September 15, 2011

Tahukah Korang?

Assalamualaikum...

Tahukah kau orang??
Lain macam je bunyi dia kan, walaupun itulah ejaan yang sepatutnya..

Tahukah Korang??
lagi best kan nak baca direct je bunyi dari pandangan - otak - digest - sebut dalam hati.

atau pun aku tanya macam ni...

Tahukah Korunk?
wahhh lagi comel kan? kalau Cikgu Aziz, cikgu BM aku tu terserempak aku tulis macam ni, mesti aku kena rejam dengan dia.

Tapi kalau macam ni pulak, terus nada pembacaan berubah jadi formal...

Tahukah Anda?
errmmm macam entri-entri politikus aku je, baik entry kali ni aku berbalik dengan nada santai, Tahukah Korang.....

**********************
1 ) Tahukah Korang?

Selain dari berblogging, aku mempunyai banyak aktiviti lain. aku bukan blogger tegar atau penulis blog profesional yang dibayar gaji secara tetap setiap bulan. Kalaulah ada orang nak menggaji aku menulis kan best, mesti kalau dulu duk ampu Pakatan Rakyat terus ampu Datuk Najib, Kalau dulu ampu kerajaan terus puja DS Anwar Ibrahim Anugerah Tuhan kan?

2)Tahukah Korang?

Selain dari hobi aku online dan tulis blog, aku jugak akan main badminton setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari pukul 9 malam sampai 12 malam, dan kemudian lepak-lepak dengan otai-otai borak hal-hal keluarga, isu semasa, janda mana yang best, janda mana yang meletop, kereta apa enjin paling power, kenapa Anwar Ibrahim taknak sumpah laknat, Kenapa Datin Sri Rosmah tak pakai tudung, Kenapa Mat sabu tiba-tiba sokong komunis, kenapa Prepaid kena Tax 6% dan kenapa Teh tarik pada malam itu tak berapa sedap. Mungkin Malam tadi Mamak tu pakai deodorant  kot.

3)Tahukah Korang?

Selain daripada hobi main badminton pada Isnin, Rabu dan Jumaat, aku jugak mempunyai kerja tetap di Kilang biskut. Kerja dari pukul 9 pagi sampai ke pukul 5 petang dari hari Isnin sampai jumaat. Kadang-kadang ada klien ajak sembang dan nak discuss export import boleh melarut sampai ke malam. kadang-kadang staff buat hal memonteng ikut suka mak bapak dia, aku lah terpaksa turun dekat production line tolong packing biskut sekali dengan akak-akak 'packing'.

Macam kes terbaru ni, Staff aku 6-7 orang boleh sambung cuti dari raya pertama sampai la sekarang tak masuk-masuk lagi, tup tup dengar cerita dah cabut kerja company lain, berhenti tanpa notis. Pagi tadi telefon aku mintak baki gaji.. apa dia ingat company ni sarkas ke suka-suka nak blah...blah, suka-suka nak duit mintak...?

Dengan kelam kabutnya aku nak packing biskut beribu-ribu tin nak sponsor Open House Datuk Sri Najib dekat Parlimen Pekan Pahang hari Ahad ni. Terkontang-kanting aku suruh semua staff jadi operator pembancuh dan pembungkus biskut, sekali dengan aku jugak duk tampal sticker atas tin tadi. seminggu Ofis tutup takde orang, semua turun bawah. Nasib baik level tinggi sikit je dari bangla. Kalau tak mau kami jalan pimpin tangan lintas jalan sesama lelaki.

" korang pernah tengok tak bangla lelaki jalan pimpin tangan kat KL? aku selalu tengok weh, kembang tekak aku"

4)Tahukah Korang?

Selain dari kerja tetap ini, aku juga adalah seorang peminat kereta, tapi nanti-nantilah aku cerita pasal aktiviti  kereta aku. Bulan 10 nanti ulang tahun pertama kemalangan kereta total lost.

5)Tahukah Korang?

Aku seorang peminat  aktiviti Outdoor, bulan 6 lepas aku mendaki Gunung Kinabalu dan tahun 2011 ni penuh dengan aktiviti daki gunung je... selain tu aku jugak suka mandi sungai dan mandi laut.

6)Tahukah Korang?

Hampir semua entry post yang aku tulis dalam blog ini adalah tentang apa yang aku tahu, yang aku confirm tahu, pengalaman aku dan pendapat aku, aku tidak menulis secara kelam-kabut semata-mata nak kejar SEO dan traffic dari event semasa macam isu Gambit saifullah, Cukai prepaid 6%, Max 24 : 7, Kumpulan Gula-gula, isu Nuffnang VS Advertlets dan isu jejari runcing putus tunang dengan apek senario....

