December 25, 2011

Homesick


Assalamualaikum..

Homesick itu adalah cocktail perasaan. Homesick itu mampu membuatkan manusia keliru. Samada kau mahu kelihatan comel dan sensitif kerana mempunyai kerinduan terhadap mak dan rumah, atau kau mahu kelihatan hati kering gagah perkasa bak siluman angkasa alam perwira berbelang-tarung tak rindu mak.

Pada zaman 1990-an, sebelum adanya zaman justification dan rasionalisma, homesick itu hanya untuk budak perempuan dan anak manja. Tiada ruang untuk budak lelaki nakal lutut berparut kena tar jalan untuk merasa homesick. Tak macam zaman sekarang, dah ada FB dan Blog untuk kita sama-sama berkongsi jiwa dan Rasa Hati.

" saya homesick.....saya okey!" Ini sekarang lah kan. Dulu siapa yang rindu mak kat asrama dikira tidak mempunyai kuasa super-saiya. Jadi tidak bolehlah nak buat Kamehameha.

Bukan semua orang hati komando, komando pun tahu erti rindu anak bini kat kampung. Kasih sayang paling tulus boleh diukur dengan tahap homesick kau. Homesick sebenarnya bukan pasal rindu tilam kat bilik, rindu masakan mak, rindu kucing atau rindu selimut hapak kat rumah. Yang tepatnya homesick tu adalah rindu mak. Aku ada kisah homesick aku yang paling teruk dalam hidup aku.

*********************************
Homesick dalam Keegoan.

Ego dalam kepura-puraan, masa tu aku duduk asrama dekat Sekolah di Sabak Bernam. Aku dari kecik sangat rapat dengan mak aku. Kalau tak takkanlah aku boleh menangis bila abang aku tipu mak aku balik kampung tinggalkan aku kan? macam yang aku cerita dalam entry INI

Pertama sekali duduk berjauhan dengan mak, Rasa dunia ni kelam, berarak mendung kelabu. Udara rasa kurang oksigen, dada berat, badan lesu tak bersemangat. Mata asyik berkaca, muka pulak monyok sepanjang hari.

Saat paling hebat semasa bersembang dengan kawan adalah saat di mana masing-masing mula mengakui bahawa mereka juga homesick sama macam kita. Terus hilang rasa beban kat dada yang selama ni kita fikir kita je budak lembik-anak manja-rindu mak-tak lalu makan. Rupa-rupanya kita tak berseorangan, kawan kita pun rindu mak jugak. Lega betul hati rasa, Yesss ada geng!


" Wei Mus, kau apesal ni, monyok je aku tengok 2, 3 hari ni? ko ada masalah ke?"

" errm, aku rindu tilam aku la, tilam kat asrama ni tak sama macam tilam aku kat rumah"

" wei, rilek la wei, lek lek...jangan la cam tu, aku ada ni, ko jangan lah sedih-sedih, aku tau kau bukan rindu tilam ko kan? ko rindu mak ko kan?"

" erm, tu lah Zul, aku rindu gila kat mak aku,tah mak aku sihat ke tak, bapak aku, kucing aku, rumah aku, aku rasa nak balik la Zul"

" Rilek Mus, aku pun macam kau jugak, aku rindu mak aku jugak. tapi kita kena bertahan, malu orang tengok kita monyok-monyok macam ni, ni aku ada duit syiling, kau pergi call mak kau. Nanti percayalah, bila kau dengar suara mak kau, mesti kau dah tak sedih lagi dah"

" Thanks Zul. Tapi ko taknak guna syiling ni ke? ko nak call mak ko gak kan?"

" takpe-takpe, aku dah simpan ni sikit, ada 3 ringgit, tadi aku tukar kat Ko-op"

Dalam masa 2 minggu awal kat asrama tu, Ya Rabbi, jangan cakap la macam mana tahap murungnya aku rindu kat mak aku. Sampai tahap setiap hari call mak. Public phone tu dah macam benda paling mustahak. Zaman tu mana ada Handphone, yang ada handphone pun Pakcik Rahim, dia sorang je ada handphone kat kampung tu. Handphone dia kecik pulak tu, Hanya sebesar Batu Bata merah buat rumah.

