Lepas aku dah dapat surat cinta kali pertama, macam yang aku dah ceritakan dalam entry Surat cinta darjah enam...aku pun tersenyum di waktu malam, walaupun ada kisah tragis cinta 3 segi yang berlaku dalam kisah surat cinta itu namun aku biarkan berlalu. entry kali ni macam sambungan dari entry tu la....
Selepas sekolah rendah darjah enam, aku melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama di Sabak bernam selama 2 bulan, kemudian sebab jauh dan sekolah itu terlalu padat, bapak aku pun mohon transfer ke Sekolah Agama Menengah Rawang. Sesiapa yang duduk Rawang sure tahu sekolah ni, sekolah atas bukit.
Tingkatan dua aku pindah ke Mersing, bapak aku bersara dari Cold storage dan kemudian memulakan bisnes sendiri dengan membeli sebuah kilang air batu. Kilang ais tu milik cold storage jugak, tapi demi menghargai pekerja-pekerja lama, maka diorang jual murah-murah je kat staff.
Bila sampai di Mersing, aku pun cepat adapt dengan persekitaran baru, kawan2 baru. dan awek-awek baru. Tapi aku takde jatuh cinta ngan sapa-sapa kat sana. cuma aku pernah Crush ngan seorang budak perempuan. crush tu apa? crush tu macam admire la, tapi bagi aku perkataan admire tak sesuai, bukan aku kagumi dia, aku just syok je kat dia. Nama dia yang aku ingat, Syery..
Aku syok kat Syery, sebab Syery ni hidung mancung, kulit putih, pipi merah bila panas & blushing, dan muka dia mengingatkan aku sedikit sebanyak terhadap kenangan cinta monyet sekolah rendah iaitu Elisya.
"bulu pun tak habis tumbuh lagi...dah nak bercinta" itu versi mak aku,
kata bapak aku pulak....
"spender pun mak bapak belikan dah nak cinta2, nak bagi anak dara orang makan ape?"
"Nanti kamu dah besar, dah habis sekolah, dah kerja. kamu nak bercinta ke, nak kawen ke, nak tonggeng punggung ke langit ke, lantak kamu la"
Aku masa dengar bapak aku cakap mcm tu, aku terus bayangkan aku tengah duduk kat atas bukit yang indah permai, angin bertiup sepoi2 bahasa.. sambil aku tonggengkan punggung aku mengadap langit biru.. dan aku tak paham, kenapa perlu tonggeng punggung ke langit? bapak aku dalam keadaan sedar ke masa cakap mcm tu? ke tengah dalam keadaan penuh amarah dan sarcastic?Ok sambung..
Bila cuti sekolah hujung tahun masa form 2 nak naik form 3 , aku ikut bapak aku balik ke Bandar Baru selayang, kami sekeluarga tidur hotel kat KL. Suatu hari, bapak aku cakap nak pergi Kampung Sungai Tua Baharu, sebab nak jumpa Makcik Timah, ahli mesyuarat tingkap yang pernah aku cerita kat SINI.
Bila bapak aku cakap macam tu, mata aku terus bersinar, senyum terukir di bibir, jantung berdegup kencang dan kaki aku rasa terawang2,
"inilah saatnya aku mencari Elisya semula, selepas 2 tahun lost contact dan tidak mengirim kabar berita, kini aku mungkin dapat menjalinkan cinta aku yang telah terputus di tengah jalan" berkatalah hati aku sekonyong2nya ...
Sampai je kat Sg tua, family aku semua singgah rumah Nenek Timah, berborak tak ingat dunia, mcam tiada lagi hari esok...aku pulak jalan kaki pergi jenguk sekolah lama. Elisya duduk dalam kuarters sekolah ni, sebab bapak dia teacher english..
First sekali aku jenguk posh keta kuarters tu, wahhhh ada lagi kereta teacher Hamdan, maknanya ada peluang la aku nak jumpa Elisha. Maklumla surat cinta yang aku dapat dulu, aku tak jawab, sebab aku bengang terperangkap dalam segi tiga cinta. Niat hati hari ni aku nak luahkan segala2nya, tak peduli la dia terima ke tak terima, janji terluah apa yang terbungkam.
