Asyik penulisan berat je 2, 3 entry yang sudah, kali ni mari kita mengendurkan sikit suasana dengan niche blog ini iaitu kisah nostalgia.
Kisah zaman kanak-kanak yang hampir semua orang pernah lalui, tapi tercari-cari ke mana hilang memori itu. Kisah memori yang membuatkan orang tersenyum sorang-sorang lantas berkata-kata dalam hati...
" laaahhh, mamat ni pun buat jugak benda mcm ni? ingatkan aku sorang je yang buat dalam dunia ni, takdelah pelik mana pun aku ni ye.. katanyaa"
******************************
Bercakap pasal Seni, seni adalah satu bidang yang aku lemah, korang ingat aku ni multi-talented - poyo - ingat bagus - semua nak conquer sendiri, punya manusia ke?
walaupun aku aktif dalam sukan, bidang akedemik, bekerjaya di umur muda, suka menulis dan berdebat, gemar aktiviti lasak, boleh bernyanyi, pandai masak dan macam-macam lagi, tapi bila bab seni kreatif ...Ya Rabbi, jangan katakan lukisan aku tu jual tak laku tapi bayar upah orang suruh tengok sambil puji pun orang lari tau?
Kelemahan aku dari kecik sampai besar ada 3, satu tangan tak berseni, lemah matematik dan gemuk, Nasib baik hensem, kalau gemuk pastu tak hensem, mesti aku takde keyakinan diri lansung kan.
Tahap kebangkuan tangan aku terhadap seni adalah sampai mak aku cakap tulisan Khat aku masa darjah 4 adalah setaraf dengan tulisan Orang gua zaman purba.
Dan tahap comotnye tulisan Khat aku masa sekolah agama sampaikan ustazah Yong (jiran aku) pergi ngadu kat mak aku...
"Kak Awi... Kak Awi tengoklah anak Kak Awi ni, Ya Allah tulisan khat dia dah macam tulisan Cina"
" Iyeee Ustazah Yong? budak Ikar ni memang selewen, kalau bab seni jangan bagi kat dia, jenuh dah kak awi ajar dia, tapi takde mau dia nak kemas-kemas sikit, selekeh betul"
" Itu lah kak awi, bercakap pandai, suruh tulis khat macam cakar ayam, tak macam abang dia si Karnain tu, tulisan dia cantik sangat"
Untuk pengetahuan korang, abang aku johan pertandingan tulisan khat sekolah, siap ada pen/pensil khat khas lagi, ada kotak tau dak? kotak tu kaler hijau, dia simpan pensil khat tu macam simpan keris perasap kemeyan bulan mengambang malam jumaat.
Akibat di endorse dan telah termaktub bahawa aku memang tak boleh go foward dalam bidang seni tulisan dan lukis-lukis, aku telah mengabaikan bidang itu sampailah aku besar.
Korang nak suruh aku lukis kartun? nak suruh aku lukis doodle macam blogger duk buat tu, nanti korang jangan kecik hati kalau aku lukis muka korang keluar muka beruang.
Dulu ada pertandingan melukis Hari Wawasan 2020, aku macam kanak-kanak biasa, dan macam korang jugak mesti akan lukis kereta terbang dan UFO, konon-konon Malaysia nanti maju sangat tahun 2020, sampai kereta pun boleh terbang la kan.
Aku tunjuk Kereta terbang ngan UFO yang aku lukis tu kat cikgu seni aku, dia boleh cakap aku lukis kepala ular! tak ke kecik hati aku masa tu, aku rasa macam nak nangis dan lari ke kantin makan nasik lemak lauk sotong tau tak?
Nak cakap bab tulisan tangan pulak, aku punya tulisan ikut 4 musim macam kat New York, kejap musim senget ke kanan, kejap musim senget ke kiri, kejap musim tegak je bulat-bulat, kejap tulisan leper-leper. Tu kalau panggil pakar tulisan tangan dalam CSI tu, pasti dia cakap aku ada penyakit 4-person split identity crisis. kiranya kalau aku tulis pastu aku letak kat tempat jenayah kejadian, mesti CSI terpaksa buat episod khas untuk merungkai misteri tulisan tangan aku.
*****************************
Ditakdirkan Tuhan, pada satu hari tu, abang aku pergi camping pengakap dekat Taman Rimba Templer, adik-adik aku pulak tengah tidur nyenyak kat rumah. Bapak aku pulak tiba-tiba kelam kabut kejut aku pagi sabtu suruh siap-siap.
Aku jadi keliru dan kaku...
