Alhamdulillah, hari ni dah selesai ujibakat Tv Game Show One Million Money Drop dekat SACC Shah Alam. Ujibakat yang bagi aku agak mencabar, kisahnya ujibakat ni berlangsung semalam, aku gi daftar pukul 11 pagi, jadi dapat la nombor giliran ke 402, sedangkan masa kami tunggu tu running number baru 60.
Congak punya congak dengan adik ipar aku, dalam masa 3 jam baru 60 contestants, so aku balik rumah, nasib rumah dekat seksyen 8 je, perjalanan dalam 10 minit je dari SACC. Tapi korang congak la sendiri, kalau 60 orang dalam masa 3 jam, kalau 400 orang? tak ke makan masa sampai pukul 12 malam?
Akibat dari congak dan gamble ni, aku balik rumah dan datang balik 3 kali, last aku pergi pukul 7.30 malam pun running number baru 350, jadi aku amik keputusan nak volunteer untuk buat keesokan harinya iaitu hari ni. Jadi hari ni aku datang pukul 10 pagi terus masuk dewan dan jawab soalan, soalan dia boleh tahan susah la, lepas dah lulus soalan objektif, aku pergi screen test pulak.
Screen test pun lulus, tapi taknak over confident, nanti kalau Producer tak panggil tak ke malu kan? tak pun kecewa sangat. Jadi tunggu je la panggilan, kalau producer tu call maknanya dapat la masuk gameshow tu.
**detail yang lebih lanjut pasal ujibakat ni takleh cerita, confidential.
******************************
Bila kelam kabut duk main kuiz macam ni, aku teringat zaman dulu, Masa aku sekolah rendah dulu ada la kempen WWF datang sekolah buat event.Bukan Hulk Hogan dengan Undertaker yang datang buat show, itu WWF wrestling, World Wrestling Federation. Tapi yang ni WWF alam sekitar tu, World Wide Fund For Nature.
Kemuncaknya adalah satu forum dalam dewan pintu berlipat, kau tau dewan pintu berlipat tu macam mana? dewan tu adalah gabungan kelas-kelas yang pembahagi ada pintu sliding boleh lipat kaler oren. Bila dah bukak, semua budak darjah 4, 5, 6 semua berkumpul dalam tu. Selain dari mengeratkan silaturahim, suasana berkumpul macam tu jugak dapat buatkan kita dapat mengecam bau badan rakan sedarjah.
Ada bau cheese, ada bau belacan, ada bau kepam, ada bau ketiak hangit dan ada bau paling legend! bau stokin tak bertukar seminggu, pergghh bau dia, cagu.. percampuran bau ikan masin sepat tak cukup kering dengan belacan bakar. Siap ada yang berlumut lagi!!
Sepanjang forum ni, ada la kuiz untuk menggalakkan penglibatan budak-budak supaya tak boring, Bagi lebih menarik, siapa dapat jawab soalan dapat hadiah kelender panda, pembaris panda, pen panda dan jugak yang terhebat adalah tabung dan Beruang Panda teady bear.
Soalan terakhir dan menjanjikan hadiah terhebat iaitu tabung dan Teady Bear panda WWF berbunyi begini....
" okey, adik-adik akak yang comel-comel ni semua, dah sedia untuk soalan cepumas?"
" dahhhhh kakakkkkkk!!!!"
" siapa dapat jawab soalan cepumas ni, dia dapat Beruang Panda tauuuu, nak tak semuaaaa???"
" nak kakak, nak nak nak nak"
" nanti akak bagi soalan, siapa nak jawab angkat tangan tau!, cuba je, kalau salah jawab nanti akak bagi jugak hadiah saguhati, pembaris panda!!!"
" Yeaaayyyyyyy"
"Okey ready ye, semua dah tengok kan slide show dengan filem WWF tadi? okey, kalau adik-adik akak ni pandai, apa yang kamu semua boleh beli dengan duit 5 sen????"
perghh soalan tu, terlalu senang. Ibarat bertanyakan budak darjah 6 soalan siapa nama ayah kamu? Tapi tunggu, mari dengar jawapan kawan-kawan aku dalam dewan tu...
Musfirah
" kita boleh beli gula-gula kakak"
" kenapa pulak gula-gula?"
" sebab gula-gula 2 biji seposen, kalau duit saya dah habis, saya selalu beli sebijik je, Makcik memon bagi gula-gula tu sebijik je kak, harga dia 5 sen, tapi dia marah-marah lah"
" kenapa pulak dia nak marah?"
" dia marah sebab dia selalu takde baki 5 sen, lagipun kadang2 saya beli pakai duit satu sen kumpul-kumpul kak"
" jawapan tu betul dik, tapi kurang tepat, tapi takpe, akak bagi jugak hadiah, meh naik sini amik hadiah"
So jawapan tu tak tepat, Musfirah dapat la hadiah pembaris ada lambang beruang panda.
