Musim Haji yang bakal tiba ini mengingatkan aku pada kenangan melawat bumi Makkah dan Jedah, Sungguhpun telah 3 tahun berlalu namun ia meninggalkan kenangan yang tak dapat aku lupakan sehingga ke saat ini.
Asyik-asyik entry nostalgia kanak-kanak dan pendapat yang rage je ye tak? kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku dari perspektif seorang anak muda dalam perjalanannya mengimbangi pendapat yang rasional dan rahsia kerohanian.
Sungguhpun aku telah melakukan Umrah pada tahun 2008, tapi aku jarang nak bercerita sangat akan hal ni, sebabnya aku rasa segan, ramai kawan-kawan aku yang pergi sana dah banyak kali, dan ada yang dah buat Haji pada usia muda pun.
Lagi satu sebab aku taknak cerita pasal Umrah adalah sebab aku pergi ke Jeddah atas urusan business trip, dan apabila ada masa terluang rombongan kami 'curi-curi' pergi ke Makkah untuk melakukan Umrah.
Jadi, rutin Umrah aku tidaklah se'detail' macam rombongan Umrah pakej orang lain, aku cuma sempat melakukan rukun yang wajib sahaja dalam Umrah tanpa aktiviti Ziarah. Tapi kalau korang perasan, ada entry-entry sebelum ni aku ada selit sedikit sebanyak pengalaman di bumi anbiya itu.
Cuma malam ni terasa nak kongsikan bersama, sebab tadi aku tidur, aku termimpi pasal Jeddah dan Makkah, dan bila aku bukak laptop aku tengok-tengok balik album lama. Ini adalah sedikit sebanyak corat-coret kenangan masa dekat sana.
***************************
1. Masa aku mula-mula sampai kota Makkah, ada air-air sejuk yang orang makkah wakafkan letak tepi jalan raya, untuk sedekah bagi orang haus minum, sampai je makkah aku terus ceduk air ni minum, aku ingatkan air zamzam, rupanya air sejuk je. punya excited.
2. Masa aku berjalan dengan gerombolan dari hotel nak ke Masijidil Haram, aku rasa macam dalam mimpi. Lepas tu aku lalu rumah yang dikatakan tempat lahir Nabi Muhammad Saw. Kemudian aku lalu dekat kawasan lapang berdebu dan ada banyak Jentera berat tengah buat kerja. Masa aku pergi dah takde lagi Pasar Zink tempat orang bangla/ pakistan berniaga, semua dah jadi padang lapang untuk permodenan masjid.
3. Masa aku sampai Masjidil Haram, aku lalu kawasan toilet dan tempat berwudhuk, sampai-sampai je dekat tempat wudhuk, aku terus duduk dan minum air paip, aku ingat air Zamzam, rupanya bukan, air biasa je, aku banyak kali jadi curios pasal air zamzam sebab banyak dengar cerita orang tua-tua, Diorang cakap dekat Makkah banyak sangat air zamzam sampaikan semua pili paip diorang guna air zamzam, nak wuduk pun pakai air zamzam, Salah rupanya ia Mitos.
4. Kebanyakan jemaah haji tidak tahu akan kewujudan toilet dan tempat wudhuk bawah Masjidil Haram, sebab diorang takut sesat bila nak pergi wuduk atau toilet, ramai jugak jemaah Haji/Umrah yang pergi toilet dekat hotel berdekatan atau mereka ambik wuduk dekat pili paip telaga zamzam. Sebenarnya Toilet/ Wuduk bawah masjidil haram sangat besar dan sangat luas.