"apa ke hal pulak bapak aku ni begitu mesra pagi-pagi sabtu? selalunya selain dari Aktiviti ikut dia main badminton malam-malam, tak pernah pulak dia manja-manja ngan aku nak bawak jalan-jalan pagi sabtu"
Rupanya dia terdesak, Pengarah Urusan company dia iaitu Cold Storage mewajibkan setiap Pegawai bawak anak masing-masing bagi memeriahkan pelancaran Kempen Hari Keselamatan dan Kesihatan Syarikat.
Jenuh la aku siap-siap pagi tu pakai baju Kiki - Lala ikut bapak aku pergi Jaya Supermarket dekat PJ, Jaya supermarket tu cold storage punya. Kiranya tahun 90an, Jaya supermarket tu setaraf la dengan Yaohan, subang Parade dan Metrojaya.
Sampai-sampai sana, aku terkejut yang teramat sangat. Bapak aku gosok-gosok kepala aku, tolak-tolak suruh pergi satu kawasan berkumpul bersama kanak-kanak yang lain. semakin aku merapati tempat berkumpul tu aku baca banner depan pentas tu pelan-pelan.
"PERTANDINGAN MELUKIS KEMPEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN"
Mahu tak berdebar dada aku, masa tu aku mula sengih lebar je sambil tengok bapak aku, bapak aku pun sengih kerang busuk tengok muka aku. aku dapat baca dalam kepala bapak aku berbunyi begini...
" habislah kredibiliti aku, kena gelak dengan kawan-kawan aku semua, Karnain pergi camping pulak, aahhh dari takde, Ikar pun Ikar la, janji participate, jangan dia lukis UFO sudah"
Aku pulak dalam kepala berbunyi begini....
" Addduhhhh, pertandingan melukis pulak dahhhh, apsal dia tak buat pertandingan lari dalam guni, nak suruh lukis, kang aku lukis UFO pakai skirt nanti kannngggg"
***************************
Dipendekkan cerita, aku pun melukis guna pensil warna Luna ada cap kapal layar tu, sedangkan aku tengok anak-anak orang kaya Petaling Jaya - Damansara Heights - Hartamas semua bawak set kaler sendiri, ada yang bawak Bancho, ada yang Bawak Crayon besar talam kopi, ada yang siap bawak meja melukis ala-ala meja arkitek boleh lipat lagi.
Mana boleh aku lupa, masa tu aku lukis cincai gila, lukisan tu ada bangunan banyak-banyak dengan tingkap kotak-kotak sebagai background, langit kaler putih, kaler putih sebab kertas tu putih, takda masa aku nak kaler langir biru, pastu bangunan aku boleh kaler ungu, kuning, oren, mambang biru air laut, depan bangunan tu aku lukis lampu isyarat, zebra crossing dan ada kereta 3 bijik, pastu aku lukis bapak pimpin tangan anak dia lintas jalan sambil lampu kaler merah untuk laluan kereta.
Yang tak menahan tu, aku siap lukis topi keselamatan kaler kuning atas kepala bapak ngan budak tu, entah apa kena mengena pun aku tak tau, kengkonon imaginasi aku nak nyatakan bahawa kena jaga keselamatan lintas jalan, kena guna zebra crossing, pimpin tangan dan pakai topi, takut batu bata jatuh dari langit.
" detailnya kau terangkan Zulfikar, kan dah meleret-leret cerita ni, kalau kau lukis je balik pastu upload kat entry ni kan senang?"
"nak buat macam mana, aku tak pandai lukis balik guna paint windows ni, kang cramp jari aku nak tarik-tarik mouse ni nanti"
******************************
Tapi dah nama pun rezeki, aku menang dapat Naib Johan dalam acara umur 10-12 tahun acara melukis kempen keselamatan, masa aku menang tu, aku garu-garu kepala naik pentas amik hadiah. Lukisan macam orang neolitik dalam gua pun boleh menang? punya lah takjub aku, kalau tak takjub takde de aku nak ingat peristiwa ni sampai tua-tua.
Hadiah masa tu, Voucher membeli belah Metrojaya bernilai RM70.00, aku bawak voucher tu, memula aku nak beli set silap mata ada bola span dan kayu ajaib, sekali bapak aku ckp nanti benda tu tak guna, jadi aku beli Pen Parker berharga RM50.00, belen voucher tu aku jual kat bapak aku dengan harga RM 15.00..
Jadi bapak aku untung RM 5.00, aku pulak untung dapat duit cash RM15.00, nanti balik rumah boleh beli Ais pop banyak-banyak, pastu boleh beli gasing, berlagak dekat Mustafa Kamal anak makcik kantin sekolah agama.
************************
" Tapi Zulfikar, mana nya twist cerita ni? selalu cerita kau ada twist hujung cerita?"
