November 29, 2010

Sempurnakah awak di mata saya?

"sayang, awak cukup sempurna buat saya, saya terima awak seadanya, tapikan sayang, kalau sayang buat rambut style mohawk mmg style la....rambut syg skrg ni mcm gaya org tua la.." ini dialog awek kepada pakwenya sebab dia nak sangat ada pakwe yang berambutkan Mohawk dan bukan rambut belah tepi sepertimana yg dah biasa dibuat oleh pakwenya semenjak dari awal perkenalan. Aku nak cerita hal ni sebab aku nak kongsi apa yang aku tengok dan jelik pasal kapel2 zaman skrg.

K, fine.. aku taknak jd org tua perengus yg asyik nak merengus dan membebel tak puas hati pasal semua benda, aku cuma nak cerita pasal kehairanan aku....bagi yg nak amik berat aku ucapkan syabas, kepada yg taknak amik pusing, aku takde hak nak suruh korang ikut, sebab setiap manusia mempunyai pandangan dan prinsip masing2.

Korang percayalah, baik bagi lelaki mahupun perempuan.. sebenarnya apabila korang jatuh cinta pada seseorg itu, itu adalah kerana korang dah jatuh cinta pada dirinya yg sedia ada tu.. tak perlulah penambahbaikkan terhadap rupanya, perangainya, minat dia, hobi, lifestyle, budgetnya, dan prinsipnya.. selalunya apabila korang cuba menunjuk pandai nak mengubah BF/GF korang mengikut selera korang sendiri, nescaya nanti bf/gf korang akan jadi meluat atau dia akan potong stim!... sebab apa aku ckp mcm ni, sebab aku nak kongsi apa yg aku tau sedikit sebanyak.

Kalau korang dari awal dah ade niat nak ubah penampilan dia, maknanya korang dari awal bukan SYOK kat dia secara biologi iaitu tertarik pada pandangan fizikal demi melakukan proses pembiakan (sex) demi kelansungan hidup spesis (survival)....senang cerita mcm ni la, bila berlakunya cinta pandang pertama, korang minat pada rupa dia, samada bibir dia yg munggil, dagu yg runcing, mata yg bulat, dada yg berisi, pinggang yg ramping atau gempal.. punggung yg montok atau kurus kering.. itu semua adalah Preferences.. ciri2 yang korang minat secara semulajadi tanpa korang sedari, bila korang dah syok kat seseorang atas ciri2 itu, baru korang akan approach utk mengorat mcm kucing miang atau merak mengembang ekor(bagi pihak lelaki la) atau korang akan memberi hint or signal mcm burung merpati atau kucing betina golek2 pada musim mengawan (bagi pihak perempuan) so disini aku tak paham mcm mane wujud manusia yg kenal dan berkenan pada seseorang dan kemudia berusaha bersungguh2 utk mengubah fizikal pasangan dia bagi memuaskan hati sendiri atau hati kawan2... sebab nak menunjuk2 pasangan tu sangat cntik/hensem sebagai Trophy wife/ model Bf

"awak ni hensem tau, saya suke sangat tengok muka awak, tapi awak diet la sikit, kalau awak diet, kurus lagi hensem tau, saya bukan tak suke awak gemuk, tapi saya nak nasihat utk kesihatan awak dan utk kebaikan" ayat mcm ni bukan ayat dengan niat suci utk nasihatkan pasangan berubah ke arah yg lebih baik, tapi jelas bahawa pasangannya tak puas hati dengan apa yg ada pada BF dia, dan dia mengidamkan Bf yg tough demi memuaskan nafsu menunjuk2 dan kepuasan hati sendiri. kalau anda dari awal tidak suka akan tubuh badannya yg gemuk, dari awal lagi anda sudah tidak terpikat dengan diri dia, dan anda tidak ade chances utk memberi peluang pada mamat tu mengorat. sebenarnya anda bercinta dengan 'idea' dan imaginasi anda sendiri instead of menerima mamat tu seadanya.potong stim!

Jika anda jatuh cinta dari segi sikap pula, anda suka kepada lelaki yg sedia ada, yg pada awal perkenalan dan sesi romantik lelaki itu seorang yg manja dan keanak-anakan, anda menerima sifatnya dan anda selesa dengannya, tapi tanpa disedari dan secara tidak lansung anda ingin mengubah lelaki itu menjadi Matang dan hero anda, anda mahu dia menjadi Father figure anda, mana mungkin? kerana lelaki itu sudah berpuluh tahun hidup dengan lifestyle yg sedemikian, apakah ODD/percentage yang anda akan berjaya utk mengubah sifatnya mengikut selera anda sendiri? akhirnya pasangan ini akan menuju kehancuran dan pergaduhan kerana masing2 tidak puas hati dengan sikap masing2 dan mengimpikan pasangan akan berubah mengikut selere dan acuan perangai yg anda impikan dan imaginasikan...sekali lagi anda bercinta dengan idea dan imaginasi anda instead of menerima kekasih anda seada dirinya. potong stim!

