Aku rasa aku kena sindrom Writer's block kot sebelum ni, tu yang rasa malas je nak menulis, pastu tulis entry yang lepas pun macam hendak taknak je, bak kata Noi, Jue dan Pjah, tulisan kering, takda roh takda soul. Macam orang nak pengsan.
Bila sebut pasal pengsan, aku teringat kenangan dulu-dulu. Masa zaman kecik dulu kita mesti ada keinginan nak merasa sesuatu perkara. Benda normal la tu kan, Baby kecik tu kalau boleh semua benda dia jumpa atas karpet dia nak rasa, semua benda nak masuk dalam mulut.
*************************
Dulu masa aku darjah 4 sekolah agama, aku ingat lagi ustazah aku ajar pasal puasa, syarat sah puasa adalah Islam, mummayiz dan suci dari haid dan nifas. Manakala bagi syarat wajib puasa pula adalah Baligh dan Berakal.
Dalam sub-point kepada berakal itu diterangkan pula iaitu tidak gila, tidak tertidur panjang atau dikiaskan sebagai orang yang puasa itu mestilah sedar, sedar dari tidur yang panjang atau koma atau pengsan.
Fokuskan pembacaan anda pada perkataan pengsan. Bila sebut pasal pengsan semua kawan-kawan aku tertanya pasal pengsan....
" Ustazah...ustazah, pengsan tu macam mana ustazah? macam mana rasa pengsan tu hah ustazah?"
" pengsan tu awak tak sedarkan diri"
" kami tahu yang pengsan tu tak sedarkan diri, tapi macam mana nak tau bila kita mula tak sedarkan diri tu ustazah"
Korang tengok macam mana naifnya cara budak-budak berfikir, punyalah nak tau macam mana rasa pengsan dan tanda-tanda mula start pengsan, kononnya satu hari nanti bila start rasa nak pengsan bolehlah cepat-cepat berbuka minum air sirap kan?
" woiii woiii woiiii, aku nak pengsan.. aku nak pengsan... bak cepat air sirap bandung aku nak minum, aku kena berbuka puasa sebab aku nak pengsan ni, tak sah puasa woiii... arghhhh pengsan..toingggg"
Lebih kurang macam itulah cara aku dan kawan aku berfikir masa kecik. Disebabkan ustazah pun sama 2x5 dengan kami, dia pun boleh layan soalan kami, patutnya dia terangkanlah bahawa pengsan mana ada tanda-tanda, tup tup terus tak sedar diri terus.
" awak semua, saya susahlah nak terangkan macam mana rasa pengsan, tapi saya ada pengalaman nak ceritakan kat awak macam mana masa saya kena pengsan dulu"
" macam mana ustazah? ceritalah..ceritalah.."
" dulu saya naik kereta kawan saya, kami nak pergi Banting, sekali tu, kawan saya bawak laju sangat nak potong kereta kat depan, pastu ada lori tuju kat kami dari arah depan, kami tak sempat nak potong, kawan saya elak, kami semua masuk dalam parit"
" Pastu Ustazah?"
" Lepastu, kami berlanggarlah ngan tebing tu masuk parit, masa kereta tu terjunam dalam parit tu, saya sedar lagi, pastu bila pommmm berdentum, saya terhantuk ke depan, pastu saya rasa berpinar-pinar, pandangan saya kabur, saya rasa ringan je, pastu saya rasa kejap gelap, terang, gelap, terang, lepastu saya dah tak sedarkan diri terus"
"Uiyyyooooo, bestnya ustazah dah rasa pengsan kan! macam mana ha nak rasa pengsan?"
Masa kawan aku cakap nak rasa pengsan tu, aku rasa macam nak hempuk je muka dia ngan kerusi kayu kelas tu bagi dia pengsan, tapi tak berani, sebab mak dia pernah pakai kain batik datang serang budak sekolah yang belasah anak dia. Seram betul kalau kena serang macam tu.
Semenjak dari peristiwa itu, aku tidak habis-habis hidup dalam perasaan ingin tahu yang amat mendalam, bagaimanakah rasanya pengsan. Macam mana rasa bila start nak pengsan dan apa yang kita rasa masa dalam keadaan pengsan itu.
***********************
10 tahun lebih kurang selepas itu.......