" sabar anak muda, walaupun cerita sudah panjang tapi ia belum habis lagi, ada korang jumpa P/S? belum kan? kalau belum tu maknanya belum habis cerita"
Bila balik, aku dah terkinja-kinja dalam Proton Saga Knight 1.5 Magma kaler kelabu bapak aku. Punya la aku berlagak dan rasa disanjungi, aku rasa hasil seni aku dihargai oleh manusia jagat raya. Pada detik dan saat itu aku merasakan aku seperti Pablo Picasso pada zaman kecik beliau, aku rasa seperti aku dah mematikan sumpahan mak aku yang selalu kutuk hasil seni aku.
Aku seakan-akan nak masuk rumah dengan gaya Finale WWF, ada rambu-rambu dan kelip-kelip berterbangan, ada letupan mercun confetti hari jadi bersepai atas kepala meraikan kelahiran tokoh seni baru yang bakal menggegarkan arena seni negara. Pastu tambah lagi, ada belon kaler ungu turun dari syiling.
Masuk je rumah, aku tergedik-gedik kat mak aku, cakap aku menang tempat ke-2 pertandingan kaler dan lukis, aku siap tunjuk lagi pen parker yang aku beli dengan voucher kat bapak aku, aku tunjuk sijil ngan envelope hadiah lagi, perghhh meriah suasana kat rumah macam sambut raya. hup hap hup hap hup hap bunyi nafas semangat sambil cerita.
" betul ke kamu ni Ikar, betul ke kamu menang hadiah melukis? mama tak percaya langsung lah, tah tah kamu amik lukisan budak lain, kamu hantar kat pengadil kot"
" betul mama, Ikar menang, tu la mama tak caya yang anak mama ni ada bakat melukis, sekarang tengok la buktinya ma"
" tak caya lah mama, Yeop, betul ke ikar menang no 2 melukis tadi yeop?" (mak aku tanya bapak aku)
" Ha'ah, betul dia menang No 2, tapi abah dah Kautim dengan Juri dah, juri tu si Isnin, abah pergi kat dia, abah cakap, kamu Senin tengok-tengokkan anak aku tu sikit, Jangan la bagi tempat corot sangat, kurang-kurang pun bagi ada nombor la....nanti aku belanja kamu nasik kari"
Cisssss, aku dengar macam tu, terus kecewa gila, tapi disebabkan keyakinan diri aku yang tinggi, aku buat rilex je, sebab lagipun aku bukan harap sangat nak menang mula-mula kan, mentang-mentang la Pakcik Isnin tu staff bapak aku, sanggup makan rasuah nasik kari. Bapak aku pun sama, diam-diam sudah lah, biar jela aku syok sendiri dan menikmati kemenangan abadi.
Sekali pakcik aku yang aku panggil Pak Itam balik ke rumah, pak itam ni tinggal ngan keluarga aku, dan dia kerja sama tempat ngan bapak aku, bapak aku masukkan dia kat sana. Pak Itam balik je, dari pintu rumah dia dah menjerit sambil bongkok-bongkok bukak kasut ngan stokin...
" Yang..Yeop... Uiyyyoooooo Ikar menang contest melukis tadi, dapat No 2, tapi tah hape dia lukis pun Ayit taktau..dah macam rupa Pokok Getah kena toreh je ayit tengok"
Aku dari jauh, pandang tajam muka Pak Itam aku, "Cisss potong stim betul lah Pak Itam ni"
*************************
P/S haaa,kan dah jumpa P/s kan? baru lah tandanya dah habis cerita.....
P/S ii eh belum habis lagi, lupa yang keyboard ni boleh taip P/S ii
P/S iii .... la korang ni, dah habis lah, nak jugak tu cari P/S iii.
hahahahahaha...!
ReplyDeletesama laa ngn aku..
tp aku teringin nk bljr main2 kaler secara serius..
aku rs aku ada bakat..
kakakakakakak...
pernah aku kaler kayu warna purple..
ckgu aku marah..aku cakap kayu tu da kene cat purple..
lagi die marah..
aku tak paham...!!
aku tgh bayangkan ko lukis bapak yg pakai topi kaledar kaler kuning pimpin tgn anak dia lintas jalan guna zebra line tu.. entah mcm mana rupa anak beranak tu yer.. wakakakak
ReplyDeleteko sama je cam aku Nyah.. bab lukis, kaler bagai ni memang layak mendapat kejian jer.. kalau kt skolah dulu time exam besar mcm PMR or SPM, walau x terer tp aku amik gak subject tu sbb x kan gagal.. tp dlm dewan aku rasa mcm nak melukis dalam laci meja jer.. sbb asal pengawas dewan lintas dpn meja aku je dia senyum.. aku paham sgt la maksud di sebalik senyum tu..
