Kelmarin aku lepak dengan kawan aku, dari pukul 4 petang sembang sampai pukul 6, sembang pasal anak kawan dia yang kena pukul dengan tali pinggang. Macam biasa, bila ada satu-satu peristiwa yang agak unik, ia akan mencetus memori aku pasal kisah silam.
Tetapi korang semua janganlah terlalu yakin, selalunya memori kita ni seringkali menipu kita, memori tidaklah seteguh konkrit seperti yang kita anggap selama ni. ia berubah-ubah mengikut apa yang kita mahu ingat dan apa yang kita nak sangat lupakan.
Kadang-kadang kita berusaha untuk delete sesuatu part yang tak best dari keseluruhan cerita yang manis-manis. Kadang-kadang kita tak sengaja terlupa memori yang tak best atau secara tak sengaja ubah sebagai defend mechanism supaya kita tak trauma sangat.
****************************
Samalah jugak dengan aku, aku selalu cerita dekat dalam blog ni dulu yang mak aku suka rotan aku dengan abang guna batang raket Yonex carbonex bapak aku. Sampaikan aku boring dengan raket yonex tu, aku pernah sorok atas almari baju mak aku dalam bilik dia sendiri.
Kecik-kecik lagi aku dah belajar ilmu strategi peperangan, iaitu 'tempat terbaik bersembunyi adalah tempat yg paling tidak disangka iaitu tempat musuh itu sendiri'. Tapi apakan daya, walaupun raket yonex tu mak aku tak jumpa, tapi dia sauk je apa yang ada, selalunya ranting pokok pun jadi.
Tapi bila aku bertenang dan mula betul-betul concentrate fikirkan balik, sebenarnya takdelah selalu mak aku belasah aku ngan abang aku dengan raket, taklah selalu mak aku sebat dengan rotan. Bila aku muhasabah diri, aku asingkan unsur-unsur dramatik, tragis dan melankolik dalam memori aku, rupanya selama ni aku hanya exaggerate supaya kelihatan mak aku sangat tegas dan garang.
Rupanya bila aku refresh balik ingatan, tak banyak pun kenangan aku disebat sebab nakal, kebanyakannya hanyalah acah-acah nak sebat je, sambil tu aku terlompat-lompat angkat kaki nak elak kena sebat. Ataupun aku lari-lari pusing-pusing meja makan, keluar ikut pintu dapur lari sambil kepala toleh-toleh belakang harap mak aku tak kejar sambil pakai kain batik. Bila aku fikir balik, aku rasa sebenarnya mak aku sesaje je acah-acah pukul tak kena, cuma nak bagi takut je, takkan lah dah dekat seinci dua pun pukul tak kena.
Secara jujurnya, aku tak berapa ingat berapa kali aku kena sebat dengan mak aku, aku rasa ada, tapi tak tinggalkan memori trauma pun, kecuali satu kenangan ini, yang masih tersemat dalam hati aku walaupun ia sudah berpuluh tahun berlalu.
**************************
(abaikan perenggan ini) Pada satu musim semasa tahun 1994, iaitu masa aku darjah 4, sewaktu aku berumur 10 tahun. Pada waktu itu Kuala Lumpur sedang mengalami penghujung Musim Luruh, disaksikan dedaunan pokok rambutan yang sedang kekuningan dan gugur dari dahan, menanti musim salji yang bakal tiba. Sangat indah waktu itu apabila pohon-pohon bunga sakura menari-nari mengikut alunan ombak di tepian pantai Kuala Lumpur. (lampiran 1.7)
Masa darjah 4 tu, ada satu musim kami budak sekolah main pisau lipat seposen. Pisau lipat tu boleh dikatakan hampir menjadi alatulis wajib dalam pensil box, sebab guna nak asah pensil 2B buat pensil Khat. Selain dari asah pensil Khat, pisau itu juga digunakan untuk.... untuk....untuk...aku tak dapat sambung ayat sebab aku tak tau kegunaan dia yang lain adalah apa.