" Honney, saya suke awak lasak2 dan aktif mcm ni tau... saya suke sangat perempuan yg sporting dan ganas2 mcm ni, tapi.... kalau Honey sometimes jadi ayu...lemah lembut, pakai baju kurung, jln sopan santun mesti lagi best kan honey? abg nak tengok la honey mcm tu, leh tak honey jd mcm tu?" kalau Gf dia yg lasak ini ikut pun saranan bf dia ni, percayalah dia takkan enjoy dengan diri dia yg ayu itu kerana dia merasakan FAKE, palsu dan merasa berbohong dengan dirinya sendiri pada setiap saat dan waktu, dan dia merasa lemas dengan hidup di dalam IDEA bfnye utk mendapat gf yg ayu dan lemah lembut.... sedangkan dirinya seorg yg lasak dan aktif dan dia perlukan Lelaki yg mmg suka perempuan lasak, lelaki yg suke perempuan aktif dan ranggi sebagai teman hidupnya. bukan lelaki yg mempunyai niat tersembunyi yg ingin merubah diri aweknya secara perlahan2 pada masa depan....anda perlu terima sifat, sikap, identiti diri pasangan anda seadanya, itu yg akan membuatkan pasangan bahagia hingga ke jinjang pelamin, hingga ke akhir hayat..

siapa yg pernah puas hati dengan pasangan sendiri???? TIADA!.. setiap manusia itu bukan sempurna, tetapi kelemahan dan kekurangan diri itu akan saling dilengkapi oleh pasangan masing2... jika BFnya seorang yg boros, Gfnya seorang yg Jimat akan menasihatkannya, dan akan membantu mengawal perbelanjaan...itulah namanya melengkapi... bukan dengan idea utk mengubah pasangan itu secara drastik menjadi seorang penjimat dalam tempoh setahun dua! apa anda sangka, nasihat dan idea anda selama 2bulan perkenalan dapat mengubah dirinya yg mungkin sudah 27thun idup sedemikian boleh berjaya? what is the odd?potong stim!

"Sayang, sayang ni suka sangat pakai jeans, lain kali keluar dengan saya cuba jangan pakai jeans... cuba pakai seluar hawai ke, khakis ke, slek ke.. kan smart...lain kali kalau sayang pakai jeans kuar dengan ucuk, ucuk takmo kuar!!!" apa anda ingat anda ibu Bf anda?? anda nak bagitau apa patut yg nak dipakai, dan apa yg tak patut pakai??? apa anda ingat BF anda ni PET anda, anda leh pilih baju apa utk dia gayakan pada hari itu???? camon la, be realisitik...pada cinta pandang pertama, pada masa anda jatuh hati dengan pasangan anda, anda perasan ke jeans dia tu? ke dia tengah pakai short khakis? ke tengah pakai suar surfing quicksilver????? lainlah kalau korang nak nasihat pasal kesesuaian etika berpakaian mengikut majlis dan acara... itu cerite lain.. tapi kod etika berpakaian dan minatnya terhadap fesyen itu adalah hak individu... bukan terpakse mengikut selere Gf/bf... percayalah, sekiranya korang pernah buat bende mcm ni...korang akan membuatkan pasangan korang idup dalam keresahan dan tidak puas hati, tidak selesa dan kebencian... dan ahirnya perhubungan ini akan hancur di tengah jalan. Potong stim!

Jatuh cinta adalah berkenaan beberapa faktor yg dirangkul bersama menjadi satu perasaan, perasaan yg menarik dua individu utk menerima satu sama lain sebagai pasangan hidup demi memenuhkan matlamat biologi spesis iaitu membiakkan spesis manusia demi kelansungan hidup spesis.(survival)

Anda mungkin tidak cantik dimata Officemate anda, tapi anda menawan dan sangat cantik pada pandangan mamat penjual tiket wayang, sebab mamat tu suke perempuan berbadan gempal...

Anda mungkin tidak diminati oleh gadis yg anda nak ngorat sebab anda miskin dan hidung kemek, tapi mungkin anda diminati dan dinanti2kan oleh perempuan cantik anak jutawan yg sudah bosan hidup dlm protokol dan kesempurnaan...

Anda mungkin tidak diminati kerana anda seorg gadis tomboy di kampus anda, tetapi mungkin anda sangat diidamkan oleh lelaki yg sekarang tengah wall climbing di dinding batu caves sebab lelaki tu suke perempuan yg simple dan lasak.

Anda mungkin tidak diminati oleh gadis2 model kerana anda bersifat kebudak-budakan dan manja, tetapi mungkin anda dinanti2kan dan diimpikan oleh seorang Guru sekolah menengah yg mmg suke melayan kerenah budak2...

