October 8, 2011

Simbol Kemewahan

Assalamualaikum..

Simbol kemewahan itu adalah relatif. Berubah-ubah mengikut masa, bangsa, sosio ekonomi dan pergaulan. ada bangsa yang merasa mewah dan jutawan dengan jumlah berapa ekor lembu yang dia ada. Dulu aku pernah tengok dokumentari, Bangsa Masai di Kenya digelar jutawan kalau dia ada lebih dari 100 ekor lembu. Ibaratnya macam orang Malaysia kalau ada duit RM 1 juta dalam bank.

Tapi Masai yang disebutkan di atas adalah sangat berlainan dengan rakyat Masai di Johor Bahru. Bila sebut je Masai, aku mesti terbayang 3 perkara, aku terbayang Masai Johor, Orang Asli Afrika conteng-conteng muka lompat tinggi-tinggi dan negeri Masai nujum pak belalang.

Ini adalah etnik Masai/Maasai, etnik masai dan orang masai Jb adalah dua bangsa yang berbeza,  Dan Bangsa Masai ini mendapat namanya bukanlah kerana mereka kusut Masai dan juga bukan kerana mereka suka membela Misai. Jauh sekali kerana terlalu suka Masai Kiroro. Siapakah itu Masai Kiroro? entah aku pun tak tau, aku main taip je.

Kembali kepada topik.Simbol kemewahan, simbol kemewahan adalah alat yang digunakan untuk mengiklankan status diri kepada masyarakat. simbol-simbol ini memudahkan manusia nak bagitau kepada kengkawan...

" weii meh tengok nih, orang kaya je mampu pakai ni tau? jadi apa yang kau paham? skrg kau paham bahawa aku lebih kaya dari kau!"

Sebelum ke huraian yang lebih panjang, mari aku kongsikan Simbol kemewahan yang aku faham dan selalu diterapkan dalam dunia sekeliling aku sebelum zaman moden menerjah.

1) Speck Rayban

Orang dulu-dulu cakap, hanya orang mampu je yang boleh pakai Rayban, meskipun terdapat jenama yang lebih hebat seperti Serengeti, Gucci, Prada, Guess, Oakley dan berlambak-lambak lagi, tapi pada anggapan masyarakat Malaysia dan Asia, sesiapa yang kaya dan mewah wajib mempunyai satu Rayban dalam simpanan. Dah macam template pulak kan!

Padahal, kalau spek mata hitam lain pun ada yang lebih mahal dari Rayban, tapi nak buat macam mana, sebabkan Rayban lebih Famous, berkualiti dan nice-branding, ia telah menjadi Benchmark kepada semua spek mata di dunia.

Aku memang peminat Rayban, aku suka rayban sebab kena pengaruh dengan bapak aku, sebab kualiti dia sangat bagus, effect redup dia memang cukup haul, aku pernah compare dengan Hugo Boss dan lain-lain tapi Rayban tetap best, lagi satu sebab cermin dia wajib kaca, bila pakai rasa berat je.

Ada spek mata lain yang mahal dah mula pakai plastic buat lense dia, aku kurang sikit nak beli mcm ni sebab rasa macam pakai yang Petaling street je pulak.

Dulu aku ada Rayban sebijik macam Brad pit ni pakai, pastu hilang jatuh dari jaket masa naik motor, aku sayang Rayban tu sebab bapak aku bagi, lagi satu sebab selalu orang puji aku, "weh Zul, muka kau sebijik macam Brad Pit bila pakai Rayban ni tau" (aku tau korang nak buat lawak Armpit kan???)

2) Jam Tangan Rolex

Setiap jutawan mesti at least ada satu rolex dalam hidup dia. Wajib! walaupun ada banyak lagi brand yang lebih hebat, lebih mahal berkali-kali ganda dari Rolex, lebih exclusice, lebih masterpiece namun Rolex lebih sinonim dengan mulut masyarakat.

ada jam brand lain yang mampu cecah sampai ratusan ribu dollar kat dunia ni, macam Audemars Piguet, Patek Phillipe, Blancpain, cartier dan macam-macam lagi, tapi Rolex ni ada keistimewaan dia, dia macam dah jadi uniform orang kaya pulak.