Pada satu masa, aku dapat idea untuk pelbagaikan kegunaan pisau lipat seposen tu, aku ajak kawan-kawan main baling pisau bagi tercacak dekat atas kerusi kayu kelas. Memang seronok main baling pisau tu, terasa sekejap jadi Indiana Jones. aku buat undang-undang, siapa yang baling tak terpacak, pisau dia kena ambil sebagai pertaruhan. Disebabkan aku pengerusi jawatankuasa pencipta permainan itu, sudah tentulah aku terer. Kalau tak takkanlah aku nak cipta peraturan siapa kalah kena serahkan pisau lipat kan?
Dipendekkan cerita, bila dah main banyak kali, aku pun menang banyak kali, bila dah menang banyak kali, apa yang terjadi? sudah tentulah beg aku penuh pisau lipat seposen tu, kawan-kawan aku yang kalah pergilah ngabiskan duit beli pisau dekat kedai runcit Usop kelantan dekat simpang masuk kampung.
Bila dah banyak pisau, aku bawak balik rumah, aku simpan dalam almari spender aku, masa kecik-kecik aku selalu beranggapan bahawa almari spender adalah tempat paling selamat untuk menyorokkan barang-barang larangan. Aku pun satu bengap, dah tentulah mak aku tau apa aku simpan kat situ sebab mak aku yang lipat spender aku dan simpan dalam laci, ada pulak aku yang nak lipat spender sendiri umur 10 tahun? pakat idak lah.
Satu hari, aku nak pergi main pisau lipat, bila aku selak-selak laci spender tu, aku tengok koleksi pisau lipat sposen aku semua hilang, Yilek...Yilek pucik, yilek kariwalek, ammak....Mula-mula aku nak salahkan kawan aku yang amik, tapi tak logik pulak sebab siapa pulak nak masuk rumah curi pisau lipat semata-mata kan?
Rupanya, mak aku yang ambik dan sorokkan..
"mama, mama ada nampak tak pisau lipat ikar banyak-banyak ikar simpan dalam almari tu?"
"Dah takde, mama dah buang semua"
" ala ma...kenapa mama buang? penat ikar nak kumpul semua tu ma"
" itukan pisau, benda bahaya, kamu nak buat apa main pisau? kamu nak jadi perompak? main-main pisau, kalau tertikam orang nanti macam mana? dah, tak payah main pisau lagi, simpan satu je kalau nak buat asah pensil"
Akibat daripada tidak mencapai kata putus daripada diplomasi perbincangan pisau ini, maka aku pun sedih yang teramat dan merajuk, merajuk itu okey lagi, tapi aku memberontak. Pembaca lama dah sedia maklum yang keluarga aku amat pantang dengan budak yang suka mengamuk hempas-hempas barang dan memberontak.
Tapi pada masa tu, aku ngamuk, aku hempas pintu bilik dan aku selak-selak cadar dan angkat tilam, bagi menunjukkan protes ketidakpuasan hati. Dan perkara ini adalah kemuncak kemarahan mak aku, mak aku sangat pantang dengan anak-anak yang suka merampuih dan mengamuk. Ia adalah satu kesilapan aku yang amat aku kesali seumur hidup.
Hasil dari perangai aku yang over-reacted itu, perangai yang aku sendiri tak sukai tu telah membuatkan mak aku naik hangin. Mak aku tak sempat nak cari Raket Yonex, mak aku tak sempat kepak ranting kayu, mak aku tak sempat nak amik bulu ayam besi, apa je yang terlintas depan mak aku, mak aku sapu nak sebat si pemberontak.
Dengan itu, mak aku capai penyapu roman yang tersandar dekat tepi pintu, pastu mak aku sebat dekat kaki aku. Lebih spesifik, bahagian betis. Pada masa itu kesakitan yang hinggap tidaklah lebih kuat dari rasa sakit dijentik kat telinga, sakit pada masa itu taklah lebih sakit dari tertiarap jatuh basikal, sakit tu tak rasa apa pun...
