... :) dan mesti ada email, dan mesti tau cara nak upload gambar :) .. senang kata, kalau budak muda 18thn keatas bila sentuh je keyboard. online kita dah tau dah dia ada FB atau Ym.. bila kita dah bersuai kenal dengan dia dan kita teringin nak kenal dia dgn lebih rapat, kita mintak la nak tengok Facebook dia. Bila dia ckp dia takda Fb, anda dah boleh mula agak dia sedang menipu, ok2 kita kena bersangka baik, bila dia ckp dia takda Ym.. pun kita dah mula mushkil..
TIP: Kalau dia takda gambar Ym dan Fb..taknak picture sharing dekat ym. cuba minta elok-elok dia emailkan gambar dia. kalau dia bagi macam-macam alasan juga. mmg sah dia menipu dan sedang menyorokkan sesuatu dari anda..tapi berhati2 jugak.. bila dia mms, email atau sharing picture dekat YM, kalau setiap kali mintak dia bagi gambar yang sama. Anda dah boleh hafal 3 picture yang dah di rotate, digunapakai berulang2, ada kemungkinan besar dia menggunakan picture orang lain. ini adalah trick biasa.. kalau nak elak benda ni terjadi, mintak pada dia picture terbaru, baru sahaja diambil mcm goreng pisang panas... pasti dia bagi beribu alasan.. seperti
" kamera henpon saya rosak, pict yang tu je ada awak"
"laptop saya kena virus la awak.habis hilang semua gambar saya, tinggal pict tu je awak"
" Ala, malas la nak tangkap pict baru, tengah tak mekap ni, belum mandi" (pict lama2 boleh pulak mekap2 kan... takkan sebulan mintak pun tak boleh nak bagi pict latest kan)
haaa kalau kes mcm ni, ada peluang besar la anda sedang bercinta internet dengan penyamar. jangan teragak2 lagi utk melangkah pergi.