Aku ingat lagi, dulu masa aku darjah 4, bapak aku bagi rolex dekat aku, bapak aku cakap rolex tu rolex hongkong, architec bagi hadiah dekat dia. Walaupun rolex tu rolex hongkong tapi aku sayang sangat,

Satu hari, Cikgu Hapis tangkap tangan aku, pastu dia belek-belek jam tu.

" Uiyoooo Zulfikar, Ni jam rolex nih, kaya nya awak"

" mana ada kaya cikgu, Rolex Hongkong je pun cikgu, 50 ringgit je"

" saya dah agak  dah"

 huh, mentang-mentang aku budak darjah 4, awal-awal dia dah agak aku pakai rolex palsu, cuba kalau bagi Tony Fernandes pakai, Rolex Petaling street pun org percaya cakap original kan?

Ini adalah model rolex yang paling terkenal dan familiar di dunia, namun Brand Rolex juga disebut Sebagai Lolex  oleh cina Jinjang.


3) Kereta Mercedes Benz

Pasal kereta aku ada percanggahan pendapat, bagi aku tahap tertinggi seseorang tu kaya adalah bila dia ada Rolls Royce. Sebab kereta tu mahal gila, tak kisah lah lama ke baru, lagi satu minyak dan mentenen dia tinggi. Rolls Royce jugak hasilkan kereta yang terhad dan berkualiti tinggi, lagipun banyak kerabat raja dan billionaire dunia pakai Rolls Royce sebagai kereta rasmi.

Tapi, Mercedes benz adalah brand mewah yang paling femes, orang asli, orang tak asli, cina, melayu india, kadazan, dusun, kebun dan segala-galanya kenal Mercedes. walaupun ada Brand lain macam BMW, Jaguar, Porshe, bla bla bla bla boring gila aku nak taip nama brand kereta lain.

Tapi bila sebut Mercedes, Opah aku pun boleh bagi pendapat macam koresponden rancangan TV.

" Ikar, kamu tau tak kenape kerete ni mahaa?"

" entah la Opah, kereta ni mahal sebab nak buatnya susah la kot opah"

" ade pulok macam tu, kerete ni mahaa sebab, kamu tengok lambang die! kerete lain gune macam-macam lambang, tapi lambang dia gune bintang, jauh atas langit, mane ade kerete lain lambang sampai atas langit!... itulah istimewenye kerete mercedes ni ikar" ( baca dengan nada 'E' Parit Perak di setiap hujung perkataan)

Nampaknya Otak opah aku lagi kreatif dari aku, selama aku hidup, aku tak pernah imagine yang lambang Mercedes tu Bintang, tapi opah aku pulak dapat imagine, agaknya kalau suruh opah aku buat blog, mesti dia gelak-gelakkan je blog Rasa Hati ni. buat malu aku je.. katenyeee


4) Pen Dunhill

Bila sign surat mesti keluar Pen Dunhill kaler emas!... pen lain pun mahal jugak macam Mont blanc dan Cartier, tapi Pen Dunhill lebih Familiar dan telah terasmi di segenap lapisan masyarakat. Jadi orang kaya walaupun dia habiskan beribu-ribu beli Pen Mont Blanc, namun dia tetap jugak beli at least sebatang pen dunhill sebagai spare, kalau kawan tanya nak tengok pen dunhill boleh cepat-cepat letak atas meja kan.

Dunhill, Gaya, Mutu, Keunggulan..Dulu kawan aku selalu buat lawak, Dunhill... Gaya... Mutusammy,  putumayam.
Dulu aku pernah beli Pen Mont Blanc kat Bukit bintang, yang ciplak punya, harga dalam RM 20, berat dan rasa berkualiti, pastu aku ganti dakwat dia guna Parker Original. Satu hari tu aku bawak pergi Jeddah, sampai sana, ada orang arab businessman sign-sign surat quotation, lepas sign selamba je dia ciben masuk dalam poket.

