September 24, 2011

Masalah Holy Water Paderi Melayu dan Akidah

Assalamualaikum...

Kisah Holy water ni dah lama, dah lama sangat.. Seingat aku pada tahun 1999-2003 dah tersebar kisah holy water ni.

Seingat aku, masa aku Tingkatan 4 lagi iaitu tahun 2000 aku dah terbaca pasal kisah Holy water dan Jampi Paderi untuk memurtadkan umat islam. Pada masa itu fitnahnya sangat hebat. Kuasa exaggeration cerita mengatasi rasional pemikiran manusia. Pada masa tu, segelintir Ustaz dan Ustazah pun turut sama menceburkan diri dalam industri fitnah ni.

Seingat aku, Kisah fitnah yang membabitkan Holy Water adalah  seperti berikut :

" Holy Water adalah air suci orang kristian, cara membuat holywater adalah sangat rahsia, Paderi akan melakukan Hubungan seks dengan biarawati, bila biarawati (nuns) mengandung, janin itu akan digugurkan dan kemudian janin tu direndam dalam periuk tembaga yang mempunyai air. air yang bercampur dengan balang janin Paderi dan Biarawati itulah dinamakan Holy water"

Pada masa itu, aku yang masih budak-budak terikut-ikut dengan Hype cerita ini, sampaikan aku hampir percaya, lepas tu aku mula berfikir secara rasional balik.

" Berapa Juta gereja ada kat dunia ni, belum campur Chapel lagi, berapa bilion penganut Kristian, berapa juta liter air holy water nak guna, kalau macam tu teruk paderi nak sex dengan Nun nak dapatkan janin nak rendam dalam air buat holy water, jenuh"

Lepas pemikiran rasional mula terbit apa aku buat? aku pergi tanya ustaz? aku pergi tanya kawan sekelas yang sama-sama main bmx dengan aku? atau aku baca flyers fitnah untuk dapat kepastian yang lebih?

sudah tentulah tidak, aku pergi bukak Ensiklopedia, aku cari Holy water dekat Indeks berhuruf 'H', zaman tu internet tak berapa nak advance, maklumat tak banyak sangat, google pun orang Malaysia tak tau nak nyebut, kalau bukak Yahoo search, holy water.. berterabur findings sampai tak tau nak klik mana satu.

Apa yang aku tau pasal maklumat dalam Ensiklopedia itu adalah, holy water adalah air penyucian yang disucikan / diberkati  oleh paderi atau Pope.

Ada jugak sect kristian yang lain yang membuat Holy water dengan menambahkan berkat dengan merendam  barang-barang suci ie; Christian relics seperti paku salib (dipercayai) dan lain-lain ke dalamnya. Wallahualam, aku tak tau, aku hanya Quote balik apa yang aku baca. kalau ada kawan-kawan pembaca aku yang beragama kristian yang tahu dan nak betulkan, dipersilakan perbetul di ruangan komen.

Jadi, dari situ aku mula faham bahawa cerita atas cerita tentang holy water dari janin paderi adalah fitnah. bermula dari itu aku cuba untuk membetulkan kawan-kawan dan keluarga aku bahawa Holy water tidaklah sejijik itu, dan jika tidak tahu tidak payah la menyampai-nyampaikan kepada orang lain, kerana ia boleh menjadi fitnah.

************************************

Selesai Huraian tentang holy water, mari kita bincangkan pasal kelogikan dan kewarasan masalah 'Paderi Melayu datang dari singapura yang memurtadkan Melayu Malaysia dengan air holy water yang dijampi dan dibotolkan dalam Mineral water' aku akan bincangkan secara point dan ringkas di bawah.

1) Akidah dan Iman.

Akidah itu adalah Kepercayaan, Iman itu adalah Keyakinan. Kepercayaan itu dibina bukan dalam masa satu hembusan jampi atau satu teguk air yasin, akidah itu diperolehi dengan usaha dakwah, penyampaian ilmu, pengajaran dan persuasion yang bersungguh-sungguh dan komited.

Samalah juga dengan keimanan, keimanan kita bahawa Tuhan kita Allah yang satu, dan Nabi Muhammad itu  pesuruh Allah bukanlah diraih dengan meminum air jampi atau kurma ajaib. Iman itu adalah satu benda yang besar, meyakini bahawa Tuhan itu wujud dan agama Islam ini adalah agama yang Mutlak memerlukan usaha yang lama dan bersungguh-sungguh dan mendalami Ilmu secara mendalam plus Hidayah Dari Allah.