5. Saat aku lalu tempat Sai'e, dan kemudian masuk pintu Masjidil Haram kemudian ke tempat Tawaf, aku nampak bucu Kaabah yang berwarna Hitam itu pun aku menangis. Air mata meleleh laju, bukan nangis mendengu-dengu tapi menangis terharu. Aku berdoa yang pertama sekali dan paling aku ingat adalah
" Ya Rabbi, Tuhan empunya sekalian alam, yang maha pemurah dan maha pengasih, kau ampunilah aku dan kau makbulkanlah segala doa aku, amin"
6. Pada masa tawaf, aku terkejut sebab boleh tangkap gambar depan Kaabah.
7. Jemaah Umrah ramai-ramai bawak selipar kepit celah ketiak, letak dalam beg plastik bawak pergi tawaf sekali bukanlah permandangan biasa, Tapi aku letak je depan pintu masuk, tawakal, kalau hilang takpe, keluar masjid nanti beli je baru, baru harga 4riyal. taknak aku gigih kepit selipar bawak pergi tawaf.
8. Pada masa itu, pandangan aku tentang Islam, Ibadat dan akidah bertambah luas, apabila aku melihat ada orang Arab yang tawaf dengan memakai seluar jeans dan Tshirt kuning sambil mendukung baby.
9. Pada masa itu, aku beribadat sambil observe, aku cuba fahami kebenaran disebalik mitos haji yang dibesar-besarkan oleh orang dulu.
- Jangan pandang atas Kaabah nanti boleh gila - Alhamdulillah tak gila orang yang duduk tingkat atas masjid tengok bumbung Kaabah.
- sampai sana, jangan cakap pasal business,jangan cakap benda lain selain dari hal ibadat, nanti dapat musibat - Aku tengok ramai orang arab yang berniaga dekat sekitar masjidil haram, banyak Business yang ada, kedai jual aiskrim, kedai gunting rambut, hotel dan bla bla bla, dan dalam Masjid depan kaabah sendiri orang cerita pasal duniawi dan business apabila ambil upah tolak kerusi roda.
10. Aku terkejut bila aku tengok ada orang indon / bangla yang amik upah untuk buat satu formasi ala-ala bodyguard untuk kawal orang yang nak pergi cium Hajaral Aswad, Upahnya boleh dirunding samada 200 riyal, 100 riyal atau 50 riyal, bergantung kepada skill tawar menawar.
11. Alhamdulillah aku dapat cium hajar al aswad, (tanpa bayar upah untuk bodyguard) masa nak cium tu, aku dihimpit oleh arus manusia, kemudian kain ihram aku hampir terlondeh sebab tersepit dengan makcik-makcik, nasib baik tak terbogel aku kat situ. lepas tu aku dipanggil oleh polis/tentera Majidil Haram itu dengan lambaian tangan dan muka yang tegas suruh aku cium, dan bila dapat signal macam tu, semua manusia kat situ bagi laluan dan aku terus pergi cium hajarulaswad, lepas aku cium jemaah sekeliling aku menepuk-nepuk bahu aku dan mengucapkan syabbas, dan tunjuk jari 'good' nganyin dan mereka tersenyum bersama aku.
12. Hajarul Aswad adalah batu hitam yang ada rekahan-rekahan halus, dan butir-butir batu kecil macam biji saga, teksture batu itu adalah halus dan licin, baunya wangi, bukan wangi ajaib tapi sebab cleaner Masjid Haram letak minyak wangi kat situ.
13. Tips untuk mengelakkan sesat cari pintu, ada orang cakap boleh sesat dalam Masjidil Haram, tips untuk sentiasa tak sesat adalah marking pintu keluar masuk di sebelah pili telaga Zamzam, insyallah tak sesat larat. nama pintu tu adalah Bab us Salam atau pintu Salam.
14. Aku buat umrah masa pukul 3-4 pagi kot, lepas tu aku rehat-rehat dekat medan tawaf sambil melihat permandangan Kaabah dan Masjidil Haram, aku beruntung sebab masa tu bukan musim umrah dan tempat tawaf lapang, boleh duduk melunjur dan rehat menunggu solat subuh. aku skeptical tapi memang betul atas Kaabah ada burung berterbangan. (masa aku tu la, lain taktau)
15. Solat subuh yang khusyuk di depan Kaabah, aku sembahyang atas medan tawaf (marmar putih), sana mazhab berlainan dengan di Malaysia, Tiada doa Qunut, Wirid dan doa lepas sembahyang, jadi tak perlulah buat lawak doa qunut panjang atau pendek, lawak doa lepas sembahyang, sedangkan menjadi Imam di Masjidil Haram pun tak wajib baca qunut dan wirid lepas sembahyang.
