October 7, 2011

Setahun yang Lalu - Dalam Kenangan

Assalamualaikum..

Dah lama jugak aku nak cerita pasal ini, tapi atas dasar kerasionalan aku tangguhkan dulu. Lagi satu, dulu kiranya aku ingin melawan rasa down dengan menidakkan kesedihan yang melanda hati aku.

Tapi pada bulan oktober ini, aku nak imbas balik kenangan setahun yang lalu, oktober ni genap setahun kehilangan kereta kesayangan aku akibat kemalangan yang teruk.

*************************
Aku tak terlibat dalam kemalangan sebab aku duduk rumah online, abang aku yang pinjam kereta aku nak pergi jalan-jalan pada malam tu. Tapi betul la orang tua-tua cakap, kalau hati rasa berat semcam mesti ada benda tak baik nak jadi. Aku malam tu rasa tak sedap hati sangat, rasa macam ada benda tak best nak jadi.

Dalam pukul 4-5 pagi macam tu, kalau tak silap aku la pada 2/10/2010, tengah aku online, bapak aku ketuk pintu bilik, pastu terus dalam mamai-mamai cakap yang abang aku ada dekat hospital sebab kemalangan. Astagfar panjang aku malam tu dengan dada berdebar.

Masa tu tak fikir pun kereta aku sangat, aku fikirkan abang aku selamat ke tidak, cedera teruk ke tidak, pasal kereta aku tak kisah sebab bagi aku, kalau jahanam pun boleh claim insuran repair bagi elok balik.

Sampai je dekat hospital aku tengok abang aku tak cedera parah, boleh berjalan semua, cuma kepala dia je kena 7 jahit sebab dia pakai seatbelt. Cuma kawan dia yang teruk sikit, patah kaki dan tangan sebab dengar cerita tak pakai tali pinggang, nasib baik ada airbag yang halang dia dari tercampak keluar kereta.

Pengajaran yang aku dapat dari peristiwa ni adalah :

1) Nyawa lebih bernilai dari harta benda lain, kalau harta benda selamat tapi nyawa melayang, harta tu satu sen pun dah tak berguna.

2) Tuhan boleh bagi dan Tuhan boleh ambil. Nikmat adalah milik mutlak Allah swt, jika Dia nak tarik, sekelip mata Dia boleh tarik.

3) PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR!

Bila dah selesai urusan hospital, balik rumah dan rehat semua, Esoknya kami semua pergi ke workshop Kapar Klang, dalam hati aku, aku bayangkan kereta tu luruh bumper depan, belakang dan kemek pintu je sebab dari cerita abang aku, kereta tu berpusing dan hentam sidebar highway.

Tapi bila sampai je dekat workshop, aku luluh hati tengok kereta aku, remuk hancur lebur, pendek cerita Total Lost. Masa tu, sembang banyak pun tak guna, pergi report polis, then report insuran cakap nak declare kereta total lost. dan akhirnya i'm back to square one.

Lepas dah selesai semua urusan report polis dan hospital, aku pergi beli kereta Toyota Corolla yang aku pakai sekarang dengan nilai RM 9,500, sebab taknak patah kaki nak pergi kerja. Walaupun kat rumah ada Suzuki Best, Skuter Moskito dan Motor besar, aku rasa tak lalu lah pulak nak berulang dari Shah Alam ke Batu Caves tiap-tiap hari, 80 KM ulang alik hari-hari tu, mana nak entertain client lagi, mana nak bawak biskut sample lagi. takkan aku nak pasang tong macam tong Babu roti tu?

Dan pada mulanya aku ingat hanya short term plan nak pakai Toyota tu untuk emergency, tapi berubah menjadi kemudahan pulak. Sebab tak bayar bulan-bulan pulak dah.

Tak sangka pulak aku, lepas aku start pakai toyota lama ni, aku dah mula join dengan geng-geng budak toyota, lepak gathering, cerita pasal modified dan tukar-tukar enjin, cuma aku belum tukar enjin lagi, sebab tak cukup duit. Nanti-nantilah tukar enjin Blacktop 20 Valve 6-speed tu, buat masa ni fokus menabung untuk kahwin dulu.

Kahwin lagi best, malam-malam tidur takyah peluk bantal lagi kan, lagipun bantal peluk aku tu pun dah busuk. Tapi bapak aku cakap kalau tiap-tiap malam tidur peluk bini pun boleh panas, sebab tu kot dia pasang aircond. nampak gayanya kena bukak 3 tabung la, tabung kahwin, tabung tukar enjin dan tabung pasang aircond.

hahaha, gigih aku masa ni tangkap gambar siap baring2 atas jalan, agaknya kalau jiran perhati, mesti dia ckp budak poyo  mangat-mangat perasan photographer.


Mazda 3 1.6 (A) Naza Sport Edition
Sebelum........

