Aku sambungkan cerita pasal perjalanan hidup aku sebagai penghijrah dr bab yg lepas seperti yang telah dijanjikan. Dalam sedar tak sedar aku rasa cerita2 aku pasal penghijrahan ni sedikit sebanyak dapat membuatkan korang semua mengenali diri aku secara tak lansung, kepada yg dah kenal aku ni, aku harap segala cerita aku telli dgn apa yg dah aku sembangkan dengan korang semua. ok cukup dengan ayat pendahuluan, maka episod saga perjalanan hidup aku sebagai penghijarah pun diteruskan.......................
1989-1998
Kampung Sungai Tua Bahru, tempat yg aku gelarkan kampung halaman bagi aku, kisah kat kampung ni terlalu banyak dan kalau aku cerita mungkin sampai 4,5 bab cerite dia je... kalau aku tak cerita tak lengkap pulak, kalau aku cerita semua banyak sangat pulak, so aku pilih event2 yg bagi aku menarik utk aku cerita, ingat dan utk kwn2 aku dengar. perpindahan ke sungai tua berlaku pada awal 1989, bukak album lama, sembang ngan mama & abah, baru aku pasan aku pindah sana awal tahun, sebab abg aku start darjah 1 kat SKSTB dr mula hari pertama. memori aku yang pertama pasal sungai tua ni bermula pada masa aku belum tadika lagi, sebab kami pindah sana sebelum bermula zaman tadika aku...aku tak berapa ingat mcm mana kami pindah ke rumah tu, tapi aku ingat masa saat cuci rumah, dgn getah paipnya, dengan penyapu lidi.. hehe :)..
Rumah aku kat sungai tua ni adalah rumah lot kampung, rumah sewa jugak, sebab masa ni bapak aku tak fikir pun akan menetap lama kat KL sebab bapak aku dah bina sebijik banglo kat ipoh di atas tanah pusaka... so kami pun duduk rumah sewa, seingat aku kalau tak silap, sewe rumah tu dlm rm120 zaman 1990an... bagi kami ia agak murah sebab rumah tu besar...besar gila, sebab ape aku ckp besar? sebab setiap kali sedara mara datang dari ipoh, duduk umah kami semua ckp... "Besarnyee umah kamu awi...., boleh main badminton, boleh main kejar2 dlm rumah tu" ok.. takde la sampai boleh main badminton, tapi aku ngan abg aku pernah la main pingpong kat atas meja makan kat ruang makan rumah. ruang tamu pulak macam ade dua space, satu tuk tgk tv, dan satu tuk tetamu datang... identiti rumah ni yg paling aku ingat sampai skrg adalah grill depan, grill dia mcm grill kedai cina apek, jenis lipat kepit silang2..kalau korang tak paham, korang pegi kedai runcit kat kampung2 korang paham la. Sebelah rumah ni ada padang bola kecik...sebenarnya lot tanah tuk buat rumah lagi satu, tapi sebabkan tuan tanah tak tamak, dia biarkan je jd mcm laman tuk budak2 main... padang kecik tu la tempat aku main bola, badminton, bola cop, polis sentri, baling slipar, dan macam2 lagi la... dekat padang tu ada satu pokok mangga di depan tepi longkang, satu pokok jambu batu kat belakang... (hishhh aku cerita mcm ni terus terasa rindu kat sungai tua) depan rumah ade dua batu tembok tempat lepak2 makcik kampung borak2 sambil beli ikan kat lori ikan indon....ok cukup mmberikan bayangan dan klasifikasi rumah aku...
kat Kg Sg Tua Bru ni, aku ada kawan/geng kampung dari kecik sampai la aku pindah.. kawan2 ni la sedikit sebanyak membentuk keperibadian aku, saling mempercayai, tolong menolong..ishh aku bersyukurla ada kawan2 mcm diorang...Geng2 kami terdiri dari Abg aku atau dikenali sebagai Karnain, aku sendiri yg dikenali sebagi Ikar, Aji yg tua setahun dr aku, Amy (adik aji) yg muda setahun dari aku, Ruzai (kawan yg tenggelam timbul), ayoy(adik amy dan aji), Putra (kwn sekejap je then dia pindah, parent dia dr indon tak salah aku) heryanda (yg dibuli, anak manje) atiqah nadiah @kaklong (pompuan nakal anak org kaya) haslinda (anak pak harun) dan lain2..... tapi untuk mengecilkan skop... geng ahli majlis tertinggi terdiri dari karnain, aku, aji,amy,ruzai.....yg best pasal geng2 kami ni... kami dari kecik dah belajar tentang profesionalisma, dan separation of entity.... masa kami kecik, geng2 rapat aku ni bergaul masa lepas habis sekolah dgn rapatnya, tapi masa sekolah rendah, kami rapat dgn kawan kelas kami saje... geng ni tak terbawak2 sampai ke sekolah walaupun kami satu sekolah kebangsaan dan sekolah agama. :) hehehehe.. ntah mcm mana kami boleh wat mcm tu taktau... mungkin sebab lain darjah ngan kelas kot. ishhhkkk banyak betul la kenangan masa kecik, taktau nak start dr mana......