Jika Rasulullah mampu untuk meyakinkan Ummatnya dengan Jampi supaya memeluk Islam dan beriman kepada Allah Swt, Tak perlulah Baginda Berdakwah, berhijrah, berkorban Harta Benda, Berperang, berunding dengan Kaum jahiliyah, berpiagam madinah, berkhutbah, berhadis dan berusaha bertahun-tahun menyampaikan ajaran Allah dengan kaedah  memberi contoh dan mengajar dengan wahyu.

Jika Akidah dan Iman mampu diubah dengan hanya meminum air jampi, Nescaya Rasullullah mampu untuk memberi minum bapa saudaranya Abu Talib Bin Abdul Mutalib dan selepas itu beliau terus boleh mengucap Syahadah.

Mungkin juga Rasulullah saw senang je nak Islamkan penduduk mekah yang masa tu Jahiliyah, Rasulullah jampi saja telaga zamzam, semua penduduk Mekah minum air zamzam, lepas minum terus mereka beriman. Beriman bukan begitu caranya, beriman adalah dengan kaedah pencarian kebenaran, pemahaman ilmu dan keredhaan hati untuk YAKIN dan Percaya bahawa Tuhan Kita adalah Allah swt beserta Hidayah Allah yang diberi kepada manusia.

Jadi adakah holy water yang diminum mampu membuatkan anda menjadi kelu untuk mengucap? dan berjaya mengubah akidah anda? adakah dengan TERminum holy water mampu membuatkan Iman anda terus percaya bahawa Jesus itu anak Tuhan dan Lord himself? ini adalah kebodohan yang nyata. faktanya tidak kena, kaedah penceritaan pun tidak betul.

2) Kaedah Pengagihan Holy water.

Sepatutnya aku tidak perlu menerangkan lagi point no 2 ini jika korang dah paham sepenuhnya lepas baca point di atas, tapi demi nak puaskan hati sesetengah 'believer mohon share Fb' ini, aku terangkan lah jugak.

Tentang persoalan ini : Mereka menggunakan sihir, Berhati-hati dengan air mineral berjenama 1. AL-Baramkah, 2- AL Mansori 3 - AL Bistaria, samada diperoleh secara percuma atau dijual murah, semua air ini telah dicampur dengan holy water ( petikan dari Share Links Note Facebook)

A) sepanjang aku hidup, aku tak pernah jumpa air mineral jenama ini!, bukan saja aku, malah Abang, 2 adik perempuan, mak, ayah, sepupu, mak sedara, jiran sekampung, kawan sefakulti, kawan satu  opis dan kawan kepada kawan aku pun tak pernah jumpa. Agaknya kalau kucing aku boleh bercakap dan pandai baca jenama mineral water pun mesti dia ckp dia tak pernah jumpa jugak.

Jadi di manakah aku boleh dapatkan air mineral ini? kalau begitu terhad edarannya macam mana konspirasi air jampi nak menjadi? ke memang takda? korang pernah satu minit berhenti dan berfikir hal ni sebelum korang share link tu tak?

B) Kalau matlamatnya adalah untuk bagi orang minum air holy water, buat apa bubuh dalam mineral water, botol lak tu, DIJUAL murah pulak. Kurang berkesan betul, nak persuade orang minum Holy water, tapi kena bayar pulak. tak logik gila.

Lebih baik Paderi itu pergi tangki air dekat kedai mamak, sembunyi-sembunyi masukkan dalam tangki air, esok pagi mamak bangun bancuh teh tarik, hidang dekat 1000 orang melayu sehari, ramai melayu wei singgah minum mamak weih.

Bukankah dengan cara ini lebih efektif dan effisen? tak perlu modal beli botol air mineral, tak perlu modal pengedaran lori, peruncit, wharehouse, pengagihan dan modal pengiklanan.

C) lebih senang kalau Paderi-paderi itu tuang saja holy water dalam Empangan, takpun tuang dalam tangki air taman perumahan, lagi mudah cepat dan ringkas. bukak pili air, walaahhh air holy water mengalir terus ke cerek air.

D) ataupun Misionnary/pendakwah boleh buat amal, dengan bawak air dalam lori tangki, pergi ke kawasan yang selalu terputus air macam kawasan pendalaman Pahang, kawasan orang asli, sesetengah kawasan Kelantan, Sabah dan Sarawak, Orang pun tak syak wasangka, tengah desperet lori tangki datang bawak air. mesti berebut beratur bawak tong dan baldi untuk menadah air bantuan yang bercampur dengan airsuci.

3) Fungsi Holy Water

Holy water bukan untuk diminum, orang kristian pun tak minum holy water, holy water digunakan untuk Baptis, samada orang dewasa, orang yang baru convered masuk kristian, atau baby yang baru lahir, perlu dibaptiskan lambang sudah dikristiankan secara rasmi.