Selama lebih kurang 10 tahun selepas itu, walaupun aku pernah mengalami eksiden di hempap pokok, kena penumbuk masa bergaduh, jatuh basikal, jatuh motor, kecederaan tengkuk masa lompat anak kambing silat gayong konon - konon dengan kawan-kawan dekat asrama, jatuh terseliuh masa dalam hutan, penat main badminton sebab tak makan, menyelam dalam laut nasib baik tak lemas, demam denggi,eksiden kereta berpusing, mabuk laut dan terkejut tengok cerita Ju On, namun masih aku tak pernah pengsan atau pitam.
Punyalah curios sangat aku nak rasa pengsan tu, sampai kadang-kadang tu bila ada pengalaman trauma aku siap cakap...
"eh tak pengsan pulak aku ni. Patutnya tahap trauma dihempap pokok ni mampu membuatkan aku pengsan, tapi tak pengsan jugak, takpelah takde rezeki gamaknya"
********************
Masih lagi 10 tahun lebih kurang selepas itu....
Dalam kelas ape tah aku lupa, tapi rasanya Culture Study kot dekat Fakulti Hotel dan Perlancongan UiTM, tengah kami semua kecoh-kecoh dalam kelas macam orang gila, sekali ada kedengaran suara orang yang lebih kecoh di luar kelas yang lebih gila.
Bila dah habis kelas kami semua keluar, tengok dekat foyer ada ramai nurse cun, Staff Nurse yang pakai riben biru kat topi putih dia tu pun ada, Nurse Masyarakat yang pakai riben merah kat topi putih itu pun ada, doctor cun pun mestilah ada.
Aku ingatkan ada sesi suaikenal bertemu jodoh antara pelajar Fakulti Perlancongan dengan pelajar dari Fakulti perubatan, rupanya bukan. Ia adalah kempen menderma darah anjuran senior dalam kelas Event management.
" lahh, kempen derma darah je, ingatkan full medical checkup satu badan"
" kenapa pulak kalau medical checkup satu badan ikar?"
" nanti adalah can nurse itu akan memeriksa segenap inci tubuh aku yang menawan ini dan dia akan memegangggg..................aaaaa.......ngaaaaaa........"
" dah takyah berangan ikar, gila sangap kau ni sampai ke situ nak pikir, kau ingat syok ke kena pegang tu? malu kau tau tak?" (kata si debe)
Macam mana debe tau?.......
Okey, berbalik pada topik asal, apabila ada kempen darah, maka nanti akan ramai lah apa sayang-sayang semua?
"ada orang yang baik hati menderma darah.... abam Zul"
"salah sayang, jawapan yang tepat adalah nanti lelaki-lelaki yang nak menunjuk hero yang dipenuhi dengan adrenaline, pergi menderma darah untuk membuktikan kejantanan dan sifat perihatin di depan staff nurse yang cun dan awek-awek fakulti tu"
Masa aku menulis ni baru aku perasan strategi rombongan hospital tu hantar nurse dan doktor paling cun dalam hospital dia kan. Nak pancing mamat-mamat sangap rupanya.
Masa ni aku dengan Shahril Husin semangat nak derma darah, masa nak start derma darah semua orang cerita pengalaman masing-masing yang tak takut darah, dah biasa tengok darah, dah biasa kena cucuk jarum dan dah biasa luka kena kaca berdarah masa main bola kat padang tak pakai kasut.
" aku takdelah nak poyo kan, tapi aku tak takut derma darah ni, aku pernah kena kaca masa main bola dulu kecik-kecik, darah meleleh-leleh tapi aku rilek je, tak rasa pape pun"
" ek eleh, kau baru berdarah sekali kena kaca nak eksyen, budak perempuan semua tengok darah tiap-tiap bulan takde diorang heran pun!"
" bengong ah Ikar ni"
Sambil sembang-sembang sambil aku rasa seram sejuk sebab nak sampai turn derma darah, tapi dalam seram sejuk tu sempat la jugak hipokrit, nyakat-nyakat kawan atas kerusi baring tu, gelak-gelak buat lawak bengap, sambil menggerenyeh dekat Nurse-nurse yang sumpah cun tu.
*********************
10 minit selepas 10 tahun lebih kurang selepas itu........
Sampailah turn aku, aku pun pergi check darah aku type apa, ada HIV tak, ada Hepatitis ke tak, ada jangkitan apa-apa ke tak, pendek cerita darah aku layak untuk didermakan.
