October 26, 2011

Penghargaan Ikhlas Buat Mereka.

Assalamualaikum..

Tahukah korang yang aku memang tak gemar sangat nak buat entry-entry blogosphere dalam blog aku, walaupun begitu ada beberapa entry yang sebelum ni aku ada tulis pasal blog seperti Tahukah korang, Isu blogger dan rumah kaca, Blog pilihan, dan ada la beberapa lagi yang aku tulis tak sampai 10 rasanya.

Kali ni aku nak menunjukkan rasa terima kasih aku kepada beberapa buah blog yang telah mention blog Rasa Hati dalam entry mereka. Sesungguhnya aku merasa sangat terharu dengan keadaan ini di atas beberapa faktor.

1. Mereka telah beri penghargaan secara ikhlas semata-mata kerana hasil penulisan aku tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

2. Mereka telah membuat review selepas membaca keseluruhan entry aku tanpa skip-skip, bermakna mereka menghabiskan 3 minit dalam hidup mereka untuk membaca setiap entry aku secara puratanya, kerana entry aku sangat panjang.

3. Mereka tidak menilai blog aku dari sudut Appearance dan teknikal sebaliknya hasil intelektual yang aku kongsikan bersama korang semua semenjak blog ini bermula aktif.

4. Mereka adalah blogger dikenali ramai dan juga lebih senior dari aku, mereka juga mempunyai beribu-ribu follower dan apalah sangat nak dibandingkan dengan blog aku yang baru ada 600 lebih follower sahaja.

5. Mereka tidak sombong, kami biasa berborak di FB kalau ada waktu enggang, eh lenggang, eh lengang, eh ganggang, eh senggang..
"lawak bodoh gila, rasa macam nak delete je"

Jadi kali ni, aku menulis bagi menunjukkan my gratitude terhadap mereka, aku merasa sangat terharu dan terkesima di atas penghargaan tersebut, sepertimana aku mula merasa terkesima dikala menerima penghargaan pertama dari ARCX13.com suatu masa dulu.

Selain aku direview dan disebut, tulisan aku juga pernah menjadi entry jemputan di Iluvislam.com, entry itu telah dialih bahasa ke English bagi entry bertajuk So Called Beer Halal, oleh co-editor iaitu Cik Syu, yang mana beliau juga adalah pembaca setia blog Rasa Hati.

klik untuk ke wesite ILuvIslam.com


***********************************
Penghargaan ditujukan kepada :

1) Blog Dapur Tanpa Sempadan (DTS) - www.tiffinbiru.com

Blog Dapur Tanpa sempadan ini adalah milik Cik Mat Gebu @ Adnan Ibrahim, blog beliau amat unik sebab niche blog beliau adalah segalanya tentang masakan dan resepi,  Blog DTS amat terkenal dan selalu menjadi rujukan resepi kepada pembaca suri rumah dan suri office, selain itu gambar beliau juga amat cantik dan beberapa kali telah dicopek oleh majalah-majalah masakan samada secara berizin atau tanpa izin.

Aku tau blog dia dari dulu lagi semenjak belum buat blog, sebab aku cari resepi masak kek. Tak sangka pulak sekarang dah jadi kawan maya dan kini beliau membaca blog aku, siap letak dekat Blog list lagi. Terima kasih Mat Gebu pau!...

Entry DiMention di Entry : Hazman Hamid, Zulfikar, Payeed, Siapa Mereka Ini? (klik)

Header Blog Rasa Hati di Entry Dapur Tanpa sempadan - Mat Gebu


Tajuk : Hazman Hamid, Zulfikar dan Payeed..Siapa Mereka Ini?



*****************************
2) Blog Puteri Katek - www.puterikatek.com

Puteri Katek ni dah lama aku kawan dekat FB, aku sembang mengarut merapu meraban dengan dia, tapi yang membuatkan aku berbulu dengan dia adalah aku tak pernah tahu nama penuh dia yang sebenar siapa kecuali nama Puteri Katek dan Awin je, lain i have no idea at all. Gambar dia pun aku tak pernah tau, begitu berahsia betul minah ni pasal identiti dia.