Jika Tradisi dan kepercayaan diorang pun tak sampai tahap minum holy water,  So called paderi melayu singapura ini pulak nak guna kaedah bagi minum?  agaknya korang (believer) tak pernah membaca pasal holy water, atau korang tukar cenel sehati berdansa bila keluar dokumentari kat TV kot. Ataupun sepanjang hidup tak pernah ada kawan agama Kristian.

4) Usaha Missionary vs jampi

Beribu tahun para missionary/ pendakwah kristian, teroka benua baru, redah hutan, berlayar laut gelora masuk paya, pergi pulau terpencil, jumpa orang asli, Knight Templar berperang nak rebut baitulmuqadis, missionary berperang dengan orang Moorish,  sejarah constantinople, sejarah Andalusia dan pertembungan tamadun gelap Kristian dengan  Tamadun gemilang Khalifah Islam, Uthamniyah.

Kalaulah betul dengan Air Jampi holy water mampu mengkristiankan Umat Islam, nescaya mereka yang lampau tidak berjerih payah berkelana menyampaikan dakwah kristian mereka. apa susah, cemarkan air minuman dengan Holy water... nahhhh Muslim dah tak boleh mengucap. senang ABC 123....

5) Gambar itu fitnah

Aku tak pasti, sebab aku baca pun dalam blog jugak, bahawa gambar itu bukan paderi melayu sebaliknya Paderi  dari  Sabah dan Kalimantan. Ini dari sumber asal, aku tak edit

“The 2 priests in the picture is Rev. Fr. Paulus Toni Tantiono OFM Capuchin from Pontianak, Kalimantan  and currently teaching Bible Study in Seminari Tinggi Permatang Siantar Sumatera Utara, Indonesia and the other priest standing at his back is Rev. Fr. Nicholas Stephen from Penampang, Sabah and currently serving at St. John’s parish Tuaran, Sabah. Fr. Paulus is aChinese descendent while Fr. Nicholas Stephen is a Kadazan descendant.“
Di ambil dari Link INI <--- sila klik

6) Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

" ala apa salahnya kalau benda ni Fake pun, niat baik nak elakkan orang islam dari terminum Holy water, itu pun salah ke? ko ni memang liberal-free-thinker-wahabi la Zul, patutla kau tak suka pakai Jubah ngan kepiah kan Zul?"

" jadi, adakah dengan hujah dan matlamat 'alah benda baik nak buat apa salahnya' ini boleh justify perbuatan engkau untuk memfitnah? tok guru mana pulak mengajar kau benda macam ni? kau tak kisah dosa fitnah, janji kau menang hujah, dan kau puas dapat fitnah dan memburuk-burukkan orang kristian dan meremehkan keampuhan keimanan Orang Islam, Rapuh betul Iman orang Islam di mata kau kan? bagi minum holy water terus tak boleh mengucap...minum holy water terus berubah akidah... org macam kau ni pun ada kan"

7) Matlamat Penulisan

Ini bukan untuk mempertahankan Kristian dari difitnah, entry ini ditulis untuk membendung korang dari terlibat dengan fitnah.

Ini bukan untuk kempen promote Kristian, tapi nak ajar korang (believer) apa itu Iman dan Akidah.

Ini bukan entry Freemason, Ini entry untuk mengelakkan korang malu dilihat bodoh dihadapan orang yang tahu. bila korang konfiden tersengih-tersengih bangga cerita Kisah Paderi Melayu kat kedai kopi dan kawan universiti, sedangkan orang semua gelakkan kau dalam hati...

" alamak haaiiii.. bebal betul mamat ini"


*****************


Diulangi sekali lagi, Kisah Paderi Melayu dan Air mineral holy water ini aku dah dengar pada tahun 1999-2003 lagi masa sekolah menengah dan ia bukan perkara baru, aku menulis ini untuk menyedarkan adik-adik yang ghairah mohon-share NOTE Facebook yang dah basi itu.

************************

ini screen shot kat wall fb yang ghairah di share, tak peduli fitnah, takpayah kaji, asal cerita best terus kongsi, ape ade hal ye dak? jadi bengap pun takpe, bukan selalu.

************************

Entry Post lain yang bagus dibaca untuk pemahaman :


 (klik untuk ke website di atas)




p/s Aku tak paham la, ada orang boleh taksub gila babi dengan benda macam ni, dunia dah canggih, boleh google pun masih ada orang yang malas nak taip kat kotak google search tu. aku rasa diorang kene pergi tuisyen cara google maklumat kot.