Lepas dicucuk, aku baring dekat kerusi sandar itu, buat-buat ngada-ngada mintak Nurse papah, haram nak kena papah, dia senyum kambing je kat aku.
Lepas beberapa minit, aku pun selesai derma darah. Selesai dengan jayanya dan mantap, jantan, perkasa, hebat, perwira dan Panglima Bukit Gantang betul! sangkaan korang meleset, aku tak pengsan pun masa kena cucuk dengan jarum besar tu.
Aku tak pengsan pun masa tengok darah pekat maroon mengalir slow dalam Beg darah tu, anak jantan la katakan. Lepas derma darah tu, picit kapas berakohol sejuk dekat pelipat lengan, jalan tegap sambil sengih macam juara, walaupun takde sape yang nak heran, tapi masih syok sendiri perasan telah jadi wira menyelamatkan mangsa yang mahukan darah masa kesusahan.
Dari jauh aku nampak ada meja oblong, ada kuih karipap, kek marble, kuih keria, donut, Milo panas, Nescafe dan Teh O. Sambil aku duduk makan kat situ, aku pun mula jual gebang dekat kawan-kawan dan calon yang nak derma darah.
Ramai yang buat takut ngada-ngada comel, ramai yang buat takut-takut gedik, aku pun mula tunjuk hero, aku bagi tips macam mana nak elak rasa sakit kena cucuk, rasa dia macam mana, darah jenis apa dan bla bla bla.....
************************
5 minit selepas 10 minit selepas 10 tahun lebih kurang selepas itu .....
Lepas tu, sambil aku hirup Milo panas, aku gelakkan kawan-kawan aku yang terbaring sedih tunggu darah diorang disedut keluar ke iv bag tu. Aku gelak gelak dan gelak, dan terus gelak tanpa merasa insaf..
Tiba-tiba ada cahaya flash, pup pap pup pap... macam flash camera dekat Runaway Show model Paris, mula-mula flash satu rehat, 2 saat flash lagi. Kemudian flash makin kerap, flash flash flash dan flash....
Macam ada percikan bintang-bintang di waktu siang, macam nampak cahaya welding. Pastu mula senyap dan pegun, aku diam berhenti gelak, aku pegang kuat-kuat cawan milo panas aku, aku rasa macam nak terlepas sebab makin lama tangan aku rasa makin lemah, hilang daya tenaga.
Aku mula pandang muka Petai dan Shahril Husin, aku pandang semua kawan-kawan perempuan aku, Ili Farhana, Rushaida.. aku rasa bengap, aku rasa bengap yang melampau, aku nampak muka Ili, petai dan Shahril sekejap jauh, sekejap dekat, Pastu muka diorang kejap sharp kejap blur, ditambah lagi dengan flash camera yang tak henti-henti.
Efek flash tu yang paling aku ingat sekali, korang bayangkan ada cahaya matahari yang lalu dicelah-celah daun kelapa di panas terik, menyilau mata korang yang tengah bersandar di kerusi bamboo di tepi pantai nan indah.
Pada masa yang sangat singkat tu, otak aku ligat memutar memori, aku masa tu terkenang cerita ustazah aku pengsan masa eksiden masuk parit 10 tahun yang lepas, aku terkenang muka Sylvester kucing yang selalu kena buli dengan Twitty i tot i tot putikat kena pukul dengan kuali leper masak pancake, Muka Sylvester yang hampir pengsan, ada efek bintang-bintang kecik berpusing atas kepala melambangkan pitam nak pengsan.
Aku terbayang semua watak kartun, Tom and Jerry, Donald Duck dan tikus yaribba yaribba andre andre andre... barulah masa tu aku paham sangat kenapa pelukis kartun tu lukis efek bintang berkelip-kelip atas kepala masa diorang kena hempuk nak pengsan.
Barulah aku faham kenapa ada efek burung terbang atas kepala sambil bersiul-siul, sebab aku dengar bunyi wisel nyaring-nyaring hilang, nyaring nyaring hilang...
" sweengggg, suuuwiiinggg.. siuuungggg.. siunggg.. fiuuuuu..fiuuuuu.....suuuuwing.... suuweeenggg"
Tak reti la pulak aku nak menaip bagi menggambarkan bunyi wisel tu macam mana, agak korang muncungkan bibir, korang buat bunyi ikut ejaan aku tu pada frekuensi munasabah sudahlah...