16. Semasa Sai'e , aku ada terdetik sikit action, ingatkan takde apa-apa sangat lari-lari anak ulang alik 7 kali, rupanya kaki aku sakit rasa kematu bila pijak simen sambil berlari-lari, dan boleh tahan penat jugak.
17. aku tak banyak tangkap gambar guna kamera/handphone aku sebab takut kena rampas, nasib baik ada camera Munawir kawan aku.
18. cukur rambut sampai botak bukan dekat safa-marwa lepas saie tu, masa tu gunting 3 helai saja buat syarat, aku botak dekat kedai gunting rambut sebelah hotel dengan bayaran 10 riyal.
19. Sarapan pagi makan bihun goreng, telur rebus susah kupas kulit dan kicap dekat hotel. Berangan nak makan Roti Arab ngan Bariyani arab pagi-pagi subuh? mimpilah. duk diam-diam makan bihun goreng tu.
20. Kota Makkah adalah kota yang penuh syahdu, penuh semangat rohani, penuh rahsia, penuh rasa terharu dan teruja, aku jenis sentimental dan suka imaginasi, jadi setiap kali aku pijak tanah aku bayangkan nabi dan Sahabat dulu pijak tanah tempat yang aku pijak jugak, bila tengok tanah, pokok, batu semua aku bayangkan Nabi saw dan sahabat juga pandang yang aku pandang, jadi aku banyak layan syahdu je masa kat sana.
21. Masa aku pergi sana, aku tengah happy, makan banyak, jadi badan aku gemuk lebih 8 kg dari badan aku yang ada sekarang, jadi ini adalah disclaimer : korang akan terkejut bila tengok gambar yang aku letak. lagi satu. perut aku takdelah sebesar itu, itu lipatan kain Ihram, tah macam mana aku ikat, dah rupa macam orang ngandung pun ada. aiseeehhhhh spoil. Nah santapan Gambar sempena mood musim haji yang akan datang. Kepada Bakal haji, Aku ucapkan selamat menunaikan Haji, dan semoga mendapat Haji Yang Mabrur!
*****************************
Zulfikar, Shukor, Munawir, Hairy masa ni dah lepas tawaf tak salah aku |
Ustaz Mat berjalan-jalan di town Mekah, rasanya tu bas kami. |
"eh, dalam Masjidil Haram boleh tangkap gambar eh? baik baik woi, nanti kamera kena rampas" "diamlah Zul, tangkap je" |
Astagha, gemuknya aku masa ni, ni adalah rupa aku paling gemuk dalam sejarah hidup, ada sapa sini pandai edit photoshop tak? angkat tangan!!! |
tengok, ada budak baring menerap, ada org pakai suar slek, ada cleaner, macam2 jenis manusia ada. |
Bersama Mr Fairus former Kart's Food Ceo, boleh diorang gelakkan aku bila tengok gambar ni, ada cakap aku macam Jedi Starwars, ada cakap macam Ahli senat Rome.. tapi memang teruk pun gaya posing. |
Jarang ada peluang macam ni, beristirehat depan kaabah menunggu subuh. |
Ni pili air telaga Zam zam, rupanya ramai org amik wudhuk kat sini, tak terwarning guard masjid. |
Saie Safa ke Marwah, tak serilex yang anda bayangkan. |
Masjidil Haram dalam pembinaan dan pemodenan zaman aku pergi 2008. skrg dengar cerita dah cantik dan hebat. |
pemandangan lepas keluar masjid nak ke hotel. kat bawah tu ada farmasi, aku beli ubat luka dengan panadol. sakit kepala. |
Ini adalah pemandangan yang paling sayu aku pernah dapat dalam hidup. tengok awan mendung tu? dan Kaabah yang tersergam Indah dan megah. |
Lapang dan sejuk. masa menaip ni pun dah rasa rindu. |
debu sana halus, tambah dengan debu akibat construction ramai yang batuk berminggu2. |
Dulu Nabi saw dan Sahabat menyelusuri jalan2 ni agaknya, kata aku pada diri sendiri. |
T___T
ReplyDeleterindunya dekat sana..
