October 5, 2011

Checklist untuk Menjadi Dewasa

Assalamualaikum...

Hari berganti hari, umur makin tua. Tapi bukan semua manusia nak terima hakikat. Ada yang terima hakikat tapi dia masih belum bersedia, ada yang sudah terima hakikat dan sudah bersedia tapi dia tak mahu bermula.

Ada yang blur, tak tau macam mana nak hadapi dunia dewasa. ada jugak yang blur macam mana nak bezakan dunia dewasa dengan dunia remaja. Ada jugak yang sudah masuk alam dewasa tapi dia tak sedar, dia masih lagi fikir yang dia remaja.

Tidak mahu menjadi stereotype dan cliche, tidak mahu jugak mengukur usia melalui angka. Hanya nak buat checklist. Macam kita main Mengukur Indeks kecomelan diri dulu! ingat tak?

1) Bayar Ansuran Bulanan kereta sendiri.

Dulu zaman masuk Universiti, ramai kawan-kawan aku ada kereta, Zikry, Chewe, Rushaida dan ramai lagi. Tapi kereta tu bukan diorang yang bayar, mak bapak diorang yang bayar. Jika dah tua bangka ni, masih lagi ansuran bulanan kereta mak bapak yang bayar, tu belum dapat lesen penuh lagi sebagai orang dewasa..

" Booooo, kau ingat semua kau tulis orang nak bersetuju je ke dengan kau Zulfikar? kalau bapak aku kaya, jutawan, duit banyak, bagi hadiah kereta kat aku macam mana pulak? cakap ikut sedap mulut je, berdosa ke aku kalau aku terima hadiah kereta dari bapak aku Zulfikar? cakap ikut sedap mulut"

" Hamba salah Tuaaann. cuma tulisan aku ni secara general, mana la aku nak tau kalau semua kawan-kawan aku yang beribu tu dapat hadiah kereta sempena hari jadi ke 16 tahun pulak kan"

Ironinya, masa aku mula-mula start kerje dulu pun, bapak aku hadiahkan aku mercedes 230 E... cakap pandai, sendiri pun buat. Cuma nak cerita kat sini kalau nak distinguish antara zaman ditanggung dan zaman dewasa adalah apabila kau bertanggungjawab bayar kereta sendiri, dan kau boleh pilih kereta apa yang kau minat.

Dulu ada budak kelas aku, perempuan, nama dia Nurnilam sari (bukan nama sebenar) dia ni perasan dia anak org kaya, muka lawa tak kelas naik motor. kalau cerita sikit dekat foyer, mulut penuh cacian dan perasan bagus.

" eeee, apa kelas naik motor, miskin. eee ape kelas naik kancil, eee ape kelas naik wira buruk" Padahal dia jangan kata kancil, pergi kelas pun jalan kaki.

Tapi Chewe cakap best, walaupun tak pedas, tapi ingat sampai sekarang.

" hang toksoh sembang kemaih la, toksah cakap Satria Mivec ke BMW ke Evo7 ke, try dulu bayar bulan-bulan kereta, tak kisah la kancil ke wira ke, baru datang sembang dengan aku"

Bila dah dewasa, aku kerja, dapat gaji, baru aku tau jerih payah mak ayah, bayar kereta, RM1300 sebulan, RM 500 sebulan. nasib baik sekarang pakai kereta buruk, bayar cash. Cuma segan la kalau nak bawak lisa surihani naik kan...

2) Bayar Rumah sendiri.

Tak kisah lah rumah tu rumah sewa ke atau rumah beli, tapi kalau kau dah dewasa, kau bayar untuk apa yang kau diami.

Sekali lagi, tulisan ini tidak terpakai untuk orang yang ada banyak harta pusaka, kalau bapak dia dah bagi apartment mewah, manalah mampu pulak aku nak tarbiyah. Takkan dosa pulak jadi anak orang kaya kan? bersyukurlah kita dengan nikmat. Cuma bila nak berkata-kata kena selalu ingatlah yang kata-kata itu bukan dari Liga yang sama.

Aku selalu ingat kata-kata Shahril Husin pasal moto Askar Wataniah (ROTU)

" Not Issued but earned" 
eh betul ke? ke 'Earned, Not issued' ehh  ke lain? aahhh lantaklah, janji lebih kurang.

perghh pendek tapi mendalam, bagi mereka yang mahu mengetahui.