45 comments:

  1. aku pernah jugak terbaca artikel2 nih...tapi tak amik port sangat... macam karut ja benda tu...pasal air minuman tu pun aku tak pernah dengar jenama dia...

    hadoii..

    ReplyDelete
  2. Golongan mcm ni lah yg menyebabkan kristian x tertarik mendalami islam!!! (marah psl kenangan lepas)
    Alhamdulillah, harap ex i tuh terus menjadi islam.

    Cikgu i ckp ; kajian ttg holy water dgn air yasin & air telaga zam2, atomnye lebih tersusun dr holy water. klu cikgu i menipu maknenye i pon turut menipu la d sini.

    ReplyDelete
  3. entahlah... tp mmg betul kot cara pembuatan air holy ni dgn cara hina.. kutooo pun kurang pasti

    ReplyDelete
  4. Anti Kipas mati : memang penipuan fake, dah terbukti, kes ni dah lama punn.. isu basi..

    Puteri Shizuka : golongan ini dinamakan golongan 'semangat lebih tapi bengap' diorng lah punca org kafir pandang serong pada agama kita...

    kadang2 diorang ni boleh berubah jadi khawarij...

    KutooBamboo : 'memang betul KOT' tang kot tu yang kita nak tau tu... mcm mana kau tahu dibuat cara hina? bukti?

    ReplyDelete
  5. Pernah dengar pasal air holly nei ms zaman sekolah.punya lah kwn2 pesan.weh jgn ambik tau kalau ada org yg bagi air dekat kita.air holly tue nanti ko dah xleh nk ngucap.hahaha.


    penyakit mohon share nk mohon copy paste yang merepek repek.sekarang timbul kes ada suara pelik dan gegaran yang dorang kata maybe dajal dah nak keluar.okey bg sy benda nei dah byk kali sgt.bosan nak dgr sbb suka mereka.

    ReplyDelete
  6. benci betul penyakit MOSH ni..meluat betul..

    semua agama itu suci,yang mencemarkannya ialah pengikutnya sendiri.

    KutooBamboo tu nak kena pelangkung ramai2 agaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum
      saja nk tambah sikit lah ea,kalau semua agama suci jadi apa bezanya islam dgn hindu
      dan fahaman yg lain2 kat dlm dunia nih...
      bahaya klu mcm ni...ingat2 sikit klu nk cakap apa2
      ok lh
      wasalam

      Delete
    2. yg tulis artikel ni pandai je suruh org jgn marah la itu la ini la , sendiri menmfitnah ajran agama org lain , bertobatlah!

      Delete
  7. apa yang anda katakan memang betol
    saya sendiri pn pnah dgr cerita yg bukan2 psal holy water ni...
    kdang2 mmg x msuk akal..
    dan cerita yang sya dgr ni..
    diceritakan oleh golongan ustzah dan ustaz di smla zaman persekolahan dulu..
    bukan niat hendak membela agama lain..
    tpy kalu di fikirkan..
    mmg langsung x logik apa yg di ceritakan ttg holy water..
    semasa zaman persekolahan..
    bahkan..ada yang berkata...
    gologan paderi sgup membyar duit..
    yg byak kepada gologan islam..
    untuk menarik umat islam memeluk agma kristian...
    haha...mmg x msuk akl..
    ya la byak sgt ke duit2 paderi 2
    ya la..kalu ada yg mnx 10 juta untuk msuk agma kristian..
    mampu ke paderi 2 bayar..kepada smua,sbyak 10 juta sorang...
    Syabas en zul..artikel ni mmg menarik

    ReplyDelete
  8. masa form 3 dlu pon ustazah cakap pasal holywater dr janin..pheww hampir percaya taw tp pk logiklah kan macam mana dorg nak buat janin slalu -.-' lps tgk bnyk cite mat salleh br pasan holywater tuh dorg buat ape je..kwn2 kristian pon ade gak bercerita..hurmm ssh la kalo kita main percaya je ape yg kita baca atau org cakap..kena buat reserch gak nih

    ReplyDelete
  9. FB sudah menjadi "surat berantai" seperti tahun2 90an .Semua benda yg pelik2 dan kurang waras mudah2 sahaja kita dapat dari FB dan part yg paling best ialah FB telah berjaya 'meracuni' minda org Islam kita supaya menggunakan sepenuh jiwa laman sosial ini kearah yang mereka telah andaikan.

    Pakai jubah dan pakai ketayap baru nampak Islam mmg jahanam.Mana punya kitab 'dia' sudah sembah daa...

    Mereka2 yg ghairah sangat hendak berdakwah ini benar2 faham ke apa yang cuba didakwahkan?

    Kalau setiap org ikut sahaja apa yang disuruh dan dilarang semua masalah ini pasti mudah untuk diabaikan.