Tapi kesedihan di hati hanya tuhan yang tahu. Sakitnya terasa dipangkal hati, sampai hati mak aku pukul aku dengan penyapu roman, sedangkan mak aku selalu bagitau pantang terkena penyapu, boleh jadi sial dan nasib malang, selalu mak aku bagi petua kalau terkena bulu penyapu cepat-cepat ludah balik.
Tapi pada hari itu, aku disebat di betis dengan penyapu roman yang selama ini menjadi lambang kesialan. Luka di jari nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu. Tiadalah lebih dramatik jika aku nak terangkan kesedihan pada masa itu, hati aku berubah menjadi batu, aku tidak terlompat-lompat pun nak elak penyapu roman tu. aku tak lari terkinja-kinja keliling meja makan pun nak elak kena sebat.
Aku diam membatu dan rasa sungguh kecewa dengan hukuman tu, umpanya macam dunia kebahagian telah berakhir bagi aku sekian kalinya. tiada lagi tawa manja, dan pohon-pohon sakura itu berubah menjadi teratai layu di tasik madu.
*********************************
Aku ingatkan nak merajuk membawa hati yang pilu jauh dari rumah, aku nak layan sedih, aku duduk dalam bilik diam membisu, cuma yang aku ingat masa tu mak aku cepat-cepat pergi dapur sambung buat kerja.
Aku pun duduk menangisi tragedi yang berlaku, nasib baik tak berlaku pada bulan oktober, kalau tak mesti aku menangis setiap kali terdengar lagu tragedi oktober. Aku ingatkan mak aku dah tak sayang aku, masa tu aku pikir mak aku sengaja sebat betis aku dengan penyapu sebab nak kenakan sumpahan sial kepada aku.
Tapi aku silap, Kasih sayang ibu manalah boleh disumpah dengan penyapu, kasih sayang ibu tidak bersyarat, masa itu mak aku tengah marah sangat, dia main capai je apa yang dekat.
Tengah aku duduk tengok tv sambil melayan jiwa blues, mak aku datang pelan-pelan dari bilik dia, terus duduk depan aku, tarik kaki dan rapatkan ke riba dia....
" Kat mana mama pukul tadi?"
" entah tak tau, kat kaki kot"
" kaki mana? kanan ke kiri? teruk tak? meh mama tengok"
" tak sakit la mama, takde paper, boleh jalan lagi"
" Meh mama tengok, mama sapu ubat "
Tahan.. tahan... tahan... Hero mana boleh nangis...
Tahan.. tahan.... tahan.... budak nakal Kampung sungai Tua mana boleh sedih.
Tahan.. tahan.... tahan.... kan tadi dah semat dalam jiwa yang aku nak berhati batu.
Tahan.. tahan.... tahan ... Pahlawan mana boleh sedu-sedu....
Tapi bila tangan lembut mak aku sentuh betis yang dah tak sakit tu, bila mak aku sapu minyak gamat Langkawi penutup merah dan kertas pembalut kuning, empangan jiwa aku mula runtuh satu persatu. Air mata meleleh laju-laju turun ke pipi, nasib baik mak aku tunduk tengok betis, cepat-cepat aku lap air mata dengan hujung t-shirt. Aku menangis bukan kerana perit kaki kena urut, bukan sebab ada cerita drama korea....
Tapi menangis sebab terharu dengan kasih sayang ibu, baru petang tadi mak aku mengamuk sebat betis aku dengan penyapu, tapi tak sempat matahari terbenam mak aku dah urut kaki sambil memangku.
Sumpah betis tu tak sakit. Tapi sapuan minyak gamat dan suara memujuk sambil mengurut itu telah mengubat jiwa aku dari luka yang berpanjangan, mengelakkan aku membesar menjadi lelaki berjiwa batu.