Raziin
" siapa lagi nak cuba? angkat tangan"
" Duit 5 sen kita boleh beli keropok sekeping cicah sambal kak"
" errmm jawapan tu pun kurang tepat, tapi betul jugak, nah amik hadiah ni untuk adik"
Mustafa Kamal Anak Makcik Kantin
" kita boleh beli pemadam"
" ehhh ada ke pemadam harga 5 sen dik?"
" Boooooo, Mustafa kamal tipuuu, mana ada pemadam 5 sen, pemadam semua 10 sen" (bentak audience semua)
" hak eleh, korang dengki, korang takpernah, tapi aku pernah beli pemadam 5 sen"
" tipuuuuuuuu"
" dah dah, takpe, adik ni dah cuba, ni akak bagi jugak hadiah saguhati"
Zulfikar perasan Isac Newton
Masa aku nak jawab tu, aku berfikir secara kritis dan kreatif, dalam minda aku, aku berfikir mcm ni...
" ehh takkanlah ada benda boleh beli dengan harga 5 sen yang ada kena mengena dengan WWF, ni mesti soalan trick ni, ni mesti soalan berkias, mesti jawapan dia nak kena kreatif jugak..errmmmphhh apa ya..." (monolog aku sendiri)
" hah, okey adik yang comel kat depan nih, apa barang yang boleh dibeli dengan harga 5 sen?"
" dengan duit 5 sen kita boleh beli alam sekitar dan kehijauan planet bumi kita ni kak!"
Yakin kan? masa aku jawab tu, aku rasa macam aku seorang professor baru lepas selesaikan formula evolusi menukarkan berudu menjadi katak, tapi tunggu...
" hik hik hik, amboi....Idea bukan main lagi, sampai ke situ ye dik? kenapa pulak 5 sen boleh beli alam sekitar dan kehijauan planet bumi ni dik?"
" errmm.. ye lah kak, kalau kita ada 5 sen, kita tak boleh beli apa-apa kan kak? jadi kita derma lah 5 sen tu dalam tabung WWF ni, kalau seorang derma 5 sen, kalau seluruh dunia derma kan jadi banyak, bila dah banyak boleh la guna untuk kempen dan jaga alam sekitar, betul tak kak? kan kak kan?"
" Amboi, adik... jauhnya berimaginasi, betul adik, adik cakap tu semua betul, kalau kita ada 5 sen kita boleh derma untuk WWF, niat tu mulia, meh naik atas ni amik hadiah meh"
Pada masa tu, kembang kempis hidung aku, rasa macam IQ aku di tahap 24, tahap boleh selesaikan masalah Quantum Fizik. Dah takde sape lagi hebat dah oii, dalam otak aku pikir takde sapa boleh berfikir sekreatif aku. Punya confident!
Aku naik atas, dah sedia nak amik hadiah Teady Bear Panda WWF, tapi bila tadah tangan nak terima hadiah, akak tu bagi penanda buku WWF je ada keledar kecik. terus aku rasa kecewa gila.
Siap cakap lagi kat akak tu, "aik kak, takkan penanda buku je, mana teady bear?"Lepas bagi hadiah tu akak tu sambung balik acarakan majlis.
" okey, jawapan Adik tadi dah hampir tepat dah, tapi tak betul jugak, memang kita boleh derma 5 sen, tapi akak tanya BARANG apa yang boleh beli dengan nilai 5 sen?"
Sekali ada budak angkat tangan, Tak silap aku Hafiz anak makcik Diah, dengan selamba je dia jawab....
" Kak, Kak, dengan 5 sen kita boleh beli Setem kak"
" betul, jawapan adik ni yang paling tepat, dengan 5 sen, kita boleh beli setem, ni contoh setem yang akak bawak ye, setem ni ada lambang alam sekitar dan lambang WWF, hasil dari beli setem ni menyumbang kepada tabung World WildLife Fund For Nature ye adik-adik!"
Tak pasal-pasal budak Hapis dapat Teady Bear Panda, aku yang poyo-poyo kekonon jawab ala profesor, hampeh dapat penanda buku je.
Aku jawab salah ke? betul la kan? Hafiz tu jawab yang tersurat, aku jawab yang tersirat, akhirnya duit kutipan setem tu pergi tabung WWF gak kan?
Ke aku yang overconfident? atau aku jawab Over The Top...ceeiiiitttt ape pun tak boleh!"
Uwaaaaaa, nak beruang panda teady bear macam ni jugak!!!! |
Ini adalah contoh setem WWF, tapi harganya bukan 5 sen, tah mana akak tu beli setem harga 5sen pun aku taktau. |
P/S dalam banyak-banyak beruang, beruang apa yang tak cukup tdo?
P/S II soalan obvious sangat, takyah la korang jawab, aku je jawab, beruang panda.... hahaha, padan muka korang dah semangat-semangat nak jawab kan?
