October 12, 2011

Penulisan dan Identiti

Assalamualaikum...

Identiti adalah tanggungjawab, identiti adalah liabiliti. Penulis yang bagus adalah mereka yang tidak takut untuk mendedahkan identitinya. Kejujuran seseorang dalam menulis adalah kesanggupan dia samada mahu mendedahkan identiti atau tidak.

Identiti sering digunakan untuk mengukur kredibiliti. Tanpa identiti, kredibiliti tidak dapat dibuktikan kerana tiadanya tempat untuk disandarkan liabiliti. Tetapi tanpa kreadibiliti tidak bermakna penulisan itu tidak bagus, banyak penulisan di dunia ini sangat bagus tanpa identiti tetapi cuma kurang kredibiliti.

Contohnya seperti penulisan hikayat Melayu lama, Hikayat Hang Tuah dan sebagainya, penulisan itu bagus, cuma ia kurang kredibiliti sebab tiada identiti penulis, lantas akhirnya hikayat itu tidak menjadi fakta sejarah sebaliknya hanya jatuh tahap lagenda.

Pada masa dulu, aku selalu baca hasil penulisan Astora Jabat di Utusan Malaysia, aku banyak baca fatwa-fatwa yang dibincangkan dan pendapat-pendapatnya yang kontroversi, sejak dari itu, aku mula mencari-cari siapakah dia Astora Jabat, bagaimanakah rupanya?

Persoalan itu terpendam dari zaman sekolah menengah sehingga aku masuk Universiti, Bila dekat U, aku mula search google imej dan Youtube untuk melihat sendiri siapakah itu Astora Jabat. Lihat betapa kuat kesan mencari identiti terhadap penulisan.

Tanpa identiti, semua manusia mampu buat apa saja, baling batu sembunyi tangan, korang tengok contoh blog politik yang terkenal sekarang, daripada contoh yang ada, kita dapat lihat satu pattern, sesiapa yang suka menulis dengan lantang, menulis secara keras dan menulis perkara kontroversi cenderung menyorok identiti mereka.

Tetapi tidaklah salah kepada sesiapa yang mahu menyorok identiti, atas alasan mahu low profile katanya, ataupun alasan tidak mahu gila glamer. Selama ini pun, dari pandangan dogma dan stigma masyaraka mereka suka menggunakan pepatah 'senjata makan tuan'. Salah cakap nahas, nanti apa yang anda perjuangkan dalam penulisan kembali ke muka sendiri.

Mereka bimbang jikalau dalam penulisan sudah berdegar-degar kondem orang dan memberi pendapat, sekali di dunia nyata diri sendiri tak betul, perkara ini yang sangat dibimbangi, dan perkara macam inilah menjadi ukuran kredibiliti.

Apabila dalam bidang akademik, anda mahu buat thesis untuk kursus ijazah sarjana muda, anda wajib membuat citation dari sumber yang sahih dan beridentiti. Siapakah penulis, dari jurnal/buku apa, keluaran tahun bila, cetakan bila dan tulis di mana barulah citation (rujukan) itu boleh digunapakai, itulah pentingnya identiti, kerana identiti mampu menjamin kredibiliti.

Jika kita lihat dari sudut kerohanian pun, dalam membezakan Hadis sohih dan palsu, identiti itu yang menjadi keutamaan, Identiti perawi dalam sanad itu yang akan menentukan ketulenan hadis, hadis yang ada tanpa identiti perawi dan ada sanad yang terputus akan dikelaskan sebagai hadis lemah atau maudhu'.

Tetapi lagi sekali aku tegaskan, penulisan tanpa identiti bukanlah tidak bagus, rujuk perenggan awal di atas, penulisan beridentiti atau tidak, jika ia bagus ia tetap bagus cuma ia kurang kredibiliti.