Itulah dia kasih sayang Ibu!......
**************Tamat**************
Penulis dan Ibu beliau. aku tau gambar ni recycle, aku dah guna gambar ni, tapi ni je yg ada, aku malas nak gi scan, duit nuffnang belum banyak nak beli scanner. |
Inilah rupa penyapu roman Feveret mak aku, dan penyapu rupa macam nilah yang hinggap kat betis aku. |
Semuanya punca si Pisau Lipat Seposen ni, dia ni punya pasal lah! pisau lipat jahat!!! Sumber gambar : Blog Daniel |
p/s I Dalam Lampiran 1.7, apakah kesalahan latar tempat pada masa tulisan aku tu?
p/s II korang dapat jawap kan? jawapan dia mudah sangat, tapi kalau dalam SPM korang dapat 0 markah, sebab tak ikut arahan yang diberikan, korang tak abaikan perenggan tersebut.
p/s III elelelelelele, ngaku je lah yang korang baca perenggan tu kan? nak ngelat pulak.
p/s IV penyakit main p/s banyak-banyak sudah mula merebak... berjaga-jaga, kalau ia mula menjangkiti blog anda, sila update antivirus, boleh buat pesanan di ruangan komen, antivirus baru, Zulfikarpersky 3.0 antivirus internet edition.
aku baca la perengan tue.. alahai.. takkan nak men skip skip laks.. haha..
ReplyDeletememory penyapu? haha.. aku memori senapang mainan ala rambo tu kena hinggap kat paha.. saket tak ingt.. tp betoi la cakap ang.. memori tu menipu kita.. bila aku cuba igt balek.. tak kena paha pun.. kena lantai..
ish3..nakalnyer.. pandai eh buat permainan sendiri.. jd ketua plak tuh..
ReplyDeleteibu mane tak syg anak.. sob2.. kecuali segelintir org zaman skang la
angah : wajib la semua org baca kan.. yg dilarang tu yg best.. :)
ReplyDeleteaku terharu bygkan ko memahami memori tu menipu kita kan angah... huhuhuhuhu sebak...
Jue : dulu takda videogame.. bosan2 reka je la mainan...
ReplyDeletesedih la teringat, rasa macam baru semalam je jadi.. T__T
Aaaaaaa tetiba mata masuk pasir.Kehkehkeh.
ReplyDeleteDlm family sy jugak antara yg nakal anak perempuan,jadi selalu kena mrh dgn ayah.Tapi mcm awk lah.kena denda petang mlm tue tolong sapu ubat.aaaaaaa.sedihnya.
p/s : mak tak pukul,mak guna kuasa mulut.ekekekeke
NIN : bila tang kena sapu ubat tu yang leh jadi sayu tu.. tu namanya kuasa psiko simpati.. sedihh..wuwuwuwuuuuu.. citer la mcm mana ayah denda dulu!!!
ReplyDeleteAku tak paham ps I tu...
ReplyDeletehahaha..
tp terasa sayu2 plak baca..
ape ni pagi2 da buat aku mcm ni.. T__T
hahahh!!betul ke kene piat ngan penyapu jadi sial ikar??ambe slalu kene.. dulu2 ambe pon nakal..biaser bapak ambe rr sebat xkire aper yg ade...smpaikan roti dlm rumah tu,slalu dok blakang tv,ambe ngan adik2 sorokkan blakang almari..ahahhahahha..igt selamat..tp tak jugak....
ReplyDeletebab selalu kena sebat serah kat aku,akulah championnya..
ReplyDeletetouch is magic,haritu aku marah anak murid aku sambil usap2 belakang dia n kepala dia.budak paling nakal dalam kelas tewas denganku..syabas kepada diri sendiri.
kim salam kat mak ye... kalau korang nak tau, mak zulfikar ni teramatlah spoting dikalangan mak-mak kawan-kawan aku yang pernah aku jumpa.. datang umah die, kalau die tak offer ajak makan semeja. maka tak sah... penuh rasa keibuan... risau, kalau tetamu tak makan lagi... perangai tu tumpah kat anak die... zulfikar ni... die pun penuh rase keibuan. walaupun tak la sepenuhnya...