Masa belajar dulu, amboi kanmain budak-budak borak belakang kelas, nanti nak duduk kondo kat hartamas la, taknak duduk flat lah, nak duduk semi-D lah, nak beli tanah pastu buat rumah idaman lah. Tak salah berimpian dan bercita-cita. Entry ini bukan tentang justifikasi pasang angan-angan, cuma entry ni cerita pasal apa yang korang expect bila masuk dunia dewasa.

Masa aku mula-mula kerja, aku duduk rumah flat 3 bilik dekat seksyen 7. Takyah nak sedapkan hati sangat yang tu Apartment sederhana mewah la, apartment biasa-biasa, atau rumah separa kondo, once ia adalah Flat maka ia adalah flat. tak dosa kau duduk rumah flat. Cuma sebagai penguat semangat, rumah tu bilik sorang-sorang tak kongsi, baru rasa macam Eric Leong kan, duduk rumah sendiri, bilik sendiri, privacy tapi Bayar pun sendiri.

" cantik kan cantik kan cantik kan?"

3) Kerja

Kau nak jadi dewasa? kau kena kerja. kalau kau nak dewasa kau kena apa? kau kena kerja! bila dah habis belajar diploma, aku kerja, aku kerja jadi supervisor/Cashier kedai nasik campur. lepas tu dapat panggilan Degree, aku berhenti kerja aku sambung belajar.

Orang yang bekerja kemudian dia belajar, itu kes lain, itu dinamakan cuti sebatikal. Atau dia bercuti bergaji untuk melanjutkan pelajaran, dalam bercuti itu dia ada pendapatan untuk sara hidup, samada elaun pengajian, gaji separuh bulan, atau gaji berjalan.

Tak kisahlah, selagi kau berkerja dan kerja kau itu dibayar upah, itu dinamakan mencari pendapatan untuk survive, bila kau dah bayar sendiri untuk apa yang kau pakai, makan, tinggal, bergerak, maknanya kau dah hampir menjadi dewasa.

Jika kau dewasa sebelum usia? aku tidak sedih dekat kau, cuma aku kagum, aku ucapkan syabas dan standing ovation untuk kau.

4) Bertanggungjawab

Kau tanggung!!!! kau tak bayar ansuran kereta, bank datang tarik kereta? kau tanggung. Anak demam, tersilap bawak masuk specialist kena caj 3,4 ribu.. kau tanggung!

Enjin kereta kau rosak, Tayar haus dah botak? kau tanggung, kalau tayar botak, kau tak tukar, kau bawak laju-laju hentam kereta depan? kau tanggung, bukan setakat tanggung malah kau kena jawab! sebab tu nama dia tanggungjawab.

Kau gatal, tidur malam kepit bantal peluk kuat-kuat, golek kiri golek kanan, berangan tidur dengan lisa surihani? kau cakap kat mak nak kahwin...lepas kau kahwin, kau tanggung anak dara orang tu, kau tanggung makan dia, rumah dia, pakai dia. kalau kau buat salah atau bini kau buat salah, Kau bukan takat tanggung tapi kau kena jawab.

Bila kau kerja, kau jadi Manager, duduk opis besar..Kau tanggung jawatan dan amanah tu. Bila kau dah tanggung, sekali berlaku kesilapan dan kerugian, Kau jawab kesilapan tu, jangan nak lari..Apa kau ingat dunia dewasa ni macam main konda-kondi, kau dah sungkit kayu kena muka anak jiran kau lari...

" Aiyyokkk tak tau, Ikar,  kayu kena mata herry, aiyok... le le le.. lantak lan botak, lan makan taik katak. man tut man ya, man kentut bawah tayar"

" mana ada, mana ada, mana ada, tak tau tak tau tak tau, aku tak buat....mana ada mana ada mana ada"

Kalau korang taknak tanggung dan taknak jawab, korang belum lagi dewasa. Bila korang belum lagi dewasa apakah disadvantage nya? apa yang aku rugi?

"dewasa bukan berkenaan untung rugi sayang, dewasa adalah tuntutan kehidupan duniawi"

" Kalau aku taknak dewasa? bapak aku kaya, aku nak duduk rumah, makan mak tanggung, berak cangkung, pakai kereta ayah, duduk tengok Boboiboy ko ada masalah ke Zul"

" Takde masalah langsung, lantak ko lah, siapa pulak nak paksa kau jadi dewasa, mak aku selalu buat lawak remaja walaupun dia dah tua, mcm ni bunyi dia...Sendiri makan pengat sendiri mau ingat"

*******************************

Kepada adik-adik yang baru lepas tamatkan pengajian, boleh lah mula bereksperimen menjadi dewasa, abang tahu sayang-sayang abang semua tak ready lagi kan? nak rehat-rehat dulu kan? dah apply degree? atau tunggu master? abang tahu sayang, dont rush, just anggap je eksperimen, kan dah belajar dalam kelas, dalam eksperimen kalau gagal takpe kan? so takyah takut untuk terbang keluar dari sarang itu sayang.

