October 17, 2011

Dahi Berpeluh, Tali Perut Tersimpul


Assalamualaikum...


Hari sabtu yang lepas aku pergi berekspedisi ke Tanjung Tuan di Port Dickson. Sepatutnya sesuai dengan kumpulan kami Geng gunung & Kelawar, aku patut menyebut itu adalah ekspedisi mendaki, tapi disebabkan ianya hanyalah bukit yang bertanjung dan berpantai, aku lebih gemar sebut jungle trekking.

Bersesuaian dengan treknya yang landai dan permandangan yang damai, tak hairanlah jika Kak Nonie dan Kak Waty menyebutnya sebagai latihan untuk pendaki amatur yang telah lama berehat. Aku pun dah lama berehat semenjak dari bulan 6 hari tu lepas balik dari Gunung Kinabalu.

Personally, aku memanggilnya ekspedisi mengejutkan gergasi yang telah lama tidur, tapi apa yang terjadi bakal membuatkan aku menggelabah separuh mati.

*******************

Pada Hari Sabtu, aku tidur awal, aku terjaga pukul 6 pagi, siap solat subuh dan packing barang, aku terus drive ke Port Dickson, disebabkan aku dah berjanji dengan team untuk jumpa di kaki bukit pukul 8 pagi, maka aku kelam kabut sampai lupa semua benda penting.

Disebabkan aku gerak pada pukul 6 pagi, aku isi minyak dekat Shell Sek 9. Masih awal pagi maka pintu shell tu masih tutup dan tak dapatlah aku cucuk duit dekat ATM. Aku pun tak kisah sangat sebab dalam wallet ada RM 70.00

Jadi aku isi minyak RM 30, dan perjalanan diteruskan straight away sampai exit Port Dickson. Bayar tol RM 9.90, maka duit aku tinggal belen RM 30.00 dalam wallet.

Sampai dekat tempat tujuan, sebelum mendaki aku beli dulu roti, redbull, revive untuk bekalan mendaki dan belen tinggal RM 20.00. Selepas itu kami pun mendaki la, tolak tambah, bahagi darab, beli air, aiskrim la cikedis la apa la, tinggal la RM 5.00 dalam wallet.

Sedangkan dalam tank kereta tinggal lebih kurang petrol RM10.00, Masa nak balik, aku buat keputusan akan masuk highway ikut Seremban - Labu sebab sepanjang Highway Port Dickson tu aku tak jumpa ATM machine dan Petrol pump, Jadi aku taknak la berisiko nak cucuk duit dan isi minyak dekat R&R Seremban.

*********************

Aku malas nak masuk bandar, aku ikut je jalan Labu tu, ada Petronas depan Terminal One Seremban. Dalam Petronas tu takda CIMB, hanya ada ATM Maybank. Aku pun tak kisahlah nak keluarkan duit pakai MEPS sebab kena charge seringgit je pun, banding nak drive masuk bandar la apa la.

Sekali aku cucuk kad, nak withdraw RM 100.00 kan.. tiba-tiba.... pam parammmmm....

" sorry, your transaction is been canceled due to a mechanical error"

Dan aku cuba sekali lagi, masih jugak rosak, dalam akaun tu ada RM 249.00 lebih kurang, duit selebihnya aku simpan cash kat bilik, Sebabkan kelam kabut maka aku tertinggallah barang penting yang aku mention di atas iaitu DUIT.

Dengan tenang dan tidak merasa panik, aku pun menyeberang ke Terminal One, pergi ke Shoping mall tu, try cari CIMB, dan lagi sekali...pam paraaammm.....

" This ATM is Out Of service"

Best kan? rasa nak peluk-peluk ATM machine sambil french kiss monitor tu, bukan satu, tapi 3 machine semua out of service. Musibat tak? musibat kan? tunggu.......