Blog dia adalah blog personal yang bercerita tentang kehidupan beliau sebagai pelajar, kelakar, sedih, emosi, pasal anak sedara dia berak kat tadika, adik dia is yang lebih comel dari dia, mimpi kencing tilam, dan macam-macam isu semasa juga, beliau juga menulis kadang-kadang lawak sebab guna perkataan direct.

Terima kasih diucapkan kepada Puteri Katek sebab memberikan penghargaan dalam entry latest beliau bertajuk "Kagum Dengan Kebolehan Blogger Ini", aku respek sebab dia review semata-mata lepas baca entry aku dan bukan kerana aku masuk segmen atau belanja dia Aispop alam maya. oh dia suka aispop Ungu.

Puteri Katek, apa la rupa minah ni? katek sangat ke, tinggi ke apa ke? aku tak kenal, aku pernah merajuk nak pict dia, tapi haram dia nak layan....


Terima kasih Awin untuk entry ni, saya hargainya.

**********************

3) Lekat Lekit Mummy Story - www.lekatlekitgurl.blogspot.com

Setinggi penghargaan juga diberikan kepada Puan Suria aka AbbyFunny kerana telah banyak menyumbang idea, traffic dan sokongan terhadap Blog Rasa Hati, Beliau jugalah pereka Header Blog Rasa Hati yang korang tengok kat atas tu.

Beliau juga sangat aktif berblog, aku kenal blog beliau sejak dari zaman blog hitam kuning ungu oren pink tu lagi, tapi sekarang dan ubah layout baru, layout kami hampir sama tapi ia hanya kebetulan, aku respect dia sebab dia konsisten dalam berblog dan beliau juga terkenal sebagai wartawan terjah cikgu shida miming.

Buat masa beberapa bulan ni, Suria mungkin agak sibuk selepas menyambut kelahiran pertama anaknya si Shila atau lala. terima kasih Suria Lekat lekit untuk tunjuk ajar, nasihat, Header dan Space hyperlink kat bawah entry kau tu. Nanti jumpa aku belanja makan biskut.

Dulu, nama blog dia Lekat Lekit Gurl Story, sekarang dia dah beranak, dia tukar Gurl jadi mummy, perihatin betul.

Dia letakkan special Hyperlink khas untuk blog Rasa Hati di bawah entry, terima kasih banyak, no wonderlah ramai traffic datang dari entry Mummy Lala ni.

***************************

4) The TimeLine Kasihhttp://timelineskasih.blogspot.com

Timeline kasih adalah milik sahabat karib aku iaitu Zulkifli Saadon atau nama pena Beliau Sam Banjamin. Beliau ni adalah penyokong kuat kepada segala idea penulisan aku, dan rakan bertukar idea, hujah dan beliau adalah rakan pertama dalam blog.

Beliau juga kawan baik aku semenjak aku Tingkatan 3 masa duduk dekat Mersing, Beliau adalah seorang penulis yang sangat bagus, pernah duduk serumah menyewa dengan aku dekat sek 7 shah alam masa zaman bujang, beliau juga mula menulis blog lepas terpengaruh dengan aku yang mula menulis dekat Platform Blog Friendster dulu-dulu. Kemudian aku malas menulis, dia lah yang bertanggungjawab mencetus dan menjebakkan aku semula dalam menulis di Blogspot ini.

Kalau aku tak terjebak, takde lah blog Rasa Hati ni kot. Ada blog friendster yang takda orang baca tu je la gamaknya, terima kasih Zulkifli Saadon kerana menjadi salah seorang dalam sejarah penubuhan Blog Rasa Hati.

Aku dan Zulkifli ada menubuhkan satu Group FB iaitu Gerila Penulisan Kreatif, (klik tulisan itu) aku dan dia adalah Founder. Jemput ke sana dan daftar sebagai ahli, boleh ping blog dan juga bertukar2 segala macam bentuk penulisan, tak hanya terhad pada blogger sahaja, semua boleh menulis...

Oh tidak lupa, sesiapa yang belum Like boleh LIKE Fanpage Blog Rasa Hati di Fb.. widget ada kat tepi korang sebelah kanan korang, ehh belah kiri blog, eh belah kanan korang.