Cuma, bila belum dewasa, jangan berangan nak sembang macam dah dewasa sangat, sekali lagi...ia tak salah dan tidak berdosa, cuma bila kau dah naik sheikh sembang tu kan, orang yang dah dewasa ni rasa meluat pun ada.

Oh lupa, aku pun belum betul-betul dewasa, belum merasa tanggungjawab bela anak dara orang. Kalau aku dah kahwin, ada anak, kena tanggung anak bini, baru lah aku tahu langit tu tinggi ke rendah. Sembang banyak tak mahu...

"Sendiri makan pengat......sendiri mahu apa adik-adik????????"

" Mahu INGAT abam Zul!!!"

" Paaaandaaaaaaiii. meh sini meh.. Muuuuahhh. Upah budak pandai"




Apa, masa korang baca tu korang bayangkan mercedes 230E bapak aku bagi tu mercedes sport ke? mata belalang? takyah berangan la, amik ni mercedes 230E aku dulu, mersedih taxi. ** syg kereta ni, satu Malaysia dah ronda.





p/s Dewasa adalah tentang komitmen, jika aku seorang yang mencintai Minimals concept, pastilah seluruh tulisan panjang larat di atas disimpulkan menjadi apabila kau sudah berani terima komitmen maknanya kau sudah dewasa

p/s ii macam mana nak jd minimals kalau tulis P/s pun dah macam tulis karangan, siap tak cukup satu p/s, nak tulis plak lagi p/s ii













p/s iii aku dah agak, korang mesti skrol bawah cari P/S iii kan? yelah yelah aku taruk ni. dah dah tataaaaa~~~

21 comments:

  1. erm..

    ok..

    semua checklist ni xde pun yg tick..

    bye..!

    ReplyDelete
  2. uikk, tapi, tanggungjawab ade kan? mesti ada punya :)

    ReplyDelete
  3. ouh belum dewasa.jadi boleh join irdina dgn imani minum susu tengok indon.hahaha.

    tapi sampai ms akn cuba keluar utk belajar jd org dewasa.ngeeee.

    ReplyDelete
  4. dulu..
    ms di alam remaja...tau nk enjoy jek......x yah pk mslh ke..xyah pening kpla nk byr segala bil2..mkn minum kne tggung 100%...xde duet mntak kat mak ayh...
    skrg...
    bila da dewasa...da trase byr segala bil.api air astro..tenet.sewa umh...mkn pki tggung sndri...bg duet kat mak ayah...ade problem kne setel sndri...
    tp..
    tu la yg jdikan kte lebeh btggjwb kan...br dpt rse nkmat idup..br rse sushnye cri duet tuk sesuap nsi(bersuap2 ok..mne cukup sesuap kan...)
    amek ko pnjg komen....teeeeettttt...
    ksmpulannye...aku bgga jd dewasa....

    ReplyDelete
  5. kurang satu je dari list ni..

    byr rumah...

    sbb company sediakan...camne kirenye lak?..

    selebihnye, mmg sudah ditick..=0

    ReplyDelete
  6. 1-aku tak merasa lagi bayar ansuran kereta sendiri sebab aku belum beli kereta lagi..motor pun mak tolong bayarkan tetiap bulan sebab motor tu hadiah untuk aku katanye..tapi kalau jadi ape2 kerosakan ke nak servis ke nak modified ke aku kena tanggung sendiri..;p


    2-aku tak merasa bayar rumah sewa sebab aku tinggal dengan mak kat rumah pusaka arwah abah aku..tapi tetiap bulan kuar duit beli barang dapur dan keperluan isi rumah..


    3-aku memang dah kerja sebab nak sara diri sendiri dan kumpul duit untuk masa depan keluarga walaupun belum kawen lagi..ececeh..


    4-memang aku ade tanggungjawab yang besar sebagai anak kepada mak aku dan tanggungjawab untuk diri aku sendiri..


    jadi aku ni dah cukup dewasa ke belum ek?sebab aku selalu perasan aku masih muda belia kerana faktor muke yg awet muda..boleh macam tu?huahuahuahua..