Berambat aku kejar dia mintak balik, pastu dia cakap dia terambik, pastu dia cakap....

" This Pen is Very expensive, high quality, i love this brand, Mont Blanc, i have 1 also, do you want to sell this to me?"

" No, thank you, i love this pen very much, it has sentimental value"

Gelak je aku dalam hati, kalau aku nak temberang, dah lama aku jual pen palsu tu mahal-mahal kan, letak 500 riyal pun dah untung, mentang-mentang aku pakai formal sikit, jadi wakil rombongan bisnes, terus percaya tu pen original, cuba kalau dia jumpa aku tengah lepak kat mamak sambil korek hidung, conteng-conteng paper hari ahad, mesti dia menyesal ada niat nak ciben pen mont blanc aku tu.

Inilah rupa pen Mont Blanc Ciplak yang aku beli kat mamat bangla Bukit Bintang dulu, tapi pen ni akhirnya kena ciben jugak, siapa yang ciben pulangkan!

****************************

Tak payah nak Hipokrit, zaman moden skrg ni, siapa-siapa yang pakai Iphone 4, Blackberry, Ipad, Ipod, android akan dianggap mewah.

Meskipun boleh je nak check email, update status FB pakai laptop, namun update pakai Blackberry baru lah rasa 'Bangsar' sikit kan. kena ada lambang Via Blackberry tu baru orang tau yang kita ni ada Bb dan subscribe data plan dengan Telco. Whoaaaaaaaaaaa....kelas kau nok! eh apasal terkeluar pulak bahasa pondan nih?

Dulu aku pernah la try nak anti-anti Blackberry ni kan, tapi bila tengok adik aku pakai rasa macam syok la jugak...tapi nanti-nantilah, tak mati kot kalau tak update fb selang seminit.

Dulu, aku pernah jugak nak anti-anti ipad, konon-konon macam satu pembaziran lah beli komputer tablet yang takde keyboard, tapi sekali aku try pakcik aku punya, hambik 3 jam ngadap benda tu je main Kuiz-kuiz back to school, selagi tak lepas level, tak bergerak, sampai bontot naik kebas tak berganjak.

Tapi ingat satu je, kalau korang mampu, korang suka dan enjoy, korang pakailah apa pun yang korang nak, selagi korang tak letakkan unsur takbur dan riak dalamnya. aiceehhh, dah sembang macam mat propa kat atas, penutup nak feeling ustaz kan?



p/s apa plak simbol kemewahan bagi korang semua? dari sudut pandang korang? meh kongsi ngan aku kat ruang komen meh.

19 comments:

  1. seyes aku penah pakai rayban kat uptown yg 15 hengget tu org ingat beratus ratus.. hahaha.. :P

    rasa mewah kejap.. :P

    ReplyDelete
  2. err..

    kalo perempuan mybe ada yg tgk pada handbag..make up..

    ape lg ek?

    tapi ape pun aku takde..

    hahahaha...

    ReplyDelete
  3. aku ada ke barang atau aset y boleh dikatakan simbol kemewahan???huhuhu...mcm takde je...rayban pun pakai y petaling street je fikar oi...ckup nak hlang mata aku dari sepet masa nak drive

    ReplyDelete
  4. tengok cerita Jangan Ketawa dulu-dulu "Dunhill..Gaya..Muthu..Velu.." sengal jek

    part mercedez tu paling betul sekali..aku tak pakai apa2 yang melambangkan kemewahan,sebabnya aku sederhana saja.

    kalau perempuan,handbag Louis Vuitton (LV),kalau guess,gucci,prada pun aku rasa perempuan akan padang LV lagi hebat.
    tapi aku tak suka handbag yg ada printed huruf2..hahaha

    ReplyDelete
  5. RM50 jam tu pun mahal gak tu..aku beli yang seploh hengget je...