Last yang aku ingat, Petai dan budak kelas dia datang depan aku, amik cawan milo yang aku genggam erat, letak atas meja, pastu aku ingat diorang bukakkan butang kemeja aku, pastu diorang bukakkan kasut aku, longgarkan semua, Masa ni aku menyesal gila tak pakai stoking baru, nasib malang pakai stoking tak tukar, mesti bau ikan masin sepat tak cukup kering agaknya. Punah reputasi aku.
Pastu aku ingat diorang susun kerusi banquet, pastu diorang suruh aku diam, rilex dan baring, rehat.
" haah sudah, kau ni dah nak pengsan dah ni Ikar, baik kau baring, dah dah..rilex, baring, rehat, nanti okey la tu" kata si Petai aka Nazmi
Aku rasa aku akan ingat dialog Petai tu sampai tua kot. Lepas je aku mula baring, aku rasa badan aku meruap, macam terapung je atas angin, tak jejak bumi, meruap macam cecair memejalwap ke udara akibat tersejat udara panas Khatulistiwa yang kejam....
Dan akhirnya, aku tak sedarkan diri langsung, aku lost track timeline, aku taktau berapa lama aku pengsan kat situ, berapa lama aku tidur nyenyak kat kerusi banquet tak best tu, aku kesal, aku kesal sebab aku tak mampu menahan diri dari pengsan.
Barulah aku faham macam mana perasaan orang pengsan, diorang bukan boleh kawal kekuatan diri untuk halang dari pengsan, sekali kau dah terjebak dalam kancah pengsan, kau akan terus pengsan ke lembah yang hitam bak jurang yang tidak berkesudahan.
Aku hilang kawalan pada tubuh aku sendiri masa tu, masa tu aku malu gila, sebab dihujung kesedaran sebelum pengsan, aku dengar hilai tawa kecil yang sayup-sayup....
" kekekekeke, hihihihihi, heheh..kekekeke.. Ikar pengsan,derma darah pun pengsan..ape lah..hihihi"
Last-last aku buat donno dan aku terus layan pengsan aku, Selama ni nak sangat kan rasa pengsan tu macam mana kan??? haaa sekarang ambik! rasakan, padan muka kau kena gelak kat foyer depan orang ramai.
Nampak gayanya aku lepas ni kalau derma darah, kena bersedia untuk pengsan la..
****************************
Beberapa tahun selepas 10 tahun lebih kurang selepas itu......
Aku masih lagi di sini di depan laptop, menulis cerita pasal kisah pengsan beberapa tahun yang lepas selepas 10 tahun yang lebih kurang itu...
Habis dah, takyah cari lagi "beberapa tahun kemudian selepas 10 tahun itu". skrol ke bawah dan baca P/S macam biasa, melambangkan bahawa cerita sudah tamat.
i tot i tot pusyycat.... kesian Sylvester, selalu kena buli ngan burung ni, nenek dia pilih kasih, tak adil. tapi sapa suh dia nak makan burung tu kan? |
p/s i nak tulis tajuk apa eh? aku nak tulis tajuk 10 tahun Lebih Kurang Selepas itu boleh tak?
p/s ii ngada-ngada nak buat tanya kat p/s, sedangkan tajuk dah tentu dah ada kat atas. PfffTttttt...
p/s iii macam biasa, apa pengalaman korang masa pengsan? dah macam ketagih la pulak main p/s banyak-banyak ni........
p/s wahhh ada bonus la entry kali ni... sebab ada p/s iv.. okey bye bye.
weehuuu!!!!!!Ikar is back!
ReplyDeleteaku pernah pengsan lepas aku eksiden.aku ingat lagi masa tu aku tekup muka aku yang dah berdarah tu,aku dengar kawan aku kata, "noi,muka ko berdarah!"..bangun2 je aku dah atas kerusi kat klinik.huuu
aku pun mabuk darah sebenarnya.aku baru sedar masa umur aku 20 tahun plus plus..sebelum tu berangan nak jadi dokter n misi.ceiii
panjang kannnn??? hahaha...
ReplyDeleteaku mabuk darah, dari kecik, tapi tak pengsan2 pulak.. depan org ramai, depan awek cun la dia nak buat perangai...
ape pun tak boleh noi oi...
pengsan waktu umo 17 + 18 dulu i = adalah kawan baik. hahaa
ReplyDeletemak kate sbb x cukup imun.hurm...syok o layan pengsan!tidur yg paaaaling puas.
aku xpenah rasa pengsan..