P/S III ye lah, bagi can, apa kena mengena pulak beruang panda dengan tak cukup tdo?
dewan lipat lipat tu macam sekolah aku ni....
ReplyDeleteaku selalu standby spray cap "GLADE" kat meja aku,mana budak yang busuk2 dlam kelas tu,aku spray je!
aku nak jawab..kalau tak cukup tido kan keliling mata jadi lebam,so sama lah macam panda!!!!
*bukan keliling mata,tapi bawah mata..hehehe nak adiahhhhh!!!!!
ReplyDeleteHAHAHAHAHA,baguslah budak yang konpiden tue.ada bakat nak cipta benda baru nei.kehkehkeh
ReplyDeleteNOI : perghh betul la jawapan dia, errmm sila amik hadiah di kaunter khidmat pengguna ye...
ReplyDeletep/s ahahaha tergelak ada spray glade bawah meja.. hahaha... jahat gila cikgu nih....
Nin : tapiiii saya tak dapat teady bear panda tuuuu!!! :(
membace smbil gelak besa sorg2 dpn laptop menampak kn IQ sesorg tu rndah x?hahahaha.sumpah klaka.xpela xdpt panda tu.t swoh awek kau bli kn la.:D
ReplyDeletexper..nnti kite belikan sekor beruang panda tok awak yer..hahahhaha..wah...dinding lipat..best giler skolah tuh..time periksa,buka...abis pekse tutup...kadang jadi dewan.hahhaha..tp..mmg tahap iq tggi r jawapan tuh..mmg dasat giler rrr..saspek gua...
ReplyDeleteko selalu act budak bijak kan.. alih2 ttp x betul.. wwf. teringat aku dulu masa budak2 aku suka gak layan wwf ni dgn mak aku Nyah. mak aku memang minat. akibat minat mak aku, aku pun jd minat siap boleh hafal nama2 dorang lagi. paling aku suka masa tu undertaker sbb bila time dia masuk gelanggang semua senyap. kalau dia berjaya kalahkan org dia akan masukkan dlm beg hitam..
ReplyDeleteamboi jawapan ko...nak tahap propesor je kan..alih2 dpt penanda buku panda je..haha...
ReplyDeletemintak ngn abam panda la zul..hehe..
ReplyDeletemase pmr..seat aku betol2 blakang pintu lipat..jadi senang nk usha membe sebelah..pengawas exam xnampak..miahahaha
professor mmg kene dpt penanda buku je..
ReplyDeletekan kene baca buku byk2.. :)
masa aku form3, kawan aku ada jugak bagi teka teki beruang panda tu. tapi soalan dia "kenapa beruang panda mata dia hitam?". dia punya jawapan, "Sebab tak tidur malam main FIFA". Menyesal aku pergi layan teka-teki kawan au tu..
ReplyDeleteyuyuu ekyn : mintak kat ko je lah, nak bear pandaaaa!!!!!
ReplyDeletemissalongwani : nak besar besar, yang boleh peluk masa tdo, yang besar bantal peluk tauuuuuu!! :P
Suria Lekat Lekit : mak ko pun suke WWF? peehhh memang jiwa rambo ko ni..aku dulu kurang sikit, tapi tertengok sebab atuk aku dua2 belah suka sangat.
Cik Sha : tu la pasal, jawapan yang terlalu kreatif, padahal jawapan nak simple je.. hambikkk
misssenget : taknak.. nak baca blog je.. bleh?
Irshadism : kalau ko dengar jawpaan kawan aku, beruang paling banyak duit... Berwang... perghh lagi bosan...
pergi audition? semoga berjaya!! :-)
ReplyDeleteko bakal jd steve jobs weh.. haha
ReplyDelete*angguk angguk.. :P
ak rs jawapn ko gempak sbb time tu ko sek rendah.. so jawpn tu dari pandgn ak dah melangkau usia.. cuma ko x bernasib baik sbb akak tu da set kt kepala dia jawpn yg d terima stem je.. itu la agaknya skrip yg d ulang2 utk sekolah2 yg dia lawat.. kalo ak yg jadi akak tu sure ko da dpt tedy bear tu... hohoho...
ReplyDeletebuka akak dah mcm panda...ngan debab dan mata ada eyebag..huhu.
ReplyDeletedulu masa gi jln2 ada lah org minta derma tuk tabung wwf ni..siap isi borang nk potong gaji tiap2 bulan lg tu..terpk lak..betul ke ni?huhu
hshaahhaha.. adoi..msti dah konpiden jek dpt panda tuh.. kecewa je ek.. :P
ReplyDeletehahahahaha... terlalu yakin cmtulah jadinya
ReplyDeletejawapan punyer bernas pun tak dapat patung.. haha.. cian2.. nnt kita belikan eh..
ReplyDeleteu r nop loser. tp u pencetus minda.
ReplyDeletewujudnye pencipta pc,wujud lah pencipta laptop, ipad bla bla bla..