Abah ngan mama aku ni sporting tapi tegas, dlm sporting ada undang2..so kami dah biasa dengan prinsip dr kecik, dan aku n abg aku dr kecik respek mak bapak bukan sebab takut, tapi sebab logiknya undang2, hukuman dan keadilan..aku ingat lagi, masa aku kecik, bila hujan lebat je, abah kuar dulu perati guruh kilat dah berenti ke belum, kalau dia dah konfiden kilat guruh dah berenti, dia panggil aku ngan abg, dia bukak baju kami.. dia tolak aku gi kat padang sebelah rumah, suh main hujan.. apa lagi kami pun main la hujan dengan girangnya.. kdg2 dah mcm beruk pun ade, tapi aku peduli ape.. aku mandi hujan dengan bangganya sambil berlagak, sebab aku tengok amy, aji, ngan anak2 jiran semua melangut kat tingkat rumah tengok kami riang ria mandi hujan sebab abah bagi green light... sumpah aku ckp, antara benda yg paling aku suka sampai skrg ialah mandi hujan tanpa takut sebab bapak yg suh mandi.. heheheh...tapi dlm sporting tu ada undang2nya.. mak bapak aku takdela sporting tak bertempat... undang2 dia takleh mandi pastu lari kuar masuk rumah.. nanti berjujuih ayor hujan kat karpet... mandi je hujan sampai puas2.. then mak aku sidai towel kat besi tingkap kat porch kete.. :) zaman skrg besi palang tingkap pun dah susah nak jumpa kat rumah2 teres :(.... zaman skrg aku tengok susah mak bapak nak treat anak2 mcm ni, asal hujan sikit, jerit2 suruh masuk rumah, jgn main kat luar, nanti demam.. anak2 jd manje, jd tak adventure..hilang keyakinan diri, sebab tak pernah rasa byk benda dlm hidup.
Masa aku kecik kat sungai tua ni, aktiviti harian aku dah boleh hafal, pagi2 sebelum pegi sekolah, mak aku bagi rm4, gi Kedai makcik som, beli nasik lemak... wat breakfast, kalau kedai makcik som tutup, pegi kantin sekolah agama beli nasik lemak, aku dr kecik kalau sarapan mmg suka makan nasik lemak, sebab mengenyangkan, so takde la kat sekolah sebelum rehat aku dah lapar..jd dr kecik sampai besar aku tak suke sangat mkn roti canai as a breakfast. kalau aku sarapan mesti cari nasik lemak takpun lontong..wahhh mengenyangkan..bila dah masuk fakulti hotel baru aku tau ia dinamakan BRUNCH.. kalau makan breakfast lewat dan berat. Aku start tadika masa umur aku 6 tahun pada tahun 1990 di tadika kemas kampung sungai tua baru.. cikgu sekolah tadika aku nama dia Cikgu Zawiyyah, cikgu ni jugakla cikgu ngaji muqaddam aku mlm2. aku ingat cikgu ni sebab dia sayang aku, hehe aku taktau la aku syok sendiri ke ckp dia syg aku sedangkan cikgu mesti sygkan semua murid dia kan... masa sekolah tadika ni ada 3, 4 memori atau peristiwa yg aku takleh lupa.yg sedikit sebanyak mempengaruhi peribadi aku sampai la aku dewasa..