    ReplyDelete
  10. mak pun tak tau asal usul holy water ni samada versi dogeng atau versi fakta tp 1 kisah je aku teringat nyah.. masa tu sekolah menengah lagi. biasala zaman nakal2 lepak shopping complex, curi2 masuk karaoke walau bawah umur.. sebab nakal2 gitu2 tu pd satu hr tu arwah ayah aku blk dr masjid dgn sopan & lembut dia tanya.. dia kata ada org kt masjid bgtau aku & kwn baik aku siti tu dah murtad, convert kristian. Yg best ada pulak yg kata pernah nampak aku & siti masuk gereja. Smpai skrg aku x penah jejak kaki ke gereja.. kalau lalu depan gereja tu yer la sbb gereja tepi jalan.. Mengamuk jugak la aku org tuduh2 aku camtu. senakal2 aku pun tak terdetik langsung nak buat benda camtu & takde pulak di kalangan kawan2 aku yg hasut aku memurtadkan diri & takde pulak aku dgr mana2 kawan aku yg murtad masa tu. Org yg fitnah aku smpai hr ni aku x sure sapa & takde lak dia dtg minta maaf kt aku

    ReplyDelete
  11. aku sezaman ang.. tahun 2000 aku spm.. memang kecoh gila kan masa tu sal holy water.. entry ini mmg berat.. thanks sudi share pengetahuan..

    ReplyDelete
  12. Nin : kes suara pelik dari lubang kat rusia.. gila lama cerita tu. bodoh kuasa 100 kalau ade org yg share gak link tuu..

    Noi : ada dua peringkat umur yang suka MOSH, budak baru habis sekolah nak masuk U, atau Org Tua 45thn keatas yg main FB...

    CIk ila : AMin...

    Anonymous : org yg cakp masuk kristian dapat 10juta tu ada masalah paranoid skizo.... ataupun peminat teori konspirasi

    ZWAN : terima kasih, dah paham kan?

    Alexa Yussida : org yang mengetahui itu adalah org yang mahu membuka minda dan mata pada perkara yg mereka nak tau, ape susah pun kan yuss.. tengok kat TV ngan sembang dgn kawan dah tau holywater tu ape..

    amiyo : Insyallah

    Nizam Ijam : Insyallah

    Republic Aku : mereka ini adalah org yang SEMANGAT lebih, tapi ikmu taknak baca, pastu taksub dengan tokguru..takleh lansung org persoal apa2... terus jatuh hukum munafik..

    Lekat Lekit : itulah bahaya fitnah, dulu org fitnah aku ahli bidaah pastu org fitnah aku wahabi, pastu org fitnah aku liberal thinker, pastu org dah taktau nak kelaskan aku apa, tapi ko lagi kesian sampai tahap ada org fitnah murtad kan, cerita lah kat entry, aku nak baca..

    Angah : holy water adalah isu yang highly wrong misunderstood.. sama-sama... jemput baca selalu.

    ReplyDelete
  13. mmg pernah dgr cerita ni dari ramai org...

    sebab dah terlalu disogok dgn benda2 ni, jd sejujurnya masa tuh saya mmg percaya. keyakinan ttg "kesahihan" cerita ni bertambah bila ustaz n ustazah yg cerita...

    tp masa tu xde pikir plak nak buat research... mungkin sebab sekadar percaya tapi tak amik berat..

    bila dah masuk tahun 1 di universiti, masa tuh dah banyak bergaul dgn non muslim n salah seorang dari bespren saya pun kristian, barula teringat balik pasal cerita ni.

    so, saya pun terus tanya soalan ni kat dia, lgpun ayah dia mmg staf gereja.xtaulah kije bhgn mana, tp katanya kije kat situ..

    saya: carol penyebaran dakwah kristian ni mcmana..
    carol pun ceritalah, nak tulis pun dah tak berapa igt. lepas tu dgn poyonya saya bertanya:
    saya: apsal ko tak kasi aku minum holy water utk kristiankan aku?
    carol: hah!! akupun tak pernah minum, ko nak minum buat apa? ko minum habis satu tangki tp ko tetap percaya islam pun xde berubah agama ko...cerita apa yg ko dgr, aku nak tahu jugak?

    so lepas cerita kan hal tuh, kamipun bergelak ketawa sambil minum air sirap di kafe UMS.

    itulah sedikit perkongsian cerita ttg kebodohan saya pd waktu tuh. nasib baik umo masa tuh baru 19.xdelah teruk sgt rasanya.bleh wat excuse baru nak kenal dunia.he he :)..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. aku teringat satu kem motivasi mase sekolah dulu.. anjuran budak2 UM.. last day ade jemput YB Latip... Parlemen Mersing.. Ade salah sorang student yg petik isu ni untuk ditanyakan kpd YB Latin...