aku suka melukis,tapi aku tak suka n tak pandai kaler..lukisan yang elok2 comel boleh jadi huduh ya amat kalau aku kaler,kategori apa pulak tu ekk
ReplyDeleteMissenget : hahahahaha, nasib baik ko tak cakap yang kayu tu aiskrim keladi kan Shila.. hahaha lawak gila ahhh
ReplyDeleteLekat Lekit suria : Dia senyum sebab ko lukis lawa sangat kot, ehh masa anak ko baby2 lagi ni kan, baik ko bagi dia jinak2 ngan kaler luna, takde la tangan dia buta seni mcm kita ni nanti tau... hahahahahaha
NOI : tu kategori tangan tak bedung... abang aku ckp, sebelum kaler, buat line dulu sekitar objek guna kaler yang kita nak guna, baru la kaler tu tak lepas sempadan.. tapi aku buat haram nak lawa.. hahahha
ReplyDeletehahahahaha.kahkahkah.baca separuh pun dah gelak tergulig guling.kehkeh.
ReplyDeletesy pun sama tapi matematik dgn masak baik belajar matematik,best oo.
kalau taknak hampa sila lah tunjuk hasik seni kamu dekat Imani.sy dah pernah buat,kembang kempis hidung sy lepas Imani puji sy teror melukis biarlah setakat org lidi.hhahahahaha
kemain panjang bhai.
ReplyDeletep/s selewen tu apa?
p/s mohon jawab
p/s okbai
Nin Ahmad : kalau mcm tu leh la baca banyak kali, banyak guling banyak kalori terbakar..boleh seeelim... hahaha
ReplyDeletenanti suh Imani tempah spek mata tau.. tak nampak ko makcik dia lukis macam mana..
Melle :
p/s selewen tu selekeh, serabai bahasa orang perak sayong..
p/s aku ketagih buat entry panjang skrg...
p/s ada pulak intenet kat mahalah ko wakakakakakakkaa
salam zulfikar..hahaha..kita sama.bab melukis dan mewarna benda yg paling buat mood sisLM terbantut.kalau kwn lain blh senyum hepi main lukis2 sis pula akan moody sbb tak dpt lukis.lukis kucing jadi unta..lukis ayam rupa kerbau dah.hambek...anak2 pun gelak bila dah jd ibu.
ReplyDeletekalau bab tulisan tu memang kelakar.adat org johor malu latak pandai tulis jawi.mengeja dengan baik tu pasti..ye la..sis kan bekas guru sek agama.tapi malu tau..tulisan dr sek sampai la kerja lebih hodoh dari budak darjah 5.khat?tak payah la..memang hodoh giler..huhu.dapat kerja dulu pun ntah apa naseb badan...org lain cun jek tulisan berekor2.kita buat cam ekor taugeh pun takda.kelemahan dlm bab tulisan dan melukis ni buat sis rendah diri zaman sek dulu..huhu
hahahah!!tangan ko kan org klate kata xdop patak siput..xdop seni la tuh..huhuh..tak leh join la camni..ambe minat seni2 nih...tp skarang dh jadi keras tangan dh..lama xpgg pensil,brus dsbnya.cuma pegang brus makeup je,tok makeupkan org.thehehe..kalu ko jadi pak andam kan....... *memcuba utk bayangkan...*
ReplyDeleteahahahah.. terhibur juga baca walaupun panjang... ehehe.. dulu2 saya kecik2 pun tak pandai sangat nak melukis ni.. main hantam kromo je... tapi bila dah siap cantik juga d tengok.. ehe
ReplyDeletemati-mati aku ingat ko lukis gambar kanak-kanak melintas tu. nasib baik aku baca caption gambar tu. haha
ReplyDeleteooo.. menang guna org dalam yeee.. tak aci betul..
ReplyDeleteerk.. sy pun dlu sgt la lemah bab bab kaler nih.. hahahaa
ReplyDeletep/s 4 xde? :P
missalongwani : hahahahahahahaha patak siput...
ReplyDelete" mek, ada air lagi tak? haus la. bak sikit!"
" takdop dah be, tingga hok patak patak je" hahahahahahahaha
Gen2Merah: sebenarnya bila dah besar, sedar yg saya pandai lukis sebenarnya.. hahaha, masa kecik je tengok buruk...
Irshadism : ciss rugi aku letak caption tu kan..
Jue : apa guna ada staff jd juri kan.. haha
SengalMan: p/s 4 belum balik, dia pergi mancing..
Hahahaha..
ReplyDeletetak kesah la.. yang penting MENANG kan?? hahaha
dpt voucher tu..!!
aku mase kekecik2 je terer melukis..khat pun kire champion..selalu masuk pertandingan..
ReplyDeletemai dah tua2 ni tangan macam kayu pulak..nk lukis org jgn harap la kuar muke orang..uhuhu..