Aku ingat lagi, masa aku masuk sekolah asrama kat Sabak tu masa bulan puasa. Jadi sebelum nak berbuka tu, dalam pukul 5 petang, kami semua dibebaskan dari Prep petang, berdesup kami semua lari pergi luar pagar sekolah, sebab kat depan sekolah tu ada kedai runcit. Kat kedai tu kami beli Ais 20sen, pastu  beli la kuih muih sikit untuk berbuka.

Lepas beli kuih semua, pergi beratur depan public phone, nak call mak. Punya panjang tunggu giliran sampai Ais 20 sen beli tadi dah cair separuh. Hari lain terus dapat pengajaran iaitu beli ais hanya selepas call mak.

" Hello, Mama.. Hari ni mama masak apa tuk berbuka?"

" Hello Ikar, Mama masak Ayam merah dengan Tumis bayam je, kamu makan apa kat sana berbuka?"

" Sini makan Gulai lemak labu, Ikan jeket goreng je mama, tak jeket.. Tempe, tak tempe, jeket, bosan dah  Ikar"

" erm, takpelah, kamu makan jelah apa yang deme bagi, nanti minggu depan sabtu ahad mama datang ngan abah kamu, kita buka sama ye"

" errmmm okey ma. bestnya kalau dapat makan buka kat rumah sekarang kan ma"

" Tak best pun, anak-anak semua takde, Karnain pun dekat rawang, Abah outstation, tinggal mama ngan Julia Ayin je. makan pun tak selera"

Masa dengar mak aku cakap dia pun tak selera nak makan, air mata dah berambu-rambu dah, dah bergenang macam kuah megi di tepian mangkuk yang penuh tunggu masa nak tumpah je. Masa tu duk la sorok muka kat public phone tu rapat-rapat, dengan harapan orang belakang tak perasan la muka kita nak nangis. Tapi hampeh, muka boleh disorok, bahu terhinggut-hinggut nampak juga.

Minggu depannya, mak aku pun datang nak lawat aku kat asrama, Ya Rabbi punyalah risau hati oi, dah lah jauh dari Selayang nak ke Sabak bernam, hati rasa tak tenteram je dari pagi sampai ke petang, sepanjang masa berdoa jangan la jadi apa-apa, jangan la kereta rosak ke, tayar meletop ke, Eksiden ke, Ishk memang teruk betul penangan homesick ni.

Bila sampai je mak ayah, dari jauh kau dah tunggu kereta, nampak je dari hujung jalan ada kereta iras-iras kereta bapak kita, hati punyalah berbunga-bunga. Alhamdulillah sampai jugak diorang dengan selamat. Terus rasa nak lompat-lompat. Tapi tak jadi lompat, sedar diri dah 13 tahun bukan 3 tahun.

Bila mak datang bawak Si'a terus rasa hilang sebak kat dada, aku taktau nak eja dia macam mana, samada Sia, Siya atau Sie'a, tapi dalam bahasa lain dipanggil mangkuk tingkat. Tingkat atas sekali mama bubuh ikan goreng, tingkat kedua bubuh sambal belacan dan ulam. Tingkat ketiga Gulai, gulai mestilah yang feveret aku, samada asam rebus nenas, atau asam pedas, gulai tempoyak, gulai lemak cili api dan macam-macam lagi. Tingkat paling bawah sekali bubuh nasik. Tapi mak aku selalu bawak periuk nasi je datang sekaligus, ikat dengan kain batik nak bagi tahan panas.

Peh, perasaan masa tu tak dapat nak digambarkan, aku rasa korang semua pernah rasa perasaan dia macam mana. Macam ada pelangi di hujung horizon langit, angin sepoi-sepoi bertiup syahdu diiringi bunyi burung-burung berkicauan, latar belakang adalah tasik yang luas di tepi padang yang rumputnya rapi seperti padang golf, di kiri kanannya kedengaran hilai tawa anak-anak kecil bermain basikal roda tiga sambil diperhatikan ibu mereka.