" Apek Khairul Fahmi lahhhh. ade plak apek senario..."

" ye ye, aku tau.. saja je acah-acah manja, tu pun nak marah, nanti aku update, betulkan balik lah!"

"kenapa kau tak tulis pasal isu-isu hangat? tak sayang traffic ke?"

"sebab kadang-kadang aku tau sikit je pasal tu, jadi aku taknak jadi tak bertanggungjawab, tau sikit sembang lebih, salah sembang buat dosa je mengumpat orang, kalau aku tau aku akan tulis, sebab aku tak amalkan cerita atas dasar 'kawan kepada kawan aku pernah cerita'  sebab nanti fakta tak telly, orang baca rasa menyampah terus hilang kredibiliti"

Aku tak menulis kerana nak masuk segmen, bloglist, nak balas Tag kawan-kawan, contest, Giveaway dan lain-lain promo, walaupun aku tidak termasuk dalam kancah segmen dan promo-promo, aku baik jugak dengan blogger-blogger, Malah aku dah pernah jumpa dengan blogger-blogger mainstream seperti Ady budika, Sunah Suka Sakura, Along Usop dan ramai lagi, dan aku selalu gak sembang-sembang dengan Puteri Katek dan ramai lagi.

7)Tahukah korang?

Aku blogger Low-tech, sebab tu blog aku ni layout dia template standard, hitam, widget asas,  header pun atas Ihsan Blogger otai yang juga kawan cyber aku iaitu Nyah Suria Lekat Lekit. Header tu aku pakai dah berapa lama dah tak bertukar-tukar, sebab aku trauma, bila aku tukar je setting dia lari, jadi kecik tak centre la apa la.. so biarkan jelah macam tu. habis cerita.

Button LIKE fb share kat bawah ni pun di repair dan disponsor oleh ARC13, kawan cyber gak sebab aku belum pernah jumpa dia in real life. nanti la kalau dia balik Malaysia nanti aku belanja la dia makan Nasik Ayam ke, Sup kambing Doraisamy ke Nasik Kandar Kudu ke....

8)Tahukah Korang?

Pembaca majoriti Blog Rasa Hati ini adalah dari golongan pekerja Office, umur pembaca dari golongan 17 tahun hingga 45 tahun kot, aku tau sebab adalah kaedah kajian yang aku guna, lagipun ramai kawan-kawan aku cakap kawan-kawan opis, mak, kakak dorang pun ada baca cerita aku ni..

betul tak Ayu Baizura (Mak Ayu Baizura baca blog ni weih)? Kak ida (kakak Shahril Husin) pun baca gak.

9)Tahukah korang?

Penyumbang Trafic terbesar kepada Blog ini adalah Dari Facebook, Google search, Apesal.com, Tiffinbiru.com, Lekatlekitgurl.blogspot.com dan ARC13.com dan Facebook Mobile.

Tiffinbiru.com tu adalah blog DTS dapur tanpa sempadan milik Pakcik Mat Gebu (PCM), dia buat blog masakan, korang gi tengok pageviews dia berapa? juta juta juta....

LekatLekit tu plak..dah cerita dekat atas, korang klik je la kalau nak tengok. ARC13 pun dah cerita jugak, pergi la tengok sendiri.

10) Tahukah korang?

Aku bila bukak blog aku suka membaca, aku suka membaca kisah-kisah menarik, walaupun entry tu panjang, aku akan tekun baca dan kemudian aku akan komen pendapat aku.

Aku jugak selalu jenguk blog korang yang selalu datang sini, tapi kadang-kadang aku tak komen dan tinggal jejak kan?

aku tak komen sebab komen box korang ade moderate, ada word verification, dan kadang-kadang bila klik dia tukar tab lain, senang cerita comment box korang tak mesra pengkomen. itu je, aku tak kisah pun korang taknak tukar setting, sebab kalau cerita korang best, aku tetap jugak pergi sana baca, kalau super best, walaupun banyak rintangan aku letak gak komen melambangkan keghairahan aku membaca.

Kadang-kadang ada blog korang yg superberat, ada jugak blog yang tulisan susah nak baca, samada kontrast kurang atau tulisan jenis font herot-berot. Tapi aku baca jugak, cuma kurang tekun. sebab separuh ketekunan aku dihabiskan untuk kerut dahi fokus.

******************************

Sudahlah, cukuplah 10 'Tahukah Korang'... nanti rajin aku buat lagi, seronok juga sekali sekala buat entry separa blogsphere kan? Rasa macam blogger Selebriti plak kan? 