5. Blind date / dating/ ajak jumpa
Perkara ini adalah kemuncak atau finale pada detik-detik perhubungan maya anda. penyamar dan penipu akan bermulut manis, berjanji utk berjumpa anda pada sekian-sekia tarikh. dan bercerita tentang keindahan semasa dating tersebut. apakah yang anda akan lakukan, tengok wyg, makan2, jalan2... tapi selalunya, bila tarikh yang dijanjikan, dia mula bagi alasan last minit, cakap dia ada emergency, sepupu eksiden motor, nenek mati, pakcik tenat, kapal terbang menjunam kat atas rumah dia, kakak sakit kanser tengah nazak dalam bilik pembedahan..alasan-alasan ini akan diputarkan dengan adengan teresak-esak (berkemungkinan akan menghala kepada point nak pinjam duit) kalau anda terima alasan mcm ni lebih dari 3 kali, ada beberapa kesimpulan yang anda boleh buat. pada masa ini anda patut sedar dan sedia angkat kaki, jangan layan lagi org mcm ni.
  • Penyamar/penipu mmg individu yang betul, tapi mungkin dia bagi anda gambar lama dia yg sedang slim dan menarik,tetapi pada masa itu dia telah gemuk atau mempunyai masalah pada tubuhnya, jadi dia melewat-lewatkan dan menangguh-nangguh sampai la dia berjaya kurus balik atau dapat pulihkan sebarang kecedaraan.
  • Dia adalah penipu dan penyamar yg nyata, yang mempunyai masalah sakit jiwa, dia suka hidup dalam fantasi tentang membayangkan percintaan yg dicipta didalam minda, sms, call dan internet. dia akan mereka-reka identiti tersendiri, dan fantasi lifestyle yg advance, dia takut untuk menghadapi dunia nyata dan hidup didalam dunia sebenar.
  • dia sedang pancing anda untuk menipu duit anda.
Tip: mintak alamat. atau pun, kalau dia ckp dia masa tu emergency kat mana, try acah dia.. cakap nak pergi masa tu jugak. kalau dia masih bagi alasan mengarut.. dan mcm2.. sah dia penipu.
cth:
Sabarudin: awak, awak kat mana? jadi ke nak jumpa lagi setengah jam ni? saya dah tunggu kat KLCC ni.
Zakiah Nanas: awaaaaaaakkkkkk.. sorry sangat sangat awak, saya emergency ni, kakak dua pupu saya punya anak angkat eksiden, teruk awak, skrg masuk ICU saya tak dapat nak datang KLCC skrg..
Sabarudin: apaaaaaaa???? eksiden? dekat mana? teruk ke?
Zakiah Nanas: teruk wak... sob sob sob... tulang belakang patah, dah macam huruf V dah badan dia. saya jauh ni, dekat Hospital Besar Seremban (selalunya penipu akan menggunakan trick mcam ni, dia sengaja sebut lokasi yang jauh utk buatkan anda putus asa dan harapan utk pergi)
Sabarudin: Hospital Besar Seremban???? okey2 tunggu kat sana, dalam sejam lagi saya sampai..saya gerak sekarang jugak, awak tunggu tau (masa tu anda buat kelam kabut, sambil tutup pintu kereta, rem2 minyak kereta bagi bunyi ekzos kuat-kuat) masa tu Zakiah Nanas kita akan terkucil dan kelam kabut ya Rabbi. Masa itulah dia akan terkantoi.
Zakiah Nanas: ehh tak payah lah awak jauh ni..... ehh tak payah lah awak, Menteri Keselamatan Dalam negeri tak bagi awak datang sini....eh tak payahlah awak, tadi masa saya on the way ke sini highway KL-seremban runtuh tak boleh lalu..... eh tak yah la awak, bapak saya tadi dah sewe private jet nak bawak budak tu pergi Brazil nak operate, saya tengah dalam private jet sekarang ni awak...ehh tak payahlah awak,anak angkat kakak dua pupu saya tu dah okey dah... dah elok dah, doktor tadi dah sambungkan tulang belakang dia, dah discharge dah, kami skrg kat Mcd tengah makan2...(hahahahahahahahahah kantoi)
Jadi kepada korang semua, pembaca2, kawan-kawan aku dan semua lah.. berhati-hati semasa menjalinkan Cinta internet, kemungkinan anda akan ditipu sewaktu anda benar2 dilamun cinta.
Wassalam....
pssstt: cuba cek kawan-kawan chating anda sekarang.. hehehehe

15 comments:

  1. uish.. x brani la nk tukar2 detail information pada strangers... org sekarang nie bukan blh percaya... rambut je sama hitam, hati lain2... tu yg rambut hitam... kalo rambut die kelabu tahi anjing, katak hijau pisang cmne? :P

    ReplyDelete
  2. hahahaha... tapi mmg dah banyak jadi dah fiz... termasuk diri aku sendiri.. :) nasib baik dah ada pengalaman lama.. :)

    tapi sentiasa berhati2.. penipu skrg lagi advance.. FB pun boleh menipu...

    ReplyDelete
  3. Ala..kalau dia takmo on webcam tu maybe dia tgh seksi kat umah mcm sy ni..hahahaha...dan dia takmo bg gambar dia mungkin sbb da tak yakin dgn kecomelan diri dia. hehehee...

    Tapi dulu, bila org nak tgk gambar, slalu takmo bagi. sbb hodoh sangat...huhuhuhuu...dah la gemok...bila dah jumpa je, org tu ilang. bila dah jumpa je, org tu tak dapat dikesan. bagi seribu alasan. tak mau teruskan persahabatan. Pernah kawan jumpa dgn kwn chat dia seorang askar. Tapi lepas tu lelaki tu bagi beribu alasan tiap kali nak chat atau nak berjumpa. Padahal kwn tu nak wat mmber je. Yg dia takut sgt tu nape. Perasannn...(yang pastinya askar tu nak ke saya plok.hahahaha!!)Kesian mmber saya tu...

    Tapi sekarang tak lagi. Kalau nak mencari kawan yg ikhlas, maka dia tidak akan menilai kita dari segi luaran. Lagipun tak suka menipu. Baik kita jgn menipu dia supaya dia pun tidak berkawan dgn kita dalam penipuan.

