Pada masa 'itu' aku begitu yakin bahawa jika aku pandai menguruskan harta dan aku berusaha mencari harta, masakan aku boleh kehilangan semuanya? aku seakan2 merasakan begitu kebal dari kehilangan. aku begitu asyik dengan kemegahan harta dunia. Namun kuasa Tuhan itu maha besar, jika bukan rezeki, telah tertulis di loh mahfuz dan Hak Allah untuk menarik, satu persatu nikmat itu hilang terlepas dari genggaman. walaupun aku berpura2 mengatakan bahawa semuanya masih dalam genggaman namun satu persatu terlepas dan cicir ibarat menadah air hujan di telapak tangan. cicir dan berjujuran air itu samalah seperti kehilangan satu persatu kemegahan duniawi aku.
Tapi aku masih ada sedikit kudrat dan iman, hari demi hari aku cuba memperkukuhkan iman dan kepercayaan aku kepada Tuhan. pengajaran dan hidayah datang dari tempat dan cara yg tak diduga..
sedang aku memandu di jln2 berlopak dan sesak di Pandamaran, Klang, aku melihat kiri dan kanan, lantas satu pandangan bagai merobek2 hati dan berbagai persoalan melanda dalam otak aku. aku sedang melihat kaum cina sedang menyembah berhala dengan memasang colok yg berkepul2 asap. terbongkok2 mereka menunduk dan menyembah berhala yg diperbuat dr batu, ada nyonya yg melutut seakan memohon sesuatu.. padahal mereka bukan tak tahu bahawasanya mereka sedang menyembah patung batu!.. padahal mereka sangat tahu yang patung batu itu tidak boleh memberi apa2 nikmat kepada mereka secara direct, tetapi mereka tetap menyembah patung batu yg mereka anggap sebagai Tuhan mereka.. tidak kiralah patung itu Dewa Kuan ying ke, dewa maharaja kuning ke, patung buddha ke, tetapi mereka yakin dalam hati mereka bahawa Manusia ini didalam dunia memerlukan Tuhan, Fitrah semulajadi manusia adalah mencari Tuhan. mereka percaya bahawa ada satu kuasa yg lebih besar, yang tidak dapat difahami dan disentuh secara lahiriah yang mengawal akan nasib,untung rugi, ajal, kelahiran, rezeki, kudrat, nyawa, roh, kepandaian, kebodohan, kesempurnaan, kecacatan dan pelbagai persoalan subjektif yg lain. mereka paham bahawa semua persoalan ini tidak dapat dikawal oleh kuasa manusia dan kuasa alam semulajadi atau saintifik melainkan semata2 kuasa ketuhanan.. itulah fitrah manusia.. tidak kira agama Hindu, Buddha, Taoism, Confucius, org asli, dan semuanya.
lantas dengan itu perasaan bercampur baur, ketakutan, iman, terharu, sedih, terpana dan berbagai lagi menampar2 dan menjentik hati aku:
- kalaulah org cina yang kafir itu pun mempunyai iman terhadap berhala batu mereka, mereka mempercayai ada satu kuasa besar yg mengawal nasib mereka, padahal mereka bangsa yg mementingkan duniawi..namun hal ketuhanan mereka tetap menyembah Tuhan, Inikan aku, aku sebagai org islam yg mendapat Nikmat dan Rahmat yang lahir sebagai org islam, yg telah mendapat petunjuk dari ALLAH subhanahuwataala namun aku engkar dengan arahan Allah utk menyembahNya. aku buat tak endah terhadap kemurkaan Allah, aku pandang ringan terhadap Kuasa dan balasan Allah. aku tak malu pada Tuhan. pada masa itu semasa aku berfikir tentang perkara tersebut bulu roma aku naik dan aku merasa kesyahduan yg teramat sangat. aku malu menjadi manusia engkar dan kufur nikmat pada Allah.. dan selepas itu aku bertaubat dan aku kembali membentangkan sejadah.
- Akidah, Iman kepada Allah perlu kukuh dan percaya pada kuasa Allah yg mengawal nasib makhluk di Dunia ini.... setiap manusia melakukan dosa setiap hari, setiap manusia cuai. tetapi sebagai manusia yg beriman kepada Allah, jgnlah lupa untuk menyembahnya kerana solat itu disyariatkan kepada manusia untuk kebaikan manusia sendiri. jika dengan Allah pun engkau tidak segan dan malu, tidak bersyukur dengannya, apatah lagi hubungan engkau sesama insan?
- nak karoke? nak dating, nak shoping, nak main bola, nak main karom, nak main poker, nak goreng gitar kapok, nak tengok wyg, nak racing kereta, nak mengampu bos, nak jumpa klien, nak betul tayar motor,nak free hair, Tapi solat kene jaga!.. sesungguhnya manusia tidak lepas dari dosa, tetapi jgnlah berhujah "aku/kau dah buat dosa tak guna pun semayang, takde pahala, Tuhan tak terima semayang kau. buat ape kau semayang kalau ko asyik fitnah org, asyik main judi, asyik tengok wyang" hujah ni tak boleh pakai sama sekali.... kalau ada kawan2 yg suka ckp mcm ni (aku percaya ramai yg ckp mcm ni) tolong ingatkan dia solat itu kewajipan, yg menetukan solat itu diterima atau tidak adalah Hak Allah, dan bukan manusia yg menentukannya.
----JGN DAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH-----
Betul tu.. kdg2 kita manusia seperti berlagak untuk menjatuhkan hukum pd manusia lain.. Walhal soal ibadat, soal dosa & pahala.. Allah yang tentukan. Sebesar Alam pun dosa kita, jika kita benar2 bertaubat Insyaallah.. Allah ampunkan. Allah maha pengampun, pengasih & penyanyang. Thanks untuk entry ni menyedarkan sy pada sesuatu yg terabai selama ni
ReplyDeleteerm, sama2, semoga saya sentiasa menasihati diri saya, dan org lain juga mendapat manfaat darinye. saya pun bukan baik, bukan imej ustaz, pendakwah atau nak berlagak alim, cuma dalam bersukaria perlu ada ruang dalam hati utk akidah dan Iman kepada Allah, Tuhan pencipta kita...
ReplyDelete