October 25, 2011

Benci tapi Rindu

Assalamualaikum..

Aku nak bersembang isu yang berat, tapi aku sendiri rasa malas, aku nak cerita pasal Kol Muammar Ghadafi tapi semua dah orang cerita, takde apa lagi yang tinggal untuk aku ceritakan. Aku nak cerita pasal politik, pilihanraya lambat lagi, mood politik pun tak berapa best sekarang.

Jadi sambil-sambil aku duduk baca blog orang lain, aku pun pasang MP3, dengar lagu Hetty Koes Endang, Benci tapi rindu. Sedap jugak bila dengar lagu keroncong malam-malam macam ni, bila cerita pasal keroncong aku teringat yang dulu aku pernah kutuk gila bapak aku sebab dia suka dengar lagu keroncong.

Bagi aku, aku tak minat sangat keroncong sebab bila dengar muzik tu, aku teringat cerita-cerita indon zaman 80-an, macam Sundel Bolong dan...dan...dan... sekali lagi aku gagal nak habiskan ayat sebab aku tak tau cerita indon lain melainkan Sundel Bolong.

Bapak aku agak sporting dan modern thinking, tapi bila bab muzik dan radio, habis punah ranah... Asal masuk je dalam kereta dia, mesti dengar Radio Klasik Nasional. Sampaikan kami adik beradik dah boleh hafal jingle Radio Klasik Nasional.

Klasiiiiikkkkkk.... Nasional.....
Klasiiiiikkkkkk..... Nasional....
Segalanya di sini...
Menggamit memori....
Klasik Nasional.....

Tengok kan aku dah cakap yang aku boleh hafal Jingle dia, korang jangan ceritalah kalau nak suruh aku nyanyi lagu Melayu Asli. Pasir Roboh? Sri Mersing? Pasir panjang? Ahmad Jais? aku rasa kalau aku tak hafal 100% pun tapi setakat nak sambung-sambung lirik tu boleh la jugak. 

Hanyalah baru-baru ni bapak aku dah mula dinamik sikit dalam memilih chanel radio, dia dah start dengar Sinar.fm, puncanya dia menyampah dengan segmen berkaroke dalam klasik nasional, teruk sangat peserta karoke tu, sampaikan lari tune ke parit.

*************************************

Berbalik kepada Lagu Hetty Koes Endang; Benci tapi rindu tu membuatkan aku terfikir benda ni dah lama, iaitu perkara yang korang Benci, tapi dibelakang orang lain korang suka sangat benda tu.

" senang cerita situasi dia macam dalam diam aku mencintaimu la"

aku ada beberapa contoh tentang beberapa perkara yang aku dari awal terjebak mengatakan bahawa aku tak suka dan aku anti benda tu, tapi dalam diam, tanpa aku sedari, aku suka benda tu, tapi sebabkan awal-awal dah cakap aku tak suka depan orang ramai, maka aku pendamkan je. Bila takda orang secara tak sedar aku akan buat benda tu.

" berputar belit, cakap macam ahli falsafah pencen,kalau kau cakap macam Hipokrit je kan senang!"

" ye lah, lebih kurang macam hipokrit yang dikompromi lah senang cerita"

**********************

Dibawah ini aku listkan beberapa perkara Benci Tapi Rindu itu :

1) Kasut Crocs

Alkisahnya macam ni, pada satu zaman iaitu di awal tahun 2000, aku berjalan-jalan di Shopping mall Lot 10, Bukit Bintang KL. Sampai je kat satu level tu dalam I-Setan tak salah aku, ada satu Consignment Area yang jual kasut-kasut getah mirip terompah kayu Tradisional Belanda.

Kasut getah tu tak lain dan tak bukan adalah kasut Crocs, pada masa tu, kasut tu belum lagi jadi trend menggila dekat Malaysia ni. Aku pergi gatal la try kasut tu, pehh memang la selesa sangat, getahnya lembut dan ringan, bonus pulak bila rupa dia comel macam kasut baby toddler. 