Aku tawaf satu mall cari atm lain, last last tanya money changer dia cakap ada kat floor paling bawah. aku lari-lari pergi tengok, sekali orang beratur panjang macam kat kantin sekolah tunggu nak beli nasik lemak. Dah la panjang, ATM maybank lagi pulak tu. Ah lantaklah MEPS pun MEPS la, aku dah start bebai.

Dipendekkan cerita, bila sampai turn aku, aku cucuk kad je sekali ada perkataan best keluar...

" Maaf, baki akaun anda tidak mencukupi untuk transaksi ini"

Mau tak terkejut kau? berderau darah sampai ke pusat, darah sejat, tali perut tiba-tiba rasa tersimpul. aku cucuk sekali lagi dan cek balance... RM 49.50.... Jenuh aku termenung fikir, mana nak fikir masalah lagi, mana nak tahan malu orang senyum tengok aku takde duit dalam akaun lagi.

Rupa-rupanya, dua kali aku try cucuk dekat ATM maybank kat petronas tadi, walaupun transaction cancel sebab mechanical error, tapi amount duit tetap kena deduct dalam akaun CIMB aku. Jadi aku pun menggelabah puyuh call Maybank dan CIMB suruh recover balik amount akaun aku. Tapi hampa sebab standard operation procedure CIMB untuk kes tu adalah recover dalam 24 jam.

Bila aku melangkah pergi, aku mula berpeluh dahi, Minyak kereta dah merah bernyala, dalam wallet ada RM 5.00, dalam bank ada RM 49.00.. Nak patah balik jumpa kawan-kawan kat port dickson minyak tak cukup, nak call suruh datang tolong pinjamkan duit aku tak sanggup, tak sanggup nak susahkan kawan.

Nak call bapak aku plak aku dah set sebagai last resort suruh bank in duit, nak call abang aku, dia dekat Bukit Tinggi Genting ada training dalam hutan.

Akhirnya pada hari Sabtu tu, aku jadi pengukur jalan tak bergaji, ukur bandar Seremban dekat nak 10 round duk cari atm CIMB, berpusing-pusing aku sebab tak tau hala tuju, asyik terlepas simpang kena buat satu round lagi sebab jalan one-way.

Last-last jumpa Cimb kat area pasar. Sebelum cucuk-cucuk kad, Doa hebat-hebat, mintak-mintaklah atm ni ada duit RM 10. masa ni teringat zaman belajar, kalau nak keluarkan duit note Rm 10, jenuh pusing satu bandar, sebab Maybank susah betul nak masukkan sepuluh ringgit dalam atm dia.

Try first time maka dapatlah keluar duit maximum RM 30.00, tinggal baki RM 19.50.. aku pun tak tau kenapa tak boleh keluar RM 40.00.. maka mari kita buat kira-kira ringkas hari ni...


Amacam? kalau korang letakkan diri korang kat tempat aku, rasa seram sejuk tak nak mengharungi highway tu sampai ke rumah dengan duit 60sen? Masa tu aku rasa serabut perut, rasa macam nak muntah pun ada, rasa macam nak gadai Jam Tissot pun ada... 

Rasa macam nak kutip tin kosong dekat terminal one pastu jual pun ada, rasa macam nak berlakon ikat towel atas kepala, pastu pakai seluar kaki senteng sebelah pergi pow mat rempit kat shopping complex pun ada.

Dan sebelum aku meneruskan perjalanan aku, aku berdoa semoga semuanya berjalan lancar, dan harap-harap takdalah jadi apa-apa.

Elok sebelum aku jalan, lepas isi minyak, aku godek-godek duit syiling tol dalam kereta yang terselit-selit, adalah dapat dalam 2, 3 ringgit.

Pastu aku buat habit lama aku, aku suka berangan dan mengharap keajaiban, konon-konon always positif thinking la, Aku bukak zip wallet aku, selak tempat rahsia.