Korang perasan tak aku jarang tulis blog dan tagging-tagging nama/blog orang? sebabnya aku tak suka ada yang kecik hati bila tengok nama diorang tak pernah kena tag dan mention dalam tulisan aku.

Kepada Adik-adik yang selalu tanya abang macam mana nak buat tulisan menarik tulis panjang-panjang.... Korang boleh mulakan dengan ceritakan pengalaman hidup sendiri tanpa ubah-ubah dan edit scrip, fokuskan pada penulisan dan bukan kecomelan layout blog, buang 'rama-rama' terbang kat cursor tu, kurangkan colourfulness  blog... tapi kalau penulisan korang sangat hebat, blog kaler pedelpop pun tetap baca jugak.

Jangan amalkan penulisan atas dasar 'kawan kepada kawan aku pernah cerita'.... sebab korang tak pasti cerita tu, bila korang cuba tokok tambah nanti tulisan dan gaya penceritaan jadi kelakar dan tak masuk akal.. mula la kena sembur dengan anonymous nanti. tapi kalau hati kering takpe. usaha tangga kejayaan bukan tangga Jaya supermarket.

dah dah taknak tulis dah. bye.

Kejap je aku dah rindu Gunung Kinabalu balik dah, tengok topi  ' indon kontrek' aku tu, senget, geram betul la, rasa mcm nak naik time machine gi betulkan balik topi tu, pastu tangkap gambar balik.



p/s tengok.... aku tulis gak lagi kat P/S ni!!!!!!.. hishh....

30 comments:

  1. yeayyy orang first..
    tahukah engkau
    1)aku jadi follower n pembaca tegar blog ni sebab dari cik lekatlekit
    2)aku pun suka betul betul kat outdoor activity tapi sekarang dah slow sebab aku dok jauh
    3)aku selalu nampak bangla jalan pegang tangan sampai aku konfius dan hampir-hampir nak tanya..abbang,apa pasal jalan mau tangan pegang,takut jatuhka?

    p/s:jawa yang tak makan tempe lagi baik sikit daripada ngaku jawa tapi tak reti ngmong jowo..hahahaha

    ReplyDelete
  2. 1) aku tau
    2) aku tau jugak
    3) tau jugak..tapi ko selalu gi kul2 dan balik kul5
    4) err..baru tau..!
    5) dah tau..
    6) tau..
    7) owh..baru perasan..aku pn sama.. hitam putih je..basic widget je ade.. x__x
    8) baru tau
    9) baru tau jugak..
    10)sbb tu aku tulis pndek2 je..sbb byk lagi blog lain ko nak baca..!

    5/10 aku da tau psl ko ni..
    peh..!!

    ok..da kt ujung br perasan nama aku ko tak tag/sebut.. kecik ati mak..!

    ReplyDelete
  3. NOI : 1) tahniah jadi komen first. :)

    2) owh baru aku tau, aku ingat ko datang dr ARC13.. haha

    3) nanti ko dah ade roomate lagi lah slowdown outdoor kan..

    4) teruk betul la bangla jln pimpin tangan.. rasa nak jentik je tinge diorng...

    Missenget : banyak nye ko tau pasal aku....pehhh terharu lah.. rasa disayangi...

    tapi... 5/10 baru dapat 50% grade C...

    ni yg malas tag tag ni.. kan ko da terasa....ishhkkk..eh tapi aku pernah tag ko kan...

    ReplyDelete
  4. huhh.. panjang.. tapi MO habiskan baca jugak satu2.. macam best je kan buat entry Tahukan Anda ni

    ReplyDelete
  5. skrg i dah tahu.
    meh sini i nak bgth tahu u lak, i join blog nih sebab dah lame sekodeng penulisan u~ atok mmg best la! hehee

    ReplyDelete
  6. salam pagi khamis

    banyakknya yang ayu tak tau
    tapi tentang no 8 tu

    hehehe..
    ayu peniaga,. bukan kerja oficce...

    ReplyDelete
  7. kalo bangla jalan pimpin tangan xpernah tgok ag..tapi kalo mat indon jalan pimpin tangan..bersepah kat tmpat aku keje ni..
    loya wey..

    semua kat atas baru tahu dan ada yang dah tahu.hehe.

    p/s:tahu tak ..blog ARC13 aku dapat tahu dri blog RASA HATI.lepas tu blog RASA HATI dan blog ARC13 terus aku jd addict nk baca dan nk komen..kikiki

    ReplyDelete
  8. "ya dong.. sekarang sudah ketahuan dong.. oh o kamu ketahuan.. pacaran lain, dengan dirinya, teman baik ku, oh oo" rano, 37 pencuci tandas. baru break ngn gfnye nining.