Tengah aku duduk dekat kerusi kayu panjang tak berpenyandar, dekat blok kayu darjah satu, di antara court badminton dan sepak takraw...aku nampak dari jauh, susuk tubuh dan raut wajah yang amat aku kenali. Datang dari jauh sambil mengendong budak kecik, aku rasa tu adik bongsu dia..sambil dia buat muka surprise, ternganga ibarat Cameron Diaz dalam there's something about marry.
" hai... Zul...ko amcam Zul sihat ke? lama betul tak dengar cerita kau, tau2 ilang"
" Hai Elisya, sorry la aku rushing masuk sekolah asrama kat Rawang, lepas tu family aku semua pindah ke Mersing Johor, tak sempat nak bagitau sapa2 pun"
"oh i see, so how's your life Zul? dah ade awek? ihik hik hik hik.."
Terus dalam sekelip mata, aku rasa macam ada rama-rama dalam perut aku, kaki aku pulak rasa macam pijak awan...terapung-apung ** pernah ke manusia pijak awan? nampak sangat aku besar2kan cerita...
Masa tu aku rasa, macam ikan belukang kena pancing, dah nyawa2 ikan, sekali pemancing tersepak ikan belukang, masuk balik dalam air...terus bernyawa segar. aku rasa...
" Hah tanya soalan ada awek ke dak tu sebab nak bagi hint la tu..nak try aku balik la tu" (dalam hati)
" awek? mana ada awek, sapa la nak kat aku ni, dah la tak hensem,keluarga pun tak kaya, budak merantau pulak tu..takda sapa nak kat aku Elisya oi""alaaa kau ni Zul, mengada!... tak hensem konon. nak malu-malu pulak, cakap je la kalau dah ada awek, ngan aku pun nak sorok2"
Berkata-kata Elisya sambil turunkan adik dia ke bawah, suh adik dia main jauh2...kacau line gamaknya...aku pulak cakap dalam hati, gila apa aku nak bagitau kat kau yang aku selalu try awek, macam mana aku nak ngorat kau balik, kan ke aku ni datang dari jauh semata-mata nak sempurnakan kisah cinta aku yang tak berkesampaian.
"betul la Elisya, aku single lagi la, kau tengok muka aku ni betul2, ikhlaskan aku cakap yang aku takda awek?"
"betul ke Zul? why like that huh?"
"Adalah sebabnya, dan kerana sebab tu la aku datang sini nak jumpa kau, ehh sebelum tu aku nak tanya ni..apa citer ko ye Elisya? Pakwe kau sihat?"
" Pakwe? dia sihat je, ni pun aku tengah nak siap-siap nak kuar ngan dia la kejap lagi"
Praaanngggggg.... Grrrroommmmm....Praaanggg...Drrrumm...Pronngg...
Seakan-akan bunyi guruh, seperti berlalu awan gelap mendung dalam hati aku, tiba-tiba dada rasa senak, susah bernafas, pandangan kabur, nafas menjadi pendek, lutut terus lembik, tangan jadi berat, dahi berpeluh-peluh.. fokus mata tu jadi kabur, mcam korang main DSLR tu...try fokus tapi kabur kabur kabur dan terus kabur.....lemah longlai badan aku nih.
Aku tengok muka Elisya kecik besar, kecik besar je, adik-adik dia yang berteriakan di sekeliling kami mula menjadi bunyi bergema-gema, sebelum tu aku rasa teriakan adik-adik dia macam bunyi burung berkicauan kat air terjun. sekarang aku dengar macam bunyi bedolzer pemampat jalan raya.
"Owh kau dah ade pakwe ye sekarang Elisya, nakal la kau ni, taknak bagitau kat aku, ye lah, orang cantik macam kau siapa yang taknak kan, nak nak pulak kau sekolah menengah kat Tamn Selayang, mesti senior berebut nak ngorat kau kan?"
" Ehh aku bukan kapel ngan senior la Zul..aku tak minat la ngan budak Selayang"
"hah?? bukan budak senior? habis tu kau kapel dengan siapa? siapa bf kau?
" Adalah, budak tu kau kenal la Zul"
"Aku kenal? siapa? Sharil Sudirman?Mustafa Kamal anak makcik kantin? Rahman anak babu roti? siapa siapa siapaaaaaa???"