ReplyDeletegua pernah kena pukul dengan penyapu besi nipis sampai patah penyapu tu masa kecik2 dulu..masa tu mak gua dah tak tahan sangat dengan perangai gila sawan gua kot..semuanya tinggal kenangan~hehe
ReplyDeletesejak bila lak malaysia jd negara 4musim..haha..metafora lebih2..
ReplyDeletesayu hati aku baca entry ko kali ni..nak balik kampung..waaa..nak jumpa mak aku..waa..
opss..teremo lak kat blog ko..hehehe
p/s:
virus p/s ko dasyat la..aku rasa xde antivirus yang mampu halang virus p/s ko tu..miahaha
syahdu nian hati aku baca entri ni weh...sib baek jiwa kental tak menanges lagi..ececeh..
ReplyDeleteko nak propa pun agak2 le weh..sejak bila Malaysia ade musim luruh,bunga sakura bagai?ahaha..
tapi betol la weh..kasih sayang ibu memang takde tandingan..marah2 die, jap g mesti die pujuk balik..
kim salam mak ko ye..salam dari penang..;p
mak aku memang garang tp sproting.. kalau dia naik angin dia takde istilah acah2 dah nak melibas. Libasan dia jarang sekali tak tinggalkan kesan berbirat. sama mcm mak ko nyah apa dia sempat capai jer.. pernah aku kena libas dengan papan.. besar tak besar.. tapi lekat juga cop papan kat belakang aku masa tu. aku x pasti salah apa.. ko pn tau kan aku ni lemah dlm nak igt memori lama ni.. Arwah ayah la datang sapu minyak kemudian hantar rumah makcik sebab dia tau rumah tu je rumah aku blh mengada2 tahap sin chan. Aku kan anak kesayangan makcik.. & aku memang tggl dgn makcik aku smpai umur 15 thn. tp ms kecik on off la.. kdg2 balik umah tp lg byk dgn makcik. seingat aku aku buat penempatan ttp kt rumah makcik aku dlm umur 10 ke 11 tahun ntah la.. x jauh. rumah makcik & rumah aku cuma berdepan & di pisahkan jalan tar kampung jer..
ReplyDeletebab sial kena pukul dgn penyapu tu aku pernah dgr.. mak aku ckp tu pantang org india
ReplyDeletehahaha. aku suka part kau tahan air mata time mak sapu ubat kat betis kau.hahaha. mybe hampir semua mak yng prihatin ngn anaknya mcm mak kau agaknya. hehehehe
ReplyDeletemak Jah x main la sebat2 ni.. dia gores cili terus kat mulut Jah.. adik badik Jah sume kena... mase tu mmg beair la mata... sedara ni mesti dak noti2 ni mase kecik.. tet... saje je ye.. jgn nagis plak.. hero malaya mane bleh nanges..
ReplyDeletesalam perkenalan dari blog DTS!
ReplyDeletesedihlah baca kisah ni... tiba2 teringat kat arwah mak!
tapi memang betul mak ayah ni pukul bersebab bukan saja2 nak pukul kan? tapi marah dan pukul camne sekali pun kasih sayang mereka pada anak2 tak pernah hilang!
dulu tak pernah kena rotan dengan penyapu tapi dengan getah paip.. pergh.. memang rasa sawan sekejaplah.. mak memang garang tapi bersyukur kalau mak tak buat macam tu, aku rasa sekarang ni tak jadi mak budak agaknya.. baru tau macam mana susahnya nak besarkan anak2..