" kau ni dari tadi sebut kredibiliti, aku pening la, tak paham, bombastik sangat, terangkan sikit"

"Kredibiliti itu bahasa pasarnya adalah 'cakap serupa bikin' , bertanggungjawab atau kebolehpercayaan terhadap apa yang dikata"

Bagi menepati standard akedemik dan ketulusan, tidak salah jika anda sedikit berani bertanggungjawab terhadap apa yang anda cakap. Nak bercakap semua orang boleh cakap, tapi nak tanggung beban yang korang cakap, kemudian jawab kalau korang salah cakap itu yang susah orang nak buat.


p/s ulasan panjang lebar di atas terpakai jugak kepada isu anonymous yg tak reda-reda.

22 comments:

  1. skrg ni org mendengar hadis2,mane nk g resech sanad yg lengkap. lg 1 byk hadis palsu agak femes lah. hurm~

    En.Zul nampak X bersemangat la hr nih?

    ReplyDelete
  2. hadis palsu adalah hadis utk org syok sendiri...

    ye la, kurang semangat, esok semangat la kot..

    ReplyDelete
  3. Tertarik pd penulisan memerlukan identiti.. Ya identiti amat penting bafi menunjukkan satu hasil karya itu ada pada rujukan.. Kdg penulis tanpa ada identiti memberi gambaran si penulis seorang y penakut khasnya penulis blog politik.. Hurmm.. Aku takde identiti kot.. Huhu mcm kna batang idung pulok.. Haha.. Pasai astora jabat tu mmg selalu baca gak dulu2 masa zamn sekolah.. Kna jga tapis penulisan dia tu.. Byk refer pada buku dn logik akal.. Ustaz aku la y kata.. Huhu.. Aku sendiri masih kompius dn dh hampir tlupa hingga ang igtkan balik rini

    ReplyDelete
  4. dulu aku selalu baca astora jabat.. lepas tu timbul isu dia pasal kewajipan bertudung,pastu aku refer banyak baca Dr Maza.

    pastu makin tua, aku makin banyak baca mcam2, sampai Yusuf Al Qaradawi dan macam2 lagi...

    penulisan bagus tetap bagus, terpulang nak ada identiti ke tak... tulisan bermatlamat umum :)

    ReplyDelete
  5. penulisan tanpa identiti jadi bermasalah bila ada orang 'baling batu sembunyi tangan.' kutuk sana sini, buat kontroversi tapi tak ada identiti. itu pengecut. tapi tak jadi masalah kalau penulisan itu sekadar blog suka-suka, atau cerita tentang kehidupan sendiri (macam saya. hehe)

    ReplyDelete
  6. ohh..nak tuju kat anon rupanya..
    aku rasa ko penat ni ikar,sebab tu aku rasa entri ko ni macam takde 'Roh' and 'soul'.

    apa kata ko g lepak air terjun ke,pantai ke mana2 ajelah..have a short enjoyable trip..

    ReplyDelete
  7. emm klu taknak glemer itu bole la diterima, tp klu kutuk2, maki2 pastu sorok identiti itu sgt2 tak bole terima.

    semangat la balik.. semangat la balik!!!!

    ReplyDelete
  8. saya tidak letakkan gambar di blog mahupun di FB tidak bermakna nak menyorokkan identiti.. dalam penulisan ilmiah contohnya artikel yang dihantar kemana2 saya menggunakan nama penuh saya.. adakah itu juga dikira sebagai penulis yang menyorokkan identiti..

    ReplyDelete
  9. ko lantang macam mana sekalipun kalau spesis takde identiti ni aku takde rasa kagum walau hujah dia mengagumkan pun.. Apa kelas.. berani dari celah ketiak mak jer.. kan Nyah.

    ReplyDelete
  10. Penulisan beridentiti hanya untuk tulisan yang ada fakta dan dakwaan..

    dakwaan wajib datang dengan identiti...baru kredibel...

    kalau tulis nak suka2 je takpe :)


    p/s ha'ah la, minggu ni mood ke laut la noi... nanti la aku nak pergi mandi laut kot baru ok.. tenkiu...

    ReplyDelete
  11. suria lekat lekit : cakap/dakwa takde identiti, satu sen takde guna.