    "datuk, sekarang ni ade kes pelajar Universiti yg jadi murtad lepas minum air holy water... jadi kene hati2 takut terminum air holy water tu... apa pandangan datuk..?" lebih kurang la bunyinye...

    datuk jawab..

    "holy water? macam mane pulak boleh jadi murtad kalau terminum, air tu ade kuase ke? tak de semua tu... allah yg maha berkuasa... tak jadi ape2 dengan izin allah.."

    ReplyDelete
  16. sabrina : wahahahaha cerita awak best la. lebih kurang sama je cerita ngan saya punya.. hehehe

    Sam Banjamin : Dr latip memang otai, anak Ustaz mat la pulak kan...

    ade ke minum air holy water boleh tukar akidah kan zul? merepek betul budak2 zaman skrg nih

    ReplyDelete
  17. kan lebih mudah je paderi tu jampi loji penapisan air ... x payah nak susah2 dakwah kan? Dari dulu aku x caya benda ni ... sama halnya ngan isu AKUM dan lain2 tu ...

    ReplyDelete
  18. Add Remove Block : Yess that is my point! :)

    ReplyDelete
  19. mmg kecoh pun masa tu...tp masa tu mmg dah ada otak nak pikir dah...hahaha...takde nak amik port sgt...

    ReplyDelete
  20. aku pun sebenarnya dah lupa kisah tu tp bila baca entri ko ni baru aku igt balik.. almaklum la aku ni kn pelupa..

    ReplyDelete
  21. a'ah la.. dl heboh psal holy water ni, ye2 je aku percaya.. wakaka.. tp xde la percaya sgt pon, just dgr gitu2 je

    ReplyDelete
  22. aku selambe je share minum air member serumah aku yg agamanye kristian mase aku kat kampus dulu..die kuat kot agama kristian..tetiap minggu g church..mane la tahu dalam air die ade buh ape2 kot kan..tapi takde pulak aku tak boleh ngucap dah..masih Islam aku ni ha..sampai mati aku akan tetap Islam..aminnn..

    ReplyDelete
  23. ermm... kalau air jampi ustaz plak? atau air yassin yg sek slalu buat time dekat2 spm@ pmr.. utk budak2 ni minum..?

    ReplyDelete
  24. Jue : baguih2 baguih.. belanja makan aiskrim leh tak???

    Cik sha : dulu masa uitm, budak iban sebilik aku siap baca bible lagi masa aku sembahyang...

    Muhas : banyak ulamak muktabar berbeza pendapat pasal air yassin dan air jampi. tapi majoritinya menyatakan ia adalah Bidaah, sebab Nabi dan sahabat tak buat, melainkan menjampi kurma dan lain2 dengan ayat alquran utk sakit...

    p/s ingatlah, orang nak pandai, iman nak kuat, nak score bukan dengan minum air jampi.. tapi kena belajar bersungguh.. anak cina tak minum air jampi tapi diorang score.

    ReplyDelete
  25. Hi..salam damai..terima kasih kerana membetulkan apa yang salah dan berfikiran secara rasional. Saya adalah seorang penganut Katolik dan ingin berkongsi mengenai Holy Water ni. Apa yg telah disebarkan tu semuanya adalah tidak benar. Sebenarnya, Holy Water ni tidak dijampi melainkan air biasa yang diberkat in the name of The Father, Son and Holy Spirit oleh Paderi/Uskup. Ianya digunakan untuk memberkati/menyucikan diri seperti air wuduk sebelum berdoa/bersembahyang juga digunakan utk membaptis seseorang apabila memeluk agama Kristian. Dan perihal mendakwah pula, tidak pernah pula dgr paderi/penganut dibayar apabila berjaya mengkristiankan seseorang tu..karut semua tu. Utk pengetahuan saudara saudari, utk memeluk agama Kristian tidaklah mudah seperti yang disangkakan dgn meminum Holy Water tu..seseorg yg mau memeluk agama Kristian perlu belajar terlebih dahulu beberapa tahun barulah dia akan dibaptis atas kerelaannya sendiri..Jadi, lebih baik hormat-menghormati antara agama lah kan supaya kita hidup harmoni di Malaysia ni..Tq God Bless.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.
      Dan tiada (pula) kamu menyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku bukan penyembah apa yang biasa kamu sembah. Dan kamu bukanlah penyembah Tuhan yang aku sembah. Bagimu agamamu dan untukku agamaku".