Selepas...
enjin dah rupa keropok, bumbung melekuk. chasis lari, sebab tu aku declare total lost, kalau nak repair, kena tambah lagi RM15k plus insuran cover. bawak pun dah tak best lepas tu

Dari sumber yang boleh dipercayai, aku rasa bengkel pergi buat balik kereta ni, dia beli dari Insuran company, pastu jual balik kat market, siapalah yang malang dapat kereta eksiden kan? jadi pengajarannya, masa korang beli kereta 2nd hand, pastikan cek puspakom dan tengok borang B-5, pastikan kereta tak pernah eksiden teruk baru beli.

Gambar penuh kereta toyota takde, ni je sudut terbaik, namun pemandangan telah di blok oleh gajah di atas ferry. Gambar ni masa trip pergi penang, kenduri Zikry kawen. Kan aku dah cakap Ferry tu 2 tingkat!!! nampak tak?
********************************


p/s 







p/s ii aku terlupa nak taip p/s kat atas, jadi aku tulis p/s kat p/s ii ni.. ehh korang rasa boleh tak letak gambar kat p/s? 












P/S iii
la boleh rupenya letak gambar kat P/S, ingatkan tak boleh. magic betul la blog ni kan!

27 comments:

  1. perghh..gila ah.

    btw hensem girlfren ko tu...putih melepak!kalau aku,nanges 4 bulan 10 hari.

    abang ko tak bayar gantirugi kat ko ke.last year aku punya cik Nana kena sondol dari belakang tu pun aku dah sedih2 plus geram2..sekarang pun agak ketar2 nak drive.

    ReplyDelete
  2. Noi : mula terkejut jugak, ade ke aku letak gambar awek. kakakaka... rupenye kete, abg aku bayar gantirugi tapi tak banyak la...Nana tu apa? Viva ke Myvi?

    ReplyDelete
  3. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...abang chepppppppppppppppppppppppp!!! mazda 3 tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! ggrrr...mau nangis kot..! takpelerrr, saya kenal toyota tu ajeee sejak kenal abang cheppp in real life...hahahah~

    ReplyDelete
  4. Sunah : nak buat macam mana Kak Froggy. takde rezeki. Tuhan bagi pinjam kejap je.

    ye la, tapi ri tu taknak tumpang. malu leetteewww.. asik ngan katak dia jeeee

    ReplyDelete
  5. huk aloh...da abang cheppp tak jemput naik ponnn...tengok dari jauh aje la..eh, tengok dari dekat...

    ReplyDelete
  6. cer buh katak satu dalam toyata tu, genti kakak froggy masuk dalam tuu...hahaha

    ReplyDelete
  7. takmau, nanti abg froggy datang buat silat kuntau baru tauu hahaha

    ReplyDelete
  8. Haishh... makin cuak aku nak amik lesen bawak keta nih... stick dgn moto aku je laa nampaknye...

    Err... ko baru tau ke feri penang 2 tingkat?

    ReplyDelete
  9. teruknya..

    mujur abg ko tak ape2..

    ReplyDelete
  10. Aslina : baca entry ORANG NOMAD dulu pasal ferry 2 tingkat tu..

    ala, takyah la takut plak nak bawak kete...

    Shila : tulah, mujur dia tak ape2...

    ReplyDelete
  11. huhuhu...nangis laa kete jadi mcm tu. Tapi yang penting selamat.ada toyota tu pn ok ape.daripada naik moto je.mau kebas punggong.haha. pengajaran:Sila pakai seatbelt..

    ReplyDelete
  12. Pandai ko teka..cik Nana = viva elite je
    perempuan sinonim dengan 2 kereta tu je kan?hahah

    ReplyDelete
  13. gila kau. total lost macam tu sakit siot. kalau kereta aku komfem menangis lama tu. tapi nyawa selamat kira oklah.

    *pakai tali pinggang keledar.pakai!! (perihatin)

    **corolla pun ok, rare juga kalau bikin.

    ReplyDelete
  14. aduii.. bace entry pasal mazda ko esiden ni.. tingt lak..
    baru ni abah aku esiden mase bawak satria neo..

    satria neo wehh.. wuaaaaaaa......
    sayang giler aku kat die..

    tap ntah la cemane rope die pas esiden tu..

    dgr citer berpusing2. bumbung pon kemik jadinye.. aigoo...

    tak kacak la die... wuuuuu... =.=

    ReplyDelete
  15. 1st, jeles giler dengar kau bebas drpd komitmen hutang kereta, jeles tahap maksima ni, hehehehhee, samalah macam suami saya, dia beli kete 2nd hand cash rm18k, so dia tak de komitmen hutang kete, mmg jeleslah, orang yang tak de komitmen hutang @ dah bebas komitmen hutang, samada kete / rumah ni mmg sy kategorikan sbg kayalah dan beruntung sbb buat tindakan bijak :-)