ReplyDeletetang abaikan perenggan tu.. mata ni degil taknak abaikan.. ;)
tang p/s tu pulak.. dah berjangkit virusnya kat sini.. tapi nasib baik sekali sehari je terasa virusnya.. hahaha...
ahh! aku cukup terasa sekarang...
ReplyDeleteuntung fifi belom pernah kena sebat dengan batang penyapu atau seangkatan batang2 lainnya.. baik kot masa kecik..kehkehkeh...
ReplyDeleteapapaun, biasalah, ellaki nakal sikit2 tu normal, kalau diam langsung tak normal:p
ha'ahlah, fifi baca jugak perenggan yg sepatutnya diabaikan. takpelah. belajar kosa kata melayu yg ada dalam perenggan tersebut:))
missenget : ini namanya reverse psikologi.. hahaha
ReplyDeletemissalongwani : sial.. itu petua org lama.. tapi setakat petua je la.. heheh, sorok belakang lemari? memang hebat
NOI : sebenarnya touch tu kasih sayang... bila kene touch bapak org leh jadi anak kucing.. hahaha
Sam Banjamin : peh peh peh, aku penuh keibuan.. peh peh peh.. rasa nak gi try baju kebaya nyonya plak.. hahaha
Budakampung : ko lagi hebat dengan aku, smapai patah penyapu!!!
pjah : kan dah suh abaikan perenggan tu!!!
ni namanya virus p/s pringkat tron.. haha
Cik Sha : Insyallah.. ehh ko pun tak abaikan perenggan????
Suria Lekat Lekit : libas ngan papan sakit wehh... nakal beul kau masa kecik!!!
untunglah kau ada dua mak dulu!!
Hainiey : sedih tapi ego.. tu la namanya lelaki..taknak nangis.. kakaka
TheCekJah : gores cili. mak aku penah sekali je buat kat abang...noti budak2 biasa je.. :)
mas saari : selamat datang dari DTS :) makbapak mana tak sayang anak kan kan kan
aizamia : getah paip memang sedap.. kalau kena, mau guling2 sakit...
kau punya pesyen pssstt.. pun dasyat gak hahaha
Republic aku : reverse psiko beb..
Fifiey : budak lelaki tak nakal, mak bapak pun nanti rasa boring plak takleh nak nyakat anak kan.. :)
bagus2 belajar kosa kata.. :)
hmmm...mak saya mmg garang dulu dan saya pulak memang nakal..duluuuu..kdg2 sembunyi bwh katil..haaa..sib baik bdn kecik..muat celah2 kotak..
ReplyDeletekahkah,....serius! aku tak pernah main pun pisau blade ni kecik2..
ReplyDeletehg la ni yg reka game bahay ni weh??hahaa...aku taw..zaman aku pemes ngan game wrestling rubber ja..sapa menang dapat rubber org yg kalah..wakaka..
cop2
boleh ka pisau tu tercacak weh..?dasat tol ampa kecik2 dulu kan..wahaha..
aku suka buat menda org larang..lagi hg tak bagi bagi lagi tu aku nak baca!
baru terbaca..huhu
ReplyDeletesob3x..sadis gak crta nih..haha!
sy dulu zaman kecik2,byk juga cara mak tnjuk garang die..
paling sy igt,sy gaduh dgn adik pmpn sy..
mak geram tahap cipan,mak g tumbuk cili,sentap kat mulut kitorg..haha!
fuhhh..nikmat terasa..
yg lucu nya,time tgh usaha nk bg cool down rasa pedis ( pedih + pedas ) kat bibir n sekitarnya..leh pulak gelak2 dgn adik..pdhl baru je gaduh..
nah kau penangan!
Bila dah besar cket,masih nakal,mak x pukul dah sbb dah kebal..tgn mak yg sakit..huhu
p/s like 2 read all ur post! keep it up..(eleh,sure ko sntsa keep up pun..haha)
fikiran kita sama bab sembunyikan benda dalam almari spender tu. kenapa tah rasa situ paling selamat. kahkah.
ReplyDelete