      Delete
  26. yang aku perhatikan la....yg byk wat fitnah adalah org kite'melayu islam'...kot ye pun nk wat fitnah tu pun biar la cerdik sket(jgn join wat fitnah haaa)....buat malu je ngan bangsa lain yakni agama lain....ape ke jadahnye la...terasa malu n tebal muka kalo diorang ngata kite nih...astaghfirullahhalazim...

    ReplyDelete
  27. mat lu punyer cra cerita cam pro jerk kan..poyo...xdek ilmu jgn nak men bedal jerk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba bgtau aku bedal tang mana? pastu tunjuk plak takat mana ilmu kau, aku teringin gak nak tengok kan.

      Delete
    2. salam
      jgn merasa marah saudara ku
      marah itu percikan api syaitan
      tetap kan naiwaitu mu itu hanya kerana allah
      Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
      wasalam

      Delete
    3. tula, slah info la artikel ni lucu sngat tak tau dari mne la die dpt cite cam ni

      Delete
  28. terima kasih saudara kerana menulis artikel ini. saya beragama Katolik . dan saya "mualaf Masihiyah"(christian convert)dari fahaman lain. Selama perjalananan saya sebagai seorang Katolik TIDAK pernah saya dengar orang minum Air Qudus yang diwar-warkan dikalangan orang Islam. Air adalah simbol kebersihan dan kesucian dalam semua agama. Kita bersihkan diri dengan air sebelumj masuk tempat ibadah, kita mandi setiap hari untuk bersihkan badan. Air yang digunakan untuk upacara agama tak pernah dijampi-jampi sebagaimana diiye-iyekan oleh pihak-pihak yang jahir dengan adat orang Katolik. Dalam semua agama ada tempat, pakaian, alat-alat sembahyang dan lain-lain yang dikhususkan untuk tujuan sembahyang, jadi semua ini adalah dianggap qudus dan tidak boleh dicampur-adukkan dengan barang-barang lain. Air Qudus dalam agama Katolik tergulung dalam kategori pengkhususan ini. Ia air yang dikhususkan untuk kegunaan upacara agama, jadi ia tidak dipakai untuk minuman, mencuci kereta dan sebagainya. Doa berkat akan diucapkan keatasnya untuk menandakan ia adalah dikhususkan untuk kegunaan agama untuk tujuan penyucian. Tiada jampi terlibat. Ia bukan untuk diminum seperti yang didakwah, tetapi kalau haus dan nak minum, orang tak akan larang, tetapi kalau minum sebab meganggapnya air jampi, ia tahayul dan tegas dilarang. Bagaimana cerita tentang sesuatu yang sebegitu simple dicemarkan dan dirumitkan oleh golongan yang tiada kaitan dengannya? Apalah hubungan seks paderi/biarawati, apalah keguguran janin, inikah cara kita mendekati pemahaman agama orang lain? Kan ini dinamakan perbuatan jahiliyah? Umat Katolik terasa hampa bagaimana hendak menerangkan semua ini kepada yang jahil tentang adat resam agama kami tanpa dituduh cuba memurtadkan sesiapa. Undang-undang di negara kita yang melarang usaha penerangan ini menyebabkan kejahilian ini terus merebak. Pokoknya, adakah umat Islam benar-benar nak tahu adat-resam kaum dan agama lain, atau hanya berpraksiskan pengetahuan mereka kepada ajaran pihak-pihak tertentu sahaja dalam agama mereka, yang malangnya langsung tidak jujur serta berwibawa di mata yang bukan muslim?. Artikel saudara ini saya berharap dan berdoa akan menjadi katalis untuk membina jambatan kesefahaman diantara kaum dan agama yang majmuk di Negara yang agung dan diberkati yang Maha Esa ini. Sekian. Salam Silatulrahim.

    ReplyDelete
  29. holy water tu air biasa jer..dorg guna utk buat simbol cross bila nk masuk gereja..air tu juga dorg guna di rumah..kalau kita mcm air yasin la..hanya guna air biasa yg di bace dgn ayat2 suci al qur'an..aku ada kawan yg jadi belia gereja.aku tanya dia la..n diorg x minum holy water tu..jgn la nilai agama laen mcm tu..aku ni kawan dgn budak kristian pun dorg xda la nak bodek suh masuk agama dorg ke apa tp yg aku tau d0rg mMg hormat agama kita..so knp kita x bleh jadik mcm d0rg.malu la sikit..setiap agama tu ada ada kepecayaan masing2..knp kita harus mengutuk dorg yg di lahirkan dlm agama lain..walau agama lain tp dorg taat sgt pd agama dorg..kwn aku tu da lama jadi belia..rutin harian di habiskan utk ikut segala aktiviti di gereja n segala hal2 bkaitan dgn gereja je..kdg2 aku bangGa tgk dia..krn smpai mcm tu skali dia taat pd agama.sdgkan kita ni susah sgt la nk g masjid..apa lagi nk jadikan rutin harian.walau dorg tau aku ni muslim.dorg x penah pertikaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fahamikan yg enam
      tunaikan yg lima
      carilah yg satu

      Delete
  30. As a Malaysian Catholic, Thank you for taking the time and effort to write this article, that promotes better understanding between our 2 faiths.