    ReplyDelete
  12. akupun takde identiti gak...n penulisan aku tak bagus pun...hehehe.aku tak pentingkn kredibiliti jika hasil tulisan dah bagus barulah soal kredibiliti ni wujudkan???

    ReplyDelete
  13. Aku pula cepat bosan dengan gambar itu yg aku rajin tukar2...

    Astora jabat aku pernah duduk semeja.Hadis aku kurang berminat terlalu banyak yg boleh di pertikaikan.

    Al-quran...semua orang tahu tapi sengaja menafikan.

    ReplyDelete
  14. macam kurang umpphh la entri ko kali ni..dan aku rasa macam pendek je..


    bab sorok identiti tapi pnulisan bagus tu aku boleh terima lagi..tapi kalau kerjanye menulis nak memaki hamun orang dengan identiti tersorok tu aku langsung takbleh terima..gila pengecut bagi aku org yg macam tu..kesian je..

    ReplyDelete
  15. tamlegend : betul3, aku tulis entri atas khas utk blogger politik yg kecoh :)

    Republic aku : ko student dia ke?

    Bagi pendapat aku, Hadis sohih wajib pegang, majoriti hadis dalam Bukhari muslim, tarmizi adalah sohih...

    p/s aku pun tak suke percaya terus kepada hadis yang aku tak pernah tau

    Cik Sha : mood aku lari la 3, 4 hari nih.. nak kene berehat la.. T_T

    ReplyDelete
  16. Benar! Mungkin saya termasuk dalam golongan yang saudara anggap kurang kredibiliti itu. Saya akui. Namun saya rela dianggap begitu kerana adakalanya luahan perasaan kita menyentuh hati orang-orang yang dekat dengan kita. Apalagi jika ia sekadar luahan perasan diri peribadi yang tidak mengharapkan pengertian sesiapa ;)

    ReplyDelete
  17. hai nama saya zulkifli sa'don.. nama pena saya sam banjamin... tak kesah la nak panggil yg mana pun,, org yg sama.. hehehe

    ReplyDelete
  18. lepas ni kene tambah satu lagi istilah..

    akauntabiliti.. hahaha!!

    apapun penting identiti sesuatu penulisan tu. Sesuatu penulisan itu dikatakan lengkap keseronokannya bila kita tau siapakan penulisnya..

    tapi kalau penulisnya itu misteri.. itupun best juga.. kita berada dalam imaginasi saja sewaktu membaca penulisnya (jikalau penulisan berbentuk diary)

    apapun,
    identiti sesebuah penulisan itu penting utk tujuan ilmiah. Bnegan juga kalau buat eseiment.. ideanya ada di penulisan tu, tp tiada penulias.. susah nak buat bibliografi.. hahaha

    ReplyDelete
  19. ramai je blogger tanpa identiti..tanpa wajah.maknanya mereka takut dgn bayang2 sendiri lah ye?

    ReplyDelete
  20. rehat sebentar zul..tanpa mood..tulisan jd kurang ummphh tapi aku suka entry ko ni..
    tanpa kredibiliti ..orng pon dapat baca apa yg ditulis tu hanyala auta semta2..nak percaya pon kene pikir banyak kali.
    p/s:aku geram bila ada yang percaya bulat2 apa yang tersebar kat internet tanpa fikir panjang trus sebar kat fb..terutamanya bila berkaitan politik dan agama.hohoho

    ReplyDelete
  21. Rafikasastras : entry diatas terpakai khusus untuk blogger politik dan blogger yang memberi pendapat serius..

    blog luahan rasa, diary, dan gelak tawa itu terpulang nak beridentiti atau tidak.

    Sam Banjamin : oOOoooo Sam ni Zulkifli Saadon rupanyee.. meh nak no phone bleh???

    Ikhram : tepat, Ilmiah/ info kena ada identiti. diary dan personal lebih longgar

    Lydia : rujuk komen di atas.

    pjah : thanks sebab memahami..

    ReplyDelete
  22. Credibility is intellectual. Trust is visceral.

    Roger Dawson.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...