" huh...Perasan comel la tu..Ngade.."

Bila aku selak price tag dia, humang aih terkejut aku sampai rasa nak pitam. RM 279.99

" okey-okey aku tipu, ingatan aku takdelah sampai sekuat tu, sampai ingat harga dia setepat tu, tapi harga dia dalam julat macam tu lah, RM 200 lebih"

Mulai dari saat tu, aku mula kempen, aku cakap dekat kawan-kawan, "Gila apa selipar getah macam ni harga sampai 200 lebih? hilang akal ke?"

Tahun berganti tahun, dan akhir-akhir ni dari tahun 2009, trend kasut crocs menggila dek kerana fesyen endorsement dari artis Hollywood. Maka semua orang mula pakai kasut Crocs walaupun harga dia sampai 200 lebih, aku memang suka sangka baik, bagi aku semua orang pakai kasut crocs original sehinggalah dia sendiri cakap dia pakai yang pasar malam punya.

Akhirnya, dalam diam aku mencintaimu, semenjak ada kasut Crocs yang pasar malam harga RM10.00 maka aku pun berkira-kira nak beli, sebab kasut tu ringan dan selesa. Dan bila aku pergi Butik Crocs original pun dah ada jual dalam RM 170 lebih....

Apa salahnya aku beli ye dak? menggadaikan kempen dan prinsip aku yang anti crocs 3,4 tahun lepas. tapi bila ingat-ingatkan balik yang aku pernah kutuk Zikry beli kasut Crocs sampai  RM 200 lebih, sampai sekarang lah aku tak beli-beli wahima yang ciplak punya sekalipun.

Ironinya, meskipun aku tak pakai sandal Crocs yang over-priced tu, aku masih lagi pakai sandal Camel dan Clarks yang harga lebih kurang macam Crocs, hurmmphhh apa pun tak boleh.

************************************

2) Lagu Eddy Hamid

Lagu Eddy Hamid pada satu masa pernah menjadi kegilaan ramai, malah majoriti radio memutarkan lagu-lagu yang ditulis Eddy Hamid, Band-band yang muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan.

" selalu kan kita guna Macam cendawan tumbuh lepas hujan, tapi zaman sekarang duduk rumah taman, budak-budak tak pernah tengok cendawan tumbuh pun, yang diorang tau cendawan atas Pizza je"

Lagu-lagu edy Hamid dinyanyikan oleh band-band Jiwang-meleleh-rambut-kilat-berminyak-belah-tengah-pakai-kemeja-jeans-ketat-cermin-mata-kaler-biru seperti Spins, Scoin, Spoon, Budak Kacamata, Arrows, Newboyz, Jinbara dan Cinta di Pantai Merdeka, eh tu nama lagu bukan nama band.

Secara jujurnya aku tak benci tapi rindu langsung dengan band-band dan lagu-lagu diorang, aku takkan hipokrit. Meskipun ramai kawan-kawan dan sepupu aku yang suka gila dengan lagu-lagu meleleh Jiwang ni, tapi aku tetap pendirian memang aku tak suka.

Walaupun tak suka tapi, disebabkan pengaruh lagu-lagu tu kuat,selalu ada kat radio, kawan-kawan kerja kilang aku selalu nyanyi dan Bus ekspress selalu pasang lagu tu, maka secara automatiknya aku terhumming lagu-lagu meleleh ni. aku rasa ni mesti Efek Classical Conditioning nih.

Sayu hati......sayu sekali.....
melihat engkau berpimpin tangan dengan si dia.....
sakit hati.....sakit sekali....
pabila bunga yang ku puja kini mekar harum dijambangan orang......

sungggguhhhh terhinaa......
la laaaa la laaaaaa...bermaya....
Kalau ku tau sakit begini....tidak aku bermain cintaaa...
Kalau Ku tahu seksa begini... lalala lala lalaa....muuu.....
na na na na du du du du mengusung rinduuuuuuuu~~~~~

Tengok! kan aku dah cakap yang aku boleh humming dan nyanyi sikit-sikit lagu tu, lagu Spin tak salah aku, mengusung rindu. Aku memang menyampah lagu tu, tapi sebabkan dulu aku suka menganjing budak-budak sekolah nyanyi lagu tu, lama-lama lagu tu melekat dalam kepala aku.