    Memanglah rasa merendah diri kalau nak tunjuk muka yg huduh, bdan yg gemuk. Perasaan tu akan datang kalau kita berniat nak jdkan dia bf atau gf kita.Kalu tak no hal je..kan? Jadinya..lepas ni kenalah jujur sebab sampai bila kita nak sembunyi.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. haha... alasan tak boleh blah. dekat dunia ni memang banyak orang ada masalah mental...

    ReplyDelete
  6. pernah terjebak dlm perkenalan kat internet tp takde la tertipu.. 3 tahun jugak la couple.. kekekeke.. tp xde la couple dgn tulisan jer.. lps 6 bln knl blk kat chatroom setelah 2 thn trpisah sbb tolak cinta dia.. then bersua muka la kami seterusnya bercinta la kami sehingga 3 tahun & putus selepas tu then kenal dgn en hubby terus nikah tnpa was was... kekekekekeke.. tp jgn mudah jatuh cinta online. Jual mahal sikit untuk mengelakkan anda tertipu. sy memang jual mahal.. pastu dh jodoh nk bercinta dgn dia tp jodoh tu separuh jalan jer.. Apapun nyah itu hanya memori.. Mak tak rindu pun dia nyah.

    ReplyDelete
  7. hehehe..tapi yg pasti memang ramai manusia golongan 19-30thn ade pengalaman bercinta atau skandel2 ngan chaters.. sebab semua membesar dengan Mirc...hehehe

    ReplyDelete
  8. anda di tag

    http://www.shahazrin.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html

    ReplyDelete
  9. ada gak pengalaman cinta maya ni..
    tapi x de yg kekal lama :D
    tapi ada gak member, sampai la ni dah beranak pinak..
    rezeki dn jodoh masing2 kan :D

    ReplyDelete
  10. x ske letak name btul coz nk diorg ngort tye "name siape c.adek..?"
    x ske on webcam psl mesti puluh2 minx on,rimas.
    x ske bg no phone psl x nk bercinta nk berkawan.
    x nak jumpe psl takut sbb skali dpt yg k.o hahaa

    ReplyDelete
  11. pengalaman tu bagus sbenar nye, boleh ajo kite kalo TERKONO lg..hahah...gud job~

    ReplyDelete
  12. emm..pernah gak bercinta melalui alam maya nih...kenal,pastu jumpa..dah 4 taun dah...sampai kemana WALLAhua'lam...

    ReplyDelete
  13. Saya telah mengikuti kursus ini dan sekarang sedang belajar membuat website di http://goo.gl/3gfhzV lumayan gratis bisa buat belajar

    ReplyDelete
  14. I just know someone from game... and we couple almost 4 months... and it's quite okay Bcuz he just like care about me and sometimes bank in duit dekat I even saya x minta... and we plan to meet each other for first time and DIA kata x bole sebab dia dI larang oleh ayah dia *dia kata ayah dia agak tegas* and I'm okay with that after that we planned again yg kedua nak jmpe... after that I buat perangai we break for awhile after that now we plan jugak Nak jumpa then dia suruh kejut bagai I spam call x angkat after that dia Call I cakap " dia otw pi sarapan tadi x angkat call sbb solat and mandi kemas barang" Then I percaya...time tu ngantuk sangat sebab bangun kol 5 kejutkan dia.. then I just kata " nanti kalau da gerak ws la" dia ws I kata otw... and I pelik why dia off phone... i ingat x dpat line or something sbb line DIA always prob... i tggu smpai petang x smpai2.. I pelik kenapa x smpai I just pikir yg dia mmg tipu i... sbb da dua ary dia off phone smpai skang and macam tu jer la... tapi yg pelik adalah dia x Block number I... tipu la kata x de pikir something lain kan.. ade gak pikir yg pape jadi dgan dia otw dtg sni... but member kata jangan pikir positif psl ssorg... and I just like hmm okay.. that's my story apa yg terjadi smlam dan hari ni...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...