ReplyDeletekalo orang kata rasa nak pitam pun, aku tertanya2..
inesen kan aku..
macam budak2 lagi fikiran...
jap2.. nak gelak dulu.. ahahahahahahahahahahahahahaha..
ReplyDeleteoo gelak kan org, last2 dia pengsan.. kahkah. setakat ni tak penah pengsan lagi, tak tau la esok lusa, takmo berlagak nnt jadi cam ade org tuh.. ahahaha
derma darah pun tak penah lagi, amek darah penah le.. hehe, kesian nurse tuh tak jumpe urat ms nak amek darah ritu, pastu tersalah cucuk, bengkak 3 hari.. huhu, tu pun terasa nk pengsan gak.. hehe
hahahha..ambe pernah pengsang....ade perkhemahan kat skolah,pg tu kene beraturla kan..cikgu2 nak bg nasihat aper smua.plak tu xmkn pg.ngan panas yg mmbahang...pastu mcm ko kate lakan ikar,flash2,bintang2,besar kecik.last2 yg aku tau aku ade dlm khemah dh.hahahhaha.. ade 1 lg ms skolah jugak,aku puase (puase ganti,heheh) mase tu gestrik mai..nak g toilet..tau2 je kan toilet skolah punyerla jauh beribu batu..jalan punyer jalan..tertibe..sedar2 kat bilik rawatan.hhahaa..giler besau malu ooo..pastu xder lagi dh edisi2 fensang nih..
ReplyDeletetak pernah pengsan, pernah pitam aje...tapi bila pitam tu memang rasa kejap gelap kejap terang, badan nak melayang sume..hahahah~ lepas tu bila baring, terus tido...wakaka..
ReplyDelete*sebab kurang tido dan kurang makan masa tu*
Siap terbayang watak kartun? HAHA.kelakar!
ReplyDeleterupa-rupanya itulah sebabnya kartunis suka letak lingkaran bintang bintang tu ye.
tak pernah pengsan lagi sebelum ni.dan tak nak rasa pengsan.
macam dahsyat je description anda tu.hahahaha
hahaha..aku macam noi la..pengsan lepas eksiden moto sebab tengok tudung penuh darah..;p
ReplyDeletedalam hidup aku pernah pengsan 2 kali.. walau aku spesis takut jarum, pernah skip 4 bln x pegi buat pregnancy checkup sbb nk cr kekuatan utk berdepan dgn jarum.. tp tak juga pengsan kena suntik. Tapi aku pernah pengsan masa ting 2. time tu perhimpuan. tgh usya cikgu baru ensem, moda lagi mencairkan. Memang mencairkan aku smpai aku tgk muka dia mcm air dah.. lepas tu aku pengsan. Tuhan je tau malu yg aku tanggung pengsan masa perhimpunan. Tak pelik la aritu memang aku demam, kena la berjemur tgh panas pagi memang terdedah kepada risiko pengsan. Sedar je dah terbaring kt bilik rawatan. Aku harap masa pengsan tu cikgu ensem tu la angkat aku walau smpai arini aku x tau sapa yg angkat aku masa pengsan.
ReplyDeleteKali kedua aku pengsan masa umur 18 tahun. Kat rumah. sebab tak cukup tidur tp dah janji ngan adik aku nak gi tgk wayang, bangun jugak la. Masa tu kat dapur, aku nak makan laksa. Baru amik mangkuk.. tup2 pengsan dagu kena bucu meja makan.. hampir2 kena jahit tapi aku taknak sbb aku takut jarum. sampai skrg ada lagi parut bawah dagu tu. Tu la pengalaman aku pengsan.
Aku suka baca tulisan kau yg begitu cantik tersusun kalau boleh aku pun mahu begitu tapi aku tiada daya berbakat...keh3
ReplyDeleteSatu je yang sedang bermain2 di dalam kepala aku kini...kau ok ke tidak ni...macam gila pun ada gak....keh3
Aku fobia dengan kau punya p/s tu la...keh3!
sama ngan sunah ar.. pernah rasa nak pitam jek.. ehhh..apa beza pitam dan pengsan? hehehehe..
ReplyDeleteakan pitam kalau x mkn dr pg smpi ke ptg.. -.-'
hahahha.. ada ker patut..