Ceeehhh buat penat je panic sampai pucat lesi muka, buat penat je round seremban 2 jam sampai senak perut tengok lampu minyak bernyala... 

Ada duit emergency, RM 50.00 terlipat rupanya...

Alhamdulillah, balik boleh singgah makan satey Haji Samuri kat R&R Dengkil. Macam mana pun Dahi berpeluh, Usus tersimpul jugak la hari tu.





P/S bayangkan, kalau aku buat keputusan pertama tu, aku nak masuk PLUS highway Seremban Port Dickson dengan RM5 dalam wallet, pastu semua kejadian malang tu jadi kat R&R Seremban? mau aku menari poco-poco pakai spender kat situ.


P/S  " hello makcik, boleh cakap dengan Panjang tak?" 
       " yeee nak...panjang??? panjang mana?" 
       " takda la panjang mana pun makcik, pendek je"



26 comments:

  1. wahhh, cik nin ni, lepas balik dari kg org asli.. terus semangat kobar2 laaaa...

    ReplyDelete
  2. Hahahahahaha.. haru biru butul.. aku boley imagine bai... dh la sorg2 lak tuh.. nak2 ms nk gune duit sume mesen ATM pakat2 tk nk bg kerjasame kan.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. tali pusat aku turut tersimpul tatkala membaca entrimu ini Ikar..seremm..
    aku kpli kat seremban tahun 2008,kalau ko lajak ke jusco Seremban 2 dah ada cimb kat sana.if i'm not mistaken

    ReplyDelete
  4. yg penting alhamdulillah selamat smp.. :)

    ReplyDelete
  5. suka 'lipat duit' juga ye? berguna masa kecemasan tu.. :)

    ReplyDelete
  6. kalo aku yg kene mcm ni..

    mesti aku da duduk tepi jalan..

    nangis2..

    ReplyDelete
  7. hahahaha..pernah terken..pernah..tp tu parking punyer...bukan siap berpeluh,berputar tali prut..rase nak purak2 pengsan pon ade.hahahah..ye la.. mase tu nak g bayar bil tenet,yg tertunggak kes xsmpai surat kt rumah.Dalam wallet ade 150.igt nak bayar 140 j.dlm kepala nk bayar 140 j.ntah camner,mase tu dok panas bergaduh ngan org tu,trus terbayar 150.plak lam wallet xder satu sen pon pasal duit tggl kat rumah.nak byr parking RM2 j.dh,ade sen2 je lam wallet,jenuh cucuk2 atm,tp semua jem..adus...rase nak nangis j kat ctu.bermenung d tepi tangga.pastu skali lagi tawakal kat atm 1 lg,mujur la dapat..mmg nak giler r mase tuh berpikir.moral pastu,slalu ade spare walau aper jua yg terjadi

    ReplyDelete
  8. perghh..kalau aku pun gelabah bewak kot..

    aku pun jenis suke selit wit emergency kat dalam wallet..tp selalu terlupe bile dh gabra sangat..

    ReplyDelete
  9. aku pun macam kau juga selalu amalkan rm50 dilipat kecik2 sebagai duit kecemasan dan selalunya berjaya...keh3

    ala kalau kau buat poco-poco kau ingat kau boleh dapat duit dapat gelak adalah ...

    hensem2 nak buat macam tu apa barang...keh3

    buat malu lelaki2 malaya jer...gunakan kehenseman kau tu mengayat 'awek' indon di RR...keh3

    ReplyDelete
  10. nasib baik ada gak terselit rm50 kt situ.. klu tak naya ja...

    setuju ngan republic aku: guna ja kehenseman diri ayat mana-mana awek indon.. paling kurang dapat rm10.. haha

    ReplyDelete
  11. hahaha...nasib selamat smpai..x leh bayang kalau kmu menari poco-poco..:P

    ReplyDelete
  12. hahahaha..mula igt nak kesian dah...last2 boleh pulak pi menhilangkan panic dgn memakan satay..ish3..

