November 1, 2010

Aku gagahkan diri

Malam ini aku gagahkan diri aku untuk kembali berkarya di dalam laman blog yang telah agak lama aku tinggalkan, begitu banyak peristiwa yang berlaku pada aku yang memerlukan aku untuk memberi perhatian lebih kepada dunia nyata, dunia di luar alam cyber, pertama sekali aku agak panik kerana aku sendiri terlupa ID dan kata laluan blog aku sendiri, tetapi setelah bertenang dan akhirnya aku mengingatinya semula.
Biarlah karya kali ini berkisar tentang keinginan aku untuk menulis semula dan kemudian baru aku akan bincangkan perkara yang lebih serius atau lebih terperinci, tetapi sebagai permulaan aku akan memberi gambaran sedikit sebanyak apa yang telah terjadi pada diriku sepanjang penyepian aku. Tetapi aku masih lagi aktif mengemaskini Facebook kerana ia agak ringkas dan tidak memerlukan masa dan tumpuan yang lama untuk menyiapkan satu2 penulisan.
2,3 bulan kebelakangan ini banyak perkara yang membabitkan aku dan segala macam peristiwa yang agak besar berlaku padaku, teman2 rapat aku yang tau akan perkara terjadi meredhai penyepianku dan kepada yang tidak tahu perkara sebenar mungkin keliru mengapa aku kurang aktif dalam menulis semula, Maaf juga kepada saudara Zulkifli Saadon yang mungkin tertanya-tanya. tapi nanti bila kita berjumpa di depan teh susu yang berbuih mungkin panjang ceritanya. Pada awal bulan 10, kereta kesayangan aku telah terlibat di dalam kemalangan yang mengakibatkan kemusnahan total (total lost, lagi senang faham) kereta mazda 3 aku telah terbabas di federal highway dan melanggar besi penghadang tepi highway, kemalangan melibatkan abang aku dan kawan nya, abang aku selamat dan hanya cedera sedikit di kepala yg memerlukan 7 jahitan, sementara kawan dia patah tangan, patah tulang rusuk dan retak kaki. kedua-dua mangsa kini selamat dan beransur pulih. aku pula tidak terlibat lansung kerana aku duduk di rumah main FB, abang aku pinjam kereta aku.

Dalam masa 2 hari aku menyelesaikan tentang report polis, insurans, kemudian beli kereta baru, kereta second hand sebenarnya, beli Tunai Rm10k demi mengelakkan aku dari patah kaki untuk pergi kerja. dan kemudia berbagai-bagai cerita yang membuatkan diri aku sibuk. aku dah cerita secara ringkas tentang perkara besar yang berlaku, di kemudian entry aku akan berkongsi lagi pengalaman hidup dan perjalanan kerohanian aku dalam mencari Iman kepada Tuhan.

p/s stroke penulisan aku agak kucar kacir dan di dalam mode keliru buat masa ini, mungkin kerana telah lama meninggalkan ia. Harap ilham dan seni tulisan kembali dalam masa 2 , 3 minggu ini, terima kasih kepada Zulkifli Saadon kerana tulisan2 anda telah berjaya menyemarakkan keinginan aku untuk menulis semula..

---dah maju dah ko skrg ye zul :) ----

3 comments:

  1. ketentuan hari ini mengembalikan saudara kesayanganku zulfikar hazri. mari menulis... menunggu sentuhan saudara...

    ReplyDelete
  2. selamat berblogging semula .. hihi

    ReplyDelete
  3. zulkifli: haaa, aku dah dapat balik tujahan tuk menulis, skrg tunggu momentum plak.

    mak budak: terima kasih mengikuti blog saya. :)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...