Masa tadika ni, aku first diperkenalkan dengan game Bola sepak dan sedikit undang2nya yg ringkas...ade gol, ade line OUT... kalau bola out kena la baling masuk padang pakai tangan.. aku lak baru belajar main bola. aku tak paham sangat, asal bola 0ut je, aku kutip bola tu ngan tangan, aku bawak sampai depan tiang gol, aku lempar masuk bola dlm gol pastu jerit... GOAAAALLLLLL.... hahahaha, pastu kwn aku rampas bola ckp, "main bola mana boleh pakai tangan la, pakai kaki je" aku jd keliru masa tu sebab masa out kau ckp boleh lak pegang bola ngan tangan baling balik masuk padang kan... so dari kecik aku dah tau aku ni jenis tak malu nak tanya kalau tak tau, kalau aku tak puas hati, mesti aku tanya sampai paham.. last2 aku ngan budak ni jd kawan kat tadika sebab kami satu kepala, yg aku takleh lupa pasal dia ni sebab dia pernah nak tunjuk kuat kan, dia koyak kertas kecik2, dia buat bulat2 pastu dia kunyah dlm mulut, then telan...motif dia sebab nak tunjuk kuat & nak impress kawan2 ngan budak pompuan. pastu dia suh aku try buat, aku ckp taknak la... "kerje gila, nanti kertas gulung2 dlm perut" haha
Masa tadika jugak la, aku ingat, cikgu zawiyyah menguap besar2.. kat tangan dia ada kotak kaler Luna, dia tengah susun2 sambil ikat ngan getah gelang, masa dia nguap dia tutup mulut dia ngan kotak kaler Luna tu, aku pun tanya, "cikgu, kenapa cikgu nguap cikgu tutup ngan kaler cikgu?" cikgu zawiyyah jawab "kena la tutup zulfikar, kalau kita nguap taktutup mulut nanti setan masuk perut beranak" " owhh memang kene tutup ngan kaler luna ye cikgu?" cikgu cakap tak semestinya tapi tutup la pakai tangan... pastu aku ckp oooo paham.. aku pun gi lepak2 kat tadika, aku pun try tutup2 mulut aku ngan tangan, pastu aku perasan banyak space2 terbuka yg setan leh masuk dlm perut..jd aku pun paham bende tu simbolik je.. takkan setan nak masuk dlm perut kan....tutup tu bagi beradap la....dr situ aku kenal diri aku, yg aku sampai besar takkan senang2 nak taklid buta dan ikut je apa kata ustaz, benda2 ngarut merapu takde dalil, takde nas, aku akan tanya balik kat ustaz sampai aku puas hati, kalau takde dalil, ustaz2 main taram je, jangan harap aku nak percaya... tak caya tanya Zulkifli Saadon, sampai la aku besar kat sekolah menegah aku selalu berhujah ngan ustaz uzet.. hehehe (*patoh pale)
Masa kat tadika jugak, aku dah diajar tentang kejujuran, masa aku nak konvo tadika, aku jln2 jumpa wallet sorang pakcik, aku tak ambik, aku bagi kat mak aku, aku ckp jatuh dari poket pakcik tu.. mak aku pun bagi kat pakcik tu.. la rupenya dia Dato' ADUN yg dtg tadika tu utk upacara bagi sijil.. :) aku tak dapat upah ape pun, sebab datok tu takde duit dlm wallet dia.. ade pun not2 besar.. ahhh masa tu aku bukan tau ape pun.. janji balik rumah dapat main, dapat makan dapat tengok kartun heppi la kan kan kan......hah tak lupa kat sekolah tadika, makanan yg makcik Noor masak sangat la sedap. menu paling sedap kat tadika adalah bubur nasik... ngan bubur gunting/cha cha.. sedap gila, sampai banyak kali aku citer kat mak aku, mak aku suh bungkus bawak balik sikit... hahah... aku pun bawak la balik dgn penuh excitednye.. lari2... panggil "mama..mama..mama... ni bubur ikar bawak balikkkkk".. gedebukkkkk kaki tersandung simen pecah depan rumah.. jatuh depan mak aku, pecah plastik bungkus.. bertebaran bubur nasik bercarrot makcik noor kat porch parking kereta... mak aku dapat selamatkan sikit je... yg still dalam plastik atas tanah, dapat la makan 2, 3 sudu buat lepas kempunan... :D
masa aku kecik, yang aku pasti, mak bapak aku selalu suruh main kat luar dengan kawan2 dengan syarat2 dan terma.. hehehehe...
1. Jangan keluar dr kampung Sg tua & Taman Jasa
2.Balik rumah kena sebelum magrib, sebelum gelap dalam pukul 6.30 mcm tu dah balik dah, paling lewat 6.45petang.
3.jangan suka masuk rumah org, jangan mintak makan kat rumah orang.