Masa tu baru kau faham kata-kata orang tua yang kau anggap hyperbola selama ini....

" Hilang sudah Rindu Dendam anakanda kepada bonda"

Masa makan tu, bukan main lagi laju aku suap nasik. Sekali sekala aku kerling mata tengok muka mak aku, senyum je dia duk tengok aku makan. Bapak aku pulak, tak habis-habis tambah lauk dengan potongkan mata-mata petai. Masa tu barulah kita menghargai sangat kasih sayang mak ayah kepada kita. Masa tu barulah kita merasai betapa beruntungnya nasib kita jika nak dibandingkan dengan nasib anak yatim piatu. lagi sedih kalau kita ada kawan yang mak dah takde. Rasa macam nak ajak dia kongsi mak dengan kita.

******************************

Apabila kau sudah merasa betapa bernilainya kasih sayang keluarga, barulah kau akan menghargainya sepenuh jiwa. Lepas dah kena penangan homesick tu, barulah kita tak rasa malu lagi bila mak ayah datang lawat kita kat asrama atau Kolej kediaman universiti.

Sebelum-sebelum tu, budak-budak lelaki ni yang perasan rocks ada yang jenis malu kalau mak bapak datang lawat kita, ada jugak yang macam tanggang, malu mak bapak datang naik kereta Datsun buruk. kadang-kadang ada yang pesan mak ayah suruh parking jauh-jauh, jangan parking depan kantin. Tapi mereka yang sebegini rupa lupa yang anak yatim tu sanggup tukarkan apa sahaja yang diorang ada kat dunia ni dengan keberadaan mak ayah yang menyayangi kita.

Dulu satu masa, mak aku pernah datang lawat aku masa aku camping pengakap, punyalah aku segan kawan-kawan pengakap aku tengok dari jauh. Mak aku datang nak hantar duit belanja, sebab sebelum pergi tu, aku terlupa ambik duit. Padahal duduk seminggu lebih dalam hutan, duit takde macam mana nak beli burger dengan bihun talam tepi jalan tu kan.

Tapi lepas aku kena penangan homesick tu, jangan katakan mak datang melawat ke kantin. mak aku datang melawat bilik kolej pun aku selamba je, dulu siap mak aku datang tidur rumah bujang kami lagi, Rumah bujang aku dulu memang heaven, Tak caya nanti tanya Shahril Husin, Zikry, Zulkifli Saadon dan Chewe.

" errmm eee tak malu, kau anak mak eh?"

" Tak malu aih jadi anak mak, jangan jadi gedik-gedik macam budak tak cukup akal sudah. Duk peluk teady bear pink, buat muka muncung, tangan gaya peace, pakai pijama sailormoon, tangkap gambar, upload kat FB.. letak Caption.......

" NiEw TeaDy bEar Titteww, Bf tittew BaGi taww, shomel x? Boifey tiTtew bg NaMa dier PuSshiee..cian tittew taw, duk JaUh cAnGaT eNgan bOifeY TiTtew, tPi xPeW, BiLeRw TitTew RiNdOo DiEw, TitTew PeYok PuSsHie Tittew KeTaT2.. RrrrRRrrrr  (^ - ^ Y) "




***********************************************

mangkuk tingkat aku serupa macam ni, ada kat dapur, tapi takleh nak tangkap gambar, henpon rosak balik.  sumber gambar dapat dari mamyharraz.blogspot.com

Gambar di atas adalah hasil photoshop oleh anasir-anasir freemason, jangan percaya jika anda terjumpa di mana-mana website. Kah kah kah,  kata dulang paku serpih, kata orang ............. dia yang comel. peh peh peh peh dannn peh!



P/S Moral of the story, sayangilah mak bapak kita masa mereka ada, gaduh-gaduh manja tu biasalah, buat riuh suasana keluarga. Sedangkan lidah lagi tergigitkan. "saya pernah homesick..saya okey!"