Tapi walau sejauh mana pun aku tak suka  Eddy Hamid dan band-band Jiwang Meleleh spin-scoin-spoon ini, namun apabila ada satu lagu ni tetiba sesat dalam radio Suria.Fm, aku akan cepat-cepat kuatkan radio, itupun kalau aku drive kereta sorang-sorang, Malu rasanya kalau ada orang tau aku layan lagu nih, gila hipokrit aku kan?

Lagu yang aku maksudkan tak lain dan tak bukan adalah lagu Spoon ; Rindu Serindu-Rindunya. Aku suka dengar lagu ni sebabnya, masa lagu ni mula-mula top, aku teringat memori penting iaitu saat aku berpindah ke Mersing dari Batu Caves. Aku ingat lagi aku dengar lagu ni masa aku berdiri kat jeti kilang ais bapak aku mengadap kuala Sungai Mersing, ada nelayan bot kecil parking sebelah jeti bapak aku dok main lagu ni pusing-pusing sampai 6-7 kali.

Masa tu aku layan perasaan aku, kesedihan meninggalkan kawan-kawan lama di Sungai Tua, dan melupakan kisah Cinta Darjah Enam aku.... dan surat cinta Itu Juga 

Mengapa terjadi, perpisahan ini....
di kala a'smara melebar sayapnya..
mengapa kau pergi di saat begini...
dikala hatiku....
terlukis namamu....

kalau memang tiada jodoh... 
apa lagi nak ku heboh...
aku malu pada teman...
pada semuaaaa...aaaaaaaaa ~~

Rindu...rindu serindu rindunya.....aaa..aaa.aaaa....aaa
Namun engkau tak mengerti..woooohoooooooo..
Pilu....pilu sepilu pilu pilu nyaaa..aaa..aaaa..aaaaa
Namun engkau tak peduli......

Malu...UuuUuu..semalu malunyaaa...aaaahaaaaa
Namun apa daya.. orang tak sudi....eeee..eee
Mahu..semahu mahu nyaaaaa....aaaaaa
Namun apa dayyyaaaa... orang dah benchhiiiii......

Tak payah bukak google, takpayah cari website lirik Jiwang.org pun, aku boleh hafal, masa lagu ni top, belum ada lagi gerakan anti-eddy hamid, jadi ramailah mat mat konon-konon underground pun turut nyanyi lagu ni bagi kat awek, tapi bila meletop sindrom anti-eddy hamid-lagu meleleh, semua taknak mengaku hafal lirik lagu nih....

Cammonlah, benda bagus tetap bagus walaupun kita berusaha sedaya upaya menafikannya...tengok korang dah tau rahsia aku lagi, bahaya la blog nih!

*********************************

kilang ni besar, boleh letak 6-7 court Futsal dalam building sahaja, kat jetty ni lah aku 1st time dengar lagu Spoon, nampak tak bot2 nelayan kecik parking kat jetty kilang? masa ni kuala surut.




p/s I   Teringat wartawan Melodi tanya kat satu band ni, "kenapa pilih nama SUP"?

" sebab dah ada kumpulan nama Spoon, takkan ada Spoon takde Sup kan? jadi kami pilih nama SUP"


p/s II   Teringat wartawan Melodi tanya satu band ni " kenapa pilih nama SCOIN?"

