November 26, 2010

Aku Bukan Hero

Pertama sekali, aku mintak maaf kpd semua pembaca yg sudi baca tulisan cincai aku ni sebab aku banyak tak sebut betul2 watak yg aku tengah ceritakan sebab nak jaga sensitiviti dan keaiban org.. mcm yg kwn2 kenal aku, aku ni agak outspoken dan sarcastic, tapi bab2 nak aib org aku slow sikit, sebab seKOBOI2 aku, aku takut jugak dengan seksa kubur dan api neraka. mohon Tuhan jauhkan. Dalam aku berhujah, berdebat, bertarung, 'ber' tidak puas hati tidak bermakna aku nak jadi hero atau nak sentiasa menang, aku cuma nak bagitau bahawa ada sesuatu yang tak betul berlaku, ada sesuatu yg sangat salah sedang dibiarkan bermaharajalela sebaliknya org yg ikhlas dan bekerja separuh mati dijadikan Kambing Hitam....

Dalam sesuatu masyarakat sentiasa ada satu watak 'antagonis' / jahat/ musuh, watak jahat ni perangai dia lebih kurang sama. Bagi yang mahu melihat dan mahu mendengar, watak jahat ni dia seorang yg busuk hati, apa yg orang lain ada, dia mesti nak ada... kalau tak dapat cara baik, dia akan buat ikut cara jahat..tapi dia sentiasa iri hati dengan ape yg org ada, tak kisah la dalam bentuk kebendaan ke, perhatian ke, kewangan ke, kehenseman ke.... wahima "Jeans bundel" harga rm10 pun kalau boleh dia nak iri hati.
contohnya: kalau dalam syarikat, ada staff yang dapat kereta syarikat, watak jahat ni akan iri hati, dia akan usaha samada dalam cara baik seperti bekerja sungguh2 atau mintak elok2 dekat bos, kalau dia tak dapat jugak, dia akan buat cara jahat, selalunya dengan menggunakan cara jahat ni akan berjaya sebab dia menolak semua prinsip dan unsur2 bemasyarakat.. dia akan menghasut, memfitnah, mengampu dan bermuka2.. org mcm ni mula2 bos akan seronok melayan sebab dia akan memperkudakan dirinya sendiri utk bos agar dia dapat menrealisasikan matlamat dia....org yg macm ni tidak akan segan utk mejual maruah dia sendiri demi kereta cabuk, atau demi duit barang seratus dua...dia akan fitnah mcam2, dia akan cucuk bos, dia akan hasut.. dia akan reka bermacam cerita tanpa segan dan ada sedikit diskaun pun...

" bos, bos tau tak, mamat sekor tu bukannya baik sangat, dia pernah kutuk bos depan saya, mcm2 dia ckp kat bos, dia ni sebenarnya bos, nak menjahanamkan syarikat, dia nak makan duit supplier, dia nak songlap stok kat belakang, dia nak claim mcm2, baik bos jaga2 org mcm ni bosssss" huhhh... dialog2 mcm ni la dialog pengampu, dialog penghasut dan penfitnah. tapi sedihnya cerita2 mcm ni yg lebih dipercayai oleh bos berbanding Khidmat setia dan ikhlas pekerja lama, yg bekerja 3 tahun, 10tahun, 12 tahun...yg mana tak makan duit syarikat single cent pun.....

Aku bukan nak jd Hero.......
Cuma aku kekok, canggung, pelik, hairan mushkil semua ada laaaaa...sesuatu masalah berlaku dan kita semua nak selesaikan masalah, ada la 2,3 orang try nak jdi Hero dan troubleshooter, panggil staf yang tak berkenaan, soal sana, soal sini, siasat sana siasat sini.. kelam kabut masuk opis sana, masuk opis sini, pegang kertas memo..kibar sana.... kibar sini...laungkan etika kerja dan akta buruh.. tapi kesalahan yg aku rungkai sesohih2 alam.... dengan bukti kukuh, tak pulak pegi siasat & ambil tindakan... bahgian kira2 dah gempur, pemasaran dah terjah, Hr dah tanya... tapi masalah yg dikemukan, bukti dan salah laku yg dilaporkan, masih tidak diambil tindakan... Camon la tuan,encik,sir......YANG BENAR TETAP BENAR, YANG SALAH TETAP SALAH.. aku dengan rendah diri dan seikhlas mungkin aku ckp...

-"start your car and go there. tengok sendiri dan siasat mana yg patut... semua dah jadi caca merba"-

Aku bukan nak jd hero, aku hanya tanya 2, 3 soalan je :
1. Kenapa suspek yg telah dilaporkan dan diberi amaran tidak dibuat siasatan dan diambil tindakan?
2. Kenapa berlakunya 'double standard'?
3. Kenapa jalan penyelesaian sering kali menindas org yg tak bersalah???


Saya dengan ini mengundur diri dari arena pertarungan sang kelembai dan si Luncai..moga yang kalah tak tenggelam dengan labu nya, moga yang menang tidak menyumpah org menjadi batu....

5 comments:

  1. berbisa politik tak sihat di tempat kerja ni... kenapa datang kerja hendak mencari musuh, mencari pengaruh, mencari gaduh... bersyukurlah, bekerja ditanah air sendiri... wang yang halal, syarikat yang bukan syubhah hasil pendapatannya... tapi masih lagi cuba-cuba membawa bala ke tempat yang tuhan janjikan nikmat... sahabat... akau yakin, biar tewas dalam perjuangan, namun yang terakhir dilepaskan bersama nyawa adalah panji-panji kebenaran yang digenggang erat... berundur bukan takut... bukan tewas.. cuma sebagai khalif, allah janjikan tanggungan lebih mulia buat insan seperti kamu...

    ReplyDelete
  2. blog kau boleh pergi jauh... cuma perlu ade penambah baikan... aku tak nak sentuh berkenaan entry kau, sebab mantap-mantap dan penuh pengisian... cuba cari-carikan widget untuk kesan yang lebih baik... Group G.P.K tu medan sahaja... sebahagian dari yang lebih gah yang dah wujud dikalangan blogger... cari widget-widget macam shout mix (Blogger yg datang boleh chat or tinggalkan pesan)... ermm... page counter... banyak lagi... tak pe- tak pe... pelahan-pelahan.. ko kembali menulis pun syukur sangat aku...

    ReplyDelete
  3. bak kata panglima roman.. kalah dalam peperangan tak bererti tewas dalam perjuangan...

    kalah dalam pertarungan tak beresti tewas dalam perperangan....undur tak bererti tewas... undur untuk melangkah, ibarat menari zapin pulau menghayun lengan melenggok badan....

    ReplyDelete
  4. hishhh zul, aku mmg tak terer widget midget nih... nanti2 la, ko free aku usung la laptop ni gi berguru ngan ko...leh kutil2 button2 widget ni kan... :)

    ReplyDelete
  5. semestinya... nanti aku oof day aku roger...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...