Beliau sangat berbakat, cuma time constrain dan tugas hakiki beliau di Hotel Uitm telah membatasnya dari menulis secara konsisten

Dia adalah spesis aku, tulis nak panjang2, dan ayat yang dia pilih adalah ayat melayu tinggi, bukan ayat ngengada ye.
***********************************************

p/s I perghhh cramp-cramp jari aku picit2 mouse nak crop pict, sebab tu aku tak suka edit2 gambar print screen kat entry, sebab aku tak berseni dan aku lowtech....

p/s II aku tau korang dah jangka akan ada P/s banyak2 kali ni... tapi korang silap, aku bagi dua je, sebab nanti banyak kali buat dah jadi lawak basi.. ok bye  bye......














p/s III aummmmmmmm chaaakkk!!! k bye...

28 comments:

  1. erk...aku kan sebenarnya tak harap apa2, ikut suka perut guaa blog mana nak sebut dalam entry guaa...tapi entri nko yang ni notty lahh,...i menci tau u ngada2 macam ni, abg tak brapa botak!...hahaha...pitammm >___<

    ReplyDelete
  2. Mat Gebu : ahahahaha, aku tau kau tak mintak apa2, cuma aku rasa terharu ngan teruja je... aku mushkil lah mat mcm mana org pitam boleh taip...

    banje pau yongpeng satu!!!

    ReplyDelete
  3. aku kenal belog ko pun dari mummy suria tu..belek semua entri ko dari awal sampai sekarang jadi pembaca yang setia dan pengomen tegar setiap entri ko walaupun tak pernah lagi tulis review pasal belog ko ni..tapi penulisan ko tetap di hati..penulisan ok..bukan ko..wahaha...;p

    ReplyDelete
  4. Cik Sha : terima kasih, aku kalau tulis blog pastu takde ko komen aku rasa mcm tak lengkap..macam ada sesuatu missing..sebab dah familiar sangat ko komen.. tenkiu Sha!!! :)

    ReplyDelete
  5. entry panjang tapi banyak info,jadi tak mengapalah..bermanfaat tuh..3minit yg berbaloi..:)

    ReplyDelete
  6. aku plak langsung lost camne aku bleh terjebak dalam blog ko.

    tengs jugak sebab rajin datang blog aku yang skang ni dah macam usang gile dan sebenarnye kalo bley tanak org tau sangat pasal blog aku tuh...

    wuakakakaka... ade ke manusia spesis mcm aku? ade blog tapi tanak org tau pasal blog aku... hahaha...

    apa bende pon tak wujud sgt situ.... iklan jauh skali la kan... dah buang pon...

    ReplyDelete
  7. Hahaha.disebabkan asfan lah sy kenal blog awak.

    yeah teruskan menulis.

    ReplyDelete
  8. Aku lupa laa camna bole kenal blog ko..


    tapi aku rasa ko dtg kt blog aku dulu..


    weyhh.. blogger femes dtg blog aku..!!

    ekekkee..
    tahniah..moga terus maju..

    ReplyDelete
  9. tahniah again n again..

    ucapan ikhlas dari aku yang sedang mengalami kemurungan..

    ReplyDelete
  10. saya pun dah mula menyukai entri2 di blog ni sejak ia direview di blog Chef Mat Gebu...

    semua idea awak memang best, saya suka baca! kadang2 sampai tergelak2...heheheee

    salam perkenalan!

    ReplyDelete
  11. aku baru berjinak-jinak dengan blog ni.. sempoi.. aku tau blog ni dari blog hazrul wartawan dari Johor tu.. ai like.. yang tak menahan tang p/s tu.. dah aku terikut.. hahaha.. tapi best arr.. serius aku suka tiap entry dalam ni..

    ReplyDelete
  12. aaa dah pemes la skang.. i'm so proud of u bebeh..

    ReplyDelete
  13. aku up lagi!!! sambil menepuk2 lantai... hehehe.. tu salah satu kenangan rumah sewa dulu... ni sahabat dari zaman2 hingus blum kering lagi... mudah-mudahan berpanjangan... sampai bile2.. maklumlah.. kami berdua ni nanti nak ambil alih pucuk pinpinan negara satu hari nanti... hehehe

    ReplyDelete
  14. amboi Nyah ko iktiraf aku wartawan terjah cikgu shida ekk.. ko skang dah ramai peminat kan. org mula review blog ko.. best la ko pasni ni blh kumpul duit nuff buat belanja kawen. kekekeke

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Singgah dari blog mat gebu. Tengah2 pusing2 carik blog yang boleh dijadikan bahan bacaan sebab kawan2 lama dah berkurun tak update. Plus i dont have many male blogger in my read list. So u are one now. Salam kenal.