ReplyDeletesebelum nk pengsan tu sempat lagi berfikir pasal stoking yang x ganti. wahahaha.
Ok. citer ni agak best dan lawak. tetapi agak memalukan. sebab pengsan time tgh gelak jahat kat orang sambil minum milo yg sihat dan kuat. wat malu geng nakal ja. pppffftt :p
ReplyDeleteTak pernah pengsan spontan. Tapi telah merasa pengsan akibat kena bius. Setakat ni dah 2 kali. Memang amazing pengsan yg dipaksa nih. Pening nak muntah!
heheheh... lawak sungguh... pengsan ni sbb kurang darah ni..
ReplyDeletepnah jadi mcm tu kat tengah2 org ramai kat kaunter komuter.. pitam sbb kaki tlanggor hujung besi.. berdaroh sikit je.. pon boleh pitam.. nasib x pengsan je... lol!
tekanan darah randah ke? aku pengsan masa lepas main gym kat perindu,,, tu real pengsan tu.. dekat 30 minit nak recover... nasib baik aku bleh tahan lagi... selain tu tak pernah pulak... tidur selalu la... hahaha
ReplyDeleteMisssenget : takpelah, belum ada rezeki gamaknya..kekekekeke
ReplyDeleteJue : macam mana TERasa nak pengsan tu? hahahahaha
missalongwani : kesian tau kalau tengok perempuan pengsan, rasa cepat2 nak gi dukung bawak masuk bilik rehat :)
Sunah : eh tu bukan pengsan ke Sunah?
littledolphine : percayalah bahawasanya ia adalah menakutkannnnn UuuUUuUuu~~~
CikSha : ko pun mabuk darah rupenye..
Lekat Lekit suria : perghh kanmain detail pengalaman kau, boleh buat entry dah.... wehhh aku selalu berangan kan, aku pengsan pastu ada awek cun dukung aku gi bilik rehat...
RepublicAku : kalau kau percaya kau boleh, kau pasti boleh!!! hehehe
untuk kau, khas : aku bagi p/s dalam komen
P/S nah p/s untuk ko... hahaha
cik bambam : mana ade beza, tapi ada org ckp pitam ni dia tak terus tak sedar diri, dia ada sedar2 cikit.. tapi entah...
Anakanda Hainey : stokin tu busuk :(
Nadia : pengsan dibius tu rasa high...tapi rasa dia sama je kot.. cuma kurang thrill.. hahaha
nUmara : tu sebab mabuk darah kot... sakitnyaaa aouuuchh
Sam Banjamin : darah aku normal, aku pun taktau kenapa aku pengsan.. hahah, tp tidur masa pengsan tu memang best, nyenyak gila...
Puteri Ika : sebab u tak cukup zat kot.. makan la banyak sikit.. baru la tembam.. huhuhuhuhuh
thrill ka x thrill..anda telah memalukan kumpulan bdak nakal. anda disingkir. ahahahaaaa... :p
ReplyDelete(terbayang fikar yg besar, gelak jahat, tetiba nk pengsan time pegang milo. oh mennnnn.......)
hmmmm..... saya pernah beberapa kali pengsan sebab tekanan darah rendah, mmg dah ada penyakit tu dari dulu lagi pun....
ReplyDeletetp, mmg xde tanda2 langsung, terus nampak gelap, dengar suara je, n xberapa lama lepas tu xdengar apa2, sedar2 samada duk katil bilik sakit atau duk katil klinik....
kau mmg ske wt aq gelak gulig dr ats katil trun bwh then aek balik la.hahahahhahahahahahhahaha
ReplyDeleteaq pna rse pitam jap mse aq tgk doc wt biopsy kt patient aq.mse tuh first time tgk.da lme2 da xheran da.biase da.
first time derma drh x pengsan cume shari lpas derma tu bdn letih x igt dunie.hehhe.mcm bru lpas g oreh getah rse nye.kehkeh
p/s : jururawat masyarakat kaler purple la ikar. :P
Ha..ha..ha... masih ingat lagi bila mak yang cerita peristiwa ika pengsan lepas derma darah... kak yong tak boleh nak derma darah.. walaupun badan dah bertambah - tambah kg nya... namun tekanan darah rendah masih tak berubah-rubah... :(
ReplyDeleteemm.. ak pernah pengsan skali. masa tu ak form 1. eksiden. kepala terhempas.. so ak x igt apa yg jadi beberapa saat sblm aku pengsan.. yg aku igt ak tgh naik motor ngan ayah aku.. lepas tu dgr bunyi hon.. x sedar.. sedar kejap kat dlm keta... x sedar.. sedar skali lagi kat spital, dr tanya nama aku, nama ayah, umur, wlpn x larat nk jawab dr paksa gak suruh jawab.. x sedar... sedar balik kat atas katil dah... 3 hari kena tahan wad.. alasan tahan wad sbb ak pengsan ms eksiden... huhuhu...