P/S aAaALoOoOrrhhh.. TiTtew Pun Nark CaKap TaT P/S ni gak, TiTtew RiNdOo Boifey TiTtew, TiTtew nak PeYok PuSsHiEe TitTew KeTat2. AuUumMmM.... ** Pangg.. haa amik, nak Tittew2 sangat!

20 comments:

  1. aku tau sekolah ko yg kat sabak tu sbb aku pon sekolah kat tabak gak..teeeettt..tp bkn la skolh agama....
    aku pon penh rse pe yg ko rasa...dulu mak aku jarang lawat aku time aku kat asrama....sbb ye la mak aku kan ibu tunggal...xda transpot pon....tp plg terkejut beruk bila tetiba nama aku kene annous ngan pakgad ( pakgad akn pggil student pki mic bile parent dtg) sbb mak ak datang...mak aku dtg naek moto bwk stok mknn tuk aku...atdoiii siyes touching ..klu nk call mak aku pon..dulu mne de nset..phone umah pon xde....so aku trpksa kol umah jiran aku....suruh die pgil mak aku...hmm tu je la caranye nk mngubat krinduan.....sob..sob..sob


    "saya pernah homesick..saya okey!"

    ReplyDelete
  2. bajet chomelll lerrr tueee amek gambo gtu...hehehe

    ReplyDelete
  3. P/s : Suk dekat dengan mak, normal la kalau rindu dia. Sebab dekat, jadi boleh la balik selalu..

    Aku tak suka entri ni !! Huwaaaa... dah la aku tak duk kat semenanjung ni....

    ReplyDelete
  4. sampai ke tua bangka pun sy masih homesick.telefon mak setiap hari ms sambung diploma umr 21.ouh sgt sweet rupanya sy nei.kah kah kah.

    ReplyDelete
  5. kecik beno henpon pak rahim tu ye..saiz batu bata je ke?ahahaha..


    aku pernah merasa homesick masa dah tua bangka je..masa aku dapat masuk U..tak merasa time kecik2..aku dapat tawaran asrama pun mak aku tak bagi pergi..die takut aku kena buli..maklum le aku ni kuat nanges orangnye..ahahaha..

    ReplyDelete
  6. even dulu hostel dkt je ngan rumah..tp hari2 hmesick..kawan aku lgi heaven kot..rumah sebelah hostel je..tu pun boleh homesick gile bagai.hari2 dapat balik rumah.saje bikin kwn2 lain jeles..hohoho

    ReplyDelete
  7. Akakakaka.

    Aku duduk asrama time form 1-5 teruk beno homesick dia padahal rumah sku dgn sekolah aku jauh just 15 minit je jarak dia. tiap2 weekend sabtu ahad mak ayah aku datang pun aku sedih gak nak balik..

    Lepastu time matrik then kat utm pun terok gak homesick asyik balik je kalau ada cuti. haha

    ReplyDelete
  8. asal dok jauh dr family jer aku homesick, entry ni buat aku touching lak...tak sabarnya nak balik kg minggu dpn...huhuhu

    ReplyDelete
  9. masa aku baca entry ni mmg aku gelak guling2 dgn cara oenulisan ko yg best tu~!

    then aku trnmpk pic tu..
    wahh mamat ensem ni ke kaki nangis kat pondok telefon?
    wahhh.... #_#

    aku mama boy..aku pon omsik..huhu..tp ngs masa nk tido je..xnk org nmpk..lol~!

    ReplyDelete
  10. hik hik hik ,

    tetiba teringat hari pertama masuk asrama , malam tu juga call mak ckp nak pindah sekolah lama balik .

    masa dekat asrama tak pernah call makbpk sbb nk tanya khabar/borak sesajer sbb comfirm nanti nangis , haha .

    bila nama kena panggil dari bilik pengawas asrama sbb penjaga dtg punyalah syok gila tahap gaban ,

    homesick melampau , padahal sekolah dengan rumah cuma 45 minit je , haha .

    ReplyDelete
  11. Mumtaz : takpe nangis. tu tanda awak tak kemarau emosi..

    Aszhanie : aku tau ko sekolah mana. haha.. sebenarnya cerita kau lagi sedih. kalau kau tulis lagi sayu aku baca nanti..

