Assalamualaikum...
Kali ni aku nak expresskan pendapat aku tentang soalan-soalan wartawan terhadap responden-responden sama ada dalam berita atau hiburan sensasi seperti Melodi di TV3, Buletin Utama, berita perdana, astro awani ataupun soalan-soalan pensyarah di Universiti yang selalu tanya soalan yg tak perlu ditanya sebab jawapan dia akan mendatangkan marah, ataupun jawapannya sudah dapat dijangka. Soalan-soalan sebegini kalau dalam bahasa politiknya dinamakan soalan Retorik, kalau dalam bahasa akademik dipanggil 'FEED' question, dalam bidang kewartawanan dinamakan soalan provokasi dan dalam bidang hidup seharian dinamakan soalan bodoh.
Kenapa aku nak ketengahkan isu ini? sebab aku makin nyampah dengan soalan wartawan-wartawan melodi dan juga soalan wartawan berita Tv3 dan Rtm... contoh-contoh soalan adalah seperti dibawah :
- Makcik, apakah perasaan makcik terhadap bencana dan kehilangan yang telah berlaku pada anak makcik?
soalan ini ditanya oleh wartawan kepada sorang auntie india masa tragedi anak dia lemas ekoran jambatan runtuh di sungai kampar.. kira setahun 2 lepas. nak tau makcik tu jawab apa?
Jawapan: "saya rasa sangat sedih dengan kejadian ni... sob sobb..tapi saya tidak putus asa, saya harap anak saya masih hidup, sobb sobb... walaupun saya tau mustahil, tapi saya harap anak saya selamat..."
Ulasan aku : soalan mcm ni tak patut ditanya, ni soalan bodoh, kalau dah anak dia lemas jatuh jambatan, takkan la perasaan makcik tu gembira pulak kan? ataupun bangga... patutnya makcik tu jawab mcm ni je depan cameraman tu, rampas microfon, sengih nampak gigi, jawab... "Makcik merasa seungguh bangga dan terharu dengan kejayaan anak makcik jatuh lemas di tragedi jambatan runtuh ni, makcik rasa nak melompat keriangan dan kalau boleh nak buat party ladies' night malam ni di rumah makcik, aawak semua jemput datang la ye"
Lain kali nak tanya, tanya la .... kenapa makcik merasakan anak makcik selamat jika dibenarkan datang ke program perkhemahan ini ke? atau pun tanya... selepas ini makcik nak ambil tindakan apa dan kepada siapa perkara ini harus dipertanggungjawabkan.
Soalan Kedua
2. Pakcik, pakcik datang dataran merdeka ini untuk melihat perhimpunan perarakan merdeka ye pakcik?adakah pakcik rasa perarakan ini perlu kerana ini dapat menaikkan lagi semangat patriotisma di kalangan rakyat pakcik? apa pendapat pakcik.... (ini dinamakan feeding question) soalan yg dalam soalan dah ada jawapan, tunggu pakcik tu nak mengiyakan je...hampeh...
Jawapan: Ye.... Saya datang sini hari ni nak tengok perarakan hari merdeka... benda ni mmg patut diadakan selalu untuk mengajor anak-anak muda erti kemerdekaan dan semangat sygkan negara, issshhhh zaman pakcik dulu susohhh... masuk hutan, tembak komunis, kawan pakcik beghape orang yg mati kena tembak... bukan senang nak merdeka... kalau boleh pakcik memang nak datang sini tiap2 tahun, tapi apakan daya pakcik duduk jauh....(soalan yang telah dijangka akan dijawab sebab soalan tu memang menghala ke arah jawapan ni)
Cuba kalau pakcik tu jawap mcm ni: ehhh pakcik datang ni saja la, nak cari duit lima kupang pakcik jatuh semalam, nak cari semalam tak jumpa gelap, siang2 mcm ni senang sikit nak cari.. tapi susah jugak ramei bebenor manusia hari ni, apa ke nama acara ni? seronok jugak yeee... ada kereta bunga2, ada kereta kebal... (kalau pakcik tu nganjing jawab mcm ni dah tentu editor edit rakaman ni, tak tunjuk kat TV kan?)
Sepatutnya : Pakcik, apakah pentingnya Perarakan dan sambutan hari kemerdekaan diadakan saban tahun? apa yang pakcik paham tentang majlis yang diadakan pada hari ini???
Jadi kepada pembaca yg disayangi, saya mengingatkan diri saya sendiri dan kawan2 semua.. agar berfikir dulu sebelum tanya.. Jangan nanti dah Jadi General Manager pun, tak tau nak tanya soalan.. org Perak ckp "bodoh melantun-lantun, bodoh tak boleh di ajar, cerdik tak boleh diikut"
Nyah.. kau la sahabat Mak yg paling hot mak rasa buat entri camni Nyah.. Mak rasa nak hadiahkan U Gaun ropol2 tanda Mak minat sangat dengan entri ni. Soalan2 bodoh yg di ketengahkan dalam entri ni Mak rasa macam nak canang kat semua media yg ada kat Malaysia ni Nyah
ReplyDeletebetul3.... seolah-olah orang yang nak di tanya tu tak pandai, ataupunn sekadar memenuhi kehendak bos untuk ambil liputan berkenaan sesuatu kejadian atau keraian.
ReplyDeleteAbbyFunny: haaaaa tu la pasal...rupenye memang ramai yg tak puas hati dengan wartawan skrg ni kan... koresponden tah pape... abg i ckp... bukan koresponden.. tapi karipunden... hahahaha...nyahh ko canang la seantero dunia pun.. mak laaagi suke... untung2... Dato farid bace ape mak tulis pagi2 buta ni nokkkkkk
ReplyDeleteShah: haaa kau pun setuju ye... bagus2.. aku mmg tak puas hati.. ade ke hari tu ada eksiden, pastu wartawan tanya apa perasaan isteri, laki ngan anak2 mati dlm eksiden??? patut ke? caittttt.. memalukan dunia penulisan dan etika kewartawanan...
ReplyDeletewartawan TV: YB ye, pada pendapat YB, adakah penulisan blog ini satu bidang yang boleh membantu dalam memartabatkan bahasa melayu... apa pendapat YB...
ReplyDeleteYB: pendapat? ape pendapat-pendapat... ade mendapat ko ni.. soalan macam ape ntah. ko tak tau ke yang aku ni menteri yg jage bab2 bahase dan budaye ni. aku pun nulis blog. dah tentu la jawapan aku ye. meh sini aku lak wawacara kau. kau keje tv mane? bos ko sape name. ni aku nak suruh bos ko hantar ko pi kursus jadik wartawan yang bagus....
Hahahahahahahahahahahahhhahahha... acapkali ko buat aku gelak zul.... copacabana betul... hahahahahahahahahahahahahah
ReplyDeleteWartawan yg syok sendiri...
ReplyDelete