4.jangan pegi mandi sungai, paya, tasik, lombong, parit dan seumpamanya..sebab mak aku phobia pasal budak mati lemas.
5.Nak pergi mana2 bagitau. boleh main mana nak, tapi kalau tempat tu tak familiar sangat kene balik rumah mintak permision :) huhuhuhuuuu
6.jgn lintas Main Road... main road yg aku maksudkan, jln besar yg betul2 sibuk kat depan masuk kampung aku... org lalu lalang dr KL nak ke Ulu Yam.....bahaya wooo jln tuuuuu....banyak eksiden.
Aktiviti kami geng2 masa petang2 adalah...tangkap anak ikan longkang, ikan kecik yg warne silver kilat2, perut bulat,mate besar. rupa dia mcm ikan bilis sbelum kering, aku taktau korang yg dr kecik duduk rumah Taman ngan duduk bandar pernah tengok ke tak anak ikan ni, tapi kalau kat parit2 ngan longkang2 kampung mmg banyak, kami 4 orang meranduk la longkang depan rumah, belakang rumah, longkang taman jasa, gi cari anak ikan yg paling besar ngan paling banyak warna... dapat kami simpan dalam botol plastik, takpun dlm botol kaca 100plus...tapi aku selalu heran la, apsal setiap kali tangkap ikan tu simpan dlm botol.. mesti dia mati dua hari lepas tu.. bangun pagi tengok dah terbalik.. terapung dah dalam botol..pastu aku pikir2.. aku ganti air paip ngan air longkang... haa masa ni dia tahan lama la sikit, 2-3 hari.. pastu tetap mati.. aku pun tak paham kenapa yg kami syok sangat tangkap anak ikan longkang ni..yang aku ingat, start je budak2 kampung sebelah beli ikan laga kat pasar borong selayang harga rm5 sekor, kami dah start bosan main tangkap anak ikan. sebab dah tak adventure and takleh nak bersaing ngan ikan laga dr pasar borong.. :(
Kemudian zaman kami sibuk main bola cop, main bola cop ni motif dia tak kuat, yg aku tau sebab nak cop kawan2 sampai hati puas... hahaha. bola cop tu best pakai bola tennis, dulu masa kat kampung, setiap budak2 atau setiap rumah ada sebijik bola cop, kalau takde tak best, sebab kalau bola ilang nak pinjam bola susah. :) bola tennis tu... lambung tinggi2 pastu dia jatuh bam 3 kali, pastu rebut, sapa dapat dia rembat baling laju2 kat kawan dia... sape tak dapat bola lari la lintang pukang.. haha... aku takkan lupa yg aku baling bola tu kuat gila kat Aji, kene area burung dia, sampai senak, dia balik ngadu kat mak dia (makcik aton) mak dia datang report kat mak aku.. pastu marah aku.. ape ikar ko ni buat anak makcik... :) hehehe aku jawab tanpa rasa takut.. "sorry la makcik tun, tak sengaje... saya baling macam biasa, aji tu yg lompat tiba2, mana tau leh kene kat situ.." :P maaf mampu mengubati segalanya.... jgn takut tuk mintak maaf.
bersambung......
aku rasa cerite ni patut dibuat sambungan di lain entry, sebab panjang sangat... nanti hilang mood org nak baca... so nantikan sambungannye.... :)
shoutbox takde ke Nyah.. Mak nak jerit takde tempat ni
ReplyDeletemana nak cari widget shoutbox tu?? tak jumpa pun... sorry.. newbie sangat ni.. :)
ReplyDeletetulisan yang menarik untuk dibace.. sampai ralit aku menatapnye.. mengimbau zaman-zaman kecil ni terlupa sekejap yang diri dah menginjak usia... terlupa sekejap sebeban persoalan hidup yang masih belum berjawab... menarik2..
ReplyDeleteP/S: nak shout box? pi blog aku.. betul2 bawah shout box tu ade link "ShoutMix chat widget"... klik kat situ.. daftar dan copy HTML nye... senang je...
orite bosssshhh... segera bertindak tanpa gagal... :)
ReplyDeleteserious saye suke post nih~
ReplyDeletegile r~
mase budak2 leh wat sume tuh~
skrg dah xleh~
sume dah berubah~
ngee~
@mulan : skrg budak2 banyak tewas dengan godaan FB, Playstation dan Pc... jadi mereka lupa berpeluh itu menyeronokkan.. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete