October 18, 2011

Apabila Nyawa Budak itu Menjadi Nyawa Katak.

Assalamualaikum....

Tiada kata-kata yang tak cliche yang dapat aku tuliskan di sini bagi mengambarkan betapa tersentak dan terkejutnya aku bila tengok video budak perempuan umur 2 tahun yang digilis lori di China. Ia digilis dengan begitu kejam dan kemudian digilis sekali lagi dengan lori.

Kena langgar lari satu hal, tapi kemudian dilanggar seperti katak buat kali kedua adalah satu hal yang lain. Kemudian dibiarkan, diabaikan oleh manusia yang lalu lalang seramai 18 orang adalah satu hal yang amat gigantic disaster bagi ketamadunan manusia.

Aku tak mampu menghuraikan dari sudut akademia  terhadap apa yang telah aku tengok, cuma aku mampu cakap kalau aku tak kuat semangat, mau aku mengigau tidur malam ni bila terbayangkan betapa zalim, kejam, syaitan, opportunist, selfish, ignorence, sombong, bengap, hinanya masyarakat setempat di kawasan tersebut terutamanya pemandu Lori, Van, dan 18 orang yang lalu lalang itu.

Inilah harga yang telah dibayar oleh Masyarakat China terhadap kemajuan dan desakan hidup. Yang mana ia telah meletakkan sifat penting diri itu di tahap teratas falasafah hidup mereka melampaui sifat fitrah Insan, pegangan agama, sifat kasihan, simpati, tanggungjawab, kasih sayang dan sekurang-kurangnya sifat asas makhluk hidup.

Perkara yang berlaku tidak mampu dikelaskan tahap apa, kerana haiwan pun tidak sampai hati melihat offspring/anak mereka dizalimi dan dibiarkan mati tanpa sebarang sifat simpati.

Tiadalah perkataan yang tak cliche yang dapat aku taipkan di sini kecuali merasai hiba dan terganggu dengan video itu.

Tiadalah alasan dan kisah lain yang lebih teruk untuk dijadikan timbal balik kepada kejadian itu, meskipun kenyataannya banyak kanak-kanak dijadikan buruh paksa, hamba sex, didera, bayi dibuang merata-rata dan bapa rogol anak. Tetapi jika anda tengok video ini tanpa sedikit pun perasaan insaf dalam diri dan kasihan yang jujur, semoga Tuhan ampunkan kau dan aku.

Walaupun berbaur Racist dan prejudis, tetapi dengan video ini barulah aku memahami apa itu maksud Opportunist dan Selfish.....

Apabila Nyawa Budak umur 2 tahun itu sama nilainya dengan nyawa katak....




Bayi berumur 2 tahun yang telah dilanggar oleh Van, kemudian dilanggar dengan lori, kemudian tidak dibantu dan tidak diendahkan oleh 18 manusia yang lalu lalang.

21 comments:

  1. Aku tak berani tak tgk. Suungguh. Cara abg ceruta dh buat aku meremang.

    ReplyDelete
  2. AKu tengok dekat buletin utama tadi, skrg perut aku memulas, sebab terkejut dan rasa terganggu...

    sebak, hiba angah oi.....

    ReplyDelete
  3. emm dl penah bc kat 1 blog, dlm blog tu ade video seorg lelaki tua jatuh pengsan tp sorg pun tak tolong. blogger tu jelaskan ade sebab nape derang tak tolong. katanya dl ade seorg lelaki tolong sorg nenek yg kemalangan dgn bawanya ke hospital. yg sedihnya, keluarga nenek tu saman org yg tolong tu sebab katanya dia yg menyebabkan nenek tu kemalangan, camtu la lebih kurang kisahnya. sejak tu derang tak berani nk tolong org.

    tp dlm kes ni memng kejam giler ar, siap langgar lg skali, sy tgk sket2 jek sbb tak sanggup

    ReplyDelete
  4. keji dowwwww... yg tergolek tu bkn anak patung... bley wat tatau jeee...

    budak tu mati eh??

    aku takut nk bukak sound... just tengok je... takde plak aku tgk kat buletin utama ke ape...

    ReplyDelete
  5. Jue : sebenarnya tu semua alasan. memang perangai dorang ni selfish. kalau taknak pegi hospital pun, tolonglah tunjuk simpati dan call ambulance.. :(

    Aslina : ni Headline Buletin semalam, tajuk pertama pukul 8 sebelum berita lain.

    ReplyDelete
  6. Sangat kejam dan bagi saya dorang lagi teruk dr haiwan.Sebab haiwan pun ada rs belas kasihan.

    ReplyDelete
  7. Bukak fb semalam, tengok orang letak video ni http://www.facebook.com/photo.php?v=104612926247654. Then tengok pulak video budak 2 tahun ni kena gilis. Memang sentap la tengok 2 video ni one after another. Masa tu dah nangis dah. Anjing pun tak selfish macam tu.

    ReplyDelete
  8. saya lasum xtgk..mmg xbrani hokey..kalu tgk..mmg tidak dpt tido...

    ReplyDelete
  9. mmg x berperikemanusiaan...tergamam bile kite tgk kt tv...hilang sudah kemanusiaan orang...

    ReplyDelete
  10. malam tadi hanya sempat dengar berita, la ni takleh bukak pulak video tu.. tapi elok jugak sebab takdelah aku terbawak2 dalam tidur nanti (walau hati meronta2 nak tengok)..

    ReplyDelete
  11. sumpah airmata aku jatuh....mmg macam sial!

    jahanam punya manusia!

    ReplyDelete
  12. apabila masing2 buat hal masing2.
    macam gampang!

    ReplyDelete
  13. aku tgk berita semalam dan layan lagi sekali vid ni dan aku tetap menanges..manusia semakin penting diri dan kejam..huuuuu..T_T

    ReplyDelete
  14. terus terang dr awal video ni tersebar aku takkan tengok.. sebabnya benda ni akan buat aku jd touching tahap kritikal.. nak2 lg aku ada anak.aku kalau tgk benda2 camtu auto terbayang lala.. bila terbayang lala je mula aku rasa fobia walau jd kt anak org sekalipun. Rasanya rakyat m'sia x sekejam tu.. At Least kalau ada accident mcm lalat juga org dtg bg bantuan..

    ReplyDelete
  15. tak sanggup nk tgok.manusia skrg ni makin lama makin tak bertamadun.

    apapun, suka la dengar word offspring tu.. macam entry science fact pulak kan??

    hee..
    spell it right.. huhuhu

    gud luck bro..!!

    ReplyDelete
  16. yang van 1st tu macam naik bonggol kat taman2 tu.. shit..drebar tu tak rasa langsung dia tgh lenyek budak...

    ReplyDelete
  17. nilah lifestyle msyrakt dnia. hilang suda semangat tlong mnolong sesama sendiri. bila Tuhan dah bgi blasan bru nak sedar.

    ReplyDelete
  18. speechless.apa lah slh dorang tolong.bkn kne bnh pun tlong.hurmmmmm.

    ReplyDelete
  19. Lepas tengok macammana budak tu kena langgar..terus teringat anak sendiri.Rasa geram,marah,sedih semua ada.Terus seharian kat ofis rasa takde mood.Tak lalu makan..terfikir macammana la budak kecil tu rasa.Yang mak cik tu pun angkat macam angkat anak patung letak kat tepi..Ya Allah...sedih betul...

    ReplyDelete
  20. memang sebak tengok video ni! tak sanggup nak lihat keadaan anak kecil itu dilanggar tanpa belas kasihan..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...