Jangan putus asa dengan diri anda dan cinta.. kerana cinta itu berdiri pada faktor dan pembolehubahnya sendiri.. tiada ukuran STANDARD dalam penilaian cinta.. semuanya hanya mainan minda dalam keinginan utk bersama dan saling menerima.

JANGAN BUAT PASANGAN ANDA POTONG STIM!!!!!! :)

14 comments:

  1. Mengubah tak salah.. kalau apa yg ada pd diri dia skrg agak buruk walau kita syg & jth cinta dgn diri dia yg mcm tu sblm ni.. tp harus secara halus.. mcm kalau kita tak suka dressing dia.. cuba hadiahkan sepasang baju yg kita nampak cantik bila dia pakai tnpa mempertikaikan imej dia sblm ni.. Sesungguhnya pemberian org tersayang amat berharga walau kdg2 bkn taste kita.. kita akn hargai & menggunakannya..

    ReplyDelete
  2. ok.. bagus pandangan awak, sama mcm pandangan saya.. ubah yg buruk kepada baik.. ok... tapi kalau nak ubah org mengikut selere sendiri.. itu menyedihkan. pathetic...

    ReplyDelete
  3. teringat dalam satu citer hindustan... mohabbatein..
    " kalo kita sukakan seseorang.. kita kene terima diri dia seadanya... mengubah apa yang ada pada diri kita bukanlah cinta, tapi ia kompromi"

    ReplyDelete
  4. belalang ckp sangat la betul....

    "mengubah apa yg ada pada dirinya bukan cinta tapi kompromi" ahli falsafah org putih pun selalu ckp mcm ni....

    ReplyDelete
  5. agak2 la nak berfantasi pun... jangan la berfantasikan remy ishak pulak kalau dapat bf kemetot macam aku. jangan berangan mandi dalam tab mandi bertatah emas mcm sultan brunei kalau dapat pak we bergaji kecik... jangan mimpi bile kuar dating pak we jemput pakai BMW, siap pegang bunge sejambak dan bukakkan pintu kereta kalau tahu pak we tu takat pakai kriss second hand je.

    berangan mungkin boleh. semua berhak berangan. tapi jangan diterjemahkan angan-angan tu ke realiti sebenar hubungan dan protes bile kemahuan tak dipenuhi. F@#$ off la pasangan macam ni. huh! aku marah ni.. aku marah ni...

    ReplyDelete
  6. hah.. betul3...(seperti kata upin dan ipin)...
    ada ke dah naik kereta mazda3 kuar jln2... nampak kereta subaru impreza terus suruh pakwe tukar subaru impreza??? ape sebab? ape ingat ko gf aku aku nak ikut ckp ko nak tukar impreza???

    ape ko ingat baru kapel dengan aku dua hari, ko dah tetapkan nak panggil aku ABG? sedangkan aku tak suke pompuan panggil aku abg, potong stim!...aku dah pesan banyak kali, tapi degil.. nak berusahah jugak nak suh bf terima panggilan abg... potong stim....

    zul.jgn putus asa dengan cinta, kalau awek banyak bunyi, banyak tak puas hati, anggap je dia tak syg diri kau... dia hanya bercinta dengan IDEA dan imaginasi dia sendiri.. period!

    ReplyDelete
  7. woho.. nice entri bro. setuju, seratus peratus!

    ReplyDelete
  8. thanks afi.....thanks jugak sebab membace.. :) terharu...

    p/s pencinta yg tulen tidak mengimpikan pasangannya menghidupkan imaginasi dan idea dia.. :)

    ReplyDelete
  9. @ cima : bukan utk u la dear... ni utk addmire i...mula2 dah best dah, dah falling in love cket2.. sekali dia mintak tukar watak pulak... alaaaa potong stim!!!!... u know what i mean :)

    ReplyDelete
  10. ada orang boleh berubah sebab GF/BF kalau berubah kearah kebaikan tu, baik sangat la. Kalau ke arah yang negetif samapi berdating lupa buat yang wajib buat dosa, iskh3,, tak baek... anyway, entri nie bagus sesangat.. Yang penting terima seadanya, tiada manusi yang sempurna...

    ReplyDelete
  11. Shah: tu la point nye... berubah ke arah baik mmg wajib, bukan wajib pada gf/bf je... tapi wajib bagi setiap insan menasihati kepada insan yg lain...

    tapi bab nak ubah lifestyle dan identiti tu.. tu berniat nak memasang topeng imaginasi pada pasangan la tu...

    ReplyDelete
  12. i bukan admirer u ka? kekeke aw aw!!!!!!! you're the best internet buddy everrrrrrr...

    ReplyDelete
  13. kira sendiri agak2 la.... agak kalau admirer.. i terima je.. :)... kita mmg internet buddy yg best kan cima kan... tapi dulu pernah gaduh kejap.. ingat tak ? :)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...