    ReplyDelete
  16. pembetulan yer Nyah.. nama anak aku bukan shila tapi shahila..

    ReplyDelete
  17. Yussida : ye tak ye jugak kan.. ingat tak zaman smart shop dulu. ada jual buku speed reading.. kakakaka

    Aslina : ko dtg dari papanda kot..

    aku support kengkawan.. :)

    Nin : asfan? sapa asfan tu? adakah dia Panda yg garang? wakakakaka

    Missenget : aku yg lepak blog ko dulu, blog ko best wehh, lawak.. haha

    NOI : Apesal murung2 ni cikgu.. camon la ceria skit.. xlama lagi nak kawen kan...

    Mas : Terima kasih Mas saari...salam perkenalan..

    aizamia : tenkiu Remaja purba.. lawak lawak.. ala blog dia lagi best pe...

    Jue : mana ade pemes.. bese2 je pun..

    Sam Banjamin : hah, itulah yang dinantikan.. bila gamaknya akan bermula.. tahun depan daftar calon bebas.

    Lekat Lekit : kalau lah duit nuffnang tu dapat 5k sebulan kan best.. wakakaka.. ohh nama Dia Shahila, aku tersasul la nyah...sorry

    Arena : Salam kenal, jemput2 masuk.. minum2.. makan2.. tambah lagi.. :)

    Puteri Katek : Kheeellaasss... maruku habis.. tinggal Laddu je.

    ReplyDelete
  18. salam..tetiba lak aku jd budak baik bg salam..sebelum ni main terjah je komen..=p kuaw3

    dulu aku ada blog friendster tapi bila aku tulis cam harem je..idea menulis tak berkembang jadi aku wasalamu je blog friendster tu..

    tosai kat umah aku xde..capati pon tak ade..jiran2 sebelah umah aku ada sbb diorang sambut dpavali hari ni..he2..

    ReplyDelete
  19. hmmm...kenal blog rasa hati ni dr blog DTS...first time masuk sini terus terjatuh chenta...hehehe

    ReplyDelete
  20. hebat mantap bro siapa masuk entry blogger mantaap..hehee

    follow sni^^

    ReplyDelete
  21. for the first time i come here, i very interested to read your stories :)

    the blogger that you've mentioned above semuanya mempunyai kehebatan dalam menulis!

    btw, have fun yah :)

    ReplyDelete
  22. sambungan utk p/s tu :awwwwwwcakkk!
    muehehe..cayalah...
    :)
    cma kenal blog ni pun dr mummy suria..korang berdua mmg ngam eh~

    ReplyDelete
  23. eh, kak lekat lekit da bersalin ye..nak pi jenguk la header baru dia..hahaha

    ReplyDelete
  24. review blog orang lain, apa kebaikannya dari segi trafik? tak kisah lah, aku pun sebenarnya suka orang buat review blog ni dengan jujur bukan sekadar memenuhi segmen review menreview kan pastu bodek sana - bodek sini, yang penting kita jujur dengan kenyataan kita.

    ape2 pun, aku suka review yang kau buat, jelas dan bagus untuk reader bukan blogger pergi ke blog mereka yang di review di sini.

    ReplyDelete
  25. pjah : errmm, takde thosai dapat nasik dagang pun jadi laaahhh

    Bintang hati : chenta kau ya!! dah kenal maka baru lah chenta.. haha

    Woofer storm : biasa je..klise tak biase je tu? hahaha

    Sam Posmen : tenkiu sam...

    RTP Farra : tenkiu for coming.. ehh betul ke grammar aku nih.. hehehe :)

    Cik Shiema : ngam tu ngam tapi belum pernah jumpa.. :)

    Sunah : ehehe, kenal gak dia eh?

    Rebellion : owhh aku bukan buat review, aku menghargai mereka.. blog aku 280 lebih semua cerita panjang jela2..

    Sama-sama jugak kat kau ye, tenkiu dtaang dan komen :)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...