    ReplyDelete
  13. Ieya : whoaa Shahira ada blog lah. siap baca akunye lagi.. wehh ko dah kawen?

    NOI : nak lajak sikit pun tak berani lansung, takut termasuk highway duit takde, ape pun tak boleh.. hahaha

    Jue : selamat sampai jugak... heheh alhamdulillah.

    Blog tip kurus : suka, dari dulu kecik2 dah buat mcm tu, selalu memang pakai bila emergency

    Misssenget : aku yakin kau tak nangis, kau tabah....

    missalongwani : saya dapat rasa persaaan awak masa tu.. mesti tali perut rasa naik ke dada kan.. gahahaha

    Cik Sha : tapi paling best saat dah putus harapan, selak2 jugak nak cari keajaiban, sekali jumpa... hoiyeeaaahhhh

    Republic aku : nasib baik kau ingatkan aku ni hensem... takper nanti aku buat muka kesian ..mesti awek indon terus amik jadi anak ikan...

    iyou : kalau awak ada kat RnR saya ngorat pinjam Rm10..awak bagi dak? :)

    Fayad : apa lak takleh bayang.. byg je la.. haaa senyum2 la tuuuu

    ReplyDelete
  14. Anis : ala makan satay pun spoil.. termakan laksa cafe sebelah, masin...ala kesian la kesian la kesian la

    ReplyDelete
  15. iskkk..kalau den pon seriauuu!! paling koman nak kena ada dlm purse at least rm10 wat backup..huhuhu

    ReplyDelete
  16. athoi!! x terbayaaang kalau kite yg ade kat situasi tu...melalak mcm owg giler dah tu..hihihihihi

    ReplyDelete
  17. kalu kite x tau dah nak wak cam mane...berserah je mampu...hihihi

    ReplyDelete
  18. tulaaa manusia skung yg buruk cpt je nmpk..
    yg baik buat2 x nmpk...
    manusia akhir zaman mcm nilaaa

    ReplyDelete
  19. nsib baik kau x cepat mengalah bila hadapi dugaan mcm nie ikar. paling best bila jumpa "duit lipat" time "dugaan" melanda kan. hehehe..

    ReplyDelete
  20. kalau saya mesti dah nak nanges..tapi saya ni mmg muka jenis tak malu mintak tolong..ahaksss...

    ReplyDelete
  21. hehs... aku slalu apply campak2 duit syiling kat dlm bag.. campak2 je duit singgit2 kat dlm bag.. time2 terdesak camni sedap selongkar... lega...

    ReplyDelete
  22. cik bambam : ermm, cuba bayangkan bila sampai tolgate takde duit nak bayar?

    bunyi gitar : kalau ko tengok muka aku masa tu, pucat macam mayat dah kot.

    Faezah : mana boleh berserah, mcm mana nak balik???

    Hainey : rasa mcm berbaloi usaha strategi buat duit lipat tu kan? hehehe

    Ernie : usaha dulu barulah nangis.. ishhkkkkk.... :)

    Numara : lepas kejadian tu, terus aku lipat duit cepat2 simpan balik dalam zip.. hahaha

    ReplyDelete
  23. sambil baca sambil membayangkan ai dalam keadaan cenggitu.. fuh.. mau berdengung kepala.. tapi bersyukur ada 'duit lipat' tu.. ai pun selalu buat cenggitu termasuk syiling pun simpan dalam beg, dalam kereta.. senang.. ;)

    ReplyDelete
  24. HAHAHAHA... tula hg ni kalot sangat awat.. ce carik dulu celah2 mana..wakaka...tapi kalau aku pun aku kompem akan kalot macam tu..letak duit byk mana pun kat tempat tersorok kompem akan lupa..wakaka

    ReplyDelete
  25. menari poco-poco pkai spender jep?bra ah skli.kahakahkahkahkahkah.mau berguling aq.hahahahahahaha

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...