    ReplyDelete
  6. even im materialistic, but i dont judge people by money/luxury.

    i look on kesopanan dan kesusilaan & ilmunya

    ReplyDelete
  7. patutlah orang2 MLM tu dok tayang dapat Mercedes je.

    kawan ko mmg terbaik laa..
    Gaya... Mutusammy, putumayam!!
    hah hah hah ;)

    ReplyDelete
  8. simbol kemewahan bagi aku mcm tu jugak la, ada ipad, iphone, blackberry.

    tapi atok aku lagi mewah la, ada tanah sawah tak bising pun, pakai motor ex5 jugak.

    ReplyDelete
  9. errr..simbol kemewahan?ntah..aku org susah..tak reti le pasal simbol2 mewah ni..;p


    psal bb,ifon, ipad semua tu aku lsg tak amik tau sebab aku bukan seorang yg gile gadget..lgpun hidup aku bukan nak kena online doplohpat jam..jadi mende tu tak penting kot untuk aku..ehehe..

    ReplyDelete
  10. simbol kemewahan lelaki adalah memiliki batang yang besar.....dah! jangan deal! memang betol.....hahah

    tapi cakap ko memang betol....pundi kencing ngan teloq2 aku habis kecot bile air paip tu terpancot pergi dinding....cinabeng betol! -.-"

    ReplyDelete
  11. Deeyaudeen : yg penting perception org kan. :) hahaha

    missenget : kali ni aku percaya, lepas tgk mko jln lenggang takde handbeg smlm

    tamlegend : drive.. tu ade kereta.. kaya kaya kaya kayaaa....

    NOI : sama la kita, sederhana lagi best!

    Sunah : ala tu pun bapak yg bagi, rm50 tu arkitek tu yg beli... :P

    Arrifin : ye, pendirian dan pendapat lebih penting!

    Che sakinah : itu lah dia, sebenarnya point entry ini adalah kemewahan tu adalah relatif

    Irshadism : tu la pasal, nenek aku ada rm80 ribu dalam tbung haji dia, tapi dia gi jalan2 naik basikal je..

    Cik Sha : sama la kita. tak penting kot...

    Roq : batang besar? esok aku nak gi beli batang paip baru, ganti kat rumah yg kecik2 nih :P

    ReplyDelete
  12. xpntg mne pown lmbang kemewahan tu.klu bley bwk g kubur bru btol mewah.ye dak? :D

    ReplyDelete
  13. betol ckp yuyuy..
    budak2 sekrg ni time g keje melawa kan main ngan brg2 branded tp bile di suruh buat keje , otak punye brand g jaja petaling street pun x laku..appearance je lh brand tp otak mau brand bagus juge maa .. Ade setuju?

    ReplyDelete
  14. setuju sangat dengan Yuyuy dan anonymous..


    p/s entry adalah Simbol kemewahan dr perspektif relatif..

    ReplyDelete
  15. kalau brandsek nmpk mewah x? :D

    ReplyDelete
  16. tak payah la mewah2.. sederhana pun oke per..

    sy suka kete antik, klu jaga nampak la mewahnye.. hehe

    ReplyDelete
  17. U TAHU KAN MASALAH BELI BRG BRANDING NIH.. OLEH ITU KLU I NK BELI BRG2 BRAND, I X AKAN PILIH BRG YG DAH BYK KENE COPY.

    TREND MENGORAT SKRG ; MINTA BBM PIN.
    HAHAA! SERIUS MENYAMPAH.. SBB I PEMINAT NOKIA DULU KINI & SELAMANYA~

    ReplyDelete
  18. waktu sekolah rendah dulu2 selalu fikir macamni:
    "ooo dia duk rumah batu.. orang kaya dia ni."
    hehe.

    ReplyDelete
  19. Gaya... (Kali) Mutu... Samy (Vellu).....

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...