ReplyDeleteseingat2 kepala tak berapa ingat ni.. rasanya tak pernah pengsan lagi.. tolong orang nak jatuh pengsan adalah..
ReplyDeletesensitip perkataan bonus tu.. kihkihkih..
pengsan xpernah tp hampir2 pengsan 2kali kot.sbab tekanan drah aku memang rendah sikit.smpat rasa bintang2 je..bila bintang2 dah datang..aku kene duduk ..relek2 jap..sedut oksigen banyak2..pastu ok la..
ReplyDeleteaku suka ko punya p/s..miahahaha
sampai aku pun dh teraddict ngn p/s byak2 ni..lalalala
pernah ada sekali pengalaman pengsan. darjah 6 kalau tak silap. waktu tu dalam perjalanan nak ke kelas mengaji. bonceng basikal (duduk kt bahagian carry), kawan yang bawak. laju gile.
ReplyDeletepastu sampai kat simpang, basikal hilang kawalan. terasa melayang laju.. pastu pandangan gelap tetiba.
sedar2 je dah ada dalam longkang. adeh, sakit memang sakit tapi tak bagitau pun kat mak abah.
punyaaaa laaa describe apa itu pengsan...
ReplyDeletedramatik gile...
hahaha...
aku rasa aku tak penah pengsan. tapi tido tahap tak sedarkan diri tu selalu jugak la...
mungkin jugak aku pengsan mase tido. sape tau kan?
HAHAHAHAHAHA.Dtak pernah lagi derma darah sampai pengsan.
ReplyDeletetapi pernah pengsan ms kesatria ms part1.perghh malu betul rs.hehehe.
Ak ni bdk skola lg now aq form 2. Ak prnh pengsan time form 2 nilah bkn sbb ak tak cukup makan or ap, cuma trick bodo ak pegi wat diri sndiri pengsan sbb just trnmpk ad org wat diri sndiri pengsan tnpa ubat, tk mkn or apa2 sbb sje suka2 kt internet. So ak amik tips diaorg. Then ak cuba guna tips tu sorang2 dlm bilik ats katil sbb kt stu tmpt yg slamat nk jatuh pengsan. Ak tknk bgtahu sume tips nnti krg buat pulak lgpun tk elok utk otak, sorrylah jgn judge ak sbb ak pun bru tahu bnda tu tk elok. Ak bgtahu tips akhir je .. spatutnyer bnda ni kne buat nan kwn or adikbradik sbb kene ada org tolong tekankan dada utk tulang rusuk ditekan ke dinding , mse tips akhir tu kene thn nafas then dada dtekan ak tkn sndiri tnpa ad org tlg. mse tu dlm keadaan thn nafas 3 saat slps tu dgn dada dtkn , ak smpat pulak trfikir bnda yg ak buat ni mcm bodo je tak mnjd aku rse .. then tiba2 macam ada silau2 kejap gelap n terang , n aku dengar bunyi bising sgt skejap ad skjap tk de bunyi tu , tp laju giler ada takde bunyi dia .. n ak trasa badan ak tergetar mcam org kene shock elektrik , n 6 saat slps tu ak trsedar ak dh terbaring ats katil and then ak trgelak mcm org giler jgn sbb ak mcm tak caya apa yg baru je jd .. sbb ap tau ak tk sedar lngsung yg aku dh terjatuh pengsan yg aku sedar sinar2 gelap dgn bunyi bising n bdn trgetar tu je yg aq sedar , tk sngka.. n then 4 jam yg berlalu ak trasa nk buat lg utk kali kedua tp tak mnjd pulak ak dh tk ingat cara ak mse tu ..
ReplyDeleteSekarang umur penulis berapa? Saya penatlah nak kira.
ReplyDelete