" Relax la zul, surprise la sikit, jap lagi dia sampai la amik aku kat depan tu, kau tengok je la"
'kau tengok je la' punya ayat tu mcm aku terasa gila, macam keadaan, aku ngah makan Aiskim Pop, sekali kawan yang miskin takda duit nak makan, ngecek kat aku, aku boleh cakap..."jangan harap, aku makan..kau tengok je la"
Dalam masa 5-10 minit macam tu, aku nampak ada motor EX5 hitam lalu depan sekolah, berhenti dekat pagar belakang sebelah Kuarters tu. mamat tu kurus kecik, aku tak cam muka dia sebab dia pakai helmet dengan spek mata rayban hitam.
bila dia bukak helmet.. aku perhati dari jauh....dengan terlopong dan terpana....
Laaaahhhhh... Arzizi Abd Rahman, kawan baik aku masa darjah 6... dengan dia rupanya, rupanya kisah cinta mereka terus mekar dari Surat Cinta darjah enam itu.
aku? korang tanya aku???? aku ni??? apa jadi dengan aku?? hurmmphh......
"Diorang makan, aku tengok je laaaaa"
P/s orang yang tak pernah rasa kecewa bercinta, takkan memahami perasaan macam mana..macam mana perasaan tenggelam dalam diri sendiri.. bagi aku, segala yang berlaku akan mendewasakan manusia, biarpun hanya kisah kecewa cinta darjah enam. :)
hehehe..teringat zaman kecik2 dulu.. xde spe pon nak ngorat kte..comot gamaknye..elisya tu mesti comel giler kan sbb tu ramai nak kt die..:P
ReplyDeletetragis nye kisah cinta pertama ko yg tak kesampaian ni..
ReplyDeletehuhuh..sungguh tragis kisah cinta ni..
ReplyDelete~~
kakakaka .... cinta bdk sekolah .. Kdg2 kekal sampi ke jinjang pelamin ... Tapi tak ramai .... Apoleh wat bukan rezeki ko jang kakakakkaka
ReplyDeletebiasa la Nyah.. skang bulu dah tumbuh sepenuhnya, maka pergi la mencari awek. erkk.. Nyah awek tau bukan anak ikan. kekekeke
ReplyDeletefrust becinta? mane boleh sembuh.. kalau ingat2 balik macam ditikam2 dada ni... rased macam nak lempang sape yg punya angkara.. "kamu jangan gara-gara ya"... tapi ape nak buat? hidup kene terus... skang ni... happy je.. kawan2 ramai... gaji besar... cukup bulan, shopping.. bundle pun ok...
ReplyDeletetapi cite ko ni.. memang macam dalam drama...
serius sedih!
ReplyDeleteisk.isk.isk.
*pegang tisu*
Putrifayad : elisya tu amsa kecik comel dan seksi, tp bila dah besar sikit, kurang comel dah.. :P
ReplyDeleteCik Sha : terus tergedik2...jad manja sedih sangat,,nak gi nangis kat sha... hahaha
Cma : tu la shima.. mcm drama kan?
Zaidi : betul la tu.. dah buka rezoki den.. ahaha
skrg bulu tumbuh tak cukup2, dah nak kene shave pulak dahhh ahahahaha
SM banjamin : kamu jgn bikin gara2 ya....kamu bisa jadi OM Ri...eh bukan om ri.. tapi Mister S... wakakakakaa
Rafidah Farhana : pastikan diri anda tak terjebak dengan cinta sekolah rendah hahahaha
keh keh keh siap tahan punggung atas bukit lagi tu,. ala2 titanic tu,.
ReplyDeleteaku penah bg surat cinta kat sorg budak cun. mase tu darjah 4. tetibe, boleh bantai pulak beliau report sama ustazah. couple tu harommm ya adik adik >.<
ReplyDeleteadehhh...... gelak jer ku mampooo.... baek wat drama ler der.... :)
ReplyDeletesuke aa bace entry2 encek zul nih :-)
ReplyDeleteohhh gatalnya ko duluuu. dulu aku drjh 6, aku xtahu cinta tu hape. kahkahkah. kapel pun aku naik form2 baru aku tahu kapel tu ape even msok sbp pon. bngong gle aku ni. ahahahaha. bgus gk aku xtahu, xla aku galak sna sni kan. kahkah
ReplyDeletegilalah crita kau ni... aku dpt fhm situasi...hehe.. mcm kisah aku plak..haha
ReplyDeleteterbaikk!!..
that bad? wow. tapi tulah,bak kata orang- first cut is the deepest
ReplyDeletemintak tisu sikit.. leleh ni...