    2nd, safety 1st adalah sunnah baginda rasullullah SAW, so pakai seltbelt tu tu salah satu drpd cabang safety kan, secara tak langsung dpt pahala sunnah kan,
    so moralnya kat sini, memandu pun salah satu ibadah sebenarnya jika kena caranya dan mengikut syariat :-) (ckp pd diri sendiri ni)

    ReplyDelete
  16. ya, lau Allah nk ambil blik ssuatu tu xda hint lg.. xpa kot2 dpt gnti lg baik punyerrr.. hehe

    ReplyDelete
  17. hilang yang itu digantikan dengan yang lain berserta dengan sampingan2nya sekali.. dapat kenal ramai kawan.. ;)

    memang nangis bila jadi macam tu tapi lagi nangis kalau hilang nyawa.. syukur semua selamat walau kereta habis..

    ReplyDelete
  18. fuh kalau sy hancur sekali dengan hati sekali.

    tapi xpelah yg oenting abg selamat.harta benda boleh cr lain dan yg penting semua adalah hak Nya.

    ReplyDelete
  19. ko asyik ckp sal kawen, cuba tunjuk skit muka bakal bini ko tu Nyah.. dr ko asyik tunjuk muka sendiri jer.. aku dh hapal muka ko Nyah.. kalau serempak kat luar aku sumpit guna straw peluru kacang ijau tu.. rasa tak salah sasaran dah. :D

    ReplyDelete
  20. remuk jgk hati aku ni tengok keta remuk. tapi dah takde rezeki..

    mai rezeki yang lain pulak. semoga cepat kahwin ;)

    ReplyDelete
  21. hahaha..
    tp suka perkara ke3
    jgn lupa pakai tali keledar.. saya ni dah 23 tahun hidup, even pegi kedai runcit dalam taman perumahan pun still pakai tali keledar.

    penting tue!

    ReplyDelete
  22. Azwan Azmi : kebas punggong, ligamen semua rasa haus...

    Noi : perempuan suka Viva ngan myvi sebab comel.. kaaateenyeee

    Haikal : aku nangis tak lama.. pastu rasa hepi sikit sebab takyah sambung byr bank.. kekeke

    Along : hah? bapak ko eksiden? keter tak total lost kan?

    Wanita Bertudung Hijau : ye, perasaan yang best adalah tak perlu pergi bank bayar kereta... sayangnya duittttt

    Nu Hani : Insyallah...amin ya Rabb

    Aizamia : ye la, skrg saya dah jadi budak kereta.. hahaha

    Nin Ahmad : nanti dah beli swift jaga elok2 ye..

    Lekat Lekit : hahah sumpit pakai straw kacang hijau.. lawak... bakal bini takde lagi la, tgh cari

    Mcjust : nak kawen ngan sape?

    Ikhram : bagus la ko, pakai seatbelt... elok buat menantu nih.. haha

    ReplyDelete
  23. Aku 3 kali hati luluh kecewa cuma bernasib baik tak mati...keh3

    sebenarnya best pakai kereta cash ni hutang tak der kepala tak pening bulan2 boleh fikir hal lain...

    ini tidak tiba jer hujung bulan mata berpinar2 dan kepala berdengung...keh3!

    ReplyDelete
  24. wah!!kalu amber la..setahun xrenti lagi nangis tgk kete gitu
    p/s:kebnyakkan toyota ni kerap la totallost..ade makik kat opis ni pon guna toyota jugak..xident,terbalik kete.akhirnya total lost...naper eh..adekah kebetulan atau ade udang dlm cucur udang???

    ReplyDelete
  25. Republicaku : tak dinafikan, pakai kereta cash memang best!!!! :)

    Missalongwani : sebab peratusan kot, peratusan org pakai kereta toyota ni ramai...

    tapi keter saya yg total lost tu mazda... toyota tu kereta yg pakai skrg

    ReplyDelete
  26. Slm,nak tanya,klu kereta tu dah total lost mcm mana dgn hutang kat bank?sy br ni eksiden juga,nak repiar kena top up sbb insurans bg sikit je.apa yg patut di bt?kereta awk tu ada htg lg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta saya ada hutang lagi dalam 60k, insuran akan cover hutang kereta tu secara automatik.

      1. report kat polis
      2. report kat insuran
      3. maklumkan pada pihak bank.
      4. insuran akan cover berapa yang kita insured (ikut pasaran kereta)
      5. selalunya dia akan cover semuanya.
      6. kes saya, lepas insuran dah bayar 60k kat bank, saya masih dapat belen 6k.
      7. saya tak bayar instalment lepas eksiden sebab saja nak contra terus dgn insuran, tapi kena maklumkan kat bank.

      Delete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...