    "waaa.. mannyak ong ma.. kelija kilang biskut.. lu nanti haa.. kalao u sulah tak mau kelija itu kilang, lu joint wa punya business maa.. apa macam..? ala setuju ka?" ah beng, 67, penjual alatan terpakai..

    "kitew da taw doohh.. kitew rasew tomey la tulis mcm new..." rafeqah 23, bajet kiut kolej seroja. ade geng seramai 5 org. selalu lepak anggerik deli dan buah muke kiut. gedik2 gitu...

    ReplyDelete
  9. 1. tau dah

    2. oo.. tau gak, tp tak tau hr ape

    3. tau2.. eh derang bole dpt gaji ke klu blah gitu jek. bab bangla tuh, kat melaka byk jer, sbb kg terletak di kaw industri, mmg terkezut ar ms pes time tgk.. hakhak

    4. yg ni tak tau lagik

    5. tau,ee.. tak suka la outdoor activity nih

    6.ye tau

    7-10. oo.. :D

    sekian komen ku.

    ReplyDelete
  10. gng apa lagi yg nak didaki dan gng apa yg dah didaki?

    ReplyDelete
  11. semua aku tau! bhahaha..nmpk sgt mohong..aku tak ingat la aku tahu belog ko ni dari suria ke arc..sebab aku mmg slalu ikut belog dorang berdua lama dah..then dr slh sorang dorang le aku kenal belog ko ni..pastu jadi pembaca tegar..walaupun entri pnjang aku gigih baca smpai habes..sebab aku suka cara penulisan ko..^_^


    comel ape laki jalan pegang tangan..blueekkksss..(-_-")

    ReplyDelete
  12. tau..tau..tau...tau n3 pg ni pjg..tp suker baca..hahahaah..leh release2 10sen skit dri amukan puaka bos di pagi hari...alamak..bos datang..cabut luuu

    ReplyDelete
  13. tahukah awak?

    saya silent reader sebelum ini dan sangat rajin membaca entry blog ini yang awesome. ye, awak memang tak tahu.

    ReplyDelete
  14. Baru tau..makaseh sebab bagitau..Maka tahukah awak ikar bahawa saya jumpa blog awak bila saya search untuk perfume..saya jumpa entry awk pasal perfume..Adoih..terus rasa panas h ati kat 'minah' promoter kaunter perfume...huh!!!

    ReplyDelete
  15. tahukah nkooo abang cheppp...

    bahawa aku suka entri ni...

    ReplyDelete
  16. aku sebenarnya cemburu tidak boleh berpegang tangan macam mat bangla ...apa salahnya yer dak...keh3

    aku suka baca tulisan2 kau kerana ianya mudah di fahami dan jelas tiada koner kanan atau kiri ...tepat betul2 di dahi...

    BEST kalau kena tahu...keh3!

    Cuma kalau boleh lah...salin2 la tukar baju lain ...bagi hensem sikit blog kau ni...kesian dia bertahun pakai baju yang sama...:)

    Jangan ikut mcm aku tiap2 minggu bertukar baju...aje gila...keh3.

    ReplyDelete
  17. jujurnya ini kali pertama masuk singgah baca kat sini melalui blog En. Hazrey..

    Suka entry ni dari awal sampai habis.. suka.. suka.. suka..

    disebabkan suka itulah ai sampai sanggup masukkan dalam bloglist ai.. wah.. lepaskan ai nak cuba rajinkan diri masuk lagi kat sini.. ;)

    ReplyDelete
  18. every day sblm stat kje mmg bkk blog rasa hati ni dulu..tngk ade entry bru ke x...hr2 ternanti2..ceyyywahhhhh....
    lupe dr mne tau psl blog nie....blog atas blog kot...huhuhu..wat ever lah...yg psti...rasa hati mmg terbaek..terbaek..terbaek..btol3x....

    ReplyDelete
  19. aku tak kira apa isu & cerita.. apa saja aku rasa nak kopek/tulis/komen/kritik.. aku tulis jer. Mcm ko kata, kena kental dengan semburan ridset anon. kalau kena serang skit nak tutup blog ada baik jgn tulis blog..