    ReplyDelete
  7. no. 1 - en. suami bagi duit, ai bayarkan..

    no. 2 - pun sama..

    no. 3 - dari bujang memang dah kerja..

    no. 4 - takde tanggungjawab lintang-pukanglah rumahtangga jawabnya.. ;)


    memang kena skroll ke bawah sebab nak klik kat komen tapi baca jugaklah psstt iii. tu.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. fiuuuuuu~ ayu remaja lagi la nampaknya skg nih~

    ReplyDelete
  9. dari no 1 hingga 5 akak dah rasa... hu.. hu..hu.. silap bukan dah rasa tapi tengah merasa.... masa raya .. bila dah mula bagi duit raya tanda2 dah dewasa juga tu.. ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  10. mak tetap feelling gadis 15 tahun nyah walau terikat dgn macam2 komitmen.. bleh gitu??

    ReplyDelete
  11. pergh...verangan lisa surihani naik kete....xpe..die xnak naik..ambe leh naik kete mecedis 250E *eh?*..hahhahahah..
    yup.merasa bertanggungjawab tu mmg perit semua benda kene tanggung dan jawab cam tuan hamba katakan itu...cuma tggungjawab jaga laki dgn rumah je belum.yg lain tlg adik2,tlg mak ayah,tok nenet,bayar kete,tepon..bla bla yada yada...semua dh...bayaran blaja pon habis sudah.xmcm budak skarang,tau amik PTPTN,tp xmo bayar pas dpt keje leklok..haish...

    ReplyDelete
  12. aku separuh dewasa ..
    baru je melangkah alam kerja..bru je merasa perit nk bayar sewa rumah flat bulan2..checklist lain2..akan tiba tak lama lagi..jengjengjeng..

    ReplyDelete
  13. Kalau ada yang masih tak faham2 apa yang kau tulis itu maknnaya dia masih budak bawah umur....keh3

    ReplyDelete
  14. semua saya tick 'tiada'

    belum dewasa tp akan dewasa tak laam lagi..
    ye yey !!!

    ReplyDelete
  15. sekarang aku dah abis study pun aku dah rasa malu sangat bila ayah bagi duit belanja :((

    nak cari kerja cepat2!!!!

    a'ah p/s ko xleh blahh panjangnya hahaha

    ReplyDelete
  16. susah woo jadi dewasa. bila semuanya duit, duit dan duit. dan nak dapatkan duit and manage semua tu, perlukan tanggungjawab dan komitmen. tak ada semua tu, janganlah menggatai nak kawin bagai. mampus jadinya.

    dewasa= kawin. HAHA

    ReplyDelete
  17. aku memang dah dewasa wlaupun bnyk aku x tick. aku kn anak perempuan yang sulung..hehehehe

    ReplyDelete
  18. untung gak ada kereta..akak dulu lenguh urat betis menapak tau.klu bulan posa tu rasa nak bersila tepi jln tu kepenatan.huhu.


    bila dewasa semua ada tanggungjawab.sbb tu ramai takmo kawen sbb risau tak terlaksana anah tu kot?fikar bila nak kawen dik ?

    ReplyDelete
  19. sampai sekarang aku menyesal tak sudah pakai kereta. suku dari gaji aku pergi kat ansuran kereta je. Tau macam ni, aku naik motor je. Takpun, nak lagi save, tak payah kerja. Bila tak kerja, tak payah pikir pasal nak beli transport. heh.

    ReplyDelete
  20. Nin : takpe.. bereksperimen la dulu yee :)

    dark : tu dah dewasa dah tu.. company provide... dewsa + untung...

    Cik sha : ko dah dewasa, tinggal nak kawen je lagi, mcm aku

    Aizamia : dah agak dah. beca punya kan... pinjam subaru impreza boleh? haha

    iyou : remaja lagi... enjoy it.

    Ekin : kakyong memang dah super dewasa... dah beranak.. anak sulung plak tu kannn..

    tamlegend : sama la kita :)

    Lekat lekit : tak boleh! :P

    missalongwani : mersedeh tu dah terperok kat bengkel... dah takleh jalan rosak...

    pjah : takde main paruh2.. dah dewasa la tu...

    Republic : betul tu..

    Ikhram : enjoy gila2 dulu zaman remaja ni

    sweetymui : jgn tunggu lama2...

    haikal : hahah senangnya kesimpulan ko.. kahwin je yeee

    hainey : bagus la ko, kecik2 lagi dah dewasa :)

    Lydia : saya kawin bila da ade gf :)

    Irshadim : dulu aku bayar 1300/month, skrg aku pakai kereta cash. kah kah kah

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...