tapi kalo ko nk tau, aku tak pernah pegi toilet bawah tanah tu..
takut..sbb mak aku momokkan dengan cerita2 seram..
rasa nyesal laaa pulak sbb tak gi..
ari last, baru aku luahkan kt bapak aku nak makan kebab..
kemain laa die bengang..tapi die carikan jugak..kuikuikuiii...
antara lokasi impian yg belum tercapai utk dijejaki :-)
ReplyDeletemoga ada jodoh sy smp ke sana :-)
kan aku dah ckp, ramai yang tak pernah pergi toilet kat bawha tu, luas ko tau tak.... banyak gila tempat wuduk...
ReplyDeletesedap tak kebab sana? aku kebab sana makan macam makan kacang je.. hahahaha punya kuat makan masa kat sana.
Kak tudung Hijau : Insyallah, nanti ada la rezeki tu nak pergi sana, saya pergi pun tak sangka. rezeki mengejut, 2 minggu kena prepare semua.
ReplyDeleteAyah sy pernah berusaha nak cium hajarul aswad.Nasib masih bernafas lagi sebab dia cakap org ramai gila.yg tlg bawak dia pak arab.haha.
ReplyDeleteinsyaAllah kalau ada rezeki nak simpan duit pergi sana.
ekspedisi nak cium hajaralaswad memang hampir immposible.. tapi boleh kalau ade rezeki..
ReplyDeleteinsyallah.. awak kumpul setahun.. ada rm5-6k boleh dah pegi umrah. cuma kena cari mahram la plak kannnn
berangan nk g sana tapi lum ade rezeki kot
ReplyDeleteAku hampir2 dapat buat haji last year,mak aku nak bayarkan tiket lagi..tapi aku taknak sebab nanti adik beradik aku yang lain jeles..
ReplyDeleteJue : selamat pagi ... Insyallah nanti ada tu rezeki... tapi kalau ade jangan tangguh2...
ReplyDeleteNoi : itu namanya belum sampai seru, walaupun peluang dah ade, tapi hati tak terdetik nak pegi...
bagus jugak, nanti adik badik lain jeles, panjang plak citer..
tetiba sebaknye tngk pic kaabah tue...syahdu tol...insyaalah..lau de rzki nk gak jejakkan kaki kat sne...
ReplyDelete(+_+)
untungnyaaaa.. nk gi gak.. huhu :(
ReplyDeletebertuahnya anda, dah ada pengalaman di sana.. :)
ReplyDeletedestinasi impian yg aku nak sangat pergi satu hari nnt..insyaAllah..
ReplyDeleteweh..part yg ko mention kata mcm ngandung tu terbahak2 aku gelak smbil belek gmbr ko..;p
wah...terharu n teringin....nak g daftar rr cepat2..... :)
ReplyDeletekalau guna tabung haji,umrah die 5-6k eh?haji die berape plak ?slalu dgr org ckp ramai yg dah q utk wat haji jd ssh dpt pluang..kalau guna pakej lain oki x?means bukan dgn tabung haji..
ReplyDeleteteringin nak g sana tp insyaAllah lepas dah jadi MO nanti..aminn:)
tak banyak sikit simpan kat TH..
ReplyDeletepsstt: ai tak dok kat Setia Alam tapi depan lagi, jalan ke Pekan Meru menghala ke Puncak Alam..