ReplyDeleteTukang urut : ** tengah bygkan tonggeng punggung gaya titanic..
ReplyDeleteDale : harommm.. kalau nak kapel kena akad dulu.. "aku terima kapelnya anu si anu dengan mas kapelnya coklat cadbury sekeping" sah!! ok dah tak harommmmm :)
JM : pernah berangan entry diambil jd drama :)
Azat : terima kasih, jemput2 jenguk selalu ye :)
Cik Heroin : aku tak gatal, cuma aku comel2 manje..ramai org nak sayang aku ahahahahahahahah
Abu Huzaifah : 7/10 org pernah rasa mcm nih :) kan kan kan
Mohdbinabu: mcm lagu bee gees lak kan...
Myra_zoe : tisu abis.. jap gi amik baju nak basuh jap :P
penah dapat surat cinta masa darjah 5.. hehee. surat tuu ade bedak ag..wangii..huahuahauaa...
ReplyDeletetp xsempat kapel laa..
2taun lepas budak tu da kawen daa.. sedeh2.. huhuhhuu.. :P
ingat zaman dolu dolu..pernah la jugak ade crush kat sum1 nih,bila besday die kasi die hadiah..besday kte die kasi hadiah tapi hampeh due2 buat bisu..last2 die kapel ngn org lain..muahaha padan muka
ReplyDeleteudacun : masa dia kawen kita rasa sebak kan kan kan?
ReplyDeleteAlexa : saat dia kapel ngan org lain tu.. kita dari jauh tengok dan rasa sebak...
"nasib la, aku tengok je laaa" :(
kasihan ang fikar, sy gelak jaa nih xD
ReplyDeleteskola rndh sy mmg xder prasan.. SERIUS ! xminat mne2 lelaki pun..
bhahaha, msok form 1 bru la ade minat kt lelaki.. rsau gak, mne la tau kalau sy ni minat kt pmpuan lak xD
motif tonggeng punggung ke langit ?
mmg la budak sekolah rendah takde pasaan cinta lagi... aku je dulu gatal.. hahaha
ReplyDeletetonggeng punggung ke langit tu lambang membuat kerja yang paling gila dan takda manfaat sedikitpunnnnn
ehehe seronok bace cerita lama2 en. zul
ReplyDeleterase nak kembali je ke zaman kegemilangan sekolah..boleh bercinta balik dengan my 1st love hehe
JOM JOIN HARI GURU CONTEST
serius best cerita bro ni, terigt zaman buudak2 dlu... adehh.... :)
ReplyDeletefunny + sad + angry = hepiness story :)
hai..saye dulu pun skolah rendah kat sg tua:D
ReplyDeletetapi awak kire supersenior sy la..hihi
anak2 sir hamdan mmg sume cantik2 kan hihi:D
sy dok kg nakhoda haha baru je jmpe blog awak pas2 tros excited sbb skolah same..rumah pun dkat2 hikhik:P
ainol akasyah : Tq,,, 1st love dulu hensem tak? hehehe
ReplyDeleteKamarul Azri : ehehe, kita semua ada kenangan best kan? tinggal bila je nak kongsi...
adiela : la, kenal ke dengan anak sir hamdan? dia ada ngajar lagi ke? umur awak berapa skrg?
awak tinggal kampung mana? jalan mana?
cop!!! elisya nih membe aku mase sekolah selayang dulu..agak rapat jugakla..until now...aku bg link ni kat die ek...sure die gelak giler2!!! kahkah2!! tp skang die da kawen ngn org lain r..bukan ngn zizi...kitorng dulu kire satu geng r gak..
ReplyDeleteNice blog bro! Saja jalan-jalan baca :)
ReplyDeletesaye sukelah style en.zul berstory-mory kisah ini.. chomel banget sih.. =)
ReplyDelete