    ReplyDelete
  20. tahukah engko..
    bahawa aku pon tgah bengkek dengan palotak aku yg tanak kasi ide bernas buat entry cam duludulu... nguaaaaaaaaaa!!!!... :(

    ReplyDelete
  21. tekun baca dr hurup pertama sampai hurup last!! :P ngan aku pon dok melekat kat belog nie tanpa dipaksa.. :)

    ReplyDelete
  22. Tahukah anda?

    blog aku ialah BLOG ARCX13.COM dan bukannya blog ARC13.COM. buruk benar rupanya

    Tahukah anda"?
    Blog lama aku ialah ARC13.BLOGSPOT.COM

    Tahukah anda? awek dalam gamba tu kelihatan jelita

    ReplyDelete
  23. kau orang tu style pe..hahaha.. terasa aku oiii,..

    pekerja ko yg blah tapi nk duit gaji tu melayu ke bangla ?? perangai x semenggah betol.. sian ko eh.. huawawa..sabar lah,,bahgia menanti di kemuadian hari..

    ReplyDelete
  24. 1. Tapi macam sepanjang masa je on9 kn..hurrmmmm

    2. teh tarik mamak tu letak bulu ketiak die skali...nk try style baru...ahahaha

    3. So ada vacancy la ni...?nk apply boleh...?:))

    4. Tak penah pon ye2 cite pasal keta...hurrmmmm..

    5. Dah excited balik dah pulak dia...hahaha

    6. Sebab tu I suka baca Rasa Hati...^_^

    7. Bagus...tak payah I susah payah sangat nak baca kan...hahaha

    8. Nanti makcik makcik pon tiba2 nak buat blog..hahahaha

    9. Suka baca lekatlekit tu...baby dia comel sgt...:)

    10. Blog I bace ke..?:P

    Okay...I've completed my comment...:)

    ReplyDelete
  25. MO : best, rasa nak buat lagi. :)

    PUteri sizuka : terima kasih banyak, terharu betul nih :)

    Citarasa Rinduan : Peniaga restoren eh? dekat kulai kan? nanti pergi sana nak singgah kat sana la :)

    pjah : aku jrg tengok indon berpegang tangan.. agaknya tempat ko byk indon gay kot. haha

    Sam Banjamin : waduhhh, kok indon pun baca blog aku

    " masakan aku indon, aku melayu KOK!" hahahha

    JUe : outdoor la best. leh tengok perempuan peluh2 basah ketiak.. hahahaha

    Wanita bertudung hijau : kinabalu,datuk, broga,angsi,bungabuah, bukit saga, akan daki stong,tahan,gua mulu.

    Ciksha : ko adalah pembaca dan pengkomen tetap, aku hargai ko, selalu je ade ko kan.. terharu betul.. :)

    missalongwani : ahahaha, lawak bayangkan gelabah tutup blog.. haha

    Safiyyah : saya tau blog saya ramai silent reader, tapi hari ni awak tak jadi silent, terima kasih safiyyah. :)

    Ernie : Owhh dari entry perfume rupenya.. ehehehe ingatkan dari mana la kan.. :)

    Sunah : Kakak Froggy!!!! maceh

    Republic : erm, tulah rasa sangat mcm nak pakai layout putih tulisan hitam.. bulan depan buat kot.,. kalau tak reti aku tanya ko ye

    aizamia3 : terima kasih banyak yu sebab masukkan dalam bloglist, harap dapat ikut blog ni ye. tapi yu nye blog lagi hebat, duyun2 org datang kan :) hahaha remaja purba.. hahaha

    Lekat Lekit : betul, apa sangat la ngan anon ni kan..level2 dik non je hahaha

    alongusop : kepala otak ngah serabut mmg macm tu, takpe take your time

    Cik Bambam : terima kasih Bambam.. panjang2 kan entry aku?

    Anonymous (ARCx13) : ala.. aku selalu tertinggal huruf X tu, taktau la kenapa ..huhu...

    awek dlm gambr tu mak beranak dua umur 34tahun.. :P

    Vampire : melayu, tadi dha buang dah diorang semua.. pasni nak try taip 'kau orang' plak la kannn

    ANis : wahh ni 1st time komen, dan timbul di permukaan ni.. a big step u take.. :)

    ReplyDelete
  26. aku rasa mcm terjumpa ko je td cik fikar oi...kat masjid negeri shah alam...pakai baju biru laut...

    ReplyDelete
  27. saya jumpa blog rasahati dari blog papanda arcx13. :)

    ReplyDelete
  28. tamlegend, betul la tu kot.. tapi bukan biru air laut... biru muda kan?.. apsal tak tegur?

    Anon : hehehe... :) mmg ramai dari sana pun..

    ReplyDelete
  29. eh...aku siap salam tgn lg fikar oi...nak tegur tak leh la...tgh khutbah...hehehe

    ReplyDelete
  30. Entri ni best...memang dapat rasa entri ni ditulis datang dari hati....ekekeke~

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...