ReplyDeletekos nak g haji secara muassasah (bukan pakej) dalam RM14K ++.. klu fes time gi, dapat lar subsidi dari Tabung Haji dalam RM3K ++..
ReplyDeleteklu amik pakej, lebih dari RM17K kot...
laa ni, klu dalam akaun Tabung Haji kene ada minimum RM1300 dah boleh daftar haji dah.. tapi giliran lama gile lar.. lebih 10 tahun dah laa ni..
selain kena tipu dgn air zamzam.. nampaknya perjalanan ko kt sana di permudahkan.. Alhamdulillah. Bila baca entri ko ni Nyah.. teringat arwah ayah aku yg hajat dia tak kesampaian nak ke mekah.Dia dh plan kalau dpt nak pegi thn ni.. tp nk buat camna kan.. Kitorang nak buat upah haji je kat arwah ayah aku tu.
ReplyDeleteDeeyaudeen : simpan duit. dalam 6,7K dapat la pergi pakej umrah luar musim..
ReplyDeleteBlogtipskurus : alhamdulillah, dapat pergi pun tak sangka kompeni hantar
Cik Sha : kain ihram tu tebal la Sha.. hahah
Missalongwani : gi daftar, jgn tunggu2...tapi mahram kena ada jugak :)
Alexa Yussida : kalau pakai pakej TH travels paling murah 20k kot, tu pun kene que sebab kuota dia 1000 org tak salah. tapi ada pakej lain jgk.... tapi kalau buat umrah luar musim murah je, bawah 10k..
Aizamia : bagus bagus.. nanti cepat pergi..
Ana Farha : awak terangkan detail.. terima kasih.. memang macam tu la harga dia...
Lekat Lekit : eloknya buatlah upah haji bila kau pergi sekali sana dengan husband.. lebih senang tawar menawar dengan mutawil..
tidaklah pernah sampai ke mekah lagi..
ReplyDeletetp bila mendengar pengalaman orang ramai.. yer, kota mekah kota keajaiban..
jd tak hairanlah kalau ramai orang berubah setelha balik dari mekah..
insyallah
kalau ada rezeki mahu juga kesana dengan hati yg suci, ikhlas dan tawaduk.
bertuah sesiapa yg pernah ke sana..
tak sangka abg yg pandai masak ni pun dah ke sana.. huhuhuh
berdasarkan cerita ini, semuanya sgt indah bila di baca. biarpun terlalu jujur, tapi sanagt menyenangkan.
insyaallah
semoga dpt berjumpa pada suatu masa nnt.. insyaallah.
Kalau ada simpanan tabung haji, dia freeze-kan 1.2-1.3k kot sekarang untuk pi haji. Kira simpanan untuk booking gitu. Dah simpan duit n dah kuarkan duit untuk donpayment kereta tahun ni. Eh, baidewei, mazda 3 tu. Hancur remuk hati tengok kete yang remuk. Tabung haji ni, g-ha dah daftar pun, kalau tak silap 2030 kot baru dapat ke mekah. Insyaallah. Nak topap duit balik ni. Hoho..
ReplyDeletesuka baca ur blog....akk pon org shah alam...bestla...d way u wrote...teruja nak menulis...tp x pandai nak susun ayat....kena belajar dgn zul...should i call u zul...apa2 pon bestla ur blog...menghiburkan....n kwn2 u pon best....frm d comments...
ReplyDeleteikhram : kejujuran itu bisa menghapuskan mitos... :)
ReplyDeleteAkak Eskrem : kereta remuk..nanti beli lain.. skrg pakai kereta lama dulu :)
Sayangku hidupku Nyawaku : alhamdulillah, saya menulis secara jujur, dan saya cerita benda yg jadi, tanpa edit2, dengan cara itu pembaca lebih dekat dengan penulisan tu kak.. akak duk sek bape?
bestnyee.. bile laaa dpt g sana.... nak bawak mak abah... :((
ReplyDeleteRindunya nak pergi.
ReplyDelete