" mulanya kami nak letak nama Sekupang, tapi teruk sangat bunyinya, jadi kami letak lah nama Se-COIN, dipendekkan jadi Scoin.



p/s IV   sepatutnya jika aku gila traffic dan nak catch SEO sebaik mungkin, aku patut gunakan analogi Cinta Dan Benci oleh Geisha instead of Benci tapi Rindu oleh Hetty Koes Endang, tapi aku tulis yang Hetty koes endang lah sebab aku tulis dari apa yang aku alami masa menulis, eh tak sedar dah try catch SEO Geisha dah pun kan? notty...notty..notyy... tak bek tau..auuu.. auuu....









p/s V   mana p/s III Zulfikar? tak acilah main skip-skip p/s.. benci tau..update sekarang betulkan!


20 comments:

  1. Hahahaha.sama dengan mak ayah saya kalau bab dengar klasik nasional.aaaa peninglah dgr radio tue.hahaha.

    tau xpe,kekadang boleh terlupa pergi buat benda yg kita sendiri pernah kondem gila2.aaaaaa.malu.hahaha

    ReplyDelete
  2. tak baik benci2 tau.. kan dh tersuka haha, tp smp skang tak suka kasut tu sbb kaki nmpk mcm gergasi..

    benda yg dibenci tp smp skang masih tak suka adalah taugeh.. kekal hingga kini..

    mak2 mmg suka dgr lagu klasik.. nasib baik la derang dh bole dgr sinar..klu x ngantuk giler ar bwk kete huhu

    ReplyDelete
  3. Mas pun suka dengar lagu2 jiwang lama2 ni... best! kalau dulu siap beli lagi kaset kumpulan Scoin, Ukays, Spring, Slam sebab minat lagu diaorang...

    sampai sekarang simpan lagi kaset2 tu! kalau rindu nak dengar pasanglah...heheheee

    ReplyDelete
  4. hahaha...ni sama kes ngan marah tp syg la yea...best pe layan lagu2 band jiwang meleleh, tangkap lentoq tu...:)

    ReplyDelete
  5. aku kalau aku kata tak suka..tapi ada orang kata suka, aku akan cari point mana orang tu suka..


    lama-lama aku pn suka..

    aku mmg mudah terpengaruh..

    hahaha..

    tapi xpenah beli kasut mahal lebih rm50..! :p

    ReplyDelete
  6. eeee ikar tak aluu..tak uke tapi akhirnya jadi uke..(pelat ngade2)

    aku tak boleh pakai kasut crocs..semua jenis dia tak sesuai dengan bentuk kaki aku

    ReplyDelete
  7. kalau naik teksi ..pakcik2 teksi mesti pasang klasik fm punye..naik pening dgr lagu klasik....lalalala

    bab lagu jiwang karat..aku memang anti giler sampai satu tahap aku tutup radio sbb xnak dngar tapi disebabkan kat rumah aku ada kaki jiwang karat(kakak ngn adik aku) suka sgt dengar lagu jiwang karat ni,maka aku pun diseret sama tadah telinga dengar lagu2 jiwang karat ni..sampaikan dah TERhafal plak2 tu..adoiya..=p

    ReplyDelete
  8. hahahah..lawakla kau ikar...lagu tu mmg best aper..tp yg buat amber menyampah lagu2 kumpulan bebudak tuh..aper nama ntah..boboi?yg kump tu ade tomok tuh.mmg benci tahap gaban...mmber2 skolah amber siap tulis lirik lagi dalam buku skolah dorang..ces.....

    ReplyDelete
  9. aku pun boleh jinggle lagu tema Klasik Nasional tu..radio peberet mak aku tu..wahaha..

    err..aku layan la jugak lagu jiwang leleh Eddy Hamid tu..tp bile die buat je lagu Halimah Jonggang tu terus aku pangkah die..hish!tak suka betol aku lagu menghina orang ni..(-_-")


    p/s ::aku suka lagu Geisha tu..;p

    ReplyDelete
  10. Sukanya tengok tempat dalam gambar tu.. tempat tu masih camtu ker sekrg?

    ReplyDelete
  11. baca dari atas sampai habis ....sampai kat p/s aku dah naik darah...benciiiii!