    CMA : comel kan kan kannnnn!

    Akim : ala jgn la sedih, nah amik syiling ni gi kol mak ko ehh..

    Nin : pehh lamanya homesick, kanmain manje nye lagi.

    cik sha : ahah, kiranya ko lambatla dapat rasa kan? manja sangat ko ni!

    Pinyu : dia homescik ngade tu pjah! apsal korang ni rumah dekat tapi nak stay asrama gak ha?? xpaham

    Fiffy : lamanya ko homesick? aku sebulan je. pastu dah tak ingah sgt dah pun.. haha

    Bintang hati : bape jauh kampung kau eh? baliklah selagi boleh..

    Zuemiey : aku plak pelik, masa tdo tak nangis, dulu aku percaya kalau nangis banyak sangat boleh buta mcm osman jailani.

    Nalisa : saya tau. bila awak nangis awak sedu2 sampai tak keluar suara kan? sebab tu awak tak kol.. nanti susah nak napas. hehe

    ReplyDelete
  12. pergh. homesick paling teruk penah rasa masa first time masuk skolah asrama kat balik pulau, asal ujung minggu je, confirm mak abah sampai. kalau tak sampai, air mata dah meleleh-leleh time telepon mak..

    pulak tu, kerisauan masa mak abah nak datang tu, memang tak boleh dipendam.
    Dulu masa blaja universiti, mak abah bertolak dari kedah ke perak, dari pagi after depa bertolak tu, sampai ke petang tak sampai-sampai. Try call abah pulak tak dapat-dapat.
    Hati dah panas, dah bebal sampai menangis-nangis tahap tendang-tendang public phone, pasal risaukan depa.
    ntah eksiden tengah jalan ka, apa ka..punya la risau. marah kat abah tu toksah cerita lah, sakit hati, geram semua ada, pasai ada handphone tapi lupa nak caj. Hai la abah ku T______T

    Tapi semua tu la baru kita rasa depa sayang kat kita kan. Kalau duk rumah, kerja nak rebel saja..

    p/s : dah tawen pun, still homesick jugak kat mak, walaupun rumah mak drive stengah jam je dah sampai..

    ReplyDelete
  13. ahhhahaha..aku xpernah homesick..pasal aku xpernah dok asrama bagai..hahahhahahaha...haish...xder merasa agaknya homesick eh..camner eh rasenyer eh,,,heheheheheh

    ReplyDelete
  14. aku jenis x manja sgt dgn mak ayah aku ms kecik.. tp lbh manja mengada2 & gedik dgn makcik aku tp bila jauh dr dorang semua. memang RINDUUUUUUUUUU tahap gaban punya. Pernah masa UPSR aku masuk kem UPSR 2 mggu.. tgk org lain mak ayah dorang dtg melawat aku xde sapa dtg tgk.. jatuh juga airmata seorang budak ppuan ensem... kekekekkee

    ReplyDelete
  15. salam... seronoknya rase rindu mak ayah... i dont have the chance to feels homesick. alhamdulillah.. untung bertuah kamu semua..

    ReplyDelete
  16. aku kan..selalu rasa nk nagis bila bngun tido pagi2..

    takde orang kejut..takde org sediakn sarapan..


    selalu nangis masa mandi..

    hikhikhik..

    aaah...sedih laaa..!

    ReplyDelete
  17. saya pun pernah homesick... saya okey!!!

    ReplyDelete
  18. Seronok baca blog ni. Saya dari kecik lagi homesick. Teringat dulu keluar asrama sebab tak tahan sangat.

    Keluarga memang semua rapat. So semua susah nak berjauh. Sekarang 22 pon, homesick lagi bila praktikal nun jauh di hujung negeri. Teringat tu bukan emak je, sekali ayah n adik-adik.

    Setuju sangat dengan statement bro. Tak malu pon jadi anak mak ayah. Masa diorang ada ni la kena hargai sepenuhnya.

    ReplyDelete
  19. Aku selalunya nangis masa zikir and baca Al Quran.Barulah org xtau kita homesick.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...