    ReplyDelete
  31. KALAU SEMUA ORANG FAHAM DENGAN AGAMA MASING2 DAN MEMAHAMI AGAMA LAIN,AMAN LA NEGARA KITA INI........PENDIDIKAN MORAL ADA JUGA MENGAJAR SUPAYA MEMAHAMI AGAMA LAIN,MUNGKIN PENDIDIKAN ISLAM PUN SERUPA JUGA.....APA PUN AGAMA KITA KALAU KITA MENGHORMATI SATU SAMA LAIN DAN MENGHORMATI KEPERCAYAAN ORANG LAIN,HIDUP KITA SEBAGAI SATU MALAYSIA PASTI AKAN AMAN DAN MAKMUR.....PEACE NO WAR :)

    ReplyDelete
  32. I see Him in you.. Zulfikarhazri..

    ReplyDelete
  33. Kerana perangai beberapa org yang mengaku muslim dan kononnya nak selamatkan org Islam jadi murtad dengan mengadakan cerita yg bukan2 dan menyentuh hati penganut agama lainlah yg menyebabkan Islam dimusuhi mereka.Ramai orang Islam yg suka menyentuh dan mengada2kan cerita seumpama ini. Org2 yg taksub tak bertempat ni lah yg membentuk musuh Islam. Tak boleh ke kita umat Islam berdakwah dgn cara yg baik tanpa menyentuh sensitiviti penganut agama lain? Kalau kita kata agama Islam adalah agama sebenar, mereka juga meyakini agama mereka agama sebenar. Oleh yg demikian, kebenaran yang nak kita sampaikan itu perlu dilakukan dengan bijaksana tanpa mewujudkan musuh2 Islam kerana cara kita berdakwah yg tidak betul...wallahualam.

    ReplyDelete

  34. Isu Holy water adalah isu popular sejak lama dulu. 

    Kononnya air itu adalah campuran janin paderi di Vatican, air yang dijampi oleh Pope dan air yang memiliki keajaiban,

    sekiranya kita minum air ini, dikatakan kita tidak dapat mengucap dan lidah menjadi kelu.

    Dikatakan, bagi memulihkan orang Islam yang meminum air ini. Haruslah dihimpun tujuh kolah air masjid untuk diubatinya.

    Masyarakat menyangka ini adalah senjata dakyah Kristian yang paling berbahaya kerana ia umpama sihir.

    Sebenarnya, semua itu adalah fitnah dan rekaan semata-mata.

    Holy water adalah air paip biasa yang sudah didoakan dan dijampi oleh paderi untuk kegunaan di pintu masuk gereja Katolik.

    Di gereja katolik, ada sebuah bekas di dinding berdekatan pintu masuk gereja. Di dalam bekas tersebut diisi dengan air Holy Water yang bertujuan bagi berwuduk cara mereka.

    Penganut katolik akan mencelupkan dua jarinya ke dalam bekas itu dan membuat lambang salib ditubuhnya. Ia adalah tanda mereka bersuci. Air ini tidak pernah digunakan untuk diminum.

    Penyebaran kisah Holy Water kononnya ada kuasa itu tidak benar sama sekali. Sekiranya umat Islam percaya Holy Water mempunyai kuasa,

    maka ia suatu perbuatan syirik kerana mempercayai air tersebut mempunyai kuasa yang boleh mengubah akidah seseorang.

    Orang Melayu masih lagi berada di takuk yang lama, malas mengkaji, dan tidak mahu berfikir secara kritis. Berita-berita yang disebarkan itu tidak diselidiki dan dikaji, padahal hal itu berkaitan dengan sensiviti agama lain. Ini adalah isu yang memfitnah penganut Kristian dan perlu dihentikan - Iqram, Penulis Kau Sembah Apa?

    Jangan kita menjadi tidak bijak dengan mempercayai benda-benda mengarut seperti ini.

    Saya share perkara ini yang saya temui dari buku Kau Sembah Apa? terbitan Puteh Press

    Bolehlah kita sama-sama memahami sedikit sebanyak tentang agama-agama lain yang ada di Malaysia

    Supaya kita boleh meraikan kepelbagaian.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...