    ReplyDelete
  12. hahaha.. tak leh pakai kasut crocs, sebab kaki panjang sgt..

    tp ada byk perkara yang benci tp rindu.. cth.
    Lagi korea.. disebabkan ramai yang suka lagu tu, dan gaya penyanyi dari sana yg ntah apa2.. lama2 jadi meluat pulak

    lama jugak boikot lagu2 artis sana..

    sampai satu hari terdengar lagu i'll be back dan fiction..

    terus minat dua lagu tu... dan cari bagai nak rak kedua2 lagu tu.

    punya la susaha nak cari lagu tu. nak tanya orang.. takut orang pulangkan buah keras.. al maklumlah anti secara terang2an..

    akhirnya jumpa jugak setelah sebulan.. hahahaha

    benci tp rindu..

    p/s - suka sgt lagu hetty koes endang tu. antara lagu yg paing segar dalam ingatan.

    ReplyDelete
  13. NIN : comel la tu sebut aaaaa banyak2?

    Jue : taugeh la sedap, makan ngan caketeow...

    mas saari : pinjam kaset ukays boley? suka gak diorng..

    Bintang Hati : tak suke.. :P

    Misssenget : wahhh kau ni ada sudut positif jugak kan!!

    NOI : ape kehal pulak cikgu ni main pelat2 pulak ni?

    pjah : kes terhafal la tu, pastu tak sedar humming lagu tu.. hahah

    missalongwani : haaa lupa nak letak kumpulan boboi.. hahahah asamboi...

    Cik Sha : mesti ko nyanyi masa baca lirik kat atas tu kan.. klasik nasional.. kekeke

    Aya Yus : ada lagi, tapi berubah sikit la, jeti dah jadi batu..

    Republic aku : kekeke. ayahanda marah ye? ayahnda akan dijual seluruhnya

    Blog tips kurus : hah lagu tu best!

    ikhram : nasib baik aku belum terkenan lagu korea super simple.. hahahahahah

    ReplyDelete
  14. Jah biase sebut keroncong bila lapar je... 'weh,jom makan, dah berkeroncong perut aku ni',,, ha... maknenye Jah ni kira klasik gak la.. lagu mengusung rindu tu mmg syok... roomate Jah selalu dengar jah memekak lagu tu.. tp part korus je la.. haha

    ReplyDelete
  15. auww..nape ade nada lembut2 ni...>.< best ape lagu tuh...layannn ooo tp lepas kes along spoon tuh terus rasa seram nak nyanyi..haha pemikiran budak2 XD

    ReplyDelete
  16. ko ckp pasal spoon ni aku teringat zaman gedik hingus baru nak kering ni.. spoon ada dtg buat show.. maka gedik lah aku pi tgk. time tu memang aku gila artis.. minat x minat aku x kesah janji aku pi dpt amik gambar, otograf salam lebih krg cukup la buat aku angau 1 malam.. sain spoon tu aku letak dlm diari tu.. tp skang mcm biasa x tau mana aku campak

    ReplyDelete
  17. tetiba aku teringat jingle rtm zaman mude mudi dlu.. demnnn.. :P

    ReplyDelete
  18. arwah mak kite pn ske sgt la dgr klasik nasional,lagu2 lame..kte pn jadi tau lagu2 hetty koes endang wpn xbape nk mnt..aiyaakkk..lagu yg melekat kt kte skrg adlh lagu Kasih..wohohohooo~

    ReplyDelete
  19. CekJah : membayangkan cekjah nyanyi lagu usung rindu sambi tarik sengau2.. hahaha

    Yussida : lagu tu memang sedap.. tapi segan sikit je nak nyanyi..hahaha

    Suria lekat lekit : ko memang nyah.. habis madu sepah dibuang..

    udeen : mcm mana jingel dia?

    IBU GEBU : maklawak la ibu gebu nih..kekeke

    Finaz : malam ini kasih, teringat aku padamu... seakan kau hadir, disisi menemaniku....

    Mak saya gila sangat kat hettykoes endang...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...